Bidadari Hati

Sunday, October 31, 2004

the one about badrul and his melt-in-the-mouth pudding buih... (kitchen tour - episode 4)

actually, right now, masa nak letak this recipe, i'm having terrible headache... sakitnyer kepala tuhan sajer yang tau... but then, i promise a few friends to put up this recipe before or by monday, so, janji mesti ditepati...

tapi before tu, i nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ajk kebun pisang terutamanya puan tanah, cikpisang, c.e.o. wink, dan tukang masak kebun cik izkiut yang menyediakan masakan yang sungguh sedap untuk malam gala pekebun sdn bhd, dan cik cikanosweet yang tak henti-henti tolong ambikkan air untuk abang badrul... hihihihihi... seperti biasa, c.e.o. wink always has a special skills to impress everybody with his arrangement and door-gift... yang hadir di malam gala adalah saya sebagai senior c.e.o. (atas sikit pada wink, bawah sikit pada puan kebun), cikpisang, wink, izkiut, cikanos, meesua, leen, orgkampung, batrisya, lv aka ijip, wai em, frodo, nhk, jojie, hemo, sumbing, rose, niwanda... cerita lanjut, sila kunjungi kebun pisang... oklah, here's the recipe for pudding buih...

bahan-bahan...


putih telur dan agar-agar kering...

untuk pudding...

10biji putih telur
20gm agar-agar
2mangkuk air


daun pandan, kuning telur dan susu pekat...

untuk kuah...

4biji kuning telur
2helai daun pandan
1tin susu pekat
1 tin air

cara-caranya...

nak buat pudding buih nih slightly tricky especially kalau you nak buat sorang-sorang... so, i would suggest you rebus agar-agar dulu before you beat the white eggs... bila agar-agar dah hancur, sejukkan seketika biar jadi suam sahaja... then, you pukul telur putih sampai naik... kalau you masukkan agar-agar yang panas, the white eggs nanti masak and jadi berketul ketul...


masukkan agar-agar ke dalam periuk...


masukkan air dan didihkan sehingga agar-agar larut...


pukul putih telur sampai naik dan menjadi buih...


masukkan adunan agar-agar sedikit demi sedikit...


masukkan adunan puding ke dalam bekas, dan sejukkan di dalam fridge...

*additional info* ~ pastikan anda masukkan pudding tersebut ke dalam fridge dan bukan dalam kereta wink... kalau masuk dalam kereta wink, pudding tersebut bukan lagi jadi pudding buih, tapi hanya lah... buih... hahahahaa...

the good thing about any recipe, you can change it and suit your taste... so, kalau you rasa it's too sweet for you, you can change susu pekat to susu cair... but, you have to add some sugar, because pudding buih tu tawar jer...


masukkan susu pekat ke dalam periuk...


masukkan air... gunakan tin susu untuk menyukat...


masukkan daun pandan...


masukkan kuning telur...


kuah mesti dikacau sentiasa dan gunakan api yang sederhana... masak sehingga pekat...

kuah mesti sentiasa di kacau... bila dah mendidih dan pekat, padamkan api, dan tapis kuah supaya tidak berketul-ketul... bila dah sejuk, masukkan ke dalam fridge...

final result...


pudding buih... close up...


pudding buih for your dessert...

cubalah buat yek... jangan tak cuba... sekarang nih nak tidur, kepala dah makin kuat berdenyut-denyut nih...

~ pictures by shonny ~

Wednesday, October 27, 2004

the one about badrul and the kids...


anies, elisya, aiman n farah...

earlier today... wednesday, i was very busy... meeting, recording and meeting again and recording again... letih sungguh but i was having fun... ketawa bila bergurau senda dengan teman-teman di office... ketawa bila berchatting with other friends from the blog... ketawa sampai sakit perut... but, betullah kata orang-orang tua, jangan ketawa banyak sangat, nanti menangis pulak... that was what happened to me later in the evening...

farah called sebelum berbuka and tanya sama ada i sibuk ke, and because i was in the studio with some clients, i brushed her off, cepat-cepat cakap sibuk and will call back later... and by the time i habis recording and i was getting ready to go back, it was already 8.30pm, and i know by this time, dia dah pergi ke surau with my sisters for sembahyang terawih...


farah... independent...degil but penyayang...

sejak my parents pergi umrah lebih dari seminggu nih, i belum balik rumah my mom lagi... the last time i jumpa the kids masa pergi airport... i was so busy, kerja 7 hari seminggu, event kat sana sini... and that phone call from farah bukanlah the first call this week... in fact, dah banyak kali farah call but tak pernah dapat cakap lama because i terlalu sibuk... baru cakap dua tiga patah, i dah cakap ok, nanti call balik yek, tengah sibuk nih...

about 9.50pm, i call my sister nak cakap dengan farah... dia merajuk tak mahu cakap dengan i... cepat-cepat my sister pass the phone to anies... tapi i cakap pada anies, i nak cakap dengan kakak dulu... selepas dua tiga minit senyap, farah cakap hello... i lower my voice, tanya apa yang kakak nak cakap? dia diam... lepas tu dia cakap takda apa yang penting... i cakap, tak apalah, kakak cakap jer apa yang kakak nak cakap tadi... dia cakap dia cuma nak bagitau pasal keputusan periksa dia... dia dapat nombor empat dalam kelas... hati i dah sebak... terus i teringat janji i pada dia... farah tanya bila nak balik sebab dia nak tunjuk result dia... i dah tersedu... i cakap soon... (i tak tau nak cakap apa lagi, i am really busy this week)... dan dalam sedu sedan tuh i cakap kat dia nanti kita keluar beli baju raya ye... dia cakap ok... lepas tuh tanya kenapa suara i tak keluar, sakit ker... airmata terus mengalir laju, i cakap tak... lekat something kat tekak... dia cakap ok... anies nak cakap pulak...


anies... sweet n adorable... slightly manja...

anies bunyi lebih ceria... anies dapat nombor 13 jer dalam kelas, katanya... bila nak pergi beli baju raya? anies nak baju warna oren macam zahid boleh? kemudian dia membebel-bebel pasal aiman selalu ambik pensel dia... i cakap nanti i beli sekotak pensel yang baru... dia membebel lagi pasal kasut sekolah dia yang dah koyak... i cakap nanti kita beli... dia tanya bila nak pergi beli baju raya nih? kawan-kawan anies semua dah beli dah... i cakap minggu depan... dia ulang lagi nak baju kurung warna oren... i cakap nanti kita cari... kat belakang dah dengar bunyi bising-bising aiman nak rebut telefon... kejaplah aiman, biarlah kak anies habis cakap dulu... dengar kat belakang aiman jerit, nanti kak anies cakap balik lah... kemudian telefon diserahkan pada aiman...


aiman...intelligent but bad temper...

aiman komplen, kenapa lama dah tak balik? letih jer aiman tunggu... birthday aiman pun (monday 25th october) tak balik jugak... my tears dah macam hujan kat kl nih... i cakap nanti i balik ya, kita pergi beli baju raya ramai-ramai... aiman kata selalu jer cakap nak balik, tapi tak balik pun... i cakap nanti mesti balik sebab kita semua tak ada baju raya lagi, kalau i tak balik, kita semua tak raya lah.. aiman cakap ok, tapi cepat sikit ye, nanti dah habis baju raya pulak... aiman nak kasut yang ada roda tuh... semua orang ada, kak farah ada, kak anies ada... aiman jer takda lagi... i cakap ok... dia tanya i nak cakap dengan elisya tak, i cakap nak.. dia pass phone pada elisya...


elisya...comel and nakal...

elisya nak tidur kat rumah sana, boleh? that was her first question to me... i cakap boleh, tapi nanti dulu sebab nak kemas rumah... alasan yang i selalu bagi pada dia... dia cakap ok... elisya puasa jugak ari ni tau... elisya makan satu biskut jer... i cakap wah, bagusnya... esok jangan makan langsung sampai waktu berbuka yek... dia tanya kalau lapar macam mana? i cakap kalau lapar tahan lah dulu... tunggu makan ramai-ramai... dia cakap ok... i tanya elisya nak baju baru tak? dia cakap taknak lah... elisya nak duit raya boleh? i cakap duit raya kena tunggu hari raya baru boleh dapat... dia cakap ok, elisya nak dua ringgit, tapi taknak duit syiling ye, elisya nak duit kertas... i cakap boleh... lepas tu elisya cakap bye bye... belum sempat i cakap bye bye kat dia dan yang lain, dia dah letak telefon... i nak dail balik, but my chest was burning... i want to drive back to them, but i know it was already late at night... i sat down on the floor, and continue crying...


outing pergi zoo...muka masam sebab tak mau balik...

i promise myself that next week, i will apply my annual leave and bawak dia orang semua shopping... i promise myself that i will go and buy a set of earrings that farah always wanted, as her gift for being top five in her class... i promise myself to get aiman his shoes-with-wheels as his birthday present... i promise myself to go and buy mechanical pencil with refill for anies, an extra box of pencils if she's ever out of it, and of course, her new school shoes... i promise myself to change money at the bank for duit raya and put into two envelopes for elisya, one with two ringgit in it as what she has requested and the other, with the amount of money that i want to give her...

promises... promises... promises...

* please don't ask me who they are to me... they are just my kids...

Monday, October 25, 2004

the one about badrul and his succulent jemput-jemput udang... (kitchen tour - episode 3)

before i go on talking about my recipe, nak cakap kat semua yang mengambil bahagian in that evolusi 2 album, that sekarang nih tengah review siapa yang bakal menang the album and makan malam eksklusif with those three wonderful guys... i will notify yang menang through email... senang kan! another thing, all these recipes bukannya nak mengurangkan pahala puasa sesiapa... just to share something with whoever yang interested... in fact, i'm so pleased that ramai yang dah cuba my recipe... something yang simple dan mudah disediakan... hope you all sukakannya...

anyway, balik rumah from work, i was a bit tired... dah lah tak pergi majlis buka puasa... sorry nisa, 2nd time our 'blind date' tak menjadi... hahahhaaa... insyaAllah, soon we will meet up, ok... balik jer rumah dah lewat, so i thought i want to eat something simple... bukak fridge, ada udang, ada taugeh... hhmmm... buat jemput-jemput udanglah... this recipe i belajar from my dad... simple sesangat tetapi sedap sungguh... but instead of letak daun kucai like my dad, i change it to taugeh... lagi sedap dan crunchy (dan tak melekat kat kerongkong macam daun kucai)... so, here's the recipe...

bahan-bahan...


chopped shallots, telur, pepper and salt...


fresh prawn, taugeh...


a mixture of normal flour and self-raising flour...

500gm udang sederhana, dipotong tiga...
300gm flour
100gm self-raising flour
10 biji bawang merah, dicincang halus
100gm taugeh
1 biji telur
semangkuk air
½ sudu lada hitam
garam secukup rasa

cara-cara...

again, it's so simple... masukkan semuanya dalam mixing bowl... mudahkan! tapi bila masukkan air tu, kacaulah sikit... make sure adunan tak terlalu keras dan tak terlalu cair... mesti pekat...


masukkan udang yang telah dipotong dalam adunan tepung...


masukkan bawang merah yang didadu halus...


masukkan taugeh...


pepper...


salt to taste...


then, one egg...


masukkan air...


kacau sehingga sebati...


gorengkan dalam minyak panas...


pastikan garing dan perang dikedua-dua belah...

final result...

you can eat it with chilli sauce or you can just eat it like that...


jemput-jemput udang close up...


jemput-jemput udang, ringkas tapi sungguh sedap...

kalau taknak membazir beli makanan yang banyak kat baazar ramadhan, and if you want something quick, simple but delicious, do try this recipe... you won't regret it... selalunya i prepare this on saturday or sunday untuk minum petang... and kretortd, i'm sure you'll have all these simple ingredients kat germany kan... and to those yang rasa macam tak pandai masak pun, i think you can do this simple one... try lah...

~ pictures by shonny ~

Sunday, October 24, 2004

the one about badrul and the jam-packed weekend...


the kind of weekend that i was hoping for...

memang banyak sungguh kerja this week… in fact, i was really looking forward to the weekend… tidur lebih sikit, rehat panjang sikit dan keluar jalan-jalan lama sikit… but, the email from programme manager era sedikit sebanyak ‘menggelapkan’ angan-angan tersebut… “kindly attend the sahur with era winners, sponsored by quaker at 3.00am, in berjaya hotel kl”…. ttiiidaaakkkkk!!! nak kena bangun pukul 3 pagi ker? for someone yang memang jarang giler bersahur, or yang selalunya untuk sahur, makan biskut kering and hot milo before going to bed, this is going to be harrrddddd!!! lepas tuh nak kena pakai baju melayu… oh no, baju melayu yang tempah untuk raya tak siap lagi, dan yang sedia ada (satu jer) nak kena pakai hari isnin for buka puasa with client… hhhmmm… sorry seelan, kena compromised, ok… i attend this sahur event but i will not be able to wear baju melayu…

friday…

hari jumaat, hujan lebat dan kilat sabung menyabung… about 5pm pulak tu baru start.. nak taknak, terpaksalah berbuka kat cafeteria office… sedihnya… sambung buat kerja and pukul 9.30malam barulah bertolak balik ke rumah… so, rancanglah taknak tidur malam tuh and tunggu sampai pukul dua pagi… thanks to chail, sm, dreamfinder and kak aidid (yang masih di office dia menyalin my beef stew recipe) yang tolong menemankan chatting kat ym…


gambar era event last year...

sampai kat berjaya hotel tu about 3.00am… dah ramai dah pemenang era yang sampai… while ‘lepaking’ outside sementara menunggu event bermula, ada this one guy approached me, and hulur tangan bersalam… i pun salam lah balik and he introduced himself as malique… being someone yang alhamdulillah setakat nih memang kuat daya ingatan, i felt ‘guilty’ because i couldn’t remember kat mana jumpa… bila dia cakap he is malique from the blog, (waaahhh, macam tajuk lagu ‘jenny from the block’ pulak) barulah i tau malique yang mana… hahahhaa… sorry malique, if my face macam confused giler… hahahahaa… but hey, nice meeting you and congratulations… congratulations bukan saja jadi pemenang era yang datang bersahur, but at the same time dapat bawa balik hadiah cabutan bertuah wang tunai rm1000.00…. banyak tu!!! Boleh lah belanja makan yek!! … seronok dapat kenal seseorang yang selama nih i just baca tulisannya saja… rugi pulak tak bawak camera… anyway, as you and everyone know, sahur time is not the best time to have conversation… hahahaha… so, maybe someday we can catch-up… well, we should...

saturday…

sampai rumah from sahur event dah pukul 6.30am… petang about 2.00pm sepatutnya attend another event of hitz radio icon di ikano power centre kat damansara, and rush back before 6pm to go buka puasa with adifashla and sahri di kelang (makan seafood)… tapi nak dijadikan cerita, pukul 2.30pm baru terjaga dari tidur…. Waaahhh… i never thought that my body ever had such a long rest… terpaksalah buat beberapa phone calls dan beberapa dalih… hahahahaa… so, before bersiap nak pergi berbuka, i kemas rumah serba sedikit, tengok tv serba sedikit and keluar pergi hantar laundry… by 6.00pm we were on our way to bebuka puasa in kelang…


dalam kereta nak ke kelang...

as usual, we ordered my favourite… hahahahha… tiap-tiap kali datang makan seafood kat kelang, mostly order yang sama jer hahahaaa… meehoon goreng Singapore, asparagus belacan, kung-po mantis prawn, marmite crab (with eggs), bun goreng and tauhu berinti goreng…


lauk yang sempat diambik gambar... lepas tuh semua sibuk berbuka...hahahaha...

seronok tengok dia orang nih makan… kalau selalunya berbuka puasa kat rumah masak sendiri, hari nih berbuka orang masakkan… taklah letih sangat, kan… seperti biasa, bila keluar dengan dia orang nih, banyaklah benda yang nak diceritakan… sempat jugaklah kita orang bergossip sikit.. hahhhaaaa.. mesti ada beberapa orang yang terbelahak masa berbuka hari sabtu tuh sebab kita ‘bercerita’ pasal you all… hahahhahaa… dalam kereta on the way back tuh, petah betul dua-dua bercakap… maklumlah, perut dah penuh…

sunday…

rancang bangun awal sebab nak pergi pasar… nak beli barangan segar sikitlah… near my mom’s place or to be exact, kat puchong perdana, ada satu kedai yang jual barangan segar… i memang selalu beli ikan, ayam , udang, sotong serta sayur-sayuran kat sini sekali seminggu… daging jer yang i beli kat pasaraya sebab i taknak beli daging import dari india tuh yang berketul-ketul tu, or kalau i nak sayuran dan buah-buahan import… tapi baru jer keluar rumah, tengok tayar pancit… kenalah tukar pakai tayar spare but the problem was, tayar spare tuh lagih kecik daripada tayar-tayar lain tuh… hahahhaaa… nak tak nak, kena lah drive pergi kedai tayar… i beli udang segar sekilo, beli petai, beli taugeh… and pergi check tayar, ada paku… cisss… lepas tuh tampal and pasang the old tayar balik kena charge rm5… ok lah tuh…


golden sunset at northport, kelang...

rushing back from work, terus pergi bazaar ramadhan shah alam… jalan punya jalan punya jalan, akhirnya decide nak makan apa untuk berbuka… hari nih i berbuka dengan nasi dagang terengganu, ayam percik merah kelantan dan paru goreng…


ketupat pulut daun palas... my favourite!

and hari nih i terjumpa something yang i nak makan dah lama dah, one of my favourite… ketupat daun palas, yang tiga segi tuh… ketupat pulut… my mom’s favourite jugak nih… especially yang my grandma buat… for my mom, my grandmom usually buat slightly manis… i suka yang tawar sebab boleh makan dengan serunding daging… hhhmmm… ssseeedaapppnyaaa…

sekarang nih tersandar kekenyangan… hahahaha… so, how was your weekend?

~ pictures courtesy of shonny but gambar ketupat, i ambik sendiri… sebab tuh blur… hahahaa ~

Thursday, October 21, 2004

the one about badrul and his yummy kabbak daging... (kitchen tour - episode 2)

*harap maklum, title dan nama masakan ini ditukar daripada pegedil daging kepada kabbak daging untuk mengelakkan kekeliruan para pelancong... juga, oleh kerana proof-reader saya, cik dreamfinder yang berada di london kuar berjalan-jalan, maka, tidak ada orang yang proof-read saya punya eengrrandd... jadik, kalau ada grammar or gramparr mistake tuh, harap maafkan yek... ~ badrul (22okt, 11.45am)*

kat office hari nih ntah macam mana, teringin sangat-sangat nak makan kabbak daging… nih mesti kes guruvocal yang dok tanya apa lagih masakan yang i tau buat lah nih… hahahaha.. then, i teringat masa pergi tesco earlier this week, i also bought some mince meat… and since my fridge is always filled with all my cooking needs, i don’t have to worry about potatoes, onions, or even spices… set lah… balik nanti buat kabbak daging…

i’m not so sure myself, whether by doing all these recipes, nampak macam menunjuk-nunjuk jer… i thought, takyahlah letak benda nih kat blog… but then again, lepas pikir panjang-panjang, i said to myself, why not?... atleast i’m sharing something with my friends… sharing something that i enjoy doing, and sharing some recipes that i love to eat… so, to all yang suka masak, here’s the recipe for kabbak daging… it’s very simple to do and delicious to eat… the kids will definitely lllooooovveee this…. and to kretortd n dreamfinder yang ada kat overseas tuh yang mungkin harga daging mahal, or to whoever yang tak suka daging, you can actually change it to mince chicken or mutton…


mince meat, bawang besar, kentang, telur, pepper n jintan manis...

bahan-bahan…

500g daging cincang (or chicken)
2 biji onion (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 biji telur
½ sudu kecil pepper
½ sudu kecil jintan manis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng (deep fry)

cara-cara…

senang sangat nak buat once you dah prepare the ingredients… just take one big bowl and mix everything in it…


masukkan kentang and bawang dalam bowl daging...


pepper n jintan manis...


then telur...


masukkan garam secukup rasa...


gaulkan rata-rata...

kemudian bulat-bulatkan dan leperkan sedikit mengikut size that you want… but i prefer it slightly small… senang nak makan… hahahhaa…


bentukkan bulat-bulat dan leperkan sedikit...


buatkan semuanya...

panaskan minyak and deep fry… nah, dah siap pun…


deep fry...

final result…


kabbak daging, close up...

you can just eat it like that with chilli sauce, or you can eat it with rice… selalunya kat rumah my mom, kabbak daging nih dibuat bila we cook nasi bukhari… you can also eat it with bread, macam burger… it’s so easy and simple… yet, it's delicious… seedddaappnnnyyyaaa….


kabbak daging... yummy...

cuba, jangan tak cuba yek… and you guys masih ada masa nak menang album kat bawah tuh until 6.00pm hari jumaat, 22 oct...

~ pictures by shonny ~