the one about badrul and delicious inti dadar...
daging cincang...
i tak tahu sebenarnya nak panggil masakan nih apa... it's a part of sejenis kuih yang my mom selalu masak, which kita orang panggil kuih dadar... tapi i improvised sikit and makan intinya dengan other stuff like pita bread, roti, naan, capati atau apa jua yang nak dimakan... in fact, boleh jugak dijadikan lauk untuk makan bersama nasi... i paling suka inti nih... cukup segala rasa...
bawang putih, rempah kari, rempah kerutuk dan cili giling...
kentang didadu...
bawang besar didadu...
hidangan nih untuk 4 - 6 orang...
okay, bahan-bahannya ialah:
1 kilo daging cincang
3 biji kentang - didadu
2 biji bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar rempah kerutuk daging
2 sudu besar cili giling (kurang atau tambah mengikut citarasa)
5 sudu besar sos tomato
sedikit air
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
goreng bawang putih sehingga wangi...
masukkan rempah yang dicampur sedikit air...
goreng sehingga garing dan pecah minyak...
masukkan minyak ke dalam periuk, kemudian goreng bawang putih sehingga wangi... campurkan sedikit air dengan rempah dan gaulkan rata-rata... kemudian masukkan rempah tadi ke dalam periuk dan goreng sehingga garing serta pecah minyak... kena pastikan rempah betul-betul garing supaya baru sedap dan wangi...
masukkan daging cincang...
masukkan kentang...
masukkan sedikit air...
masukkan daging cincang diikuti dengan kentang yang telah didadu... kentang kena masuk awal sepaya masak... masukkan jugak sedikit air untuk pastikan kentang mudah empuk dan daging tidak terlalu kering bila masak nanti...
sos tomato...
kemudian masukkan garam, dan sos tomato... kacau dan tutup seketika...
masukkan bawang besar...
sebelum masak, masukkan bawang besar... kacau lagih sehingga sebati... rasa untuk pastikan cukup masinnya... inti dadar nih masak bila bawang bertukar jadik transparent... kalau suka, tak payah bagi bawang masak sangat sebab nanti ada rasa sikit-sikit crunchy, tapi kalau tak suka, biarkan bawang betul-betul masak...
siap dihidang...
inti daging nih memang sedap dimakan dengan apa saja... selalunya i hidangkan dengan roti pita... masukkan hirisan tomato, timun dan salad ke dalam roti pita... kemudian isikan dengan inti daging nih... selalunya my mom akan buat kulitnya... bancuh tepung macam nak buat roti jala, kemudian buatkan dadar... masukkan inti, lipat menjadi empat segi... celup dengan telur dan gorengkan... sebab tu kita panggil kuih dadar...
boleh dimakan dengan apa saja...
last saturday i cuba buat style baru... you all pun boleh cuba jugak... senang dan mudah... ambil roti, buangkan tepinya dan tekan sehingga menjadi nipis... kemudian gulung roti tersebut menjadi seperti kon aiskrim... letakkan lidi supaya tidak terbuka... masukkan inti dan bakar dengan oven... sseeeedaappp... trylah and selamat berpuasa...
|