Bidadari Hati

Sunday, September 16, 2007

the one about badrul and his luscious daging goreng halia...

halia, bawang merah, bawang putih dan cili padi...


yahooo!!! kitchen tour start balik... muhahaha... kes syok sendiri nih!!! anyway, seronoknya dapat masak balik, something yang i nak buat lama dah dulu... one of things yang menenangkan fikiran... i think this time around i nak buat resepi yang simple jer yang khusus untuk orang-orang bujang serta orang yang sibuk kerja... but i heard sekarang nih wanita-wanita bekerja dah boleh balik awal sepanjang bulan puasa, betul ker? harap-harapnya lah... okay, this recipe is one of my dad's favourite... dia cukup suka dengan daging goreng halia... boleh makan dengan nasi atau dengan pulut atau ketupat nasi atau dengan ketupat daun palas...



daging yang dah di 'mati air' dengan kunyit, garam, halia dan bawang putih...


since this time around i kena ambik gambar sendiri, it may not look as good lah... and takdalah dapat ambik gambar step by step macam dulu... shonn tengah sibuk siapkan posters dan buntings untuk album diddy, so i have to do this cooking tour myself... okay, lets start dengan bahan-bahan yang diperlukan...

untuk 'mati air' daging... kat sini orang panggil rebus kot... this is my mom's little trick untuk lembutkan daging dan menambah perisa pada daging...

500gm daging - kalau family besar, tambahlah ya...
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu besar serbuk kunyit
garam
air

rebus daging selama tujuh minit dengan semua bahan-bahan tadi...



hiris daging mengikut selera anda...


bila daging dah angkat, boleh hiris nipis-nipis atau mengikut selera masing-masing... i suka nipis sebab lebih garing... tapi janganlah nipis sangat sampai jadi macam keropok... muhahahaa... okay, bahan-bahan untuk menggoreng...

3 biji bawang putih - dihiris nipis
5 biji bawang merah - dihiris nipis
1 inci halia muda - diracik halus
5 biji cili padi - dihiris nipis, kalau nak lagi pedas, boleh tambah
1 sudu besar kicap pekat manis
garam
minyak untuk menggoreng



bahan-bahan yang telah sedia...


oh, lupa nak cakap... sebenarnya daging mati air nih boleh prepare awal-awal... katakan you want to cook for buka puasa, you can prepare the daging during sahur... ia tahan lama dan sedap... lepas rebus, just biarkan jer dalam periuk... you don't have to keep it in the fridge... seriously, you have banyak masa untuk memasak for buka puasa... sebenarnya cara mati air nih adalah tradisi from my great grand mother yang diperturunkan... dulu takda peti sejuk, and this is the best way to keep fresh food yang dapat for that day... tak kiralah sama ada ikan, ayam, daging atau kambing... tapi ianya tak sesuai dengan seafood lainnya or more like other shellfish... tapi kalau cook during sahur and you want to keep it until buka puasa, i think memang takda masalah... i pernah buat dengan sotong and udang... the food really taste better...



goreng halia dan bawang putih...


okay, back to the recipe... mula-mula panaskan minyak dan bila minyak dah panas, masukkan halia dan bawang putih... the reason kita goreng halia dan bawang putih terlebih dahulu, supaya minyak untuk menggoreng daging nanti akan betul-betul sedap rasanya... ni salah satu teknik yang my mom ajar jugak... bila bawang putih dan halia dah garing, angkatkan dan letak ke tepi...



goreng hirisan daging...


lepas dah ke tepikan bawang putih dan halia tadi, masukkan hirisan daging ke dalam kuali dan gorengkan daging sehingga separuh garing... masukkan garam secukup rasa... tahap daging jugak bergantung kepada citarasa masing-masing... ada yang suka makan daging yang lembut dan tak berapa garing, ada yang suka garing-garing... kalau you nakkan lembut, pastikan ketika potong daging tuh jangan nipis-nipis... and make sure you don't cook it for too long...



masukkan cili padi dan bawang merah...


kemudian masukkan hirisan bawang merah dan cili padi... i love shallots... lagi banyak letak lagi bagus... bawang merah rasanya manis dan ianya akan menyedapkan lagi masakan... tapi i don't think leen will like this recipe since dia tak makan bawang kecuali kalau dah blend... muhahahha... takpa leen, kalau you nak blend, caranya sedikit berbeza... blend kan bawang merah, halia dan bawang putih together, and gorengkan bahan-bahan nih terlebih dahulu... bila bahan yang dikisar nih dah garing, baru masukkan daging dan goreng sampai masak... you cannot fry the beef first baru nak masukkan bahan-bahan kisar sebab nanti tak sedap rasanya...



masukkan halia dan bawang putih goreng...


back to the recipe, bila bawang merah dah agak garing, masukkan kembali halia dan bawang putih yang kita goreng earlier... masukkan satu sudu besar kicap pekat manis dan gaul rata-rata... oh lupa pulak nak cakap satu benda lagi, since daging nih dah memang masak dari awal, i goreng semua benda pakai api besar kerana nanti daging akan garing di luar dan lembut di dalam, and semua bawang-bawang garing dan sedap...



daging goreng halia...


inilah dia daging goreng halia... sorry, tak macam kitchen tour selalunya, takda hiasan-hiasan candle berbagai... muhahahaaa... takpalah, janji ada nampak masakannya kan... macam i cakap tadi, daging goreng halia nih memang sseedddaapp sangat kalau makan dengan nasi putih, nasi impit, bubur, pulut atau ketupat daun palas... kalau yang berdiet tak makan nasi tuh, boleh jugak makan dengan roti... i kalau makan dengan nasi, siap gaulkan nasi dalam kuali bekas menggoreng... minyak dia pun sedap tau... okaylah, selamat berpuasa and hopefully i will have the time to do the next kitchen tour... the simple-no-fuss-kitchen tour... salam al-mubarak...