terima kasih cinta... (part 2)
latihan di klpac sangat 'brutal'. mereka berlatih menyanyi, menari serta berlakon saban hari, tak kira cuti hujung minggu atau cuti am. bukan hanya diddy yang terpaksa berkejar-kejaran, malahan yang lain juga kerana ada di antara mereka yang bekerja tetap, malahan juga sebagai pelajar. namun komitmen yang ditunjukkan sangat mengagumkan. i've learned a lot too. flashback - there was one day, they were in the discussion to look for someone to play the barber. tanpa rasa segan silu *actually tebalkan muka sebenarnya*, i volunteered myself. sebenarnya kalau nak ikutkan, i don't like the idea of acting. i am the type of 'belakang tabir' kind of guy.
the main reason i volunteered... hmmmm... sebab apa ya? oh ya, it was kind of my dream, well, one of my dreams. i've been watching so many theaters in istana budaya over the years. masih teringat ketika menonton teater chang & eng, i told myself, one day, i want to be on that stage. istana budaya... pentas paling berprestij di malaysia. jadi, bila peluang terbuka di hadapan mata, tanpa berfikir panjang, i took the challenge. gila berdebar! hahahaha... walaupun ketika rehearsal di klpac, tetap rasa gugup. malu pun ada, dan rasa tak layak pun ada juga. walaupun part barber itu nampak remeh, tapi i tahu ianya tetap menjadi sebahagian pelengkap cerita. so i told myself, i will do it the best that i can.
berpindah dari klpac ke istana budaya sangat mengujakan. this is it! diddy yang membawa watak amin diletakkan sebilik dengan abang latif ibrahim yang membawa watak cikgu eliyas. seronok sebab abang latif memang menjaga kami berdua macam anak dia sendiri. bagus juga sebab mereka lebih akrab dan lebih serasi untuk membawakan watak cucu dan atuk. melihat dari hari ke hari bagaimana stage disiapkan sangat mengujakan. mendengar bagaimana muzik dilengkapkan sangat mengasyikkan. apatah lagi semua pelakon akan menyanyi, soundcheck sangat penting dan dijalankan penuh teliti dan sangat mengagumkan. i don't even have the right word for it! hari pertama pembukaan teater 'terima kasih cinta' sangat mendebarkan. apatah lagi ada dua show, pada sebelah petang dan malam. i remember the first time i pijak stage di hadapan penonton, hanya Tuhan yang tahu betapa derasnya degupan jantung. mata pun dah berpinar-pinar. i thought i was having a heart attack! tapi Alhamdulillah, semuanya berlaku dengan pantas.
untuk persembahan berikutnya, perasaan berdebar semakin kurang, tapi tetap ada setiap kali melangkah ke pentas. i told myself, i was not made to be on the stage, not as an actor or a singer. sekadar orang di belakang tabir, i memang boleh lakukan dengan jayanya. setiap sabtu dan ahad, ada dua show akan berlangsung, cuti pada hari isnin dan satu persembahan setiap malam sepanjang minggu... 19 persembahan 'terima kasih cinta' kesemuanya berjalan dengan lancarnya. i'm proud that diddy and i can be part of this big production. berdiri di atas pentas menimbulkan rasa gembira tak terhingga kerana salah satu impian sudah terlaksana.
ramai teman-teman diddy dan rakan-rakan i yang datang memberikan sokongan. rasanya tak perlu nak disebutkan nama satu persatu. you know who you are. ada yang datang beberapa kali. ada yang datang nun jauh dari sabah, sarawak, pulau pinang dan johor... ada yang datang berteman dan ada yang datang bersendirian. keluarga f-tersix, casa, united community malaysia dan lain-lain. terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bagi. sebab itulah saban malam, setiap kali sessi menandatangani autograf, i pastikan diddy sentiasa ada. tanda terima kasih kami kepada semua yang datang. walau penat mana sekali pun, diddy tetap ada.
jika ada yang bertanya apa yang berlaku di belakang pentas, all i can say is that i don't remember, and i don't care to remember. hanya kenangan yang manis-manis sahaja ada di dalam ingatan. gelak ketawa dan berkongsi kerja keras. pengalaman yang manis untuk dikenang dan disimpan di dalam memori. itu boleh diceritakan dan dikongsi bersama. selain daripada itu, tidak ada. and i stand by my statement, 'terima kasih cinta' has the best supporting casts ever!
|