Bidadari Hati

Saturday, August 29, 2009

the one about badrul and mee goreng basah (kitchen tour part 15)...

mee goreng basah...

lama rasanya tak buat kitchen tour... bukannya tak masak, tapi tak larat nak ambik gambar... bulan puasa kali nih pulak banyak jugak aktiviti-aktiviti diddy so macam hanya beberapa hari jer yang i betul-betul masak... tuh pun kalau i tak balik to my mom's place... macam yang most of my friends sedia maklum, i'm not a big fan of kuih-muih untuk berbuka puasa... and i takdalah suka makan lauk pauk banyak-banyak... the one thing yang i sangat suka about pasar ramadhan is that diaorang ada banyak jual makanan yang susah nak dapat hari biasa... i pun tak tau kenapa... nak kata makanan nih tak laku kalau jual hari lain macam tak logic jugak, tapi itulah kisahnya... kalau hari lain memang susah nak jumpa...

sebungkus mee kuning...


sotong dan udang...

anyway, i nak share another recipe yang i masak... not really hanya bulan puasa tapi hari-hari biasa pun i ada masak jugak... mee goreng basah... tapi seperti biasa, sebab i kena ambik gambar sendiri, ada jugak gambar bahan-bahan yang i tak ambik, sebab either tak sempat or malas... muhahahhaa... tapi sebenarnya simple nak buat mee goreng basah nih... i'm sure ramai orang tau masak mee goreng, and i'm sure ada yang lagi sedap, tapi i nak share my own recipe and twist to mee goreng basah yang i belajar dari my mom, and of course some of my friends and i gabungkan recipe nih jadi satu... recipe nih untuk empat orang makan... so, bahan-bahan yang diperlukan...

semangkuk taugeh...


bawang putih dan cili boh...

bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning (dicelur sekejap)
8 ekor udang sederhana besar - dibuang kulit
4 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong
1 sudu besar udang kering - dikisar halus
5 ulas bawang putih - dikisar / dicincang halus
1 sudu besar cili boh
1 mangkuk kecil taugeh (optional untuk orang yang tak makan taugeh)
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 cawan air
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

goreng bawang putih yang dikisar...


masukkan cili boh dan kacau rata-rata...

okay, lets start cooking... mula-mula, panaskan minyak untuk menggoreng... masukkan bawang putih yang dikisar... goreng sedikit sehingga kuning dan naik bau... lepas tuh masukkan cili boh dan goreng lagi sehingga wangi... the most important thing is to make sure that cili boh tuh goreng sampai masak...

masukkan udang dan sotong...


masukkan udang kering yang telah dikisar halus...


kicap pekat, kicap cair, sos tiram, 1/2 cawan air serta lada hitam...

lepas tuh masukkan sotong dan udang... kacau sebentar... kemudian masukkan udang kering yang dikisar... kacau lagi... kemudian masukkan bahan-bahan seperti kicap pekat, kicap cair, sos tiram, 1/2 cawan air dan lada hitam... biarkan ia mendidih seketika...

masukkan mee kuning yang telah dicelur...


kacau rata-rata sehingga sebati...

masukkan mee kuning yang telah dicelur... usually, setiap kali i beli mee kuning, i akan celur dalam air panas terlebih dulu... nak buang lebihan perasa dan perisa pada mee kuning tuh... senang jer sebenarnya, rendam dalam air panas, lepas tuh bilas dengan air sejuk, kemudian rendam sekali lagi dalam air panas dan bilas lagi sekali dalam air sejuk... nanti mee tuh akan rasa lebih sedap...

masukan taugeh atau apa jua sayuran yang disukai...

kacau mee sampai rata... pastikan guna api sederhana... one thing good bila letak sedikit air, bukan saja mee akan sedikit basah tapi jugak kuahnya akan meresap ke dalam mee dan rasanya akan jadi enak... lepas lima minit, masukkan taugeh... ada orang yang tak suka taugeh, so boleh tukar dengan sayur lain seperti sawi atau kobis... terpulang kepada apa yang anda suka... kalau pakai taugeh, tak boleh masak lama-lama sebab bila dah layu, tak sedap lah pulak... so bila dah masukkan taugeh dan kacau rata-rata, tutupkan api...

tutup api sebelum masukkan telur...

bila dah tutup api, baru pecahkan telur dan masukkan ke dalam mee... pastikan api dah ditutup... kemudian kacau rata-rata... the egg will be cooked dengan kepanasan mee so jangan bimbang telur tuh tak masak... of course it will not be garing macam telur gorenglah... kalau macam tuh,takdalah point nya buat mee goreng basah kan... muhahahaha... this is the trick that i learned yang boleh buat kuah menjadi pekat dan sungguh lazat..

mee goreng basah siap dihidang untuk berbuka...

okay, dah siap dah mee goreng basah... tadi berbuka makan mee goreng basahlah... tuh yang rajin sikit nak ambik gambar tuh... muhahahaa... recipe nih sangat sesuai untuk disediakan oleh orang yang single mingle atau yang sangat sibuk... boleh prepare everything awal pagi masa sahur and letak bahan-bahan mentah dalam fridge... petang balik kerja terus boleh masak... i think masa yang i ambik untuk prepare semua nih tak sampai setengah jam, so sangatlah sesuai to those yang tak cukup masa untuk memasak... selamat mencuba untuk berbuka atau bersahur...