Bidadari Hati
Sunday, August 10, 2014
Thursday, January 12, 2012
and the time has arrived...
picture by the story shooter
Posted by
badrul
at
2:31 PM
|
Tuesday, January 10, 2012
sometimes, all we ever need is...
Posted by
badrul
at
12:02 PM
|
Friday, January 06, 2012
and the week end is here...
i've had a busy week. including today. but i enjoy every minute of it. from my normal jobs and usual chores, to spontaneous dinners and meeting friends... it's everything that i'm looking forward to on daily basis. school registration and routines, birthday celebrations, preparing quotations, meeting up with clients, designer, scheduling, tv interviews, magazine photo shoots, watching movies, dinners, catching up with friends, weddings and everything... love it!
but above all that, i can't help myself feeling lonely. i've been there almost all my life, so i guess it isn't that bad. like i said before, this year, i'm going to chill and enjoy the ride. all i need to do is to focus on what's important and things that really matters. and try to be happy with choices that i have made, and going to make. making the best of everything, every time... my motto: eat, pray, love! hahaha!
owh, and if you have nothing to do and no where to go this weekend, don't forget to put your channel on astro 180, saturday at 8.30pm. kampus the musical series is on!
next week, another round of busy week, and i am so looking forward to it! have a blast weekend everyone...
Posted by
badrul
at
11:16 AM
|
Wednesday, January 04, 2012
2012... what do i do?
i don't have any new year resolutions. but, i'm trying to keep my promise, any promises that i've made or going to make to myself. i think that is very important. and i'm still going to dream big, and see where it will takes me... and i'm still going to work as hard as if i'm still in my 30s... i'm going to love more, as much as my heart can give.
so, 2012... what do i do? i'm going to chill and enjoy the ride...
Posted by
badrul
at
11:32 AM
|
Thursday, July 28, 2011
bertarung sampai akhir...
tetapi lirik lagu 'bertarung sampai akhir' yang ditulis sendiri oleh diddy ini banyak menguatkan semangat diri. setiap kali mendengar bait-bait dalam lagu tersebut, rasa rejuvenated! menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha n mencapai cita-cita. and i always believe that selagi kita berusaha, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan.
lagu 'bertarung sampai akhir' ini adalah ciptaan audi mok n omar k, dan liriknya ditulis sepenuhnya oleh diddy sendiri! lagu ini adalah lagu duet diddy n kay... it's an inspirational song in the most heart-stomping way! untuk sesiapa sahaja mencapai matlamat dalam hidup, tidak mengalah dan terus berusaha sehingga mencapai apa yang dicita...
i wish i can write more to express my feelings, to tell u how hard it was, to share with u how difficult it has been, to let u know how much i've given my heart n soul, my blood, tears n sweat... but i rather not...
i will be sending the song to all the radio stations by tomorrow, insyaAllah! i hope you guys will be able to support this song... n will always support diddy n kay... remember, 'bertarung sampai akhir'...
(photo courtesy of harian metro)
Posted by
badrul
at
12:04 AM
|
Thursday, June 30, 2011
paknil cakap...
Posted by
badrul
at
11:30 PM
|
Tuesday, June 28, 2011
a thousand words...
Posted by
badrul
at
11:31 AM
|
Monday, May 09, 2011
pelik tapi benar...
yang malangnya dan mungkin terpalit menjadi mangsa adalah pihak pengetua, tenaga pengajar dan some people yang hanya menjalankan tugas mereka... i managed to catch the crawler yang keluar kat bahagian atas setiap kali diari af disiarkan... ada orang bertanya, 'kenapa lagu sebegini diberikan kepada pelajar?' dan orang yang tolong menjawabkannya memberikan jawapan, 'lagu tugasan adalah pilihan pengetua'. what a load of crap! most of the songs adalah pilihan pihak produksi... period! be more transparent lah... susah sangat ke?
kemudian minggu lalu, i got to meet some family members beberapa orang pelajar af plus some af kids yang dah terkeluar... kata mereka, ketika fina menghantar aida untuk top 20 tu, rambut fina panjang... jadi macam mana boleh ditayangkan clip fina ke audition berambut pendek ketika konsert keempat dua minggu lalu? takkanlah tempoh pergi audition hingga dipanggil ke top 20 tu rambut fina tumbuh panjang secepat kilat? so, adakah bermakna fina juga tidak ke audition? kes ni lebih kurang sama dengan ketika af7 dulu apabila sarimah membuat link ketika sessi raptai tapi memberitahu bahawa ianya dibuat selepas konsert tamat... hahahaha... tertipu hidup-hidup semua orang!
then, ketika i melepak bersama kudsia tidak berapa lama dulu, talking about everything and anything under the sun, except for akademi fantasia of course, ada pula beberapa orang membawa khabar angin desas desus kononnya pihak produksi inginkan seseorang untuk menjadi juara af... at that time, we both were laughing so hard... ya lah, desas desus sebegini sudah kedengaran sejak af musim ketiga lagi... malas lagi mahu dilayan... walaupun banyak tanda-tanda yang diberikan, kita buat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan...
tetapi beberapa kejadian minggu lalu, dan terjadi pula kepada 'keluarga' sendiri, membuatkan i fikir balik banyak kali... i promise you, i will share it one day! satu hari nanti, i will write it one by one in my blog... mungkin juga selepas habis af, atau mungkin juga esok lusa... siapa tahu... terlalu banyak sangat coincidence yang berlaku... terlalu banyak! apa yang ditulis di akhbar dengan input yang diberi oleh pihak produksi masih belum dijawab oleh eksekutif producer sampai sekarang... jumlah penyokong yang dibenarkan masuk untuk certain pelajar, sedangkan orang lain tidak dapat keadilan yang sama... permainan bomoh dalam akademi... pemilihan lagu yang sangat musykil... kedudukan afundi pelajar yang juga sangat pelik...banyak lagi! tunggu!
naaaahhhh! i was never really afraid dengan kedudukan kay di dalam af... kalau rezeki yang tertulis untuk dia masuk ke final, masuklah... kalau terkeluar pun, terkeluarlah... itu sudah adat pertandingan... tolak ke tepi hazama dan fina, peserta-peserta lain seperti azri, lena, erul dan nera pun sudah cukup untuk memberikan saingan yang sengit kepada kay... even kalau pesertanya masih sama seperti amir dan aida, mereka tetap memberikan saingan! walau apapun orang nak kata, amir dan aida tetap masuk ke akademi fantasia 9 dengan platform yang betul dan mereka tak patut rasa malu apabila digugurkan... mereka digugurkan bukan kerana mereka tidak bagus, tetapi kerana... sambung lah sendiri!
kay dapat masuk top 12 af pun dah rasa sangat bersyukur! dia pergi audition sejak af4 lagi. setiap tahun pergi audition, tak pernah miss! beberapa kali lepas ke last stage sehingga top 30 even, tapi tidak sampai ke top 12... dia cuba lagi tahun berikutnya! tak ada jalan pintas ya! dan ketika dia ke audition af4 dulu, umurnya cukup 18 tahun ketika tarikh audition dan dia memang layak! tidak ada jalan pintas jugak! so, takda rasa setitik pun bersalah pada sesiapa bila dia layak ke top 12 untuk af9 nih!
minggu nih adalah minggu paling tidak selamat untuk kay... kemungkinan terkeluar tu sangat besar! but as i've said it before, rezeki ada di mana-mana. kalau dia berjaya ke peringkat seterusnya, Alhamdulillah... kalau terkeluar pun, insyaAllah dia mampu buat yang terbaik di luar. tak payahlah hattan nak memperkecil-kecilkan gempak desa ke apa ke... bertahun-tahun gempak desa, gempak astro dan macam-macam lagi tu membuka rezeki kat ramai artis, bukan sahaja bintang-bintang akademi fantasia, tapi nama-nama besar dalam industri! anuar zain, ning baizura, and even pengetua amy search dan datuk m.nasir yang menjadi sifu hattan pun pernah ikut gempak astro ya!
oh lupa pulak! ada yang bertanya, kenapa di blog murai, untuk kesemua pelajar i wrote 'antara persembahan terbaik' tetapi tidak ada untuk hazama and fina. jawapannya mudah saja, pelajar-pelajar lain sudah membuat lima persembahan *enam, kalau dicampur konsert tirai!*, jadi senang untuk dibuat perbandingan persembahan-persembahan mereka sebelum ini, sedangkan hazama and fina baru masuk persembahan kali kedua. macam mana nak buat perbandingan? so, relax, don't read too much into it... tak payah susah-susah sangat nak fikir!
so, apa tujuan posting ni? pun jawapannya senang jer... masih ada empat lagi konsert sebelum the final concert... maybe from now on, the production team yang menjadi decision maker can do something about it... buat yang terbaik untuk semua, seadil-adilnya... for once, untuk the last af ni, be fair to all... be the best that you can, and think about the impact that you can make towards our entertainment industry.
'good people forgive... but great people apologies and take responsibilities for their actions'
Posted by
badrul
at
11:43 PM
|
Wednesday, May 04, 2011
kool pipel, ohsem frenz!

syarifah syahora n didie alias are two most lovable people i've ever met... walaupun mereka kelakar tapi ada masanya mereka serious and they were such a great friends. i've known them for quite sometimes now... tak pernah terasa pun dengan gurauan dorang... both are not just great actors but also a great hosts for any shows. selepas habis tugas mereka di mini showcase yang diadakan pada setiap hari ahad di aeon setiawangsa, mereka tidak kisah untuk singgah dan sama-sama mempromosikan kay fc yang sedang membuat pendaftaran di kawasan yang berhampiran. they were so sporting n supporting! memang tak kering gusi lah kalau dorang ada. i was having having so much fun!

then aril stopped by... baru habis tugas juga di mini showcase. lama jugak tak jumpa, so dapatlah berbual-bual panjang. this young man has change a lot since the af7 days. he is more serious about his career n finding the right way to do it... all i can say is that, he's on the right track! dalam industri yang kecil ni kita tak boleh nak static sahaja. we need to move on and aim for higher places... thank u for dropping by n help to promote kay af9 fan club...

maulana also stopped by the registration table and lepaking with us. if i'm not mistaken, he will be doing 'ratu hatiku', a mother's day special showcase at sacc shah alam... if you guys are looking for a good place and great entertainment to bring your mom for mother's day, do go and watch maulana.. you can contact relevant people e.g. 03 - 62099858 (lensa creative) or 03 - 55118858 (sacc)

nazmi from rajalawak turut singgah untuk mendaftar menjadi ahli kay af9 fc... thank you so so so so so so much for your support!
you can read more about my article on af9 4th concert, here in murai
Posted by
badrul
at
12:54 PM
|
Friday, April 29, 2011
ninja turtle part 2...
kelmarin kali kedua saya ke rumah kaca di aeon setiawangsa. kali pertama ketika sehari sebelum tirai konsert. datang atas jemputan joe ketika itu untuk melihat sendiri rumah kaca hasil daripada idea beliau. dan kelmarin saya singgah sendirian, ingin mengetahui tahap kesihatan kay. dalam perjalanan, saya menghubungi akma, producer untuk akademi fantasia musim kesembilan ini. namun, saya tidak dapat bercakap lebih 10saat kerana beliau sibuk dengan rakaman diari. resah juga kerana tidak ada gambaran keadaan kay.
sesampai sahaja ke rumah kaca, saya meninjau sekeliling. penat juga lah, berjalan mengelilingi rumah kaca hahaha... di bahagian kelas tarian, kelihatan ramai penonton berkumpul. rupa-rupanya persembahan di hadapan tenaga pengajar sedang dijalankan. namun, kelibat kay tidak kelihatan. rasa sedikit berdebar. tiba-tiba ada orang mencuit dari belakang. tersentak, namun saya lega melihat lelaki matsaleh kacak dan tinggi lampai tersenyum ke arah saya. it was chris dalton, suami kepada ning baizura. kami berbual seketika, sebelum kelibat kay kelihatan sedang berjalan untuk masuk ke pintu akademi.
berlari kecil dan seperti paparazzi, saya terus mengeluarkan kamera, dan ketika dia mahu membuka kasut, suruh kay pandang kamera dan snap! dapat satu gambar! hahahaha. gambar itu yang saya paparkan di atas! perkara sebegini sebenarnya bukan lagi sesuai untuk orang yang 'berumur' seperti saya, but i just need to know keadaan dia sekarang ni. berdiri di hadapan cermin kaca, kami hanya berkomunikasi menggunakan 'sign-language' *yang kebanyakannya hanya direka sendiri asalkan maksudnya sampai*
rupa-rupanya dia baru pulang dari surau untuk menunaikan solat asar. patutlah tidak kelihatan seketika di dalam akademi. dia masih lagi sakit dan tekaknya masih belum pulih. kelihatan air mukanya berubah sedikit sedih bila saya tanyakan persediaan untuk konsert minggu ini. mukanya kembali ceria bila saya sampaikan salam dari ahli keluarga, teman-teman dan orang yang menyokong beliau. agak sukar untuk berkomunikasi dengan hanya 'sign-language'. saya hanya sempat bertanyakan soalan-soalan pendek, berpesan supaya dia banyak berehat dan memberikan yang terbaik semampu keupayaan beliau ketika konsert nanti.
ramai yang nampak kehadiran saya di situ... pengacara nombor satu aznil, pengetua amy, cikgu fati, cikgu shafi dan ning baizura. semua melambaikan tangan tanda ucapan 'hello'. segan pun ada, lalu saya mengambil keputusan untuk berbual dengan chris di luar sementara dia menunggu ning habis sessi bersama tenaga pengajar. bila ning keluar, dia sempat memberitahu bahawa kesihatan kay belum pulih. saya tidak pula bertanya panjang lebar. kemudian terserempak pula dengan nourish, isteri amy yang jelita! terus kami pula menyambung perbualan.
sebelum pulang, saya singgah kembali ke rumah kaca untuk mengucapkan good luck kepada kay! cikgu fati pula keluar dan selepas bersalaman dengan dia, sempat cikgu fati memberitahu saya tentang keadaan kay! rasa sedikit bangga apabila cikgu fati beritahu 'walaupun kay masih belum mampu menyanyi kerana sakit yang dialaminya, semangat juang dia sangat tinggi!' that's the way to do it! he has to keep the fighting spirit alive! bukan satu perkara yang mudah apabila keadaan kesihatan kita bukan sahaja 'memakan' tenaga kita, tetapi juga semangat kita! i'm proud of you, kay!
sempat juga saya menegur sapa cikgu shafi yang memberitahu kay perlu banyak merehatkan suaranya. latihan dan nyanyian asas dan menghafal lirik adalah keutamaan kay. tapi dia masih sangat bersemangat ketika menarikan lagu 'menuju puncak' ketika sessi bersama tenaga pengajar. pengetua amy juga banyak menasihatkan kay untuk berehat di rumah dan memberikan tumpuan untuk baik sepenuhnya. pesanan mereka untuk ahli keluarga, supaya jangan bimbang kerana pihak produksi dan tenaga pengajar menjaga semua pelajar dengan baik.
saya pulang dengan perasaan yang sedikit lega dan tekanan yang sedikit kurang. i hope that kay can perform his best in the upcoming concert! pada semua, doakanlah semoga kay pulih seperti sediakala... insyaAllah, dengan doa kalian, dia mampu kembali sihat... amin...
Posted by
badrul
at
3:44 PM
|
Tuesday, April 26, 2011
terima lah hakikat...
bukannya tak pernah terlintas di fikiran apabila portal murai menawarkan tugas sebagai pengkritik di blog mereka, akan wujud andaian that my writing will be bias towards kay! tapi ianya langsung tidak merungsingkan fikiran kerana i know what i am doing and i know that i am better than that! i'm not writing to please everyone... i write to share my point of views, bukan hanya terhadap pelajar-pelajar af tetapi juga secara keseluruhan - pengkritik, tenaga pelajar, produksi, wardrobe dan sebagainya.
it took me two days to compose this entry, especially on 'operasi gugur'... di portal murai, my job adalah untuk menjalankan amanah yang telah diberikan untuk menulis (memuji, mengkritik, memberikan pendapat dan pandangan) tentang af9... itu amanah saya! in my personal blog, amanah ini adalah kepada diri sendiri... not to anyone but myself...
jangan sesekali salahkan hazama dalam hal ini... dia tidak bersalah apa-apa! impian beliau hanyalah ingin menjadi salah seorang pelajar af, mencari ilmu sebanyak mungkin, dan dalam pada itu mungkin mengejar cita-cita menjadi juara af9! begitu juga fina, yang belum cukup usianya ketika sessi ujibakat! she just want to be in the af!
jadi siapa yang bersalah? well, saya letakkan kesemua kesalahan ini di bahu produksi af9! sepanjang menjadi peminat setia sejak dari af1 lagu, pemilihan pelajar sering dipertikaikan... ratings adalah perkara yang paling penting! berapa ramai kah pelajar (sekarang ini bergelar bintang) sejak af1 lagi yang memang tidak mampu menyanyi dengan baik! namun pernahkah pihak produksi ingin mengambil kira?!?
sejak dari dulu lagi, entah beribu kali saya dengar tenaga pengajar bersungut dan merungut, apabila bakal pelajar yang mereka cadangkan tidak ada dalam top 20 atau top 12 dan yang dipilih oleh pihak produksi jauh panggang dari api... tetapi tenaga pengajar sebelum ini tidak pernah merungut, dan mereka terus memberikan ilmu sebaik mungkin... tidak ada yang 'give up!' kerana mereka juga tahu ini adalah permainan realiti...
tetapi mengapa di af9 ini wujud kejutan yang 'menjatuhkan kredibiliti' tenaga pengajar? seolah-olah, hanya selepas tiga minggu, tenaga pengajar ini sudah give up untuk memberikan tunjuk ajar mereka! sedangkan, saya cuma ambil contoh seorang, cikgu fati, dia adalah orang yang paling penyabar pernah saya jumpa! dia adalah orang yang sangat caring, penyayang dan mengambil berat! saya jamin 1000% cikgu fati tidak akan sekali-kali give up untuk mana-mana pelajar sekalipun! datuk ramli ms pun, walaupun sampai baling pen pada mas, tetapi tetap berusaha memberikan ilmu yang dia ada!
produksi kali ini membuatkan seolah-olah af9 ini tidak 'bagus' kerana pelajar! please lah! sejak dulu lagi af bukan hanya diingati kerana pelajar-pelajarnya sahaja... ia adalah rangkuman semua perkara... tolak ketepi af1 kerana ianya hanya mula diingati bila rosma terkeluar... kita mulakan dengan af2... mas bukan boleh menyanyi pun! tetapi dia tetap ada dalam af hampir ke final... af2 'bagus' bukan kerana semua pelajarnya menyanyi dengan excellent, tapi kerana produksinya bagus! dicampur dengan hype selepas af1 menjadikannya lebih hebat! konsert di mbpj memberi ruang pada penonton untuk membeli tiket dan datang menyaksikannya! perlawanan signage dan bunting memenuhi setiap ruang! kejutan *bagus atau tidak* memberikan lebih jiwa pada af2... mencantikkan rancangan itu! terkeluar awal atau juara, perjalanan seni terletak di tangan mereka! even edlin yang terkeluar awal masih lagi mendapat tempat sehingga sekarang... menyanyi, berlakon teater dan sebagainya! yang tak ada rezeki, balik kampung dan buat kerja masing-masing!
ketika 'tsumawi' melanda af3 pun, hanya beberapa orang pelajar saja pun yang menerima perhatian! tetapi produksi dibuat ditempat yang lebih besar, di stadium melawati... pernah juga konsert di buat di putrajaya, bila semua keluarga berkumpul ramai-ramai dari anak kecil hinggalah datuk nenek! daripada orang kebanyakan hinggalah kerabat diraja! tapi ianya bukan kerana semua pelajarnya hebat-hebat belaka! bukan semuanya ada album pun! tapi ada ke yang dibuang atau digugurkan? malah di masukkan lagi dua orang pelajar menjadikannya top 14!
af4 kurang menyengat, bukan kerana tidak ada pelajar-pelajar yang bagus, tapi produksi yang membuatnya tidak bagus! tiket tidak lagi dijual, tapi hanya diberikan kepada sponsors... tidak ada lagi perlawanan hebat papantanda menyokong pelajar kecuali daripada ahli keluarga sendiri dan mungkin sedikit peminat yang menang tiket daripada sponsors! konsert juga berlangsung ketika siaran langsung bolasepak piala dunia... kerana apa? kerana produksi tidak berfikir panjang untuk memilih tarikh yang sesuai untuk bersiaran. to make it worst, ketika konsert akhir, calon-calon prelude yang membuat persembahan di konsert akhir, bukannya bekas top 12! ketika itu saya rasa otak mereka yang membuat keputusan diletakkan di lutut mereka! keputusan yang 'buruk' dari pihak produksi lah yang menjadikannya lemau dan tidak bermaya!
dalam af5, ada pelajar yang bagus tetapi tersingkir lebih awal. tapi perlu diketahui, penyingkiran tersebut bukan kerana dibuang oleh pihak produksi tetapi kerana undian penonton, which was okay because it was the name of the game! yang tidak bagus ada yang terselamat hingga ke konsert akhir, tapi sekarang hilang entah ke mana! yang terkeluar awal seperti aizat, kini menjadi salah seorang penyanyi remaja terkenal tanahair! kerja keras dan rezeki yang telah ditetapkan! pada peringkat awal pun, pihak produksi jugak dikritik kerana muzik yang digunakan seperti ringtone handphone dalam bentuk mono! tetapi elemen baru seperti bintang yang diberikan oleh pengkritik, yang membolehkan pelajar menikmati hadiah adalah bentuk kejutan yang bagus dan memberikan peluang kepada pelajar untuk buat yang terbaik!
ketika af6, ianya sedikit suram kerana aznil mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. kehilangan aznil adalah seperti kehilangan sebahagian daripada af. namun, ada sedikit inisiatif daripada pihak produksi *atau mungkin pengetuanya, datuk ramli ms* untuk membawa pelajar-pelajar ini membuat persembahan di pentas gah seperti istana budaya. dan tak ada pulak saya tengok tenaga pengajar 'dipaksa' untuk give up terhadap pelajar-pelajar yang kurang berbakat. mereka tetap memberikan ilmu seperti biasa...
af7 memberikan kepuasan peribadi kepada saya kerana pada saya, hafiz adalah juara af paling cemerlang! kelainan yang dibawakan oleh produksi dan saya pasti pengetuanya, datin tiara, memberikan nafas baru pada af7! elemen teater serta corak pembelajaran sedikit 'western' memberikan warna. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak, tetapi ianya menjentikkan kejutan yang bagus dan indah. bukan semua pun pelajar yang boleh menyanyi dengan baik... ada juga yang menghampiri 'tone-deaf', tapi adakah yang dibuang kerana dirasakan tidak perform dalam tempoh tiga minggu berkonsert?
af8 saya agak sibuk... menonton pun sekali sekala... walaupun ada sedikit yang tidak puas hati *termasuk saya* kerana lagu-lagu pelajar semuanya dibolot oleh kru, tetapi sekurang-kurangnya mereka memberikan perhatian dan memastikan bekas-bekas pelajar ini adalah lagu mereka sendiri termasuklah klip video. tentang pelajarnya, seperti sejarah af sejak daripada musim pertama lagi, ada yang bagus dan ada yang tidak.
jadi bagaimana dengan produksi musim yang ke9 ni? bermula dengan gah apabila konsert tirai dibuat di tempat yang terbuka. pemilihan tenaga pengajarnya juga hebat-hebat belaka! bukan calang-calang orang! apatah lagi kelas pembelajarannya juga dibuat di rumah kaca yang boleh ditonton oleh peminat dan sesiapa saja! menghebatkan lagi, pengacara nombor satu, aznil, kembali mengisi kekosongan yang selama ini ditinggalkan. full stop!
mari bercerita sedikit tentang konsert tirai af9! ianya adalah satu permulaan yang sangat baik! malah, rata-rata teman wartawan meletakkan amir dan miza sebagai antara pelajar yang bakal menggugat di af9 selepas menonton konsert tersebut! jadi di mana silapnya apabila miza tersingkir dan amir digugurkan?
okay, back to af9! apa lagi yang dilakukan oleh pihak produksi? selain daripada tak henti-henti mengwar-warkan bahawa ini adalah akademi fantasia yang terakhir, apa yang mereka lakukan untuk menjadikannya paling diingati?
pertama, untuk menjadikannya yang terhebat, produksi memilih pentas paling kecil daripada semua musim af sebelumnya, untuk menjadikan af terakhir paling diingati! lima orang ahli keluarga dan empat orang fanclub untuk setiap pelajar sahaja yang boleh datang menonton. itu pun, tiga daripada ahli keluarga perlu berdiri kerana tidak cukup tempat duduk. tempat duduk tenaga pengajar seperti bermain 'musical chair'... sekejap di sana, sekejap di sini! teringat saya ketika af4 apabila peminat tidak dapat membeli tiket. sedikit hambar dan kurang bermaya!
kedua, sistem af paling berjaya iaitu ketika di af2 untuk sessi pengenalan pelajar dan pemberitahuan kedudukan sebelum konsert digunapakai. walaupun saya sangat bersetuju, tetapi saya rasa idea ini lebih datang daripada aznil, dan bukannya pihak produksi. sekurang-kurangnya aznil faham kehendak peminat af...
ketiga... ketiga? apa ya yang seterusnya? operasi gugur?!? ianya adalah kejutan paling buruk selepas afmasuk! membuang mereka setelah pihak produksi sendiri yang memilih mereka, apakah gambaran yang dapat dibuat terhadap pihak produksi kali ini? mereka tidak bijak memilih? kalau alasan bahawa sessi ujibakat tidak dapat memberikan gambaran sebenar tentang kemampuan pelajar, bukankah ujibakat tersebut dibahagikan kepada beberapa saringan dan diadili pula oleh pihak yang berpengalaman? bukankah ada stage satu, dua, tiga dan empat? bagaimana mahu dikatakan mereka tak 'mencapai piawaian standard' setelah diuji sedemikian rupa? kemudian, mereka dipilih pula ke top 40 di mana peminat boleh mengundi melalui klip video mereka, dan markah tersebut akan dicampur pula dengan markah pihak yang arif. jadi, apa yang kurang? apa yang menyebabkan 'operasi gugur' perlu diadakan? kejutan? kenapa tidak saja dibuat 'operasi masuk'?
dua minggu lepas, sebaik sahaja habis konsert minggu kedua, saya ada duduk berbincang dengan beberapa orang teman rapat mengenai 'operasi gugur'. ketika itu saya ada menyebut kenapa saya kurang bersetuju apabila hazama menjadi salah seorang calon yang bakal dimasukkan. pada saya, ketika ini hazama sedang mengikuti pengajian di universiti utara malaysia, dalam jurusan komunikasi untuk ijazah sarjana muda dengan kepujian! peluang yang tidak datang menggolek! apatah lagi dia bukannya tidak dikenali... sebagai artis jemputan untuk meet uncle hussein, beliau juga pernah menyanyi di pentas juara lagu! malahan, saban tahun dia tidak pernah lepas daripada mengikuti persembahan-persembahan astro seperti gegak gemilang astro, gempak selebriti astro, gempak desa, mahupun marhaban! walaupun tidak dapat masuk ke af, hazama sendiri sudah diiktiraf oleh astro sebagai selebriti mereka.
tetapi, apabila ada yang salah faham dengan penjelasan saya, dan menuduh saya takut kerana kononnya kemasukan hazama bakal menggugat kedudukan kay, saya ambil keputusan untuk diamkan sahaja! saya sudah bosan bergaduh disebabkan oleh akademi fantasia. bergaduh tidak pernah menguntungkan saya dan sesiapa saja. sebelum ianya menjadi lebih panas, saya mengambil keputusan meninggalkan perbincangan tersebut. saya mahukan masa untuk meneliti 'operasi pengguguran'.
apa yang paling mengejutkan saya, apabila saya melihat kembali 40 orang calon pelajar af9, tidak ada pun kelibat hazama! jadi persoalannya, bagaimana dia terpilih ke af9 sedangkan dia tidak hadirpun ke sessi ujibakat? jangan bandingkan dengan nas adila! kerana walaupun dia seorang penyanyi, tetapi pemilihan beliau ke af7 adalah berdasarkan ujibakat yang dihadirinya. bukan terpilih ikut suka saja seperti yang berlaku pada hazama ketika ini!
kembali pula kepada fina. tidak dinafikan, fina mampu menyanyi dengan bagus, tetapi umur beliau tidak melayakkan beliau untuk bertanding! hanya selepas konsert af9 berlangsung, baru umurnya mencecah syarat kelayakan. jadi layakkah dia masuk? american idol musim kesepuluh ini menurunkan syarat umur kepada 15tahun kerana pada tahun-tahun sebelumnya mereka tahu ramai yang mampu memberikan yang terbaik ketika di usia tersebut! jadi kenapa kelonggaran diberikan kepada fina sahaja? cuba fikirkan ini... bagaimana dengan ribuan yang lain, yang mahu sangat-sangat masuk af tapi bila membaca syarat kelayakan, mereka tidak layak kerana tidak cukup umur ketika tarikh ujibakat diadakan. bukankah anda menipu mereka? dan satu lagi, bagaimana pihak produksi boleh melepaskan fina untuk ujibakat sedangkan mereka sendiri tahu ketika menghantar borang, fina tidak melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pertandingan?
sekali lagi saya nak tegaskan di sini, perkara ini bukannya salah hazama atau fina. ketidak-adilan sistem yang dibuat oleh pihak produksi yang sebenarnya meragut peluang amir dan aida. dan ketidak-telusan itu juga yang memasukkan hazama dan fina ke dalam akademi... bagus! tidak cukup lagi dengan politik negara dan politik-politik di dalam pelbagai sistem, mari kita politikkan pula rancangan hiburan ini!
saban tahun af dilangsungkan, pasti ada suara-suara daripada segelintir penonton *tak kiralah apa motif di sebaliknya!* akan mengatakan af tidak lagi hebat atau hilang auranya! segelintir penonton af2 akan kata af1 lebih baik, penonton af3 akan kata af2 lebih baik dan seterusnya! tetapi af tetap menjadi rancangan realiti nyanyian nombor satu di malaysia! jadi tak perlulah nak berikan alasan bahawa 'operasi gugur' diadakan kerana permintaan orang di luar atau peminat! pihak produksi sendiri yang mahukannya... dengan alasan? wallahualam... tetapi tak payah nak salahkan pelajar yang tidak bagus, tenaga pengajar yang give up, mahupun penonton sendiri... terima lah hakikat!
kalau anda ingin membaca komen saya untuk konsert minggu ketiga, click di sini: murai
(p/s - supaya tidak timbul kekeliruan, pihak produksi yang saya maksudkan adalah mereka yang membuat keputusan... bukan cameraman, tech crews dan sewaktu dengannya! nanti ada pulak yang putarbelitkan my statement! susah!)
Posted by
badrul
at
6:18 PM
|
Tuesday, April 19, 2011
bintang muncul di langit...
i thought minggu kedua konsert akademi fantasia 9 ni semakin menyerlahkan keupayaan beberapa orang pelajar... mungkin banyak faktor yang turut mempengaruhi... antaranya pakaian yang diberikan pada para pelajar bertambah baik... begitu juga dengan komen para pengkritik... i felt that for the second week, kak ogy has more 'love' towards the kids, kalau nak bandingkan dengan minggu lalu... yes, she still gives out her true and honest opinions, tapi taklah garang sangat... and she laughs more too, which is her best trademark! hattan pun nampak lebih relax and lebih banyak berjenaka...
mungkin my mindset tentang pengkritik sedikit berbeza dengan orang lain... apatah lagi pengkritik-pengkritik yang dipilih bukan calang-calang orang... mereka semua ada pengalaman yang tersendiri... kalau anda perasan, ayat sebelum ini ada tertulis 'pengalaman'... yup, pengalaman lah yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik... so semestinya ramai yang tahu, these kids belum ada banyak pengalaman yang mampu dikutip... jadi, mereka bergantung kepada tenaga pengajar dan para pengkritik untuk memberikan sedikit pengalaman mereka kepada pelajar-pelajar ini... sebab tu i suka dengan pengkritik american idol sekarang ini... bak kata jennifer lopez, 'i'm not here to crush people's hopes and dreams in order to give my best critics'...
i don't want to talk much about 'operasi gugur'... susah nak komen bila tak banyak perkara yang diketahui... cuma i lebih suka kalau mereka buat 'operasi masuk'... masukkan calon-calon pelajar yang mereka rasakan layak, biar pengundi memilih dan kalau tidak cukup masa, mereka boleh keluarkan dua orang pelajar setiap minggu berdasarkan undian terendah... but that's just my opinion...
sekarang ni i belum rasa nak menulis panjang lebar tentang af in my personal blog... mungkin bila dah masuk minggu-minggu seterusnya, tergerak hati, mana tau... so for the time being, you can read more about my af concert review kat sini: murai
Posted by
badrul
at
7:09 PM
|
Monday, April 11, 2011
langsir dan konsert akademi fantasia 9...
Berada di Studio 1, Astro, untuk menonton konsert pertama Akademi Fantasia 9 (AF9) adalah satu perkara yang baru pada saya. Tempatnya agak kecil berbanding dengan konsert-konsert AF musim terdahulu. Bilangan penonton yang dibenarkan masuk juga agak sedikit, Namun, kemeriahannya tetap terasa. Cuma kurang selesa! Pentasnya pula agak menarik dan lebih kemas serta simple!
Apabila dua belas pelajar dibawa ke pentas, mulut saya dan beberapa rakan ternganga! Apa sudah jadi? Kain langsir rumah siapakah yang dipakaikan kepada para pelajar ini? Entahlah, sejak dari dulu lagi, pakaian para pelajar sering menjadi kritikan saya...
to read more, click here murai
Posted by
badrul
at
6:58 PM
|
Friday, April 08, 2011
aaaah... cun... nya!

oh, by the way, i'm not doing any movie reviews... i will leave that to the experts... saja nak bercerita tentang filem 'cun!' yang membuatkan i 'tergila-gila' ke panggung... jangan gelak, setakat ni sudah empat kali i watched 'cun' kat panggung wayang... i was not really impressed with the trailer promo... memang betul, do not judge the book by its cover, tapi promo tu sebenarnya yang mampu menarik minat orang datang menonton... seriously, the first time i watched 'cun!' tu pun sebab i was bored out of my wit! so i decided to jalan-jalan kat ioi mall... then, terasa nak menonton wayang, then dalam 'memaksa' diri memilih tiket untuk menonton 'cun!'...

i was pleasantly surprised dengan lakonan remy ishak, faezah elai, nadia nisa and ning baizura... remy, kerana sebelum ini dia lebih banyak membawakan watak-watak romantis, jahat dan sebagainya, dan tidak pernah membawakan watak komedi... sisi yang berlainan... lakonannya pulak sangat bersahaja... apatah lagi dengan loghat kedah yang menjadi... faezah elai pulak sungguh menjadi sekali dengan watak tomboyish... i have a few friends dari kedah yang memang ala-ala tomboy sikit dan memang macam tu lah gaya mereka bercakap... she's really good in the movie... sebelum ni tak pernah menonton lakonan beliau, tapi lebih kepada membaca cerita-cerita kurang manis... hopefully people will go and watch 'cun!' so they know how good she is, instead of baca gossip saja...
nadia yang membawakan watak gadis istimewa juga sangat bagus... memang mengalir airmata melihat watak beliau... yup, i memang cengeng! so what! empat kali tengok, empat kali jugak menangis... hahahaha... kali kedua tengok paling best sebab i bawa the whole family... nine of us! the funny thing was, adik beradik i pun menangis tapi kita tak cakap apa-apa antara satu sama lain, cuma pass kan tissue jer... watak ning juga tak kurang hebatnya kerana mimik muka sentiasa menjadi... kami sekeluarga gelak besar bila my mom cakap, 'nasib baik ning tu jadi baik dah nak last-last cerita tu.'

kali ketiga i menonton 'cun!' bersama my ex office-mate... mula-mula hanya ingin keluar makan dan melepak sebab dah terlalu lama tak berjumpa... akhirnya i berjaya 'pujuk' semua untuk menonton 'cun!' with me... tiga belas orang semuanya... bila keluar daripada panggung wayang, adalah sedikit mix reviews... tapi rata-rata menyukai... ramai yang kata watak maya karin sedikit tenggelam dengan kebagusan watak-watak lain... i have to agree sebab maya karin terlalu 'lembut' untuk watak pengacara rancangan gossip yang popular...

kali keempat pula i watched it with two of my brothers... i have to admit, i memang suka dengan filem-filem komedi romantik... kalau tidak, takkan i tengok 'pretty woman' sampai tiga belas kali di panggung wayang, 'dirty dancing' sampai sepuluh kali, 'my best friend's wedding' sampai tujuh kali dan banyak lagi filem yang ditonton berulang-ulang... having said that, i'm not really into 100% love stories... there should be some comedy injection to it, baru i terasa nak tengok...
so, who else wants to go and watch 'cun!'? call me! call me! have a great weekend everyone and go and watch 'cun!'
p/s- credit goes to all the owners of the pix... i googled jer...
Posted by
badrul
at
2:21 PM
|
Tuesday, April 05, 2011
i am sam...
ketika anugerah skrin awal tahun ini, dan sam di anugerahkan dengan anugerah istimewa, i masih ingat i bertanya kepada beberapa teman wartawan kenapa anugerah tersebut diberikan kepada sam dan bukannya pelakon lain yang pernah menang banyak trofi dan anugerah. walaupun dia seorang pelakon yang bagus, i thought someone who is more senior and has received more recognition should get it! biarpun diberikan beberapa jawapan, i masih kurang puas. tetapi malam tadi, semuanya terjawab dengan mudah...
i saw someone that was beyond an actor... bermula dengan kemenangannya sebagai pelakon filem lelaki popular, ketika dia menuju ke pentas untuk mengambil trofinya, dia membuka kacamata hitamnya untuk memberikan ucapan pada penonton dan tetamu yang hadir. dari situ, sudah nampak betapa dia mempunyai satu kredibiliti serta karisma yang sangat tinggi dengan menghormati hadirin yang berada di arena of stars, dan juga penonton yang menonton di rumah. i really respect that! mungkin pada orang lain ianya adalah satu perkara yang sangat kecil, but to me, i saluted him! apabila seseorang itu mempunyai bakat dan pada masa yang sama, menunjukkan rasa hormat pada orang sekeliling, itu lah orang yang patut kita contohi dan jadikan idola! ucapannya pula bersahaja dan sangat merendah diri.
apabila diumumkan pula memenangi anugerah bintang paling popular, sam sekali lagi membuat kejutan. dia membawa ibunya ke pentas! ketika orang lain sibuk mempromosikan siapakah pereka fesyen yang mencipta pakaian mereka dan mempromosikan project terbaru mereka, sam memberikan sepenuhnya pujian dan rasa kasih sayang terhadap ibunya! that is the kind of person that we should have more in our industry. i have nothing but full of respect...
to shaheizy sam, thank you for showing me the kind of person you are... you may not know me, but i am now your fan!
Posted by
badrul
at
2:20 AM
|
Friday, April 01, 2011
kay af9... ohsem!



Posted by
badrul
at
6:55 AM
|
Tuesday, March 29, 2011
terima kasih cinta... (part 2)





Posted by
badrul
at
2:50 AM
|
Saturday, March 26, 2011
terima kasih cinta... (part 1)

menganjak usia 40an, sepantas itu juga perjalanan hidup... tahun lalu, pengkhabaran tentang casting untuk teater 'terima kasih cinta' membawa kami ke sri pentas untuk sessi ujibakat... i thought it would be a good thing for diddy to venture into something new! apatah lagi ianya sebuah teater muzikal berskala besar. cetusan peluang yang tak harus dilepaskan. ketika itu juga, diddy baru habis peperiksaan semester kedua, jurusan ijazah sarjana muda komunikasi dari universiti utara malaysia. jadi persediaannya untuk sessi ujibakat hanyalah beberapa jam selepas habis kertas peperiksaan terakhir yang diduduki. i was in the casting room. the singing part was great. tapi sangat gugup ketika berdialog! lalu kami tidak meletakkan harapan.

i still remember that day like it was only yesterday. pulang dari satu acara di kuala kangsar, kami dikejutkan dengan panggilan telefon daripada penerbit eksekutifnya, memberitahu diddy terpilih dalam shortlist untuk ujibakat seterusnya, di istana budaya. harapan di hati kembali berbunga. namun sessi kedua ujibakat tidak semudah yang disangka. selain lagu datuk siti nurhaliza yang perlu dipersembahkan, mereka juga perlu menari dengan gerak tari yang begitu sukar. titisan peluh usah dikira. the steps were not easy, especially for someone who has the move, but can't really do it in a short period of time. i can just read the frustration all over his face. namun dia tetap melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

itulah rezeki yang telah ditetapkan Allah s.w.t. untuk diddy. dia berjaya melepasi sessi ujibakat yang kedua, dan dipanggil untuk sessi ujibakat terakhir. malamnya dia berlatih hingga awal pagi. sehingga tertidur di sofa, kepenatan. on the last day of the audition, he gave it all! sebelum masuk ke bilik audition, dia berbisik, 'abang jangan letakkan harapan yang tinggi... ramai di sini yang lebih berkebolehan...' i told him, i was not, but i lied. i really want him to be in this production. kekurangan dari segi pengalaman mungkin tidak menyebelahinya. maklum saja, sebahagian besar yang disenarai pendek adalah mereka yang pernah berlakon dalam produksi teater sebelum ini, baik teater puteri gunung ledang, p.ramlee, mahupun lain-lain yang pernah dipentaskan di istana budaya. so i prayed very hard. Alhamdulillah, he was selected as one of the final 20 people to be part of the supporting casts. i can't stop smiling!

selama lima hari, kesemua supporting casts berkumpul di dewan bahasa untuk sessi workshop. puluhan lagu perlu dihafal, perubahan skrip setiap hari, penghalusan dan perincian vokal dibuat, lakonan diasah dan dikenalpasti. kasihan juga melihat diddy berkejaran, dari kelas semester ketiga yang sudah bermula ke dewan bahasa untuk workshop, apatah lagi isterinya sudah menghampiri tarikh bersalin anak sulung mereka. dia perlu juga memastikan keperluan di rumah terjaga, membawa isteri untuk check-up dan sebagainya. tetapi semuanya dihadapi penuh kesabaran dan nekad untuk memberikan yang terbaik.

dua hari sebelum memulakan sessi latihan pertama di klpac, sekali lagi kami dihubungi oleh penerbit eksekutif. pengkhabaran gembira disampaikan apabila pengarah teater memilih diddy untuk membawakan salah satu watak utama dalam teater muzikal 'terima kasih cinta'. meloncat kegembiraan kami semperti kanak-kanak. syukur tidak terhingga. hari pertama berkumpul di klpac, kami mula diperkenalkan dengan barisan pelakon lainnya. semuanya bukan calang-calang. selain daripada aktivis teater, pelakon dan penyanyi, barisan produksinya juga bukan sebarangan. gerun juga mendengar nama-nama ternama ini, namun keseronokan untuk bersama dalam produksi besar ini memberikan semangat yang membara di dalam hati.

di klpac saban minggu mengeratkan lagi hubungan. daripada seorang penyanyi dan pelakon, mereka menjadi sahabat dan seterusnya menjadi seperti adik beradik. selama di sana, hanya sekali dua tidak dapat menemani diddy atas urusan kerja. other than that, i was there, watching them - rehearsing, polishing, perfecting. i have never seen so many talented people working under one roof. menyanyi, menari, berlakon! walaupun ketika diberi masa rehat, mereka masih lagi menyanyi, memperbetulkan apa yang salah, mengindahkan apa yang kurang. a bunch of talented, dedicated and hard working people!
bersambung...
Posted by
badrul
at
4:49 AM
|
Wednesday, November 04, 2009
the one about badrul and home-made martabak (kitchen tour part 17)...
here are the ingredients yang i gunakan untuk buat this home-made martabak...
dua biji bawang besar (yellow onion) di dadukan dan diasingkan pada dua bahagian
300 - 500gram daging cincang (you can change it to chicken or mutton)
dua ulas bawang putih dicincang halus
1 1/2 sudu besar rempah kerutuk (or you can use rempah kari)
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menggoreng
kulit popia (ikut saiz yang disukai - i'm using saiz besar)
telur (bergantung pada berapa ramai orang nak makan)
mula-mula sekali, dadukan bawang besar dan asingkan kepada dua bahagian... bawang putih jugak dicincang hingga lumat... panaskan satu sudu besar minyak di dalam kuali... masukkan sebahagian bawang besar yang telah didadu dan juga bawang putih... goreng sehingga naik bau tapi jangan sampai garing... macam orang putih cakap, just sweat the onions... muhahaha...
lepas tuh bolehlah dimasukkan daging kisar tadi... gaul rata-rata seketika... kemudian masukkan rempah, lada hitam dan garam secukup rasa... masak sehingga sebati... apabila dah masak, padamkan api dan masukkan bahagian kedua bawang besar... gaul lagi sehingga rata...
okay, time nak masak martabak... i pakai dua keping kulit popia bersaiz besar untuk buat sebiji martabak... mula-mula masukkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan kacau... kemudian sendukkan lebih kurang 1 1/2 senduk inti martabak ke dalam telur tadi dan gaul sehingga rata... i gunakan kuali untuk bakar roti canai tuh untuk masak martabak, but if you don't have it, you can just use any other kuali pun takpa... janji besar lah... unless you nak buat mini martabak using small kulit popia.. bergantung kepada your own creativity lah...
letakkan sedikit minyak ke dalam kuali... kemudian letak dulu sekeping kulit popia... tuangkan inti martabak ke atas kulit popia tersebut dan ratakan.... kemudian ambik sekeping lagi kulit popia dan letakkan dibahagian atas... kalau rajin, gunalah brush and brush sikit hujung-hujung kulit popia yang kedua tuh dengan telur supaya dia melekat dengan kulit popia yang kat bawah tuh... kalau tak pun takpa, sebab inti tuh akan melekat kat both... goreng kedua-dua belah sehingga garing...
mudah sangat nak buat... and i tell you, it will taste better than martabak yang kat luar sana sebab your home-made martabak ada lebih banyak daging... muhahahaha... you can eat the martabak dengan sos cili atau you can make the bawang jeruk as well... i tak cuba lagi, so i can't give the recipe to you now... muhahahhaa... maybe hiris bawang halus-halus, letak cuka, sedikit garam dan sedikit gula... biarkan semalaman... i think jadik kot... anyway, gambar-gambar tuh tak berapa clear sangat sebab i ambik pun dah malam dah... you can also keep the inti kat dalam fridge and cook it for breakfast... enjoy...
Posted by
badrul
at
2:18 PM
|









































