Bidadari Hati

Saturday, March 26, 2011

terima kasih cinta... (part 1)



it's 5.00am and i haven't sleep! i don't know why, tiba-tiba saja macam teringin nak update blog... berkurun lama rasanya tak tulis apa-apa kat blog, pagi ni tiba-tiba rasa seperti nak tulis sesuatu... tak tahu apa sebenarnya nak tulis... 'terima kasih cinta' maybe! lama tak update, tiba-tiba terus mahu tulis tentang teater... tak mengapalah... sejam nak fikirkan tajuk, dan sejam jugak nak memulakan ayat... mungkin yang terbaik adalah sesuatu yang dekat dengan hati dan yang terbaru dalam hidup... menyesal juga sebab terlalu lama tidak mencatat sesuatu di blog ni... ketika itu rasa seperti sedikit fed up! dari sehari menjejak ke minggu, masuk sebulan dan kemudiannya setahun... sehingga lupa apa menyebabkan rasa fed up itu...



menganjak usia 40an, sepantas itu juga perjalanan hidup... tahun lalu, pengkhabaran tentang casting untuk teater 'terima kasih cinta' membawa kami ke sri pentas untuk sessi ujibakat... i thought it would be a good thing for diddy to venture into something new! apatah lagi ianya sebuah teater muzikal berskala besar. cetusan peluang yang tak harus dilepaskan. ketika itu juga, diddy baru habis peperiksaan semester kedua, jurusan ijazah sarjana muda komunikasi dari universiti utara malaysia. jadi persediaannya untuk sessi ujibakat hanyalah beberapa jam selepas habis kertas peperiksaan terakhir yang diduduki. i was in the casting room. the singing part was great. tapi sangat gugup ketika berdialog! lalu kami tidak meletakkan harapan.



i still remember that day like it was only yesterday. pulang dari satu acara di kuala kangsar, kami dikejutkan dengan panggilan telefon daripada penerbit eksekutifnya, memberitahu diddy terpilih dalam shortlist untuk ujibakat seterusnya, di istana budaya. harapan di hati kembali berbunga. namun sessi kedua ujibakat tidak semudah yang disangka. selain lagu datuk siti nurhaliza yang perlu dipersembahkan, mereka juga perlu menari dengan gerak tari yang begitu sukar. titisan peluh usah dikira. the steps were not easy, especially for someone who has the move, but can't really do it in a short period of time. i can just read the frustration all over his face. namun dia tetap melakukannya dengan bersungguh-sungguh.



itulah rezeki yang telah ditetapkan Allah s.w.t. untuk diddy. dia berjaya melepasi sessi ujibakat yang kedua, dan dipanggil untuk sessi ujibakat terakhir. malamnya dia berlatih hingga awal pagi. sehingga tertidur di sofa, kepenatan. on the last day of the audition, he gave it all! sebelum masuk ke bilik audition, dia berbisik, 'abang jangan letakkan harapan yang tinggi... ramai di sini yang lebih berkebolehan...' i told him, i was not, but i lied. i really want him to be in this production. kekurangan dari segi pengalaman mungkin tidak menyebelahinya. maklum saja, sebahagian besar yang disenarai pendek adalah mereka yang pernah berlakon dalam produksi teater sebelum ini, baik teater puteri gunung ledang, p.ramlee, mahupun lain-lain yang pernah dipentaskan di istana budaya. so i prayed very hard. Alhamdulillah, he was selected as one of the final 20 people to be part of the supporting casts. i can't stop smiling!



selama lima hari, kesemua supporting casts berkumpul di dewan bahasa untuk sessi workshop. puluhan lagu perlu dihafal, perubahan skrip setiap hari, penghalusan dan perincian vokal dibuat, lakonan diasah dan dikenalpasti. kasihan juga melihat diddy berkejaran, dari kelas semester ketiga yang sudah bermula ke dewan bahasa untuk workshop, apatah lagi isterinya sudah menghampiri tarikh bersalin anak sulung mereka. dia perlu juga memastikan keperluan di rumah terjaga, membawa isteri untuk check-up dan sebagainya. tetapi semuanya dihadapi penuh kesabaran dan nekad untuk memberikan yang terbaik.



dua hari sebelum memulakan sessi latihan pertama di klpac, sekali lagi kami dihubungi oleh penerbit eksekutif. pengkhabaran gembira disampaikan apabila pengarah teater memilih diddy untuk membawakan salah satu watak utama dalam teater muzikal 'terima kasih cinta'. meloncat kegembiraan kami semperti kanak-kanak. syukur tidak terhingga. hari pertama berkumpul di klpac, kami mula diperkenalkan dengan barisan pelakon lainnya. semuanya bukan calang-calang. selain daripada aktivis teater, pelakon dan penyanyi, barisan produksinya juga bukan sebarangan. gerun juga mendengar nama-nama ternama ini, namun keseronokan untuk bersama dalam produksi besar ini memberikan semangat yang membara di dalam hati.



di klpac saban minggu mengeratkan lagi hubungan. daripada seorang penyanyi dan pelakon, mereka menjadi sahabat dan seterusnya menjadi seperti adik beradik. selama di sana, hanya sekali dua tidak dapat menemani diddy atas urusan kerja. other than that, i was there, watching them - rehearsing, polishing, perfecting. i have never seen so many talented people working under one roof. menyanyi, menari, berlakon! walaupun ketika diberi masa rehat, mereka masih lagi menyanyi, memperbetulkan apa yang salah, mengindahkan apa yang kurang. a bunch of talented, dedicated and hard working people!

bersambung...