Bidadari Hati

Friday, April 29, 2011

ninja turtle part 2...


everyone in the family was a bit worried. secara tiba-tiba kay jatuh sakit. demam, sakit tekak, sakit dada dan sesak nafas... dan emak mana yang tidak bimbang dan rungsing hati apabila hanya mampu melihat dari luar rumah kaca dan di kaca tv sahaja. hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu apa yang bermain di fikiran emak. dia melahirkan, membesarkan sejak kecil hingga dewasa, dia menjaga makan minum, sakit pening dan semuanya. segala perihal ketika diddy di akademi fantasia musim keempat kembali menerjah ke kepala! hanya doa menjadi iringan supaya kay segera sembuh dan mampu bertanding dengan baik.

kelmarin kali kedua saya ke rumah kaca di aeon setiawangsa. kali pertama ketika sehari sebelum tirai konsert. datang atas jemputan joe ketika itu untuk melihat sendiri rumah kaca hasil daripada idea beliau. dan kelmarin saya singgah sendirian, ingin mengetahui tahap kesihatan kay. dalam perjalanan, saya menghubungi akma, producer untuk akademi fantasia musim kesembilan ini. namun, saya tidak dapat bercakap lebih 10saat kerana beliau sibuk dengan rakaman diari. resah juga kerana tidak ada gambaran keadaan kay.

sesampai sahaja ke rumah kaca, saya meninjau sekeliling. penat juga lah, berjalan mengelilingi rumah kaca hahaha... di bahagian kelas tarian, kelihatan ramai penonton berkumpul. rupa-rupanya persembahan di hadapan tenaga pengajar sedang dijalankan. namun, kelibat kay tidak kelihatan. rasa sedikit berdebar. tiba-tiba ada orang mencuit dari belakang. tersentak, namun saya lega melihat lelaki matsaleh kacak dan tinggi lampai tersenyum ke arah saya. it was chris dalton, suami kepada ning baizura. kami berbual seketika, sebelum kelibat kay kelihatan sedang berjalan untuk masuk ke pintu akademi.

berlari kecil dan seperti paparazzi, saya terus mengeluarkan kamera, dan ketika dia mahu membuka kasut, suruh kay pandang kamera dan snap! dapat satu gambar! hahahaha. gambar itu yang saya paparkan di atas! perkara sebegini sebenarnya bukan lagi sesuai untuk orang yang 'berumur' seperti saya, but i just need to know keadaan dia sekarang ni. berdiri di hadapan cermin kaca, kami hanya berkomunikasi menggunakan 'sign-language' *yang kebanyakannya hanya direka sendiri asalkan maksudnya sampai*

rupa-rupanya dia baru pulang dari surau untuk menunaikan solat asar. patutlah tidak kelihatan seketika di dalam akademi. dia masih lagi sakit dan tekaknya masih belum pulih. kelihatan air mukanya berubah sedikit sedih bila saya tanyakan persediaan untuk konsert minggu ini. mukanya kembali ceria bila saya sampaikan salam dari ahli keluarga, teman-teman dan orang yang menyokong beliau. agak sukar untuk berkomunikasi dengan hanya 'sign-language'. saya hanya sempat bertanyakan soalan-soalan pendek, berpesan supaya dia banyak berehat dan memberikan yang terbaik semampu keupayaan beliau ketika konsert nanti.

ramai yang nampak kehadiran saya di situ... pengacara nombor satu aznil, pengetua amy, cikgu fati, cikgu shafi dan ning baizura. semua melambaikan tangan tanda ucapan 'hello'. segan pun ada, lalu saya mengambil keputusan untuk berbual dengan chris di luar sementara dia menunggu ning habis sessi bersama tenaga pengajar. bila ning keluar, dia sempat memberitahu bahawa kesihatan kay belum pulih. saya tidak pula bertanya panjang lebar. kemudian terserempak pula dengan nourish, isteri amy yang jelita! terus kami pula menyambung perbualan.

sebelum pulang, saya singgah kembali ke rumah kaca untuk mengucapkan good luck kepada kay! cikgu fati pula keluar dan selepas bersalaman dengan dia, sempat cikgu fati memberitahu saya tentang keadaan kay! rasa sedikit bangga apabila cikgu fati beritahu 'walaupun kay masih belum mampu menyanyi kerana sakit yang dialaminya, semangat juang dia sangat tinggi!' that's the way to do it! he has to keep the fighting spirit alive! bukan satu perkara yang mudah apabila keadaan kesihatan kita bukan sahaja 'memakan' tenaga kita, tetapi juga semangat kita! i'm proud of you, kay!

sempat juga saya menegur sapa cikgu shafi yang memberitahu kay perlu banyak merehatkan suaranya. latihan dan nyanyian asas dan menghafal lirik adalah keutamaan kay. tapi dia masih sangat bersemangat ketika menarikan lagu 'menuju puncak' ketika sessi bersama tenaga pengajar. pengetua amy juga banyak menasihatkan kay untuk berehat di rumah dan memberikan tumpuan untuk baik sepenuhnya. pesanan mereka untuk ahli keluarga, supaya jangan bimbang kerana pihak produksi dan tenaga pengajar menjaga semua pelajar dengan baik.

saya pulang dengan perasaan yang sedikit lega dan tekanan yang sedikit kurang. i hope that kay can perform his best in the upcoming concert! pada semua, doakanlah semoga kay pulih seperti sediakala... insyaAllah, dengan doa kalian, dia mampu kembali sihat... amin...