Bidadari Hati

Wednesday, November 04, 2009

the one about badrul and home-made martabak (kitchen tour part 17)...

home-made martabak... garing and yummy...

oh my God... it was so long ago since i updated my blog... i have to start writing again... nanti lama-lama otak berkarat pulak... so, what's better than to write about food... muhahaha... last saturday i tak tau nak makan apa... nak makan kat luar macam malas, so i bukak lah my fridge and tengok apa yang ada... honestly, this is my first time buat martabak, or some people call it murtabak... tak kisah lah mana satu... tak pernah lagi seumur hidup i buat martabak... makan tuh selalu lah... and my favourite martabak ialah martabak yang my mom beli kat kelantan all the time... anyway, i saw some ingredients in my fridge that i think sesuai untuk buat martabak... apa yang ada i keluarkan... cuma pening sikit sebab takda kulit martabak... so improvised lah... pakai kulit popia...

here are the ingredients yang i gunakan untuk buat this home-made martabak...

dua biji bawang besar - didadu...

daging cincang...

kulit popia...

dua ulas bawang putih - dicincang halus...

rempah kerutuk...

dua biji bawang besar (yellow onion) di dadukan dan diasingkan pada dua bahagian
300 - 500gram daging cincang (you can change it to chicken or mutton)
dua ulas bawang putih dicincang halus
1 1/2 sudu besar rempah kerutuk (or you can use rempah kari)
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menggoreng
kulit popia (ikut saiz yang disukai - i'm using saiz besar)
telur (bergantung pada berapa ramai orang nak makan)


goreng bawang besar dan bawang putih...

mula-mula sekali, dadukan bawang besar dan asingkan kepada dua bahagian... bawang putih jugak dicincang hingga lumat... panaskan satu sudu besar minyak di dalam kuali... masukkan sebahagian bawang besar yang telah didadu dan juga bawang putih... goreng sehingga naik bau tapi jangan sampai garing... macam orang putih cakap, just sweat the onions... muhahaha...

masukkan daging cincang... gaul rata-rata...

masukkan rempah, lada hitam dan garam secukup rasa...

tutup api dan masukkan sebahagian lagi bawang besar...

lepas tuh bolehlah dimasukkan daging kisar tadi... gaul rata-rata seketika... kemudian masukkan rempah, lada hitam dan garam secukup rasa... masak sehingga sebati... apabila dah masak, padamkan api dan masukkan bahagian kedua bawang besar... gaul lagi sehingga rata...

inti martabak yang sudah masak...

pecahkan sebiji telur...

gaulkan dengan inti (mengikut saiz martabak)...

okay, time nak masak martabak... i pakai dua keping kulit popia bersaiz besar untuk buat sebiji martabak... mula-mula masukkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan kacau... kemudian sendukkan lebih kurang 1 1/2 senduk inti martabak ke dalam telur tadi dan gaul sehingga rata... i gunakan kuali untuk bakar roti canai tuh untuk masak martabak, but if you don't have it, you can just use any other kuali pun takpa... janji besar lah... unless you nak buat mini martabak using small kulit popia.. bergantung kepada your own creativity lah...

letakkan inti di atas lapisan pertama kulit popia dan ratakan...

tutup dengan sekeping lagi kulit popia...

goreng sehingga garing...

letakkan sedikit minyak ke dalam kuali... kemudian letak dulu sekeping kulit popia... tuangkan inti martabak ke atas kulit popia tersebut dan ratakan.... kemudian ambik sekeping lagi kulit popia dan letakkan dibahagian atas... kalau rajin, gunalah brush and brush sikit hujung-hujung kulit popia yang kedua tuh dengan telur supaya dia melekat dengan kulit popia yang kat bawah tuh... kalau tak pun takpa, sebab inti tuh akan melekat kat both... goreng kedua-dua belah sehingga garing...

home-made martabak...

untuk sarapan pagi atau minum petang...

mudah sangat nak buat... and i tell you, it will taste better than martabak yang kat luar sana sebab your home-made martabak ada lebih banyak daging... muhahahaha... you can eat the martabak dengan sos cili atau you can make the bawang jeruk as well... i tak cuba lagi, so i can't give the recipe to you now... muhahahhaa... maybe hiris bawang halus-halus, letak cuka, sedikit garam dan sedikit gula... biarkan semalaman... i think jadik kot... anyway, gambar-gambar tuh tak berapa clear sangat sebab i ambik pun dah malam dah... you can also keep the inti kat dalam fridge and cook it for breakfast... enjoy...