the one about badrul and the tasty solok lada... (kitchen tour - episode 8)
capsicum...
at last, my kitchen tour start balik this ramadhan... i want to call this dish 'solok lada bertakhta di hati', bleh? muhahahaaa... jiwang tahap gaban... okay, nih nak cerita sikit... nak buat solok lada nih sebenarnya memerlukan cili yang khusus... warna dia hijau florecent sikit... tapi i dah pergi merata tempat tak jumpa jugak... merata tempat tuh maknanya kat hypermarket lah... muhahahaaa... mana ada masa nak pergi pasar borong selangor ker, pasar borong selayang ker... muhahahhaaa... anyway, yang i jumpa cuma cili hijau biasa jer... walaupun nama cili besar, tapi still kecik and tak sesuai nak buat solok... so, lepas fikir panjang, i decided to use capsicum... solok pun boleh letak banyak kan... muhahahaaa... nampak colorful and sungguh menyelerakan...
kelapa parut...
ikan selayang atau ikan sardin...
bawang merah, serai, lada hitam...
okay, kita start dengan bahan-bahannya...
10 biji cili hijau (or you can use capsicum macam i buat)
1/4 biji kelapa parut (untuk inti)
1/4 biji kelapa parut (dibuat santan pekat)
5 ekor ikan selayang (kat sini panggil ikan sardin)
10 biji bawang merah
2 batang serai
lada hitam
garam secukup rasa
kisar bahan-bahan...
ikan dibuang tulang dan kulit... my mom selalunya gunakan ikan tamban atau ikan selayang nih... according to my mom, ikan tamban lagi sedap sebab isinya manis, tapi i tak larat nak buang tulang... pengisar my mom yang dari zaman dulu tuh boleh ler kisar dengan tulang-tulang, tapi pengisar zaman moden nih mana lah tajam sangat... then, bawang merah dan serai dihiris-hiris supaya mudah nak kisar... jangan lupa masukkan lada hitam dan garam secukup rasa... dan jangan lupa untuk letakkan sedikit garam dalam santan supaya lebih lemak... perkiraannya mudah saja... ikan mestilah lebih banyak daripada kelapa parut... dan satu lagih, pastikan kelapa yang digunakan tidak terlalu tua... nanti rasa hampasnya...
paste yang telah dikisar...
kisar semua bahan-bahan tadi bersama-sama kecuali santan sehingga menjadi paste... oh, lupa nak cakap... bila beli kelapa parut tuh, pastikan ambil bahagian putih jer... jangan sampai ke keraknya pulak nanti keras and tak sedap... kira macam order kelapa parut untuk makan dengan kuih macam kuih lompang ker, puteri mandi ker... macam tu lah...
potong bahagian atas...
capsicum nih sedap sungguh rasanya... selalunya, bila nak makan capsicum i akan layurkan atas api atau celur dalam air panas untuk buangkan kulit luarnya... tapi sebabkan kita akan kukus, i tak buangkannya... nanti bila makan, ia akan tanggal dengan sendiri...
buangkan bahagian dalam...
untuk sediakan cili... kalau you pakai cili biasa, belah dibahagian tengah tapi jangan sampai putus dua dan buang bijinya... kalau pakai capsicum macam i, potong bahagian atasnya, tapi jangan dibuang... nanti boleh digunakan balik... buang bahagian dalamnya...
isikan dengan paste solok...
isikan paste ke dalam cili... buat kesemuanya... kalau pakai cili biasa, pastikan isinya terkeluar sikit... sumbat banyak-banyak sikit tau... jangan kedekut intinya pulak... muhahahaa...
susun atas kukusan dan tutup capsicum...
tutup balik capsicum tuh dengan bahagian atasnya... macam nih, kita tak membazir sebab semua bahagian boleh dimakan... and at the same time, macam pengukus dalam pengkukuslah...
kukus selama 10 - 15 minit...
kemudian susun di atas kukusan... i tak jumpa my kukusan, so i just use normal kuali jer... anyway, bila you letak air di dalam kukusan tuh, pastikan you masukkan sedikit garam... tujuannya, kulit cili akan nampak berkilat dan cantik and pada masa yang sama cili lebih tasty...
siram dengan santan pekat...
kukus seketika, dan kemudian siram isinya dengan santan pekat... rasanya mmmmmmmmmm... enak memang tak terkata kerana lebih lemak dan berkrim...
siap dihidangkan...
solok lada memang sedap dimakan dengan nasi kerabu, nasi dagang atau nasi biasa... tak kiralah... lebih sedap kalau ada benda yang masin macam ikan kering ataupun budu...
untuk berbuka atau meraikan tetamu...
okay, since kitchen tour nih dah mula, cuba jangan tak cuba yach... tadi pun masa i hantar some to my mom, dia terkejut jugak... besarnya solok lada... muhahahahaa... tapi bila dia telefon lepas berbuka, tak cukup pulak katanya... muhahahahaa... kenyang... burb... alhamdulillah...
|