Bidadari Hati

Friday, April 01, 2011

kay af9... ohsem!


esok akan bermula secara rasminya akademi fantasia untuk musim yang terakhir. tirai akademi fantasia musim kesembilan akan berlangsung di eon wangsamaju, di samping sessi memperkenalkan pengetua yang baru. seriously, i have mix of emotions. sedih kerana satu-satunya rancangan realiti yang paling popular di malaysia akan menutup musimnya, tetapi pada masa yang sama gembira... i'm happy because one of my brothers is in there. i'm proud to say that i've been there since the first season. banyak 'tugasan' yang dilakukan selama lapan tahun ianya bersiaran. menjadi tukang sorak, menjadi tukang pembawa tisu dan tukang pujuk untuk kudsia yang menjadi juri tetap selama tiga musim, menjadi penulis blog mengenai akademi fantasia, menjadi panel jemputan di 'diari extended af' *betul ke nama rancangan ni?* serta menjadi pengkritik di portal hiburan murai. malahan, pernah juga menjadi penasihat untuk beberapa kelab peminat... hahahaha... the good old days!



i have to admit, i don't really have a good track record in term of choosing the champions. eh, but wait! hhhmmm... come to think of it, it was not really that bad. ketika af1, pilihannya adalah rosma, ketika di af2 pula sokongan pada farah. ketika masuk af3 akma menjadi pilihan. di af4 sudah tentu pilihannya adalah diddy. masuk musim yang kelima, sejarah tercipta when i choose mila. walaupun ketika itu semua juaranya adalah lelaki, i choose to stick with my choice. af6 pula dari awal sudah memilih stacy. begitu juga dengan af7, pemilihan hafiz membuktikan pilihan yang berjaya. three strikes in-a-row! hahahaha... ketika af8 bermula, i don't really pay that much attention. ada juga sesekali mengafundi adira, tetapi tidak lah begitu beria-ia. banyak sejarah tercipta antara akademi fantasia musim pertama hingga yang ketujuh, and i am so proud to say that i was and still am part of it!



kini af9 bakal bermula, and i've already have my own choice. why so soon? well, i've had heard him sang before. sudah banyak kali sebenarnya dan sudah mengetahui kemampuan beliau. walaupun dia tidak punya banyak pengalaman seperti beberapa orang peserta lainnya yang pernah menyertai rancangan realiti lainnya, i do think that he has something special to share with everyone in the industry! tak kisah lah kalau ada yang nak mengata, mengaitkan kay sebagai adik diddy, well so what! if i don't support my own family, that would be weird, right? sebenarnya, kalau tidak kerana pusat latihan khidmat negara (plkn), kay sudah menyertai akademi fantasia pada musim keempat. tentunya ketika itu ia bakal mencatat sejarah apabila dua beradik berada dalam akademi fantasia yang sama. tetapi plkn ketika itu masih baru lagi, dan tidak ramai yang mengetahui tentang pelepasan yang boleh diperolehi. namun, i choose to believe that it was not his time just yet! masih belum rezeki dia, dan mungkin juga dia masih belum bersedia secukupnya!



kini rezeki kay untuk menyertai akademi fantasia sudah tiba. syukur Alhamdulillah. i'm hoping that he will absorb as much knowledge as possible daripada tenaga-tenaga pengajar yang disediakan. tahun ini tenaga pengajarnya antara yang terbaik. i'm so happy that kak fati is back. baru i sedar yang kak fati tidak terlibat ketika akademi fantasia musim keempat. nak buat macam mana, bukan rezeki diddy ketika itu. selain kak fati atau cikgu fati, ning baizura, adlin aman ramli, cikgu shafi dan cikgu aris juga menjadi tenaga pengajar untuk akademi fantasia terakhir ini. pengetua? tunggulah pengumumannya esok ketika berlangsungnya konsert tirai akademi fantasia, walaupun i know that semua orang sudah boleh agak siapa bakal menduduki kerusi tersebut. kalau tidak silap, juri tetap juga akan diumumkan esok. i was hoping that kudsia will be one of the permanent juries, but i doubt it! i'm also thrilled and happy that aznil is back to host the final season!

so for the next ten weeks, millions of akademi fantasia fans and i will be watching it... menghirup detik-detik akademi fantasia musim yang terakhir... good luck to you my brother, kay! you are ohsem!