the one about badrul and nasi kerabu mom's recipe (iklan jap)...
ulam ~ kobis, kacang panjang, daun kunyit...
sajer nak break kejap... nanti i will continue letak gambar-gambar from anugerah era... so, i know bulan puasa belum start lagih, tapi macam my kitchen tour nak start balik jer... muhahahaha... sebenarnya, macam yang i cakap hari tuh, i buat farewell to my colleagues kat office... so, i janji kat diaorang to cook nasi kerabu... let me tell you, nak buat nasi kerabu nih penat sikit sebab banyak bahan-bahannya... well, itu pun kalau you nak rasa yang original sikitlah... kalau yang ada jual kat kl nih, sesetengahnya letak ulam macam taugeh, kacang panjang dan kobis jer... yang paling mudah dan paling murahlah tuh... tapi kalau ikutkan, banyak lagih ulam yang nak kena letak... so, if you decide to cook nasi kerabu, be prepared! pastikan ada orang yang membantu... kalau tidak, memang satu hari lenguh-lenguh badan nanti... muhhhahahaha... i pun mintak tolong my sisters to hiris-hiris ulam dan sebagainya...
oleh kerana i bangun pukul empat pagi *yach tuan-tuan dan puan-puan* memang takda masa nak ambik gambar ketika preparation seperti yang i selalu buat... gambar-gambar nih semua diambil bila dah dihidangkan kat office dan yang dah lapar start makan... muhahahahaa... gambar pun tak semua yang dapat diambil...
ulam ~ daun kesom, daun kadok, serai, bunga kantan...
i kalau nak bagi jumlah dan nilai sebenar barang-barang yang nak digunakan nih i tak berapa reti sangat... maklumlah, i masak ikut rasa, takda belajar-belajar kat sekolah... muhahahhaaa... so, kebanyakan jumlahnya main agak jer... okay, kita start dengan ulam-ulaman dulu... again, mengikut jumlah yang you sukalah... kalau suka raw vegetables, letak ler lagih banyak... kat bawah nih list ulam-ulaman yang my family selalu guna bila masak nasi kerabu...
kacang panjang ~ dihiris nipis-nipis
kobis ~ diracik halus
daun kunyit ~ diracik halus
serai ~ diracik halus
bunga kantan ~ diracik halus
daun kadok ~ diracik halus
daun kesom ~ dipotong kasar
sambal ikan...
sambal ikan atau sesetengah orang panggil serunding ikan nih pun leceh jugak nak buat, tapi bila dah siap... seeddaappnya!
1 biji kelapa parut
10 ekor ikan kembung
2 keping asam keping
10 ulas bawang merah
2 batang serai
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
ikan kembung dibersihkan dan direbus dengan asam keping dan sedikit garam... kemudian perisikan ikan-ikan tuh dan semua isinya ditumbuk... hah, nih part leceh sikit... jangan tumbuk sampai lumat yach... cuma pecah-pecahkan sikit jer isi ikan tuh... bawang merah dan serai juga ditumbuk... juga jangan sampai terlalu lumat dan tidak terlalu kasar... kelapa parut digoreng sehingga naik bau... kemudian ditumbuk... gaulkan semua bahan-bahan tadik dan masukkan garam dan lada hitam secukup rasa... sambal ikan nih sedap sungguh kalau makan dengan nasi impit atau pulut... ohhh, laparlah pulak!
sambal tumis belacan...
kalau you buat sambal tumis belacan, bermakna nasi kerabu ialah nasi kerabu putih... nasi kerabu hitam *walaupun warna dia biru, tapi orang panggil nasi kerabu hitam* tak payah pakai tumis belacan nih... tapi to me, yang nih ler yang paling sedap!!
30 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
15 biji lada kering - direndam dan dikisar
belacan 2inci x 2 inci dikisar
5 batang serai - dikisar
gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
panaskan minyak didalam kuali dan goreng semua bahan yang dikisar sehingga naik bau... sebab dah pakai belacan, tak payah lagih nak pakai garam... masukkan gula secukup rasa... bila bahan dikisar dah garing, masukkan santan cair... kacau sehingga pecah minyak dan masukkan santan pekat... biarkan mendidih dan tutup api... hah, dah masak dah...
daging goreng...
selalunya bila masak nasi kerabu, orang akan makan dengan daging bakar... tapi hari tuh cari dapur arang tak jumpa... so, i decided to goreng jer... selalu jugak kita makan nasi kerabu dengan daging goreng kunyit... but, masa masak hari sabtu tuh, i tukar sikit nak bagi rasa sedap lagi...
sekilo daging batang pinang
garam dan kunyit secukup rasa
2 inci halia muda ~ hiris nipis
4 ulas bawang putih ~ biarkan sebiji-sebiji
2 biji bawang besar ~ hiris nipis
3 biji lada kering - dihiris
1 periuk air
2 sudu kicap pekat
minyak untuk menggoreng
mula-mula bersihkan daging... masukkan dalam periuk berisi air... masukkan sedikit garam, kunyit, hirisan halia muda dan bawang putih sebiji-sebiji... nih adalah cara yang my mom selalu gunakan bill nak masak ayam atau daging or even ikan... kaedah nih dipanggil 'mati air'... i pun tak tahu apa maksud dia... muhahahhaaa... all i know is that kalau nak masak kari ker, nak goreng ker atau masak apa jua, daging lebih lembut dan lebih berperisa... okay, selepas daging tadi dah empuk, toskan airnya... kemudian hiris daging nipis-nipis...
panaskan sedikit minyak, masukkan daging yang dihiris, garam dan gaul rata-rata... kemudian masukkan bawang besar dan lada kering yang dihiris... goreng sehingga bawang garing... masukkan kicap pekat dan gaul rata-rata... angkat sebab dah masak.... muhahahhaaa...
ikan celup tepung...
selalunya kitaorang guna ikan yang kecik-kecik macam ikan selar kuning atau ikan mambong untuk buat ikan celup tepung nih...
500 gram ikan selar kuning
5 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit kunyit
garam secukup rasa
air
minyak untuk menggoreng
campurkan adunan tepung, baking powder, kunyit, garam dan air... adunan nih mesti tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair... just nice... kalau you tuang adunan tuh, kira macam susu pekat manis tuh... hah, lepas tuh, ikan yang dah dibersihkan tuh dicelup satu-satu right before masuk dalam kuali... maknanya, anda kena panaskan minyak terlebih dulu, dan bila minyak dah panas, celup ikan dalam tepung dan terus ke dalam kuali... macam tu lah caranya... toskan ikan yang dah digoreng tadi supaya takda minyak yang lebih-lebih...
telur masin...
selain daripada telur masin, banyak lagih lauk sampingan untuk dimakan bersama dengan nasi kerabu... bawang putih jeruk, salak lada dan keropok keping goreng... keropok nih wajib tau! lepas tuh mesti ada budu dan air lada...
selalunya budu yang dibeli dikedai, my mom akan masakkan dulu... senang jer... gorengkan sedikit cili boh dengan sedikit minyak... bila cili boh tuh dah garing, masukkan budu... pastikan budu ditapis dulu yach... kemudian, biarkan mendidih... bila nak dihidangkan, pastikan diperahkan sedikit limau nipis...
untuk air lada pulak, kena ada...
4 sudu cuka
3 biji limau purut
sedikit garam
100 gram cili padi merah...
kisarkan kesemuanya... dah, siap dah airlada untuk makan dengan nasi kerabu dan ikan celup tepung or daging bakar... yum yum! selamat mencuba kepada yang nak cuba, dan pastikan nanti pergi spa sama-sama yach... muhahahahaa...
|