promo new single

promo new single

v - b l o g

Thursday, July 09, 2009

the one about badrul and badrul situ sana sini...

gambar ramai-ramai...

sm mesti gelak guling-guling nyer i letak tajuk blog macam kat atas tuh... sajer jer lah, lepas tengok konsert datuk siti nurhaliza kat istana budaya, i think dia sememangnya layak digelar penyanyi nombor satu malaysia dan sememangnya bertaraf antarabangsa... hampir 30 lagu dia menyanyi dan menari, langsung tak nampak mengah dan sangatlah effortless... anyway, sebenarnya ada masa i go through some pictures in my laptop, rupa-rupanya banyak lagi benda yang i nak tulis sebelum nih tertangguh... so i nak letakkan dalam satu posting supaya senang sikit tapi tak ikut turutan lah... roughly tuh tau lah tapi takut salah letak date pulak... muhahahaha...


'uncle din merawat kaki 'auntysms' yang cedera...

last sunday balik dari terengganu kita orang pergi melawat auntysms yang sakit... actually i taklah panggil dia auntysms tapi sebab semua orang dah panggil macam tuh kat internet nih, i just use her cybername lah... muhahahaa... rancangnya nak bawak anak jantan auntysms tuh ikut sama tapi dia ada banyak kerjalah pulak... so i pergi jer dengan diddy... konon-kononnya nak buat surprise tapi agaknya diaorang yang pergi sama tuh macam muz, kak h and anis dah cakap awal-awal kot kat auntysms... muhahahaha... tapi berjaya jugaklah surprised kan dia sebab i dah called nisa awal-awal tanya address and i sengaja called auntysms kat depan pintu rumah dia tapi cakap on the way, lepas habis cakap phone terus tekan loceng rumah dia... tapi tak menjadi sangat surprised tuh sebab maid dia yang bukak pintu... muhahahaha...


diddy bersama muz and anis...

sakit-sakit pun sempat jugak masak makanan yang sedap-sedap untuk kita orang makan... ada bihun goreng dan sambal udang... ada jugak rojak buah... and kemudian anis sampai bawak kuih talam and kek pisang kukus... sedap semuanya... layanlah berborak lama-lama... diddy pun sempat berkaraoke lagih menghiburkan orang yang sakit... muhahahaha... lebih kurang dua jam lebih kat sana, kami mintak diri sebab dah buat appointment pukul 7 petang nak pergi potong rambut diddy... hari nih dapat khabar auntysms dah pergi taiwan with her husband sebab ada kerja kat sana... seronok sakan berjalan...


tengah go through some quotations kat williams... kerja tetap kerja... muhahahaa...

minggu lepas jugak kak aidid ajak pergi williams kat kelana jaya sajer keluar makan-makan... keesokan tuh sebenarnya nak ke kuala terengganu flight pagi buta, tapi sebab dah beberapa kali kak aidid ajak pergi sana, so ikut jer lah... anyway, i pun dah buat appointment nak jumpa dengan riz sebab nak go through some matters with him... rupa-rupanya outing tuh nak sambut birthday yana, anak kak aidid... ramai jugak yang datang... lama giler tak jumpa dengan waiem... akhirnya dapat jejak kasih kembali... gambar-gambar tarak sebab i tak bawak kamera lah pulak... gambar-gambar nih pun ambik dari blog kak aidid pastu letak watermark sendiri... muhahahaha... of course dengan keizinan...


nasi goreng ketam yang sungguh sedap... pakai soft-shell crabs...

i kongsi-kongsi makan nasi goreng ketam... memang sedap sehingga menjilat jari... portion pulak memang besar-besar... tapi yang paling i suka kat situ ialah mango juice... sangat-sangatlah thick dan sedap... lebih pada mango puree... lepas tuh dia orang tambahkan laici lagi kat dalam tuh... dua gelas jugak i sental... muhahhahaa... ramai yang datang jugak malam tuh... zahari ada, lan, eleza, anak-anak kak aidid, waiem, lara, shidi dan lain-lain lagi... riz datang lewat sikit dengan ijam... nak tengok gambar makanan dan sambutan harijadi, sila ke blog kak aidid ya...


bunga orked yang lawa...

satu lagi yang i sangat gembira ialah bunga orked yang i tanam dah berbunga... pokok orked nih was given to me... my mom yang bagi sebab dia cakap tangan i nih panas... muhahahaha... kalau i tanam apa-apa pokok pun mesti mati... hhmmmm... tapi i dah proved dah kat my mom that the small garden kat rumah i tuh penuh dengan tumbuhan hijau (tapi i tak cakap kat dia sebelum nih memang banyak yang dah mati)... ada jugak bunga-bunga yang memang senang nak tumbuh yang my mom bagi kat i tapi semua tuh dah yilek... muhahaha... so bila orked yang my mom bagi nih berbunga, i was delighted... memang happy wok... terus ambik gambar and tunjukkan kat my mom... actually bukanlah pertama kali berbunga, tapi dah lama tak berbunga... muhahahaa...


my little garden...

my little garden pun dah lama tak terjaga... dulu i ada small water feature kat my garden nih tapi bila motor yang pump air tuh rosak after two years and i tak pergi tukar, so jadi lah terbiar... then i decided to removed everything and re-arranged it... i think it still look okay lah... sebulan sekali kena potong rumput... anyway, memang i excited giler dengan bunga orked tuh... cuma i tengah tunggu pokok yang satu lagi berbunga... orked putih... lambat nyer... i tak ambik gambar penuh kat my little garden sebab rumput tak potong lagi... muhahahaha... nantilah one of these days i will do it... nasib kat rumah ada two maids yang i panggil every month untuk bersihkan rumah... kalau tidak, rumah i pun senasib dengan my little garden... muhahahaha...


bergambar dengan team murai lepas makan ... tunggu nak makan kek jer... muhahaha...

a few weeks ago, team murai bawak kudsia, abang lan and myself for a special appreciation dinner... thai food yang sangat sedap... i nak cakap kat mana pun i tak sure sebab i tak tau macam mana nak pergi that area... tapi seriously makanannya semua sedap-sedap belaka... appreciation dinner nih adalah untuk meraikan kejayaan blog kami di murai dan untuk meraikan abang lan yang ambik gambar untuk blog murai sempena akademi fantasia tujuh... seronok giler dapat jumpa kawan-kawan semua... insyaAllah kalau takda aral melintang, starting august, i akan ada project baru bersama murai... tuh kena tunggu lah... insyaAllah kalau ada rezeki... thank you team murai kerana beri peluang pada kami untuk menulis di sana...


sm, ning and myself... picture courtesy of ning baizura... muhahahaa...

couple of weeks back jugak i jumpa dengan ning baizura... dah lama tak berbual dengan dia... so bila dapat bertemu, there were so many things to catch up... anyway, i dah buat satu proposal secara lisan and memang ada persetujuan secara lisan tapi takda black and white confirmation lagih... inyaAllah kalau ada rezeki mungkin dapat bekerjasama dalam satu project yang besar... anyway, gambar nih diambil from her camera and dia insisted that i kena mention it in my blog... talk about ownership... muhahahaha... tapi i letak jugak my watermark... senang sikit sebab keluar kat my blog... okay, itu jer lah serba sedikit yang i sempat edit gambar... nantilah bila ada gambar-gambar lain lagi i akan letak... now nak get ready to go out... nak jemput diddy to the clinique launch at sogo pukul 3 petang nanti...

Wednesday, July 08, 2009

the one about badrul and jelma 2 dah menjelma...

diddy hirdy and norman hakim...

i'm a bit feverish... tapi lepas makan ubat, rasa macam kurang sikit... petang tadi lepas balik dari contract signing, i memang tidur kejap-kejap... badan memang rasa panas, so kadangkala terlelap terjaga terlelap terjaga... the whole day jugak i tak makan apa-apa except for a cup of nestum and minum air kosong jer... so bangun lewat petang tadik i decided to cook something yang simple... i buat bubur, ayam masak kicap and goreng ikan terubuk masin... my mouth memang rasa pahit so sebab tuh lah i masak something yang ada taste sikit (read: masin) just nak counter rasa pahit dalam mulut... i felt much better lepas makan bubur and makan ubat...

pelancaran jelma 2...

ingat tadik nak tidur awal tapi lepas baring kat my bed, mata pulak segar bugar... so i decided to write this posting lah... nanti dah lama-lama macam dah basi lah pulak cerita yang nak ditulis kan... memang macam i cakap, i'm going to be very busy this month... so mungkin tak dapat banyak peluang nak berborak-borak kat chatbox or even nak update blog sekerap selalu... even today pun tadik ada orang called nak mintak diddy buat show on the 19th of july kat melaka... lepas fikir-fikir and discussed dengan diddy we decided to take the job... so maknanya, bila balik dari terengganu on the 18th tuh we have to drive straight to melaka... stay over night and buat show on the 19th... bukan tamak, tapi memandangkan bulan puasa dah dekat, we need as much income as possible so that bulan puasa tak payah nak ambik banyak shows and diddy boleh berehat lama sikit... anyway, tunggu jer lah confirmation nanti kalau ada rezeki, insyaAllah...

antara barisan pelakon bersama pengarah dan boss besar gua...

okay, back to the story mory yang i nak cerita nih... last wednesday ada pelancaran dan press conference untuk jelma 2 yang dibuat di mont kiara... jelma 2 adalah drama online yang ditayangkan di gua.com.my dan merupakan kesinambungan pada jelma yang pertama... macam yang i dah cakapkan sebelum nih, jelma adalah drama online yang dapat rating paling tinggi apabila mencecah 1.2juta hits ketika disiarkan dulu... and to think that jelma 2 nih lagi menakutkan daripada jelma yang pertama, i think mungkin lebih ramai yang akan menontonnya... dalam drama jelma 2 nih diddy berlakon sebagai ustaz hafiz...

antara pelakon jelma 2...


diddy bersama pelakon cilik, naim, and boss besar gua.com.my, m.zul...

jelma 2 dah mula ditayangkan di gua.com.my bermula hari isnin... tiga episode akan ditayangkan setiap minggu iaitu pada hari isnin, rabu dan jumaat... yang best nya, walaupun kita mungkin ketinggalan nak tengok episode awal, we still can watch it sebab dia online kan... so boleh click jer kat episode-episode terdahulu... i'm actually excited to watch it myself... hari tuh masa kat press conference tuh dorang dah tontonkan pada kita dua episode yang pertama and i thought it was quite menakutkan... i nih bukan lah peminat cerita-cerita horror, tapi since diddy berlakon sama, i have to give my support by watching it lah kan... muhahahaha...

diddy at mhi with sofea, norman hakim and shah shamshiri from gua...

early this week on monday diddy ada temuramah di malaysia hari ini (mhi) bersama dengan sofea, penulis skrip untuk cerita jelma dan juga norman hakim untuk mempromosikan drama online jelma 2... insyaAllah ada beberapa lagi siri promosi yang diddy akan ikuti... anyway, if you are a big fan of horror movie or drama, jangan lupa ikuti drama online jelma 2... i think you will enjoy it especially lakonan pelakon cilik, naim, tuh memang sangat bagus... just click on gua.com.my

Sunday, July 05, 2009

the one about badrul and another busy week ahead...


updated (7 july '09)

busy means happy... betul ker? i guess untuk orang yang bekerja in my line of work, mungkin betul kot... so i think i tak dapat nak update blog panjang lebar buat sementara waktu nih... insyaAllah bila time permits nanti i akan tulis banyak cerita sikit... balik dari terengganu pun dah tak cukup tidur.. errr, berborak punya pasal lah actually... muhahahaa... tapi takpa, seronok... and now this coming week another minggu yang agak sibuk jugak... so yes, dari hari isnin sampai ahad depan, jadual diddy dah penuh...

diddy and dina...


aesar, baki, azizi, dina and diddy at autograph session...

tomorrow morning (early in the morning) diddy akan berada di malaysia hari ini (mhi) kat tv3 around 8am... interview nih untuk promote the online drama on gua.com titled 'jelma 2' yang akan start disiarkan mulai esok... jangan lupa tonton kat gua.com ya... then lepas tuh kita akan terus ke bukit jelutong, shah alam untuk shooting tiga video clips for mtv balada yang akan disiarkan di rtm interactive channel... i think shooting tuh akan habis sampai awal pagi esoknya... tuesday we are going to sign the new contract for diddy as digi superstar for the second year... best nya!!! on wednesday diddy ada photoshoot... nasib baik jugak start pukul 3 petang... on thursday pulak diddy ada clinique launch at sogo... itu pun around 3 pm jugak... and on friday, we are flying again to kuala terengganu... kali nih untuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh digi... diddy will be on of the judges and also will be performing... on saturday pulak diddy will be performing at yoyooh blogger awards night... so memang penuh jadual diddy this week...


ada shuffle jugak... inc, taknak join? muhahahha...


diddy and azizi from digi superstars...

okay lah... itu jer i nak tulis setakat nih... i want to sleep early tonight... gambar pun tak edit langsung lagi except yang satu nih... muhahahhaa... nih gambar diddy terkejut sebab 'tertangkap' dia tengah nak makan aiskrim... muhahahaha... oh ya lupa pulak, diddy dah potong rambut baru kejap tadik... so kalau sesiapa yang tengok mhi esok, boleh tengok lah gaya baru diddy... goodnight...

balik terengganu i takkan miss makan nasi dagang... yum! yum!

okay, sambung balik this post... sekarang nih tengah demam sikit... memang terlalu letih kot... and tak cukup tidur... memang tak cukup tidur... masa kat terengganu langsung tak tidur sebab borak-borak dengan allan, baki and dina sampai lah pagi terus mandi and bersiap nak pergi airport... then petang ahad kita orang pergi melawat auntysms yang tak berapa sihat... nantilah i letak gambar-gambar yang tuh pulak...

baki zainal from 8tv melayan ribuan peminat yang datang...

memang penat sepenat alam... balik dari terengganu pun i macam terlelap sekejap-sekejap depan tv... orang called and sms masuk pun i macam mamai jer tak angkat... muhahahaha... dah tua-tua nih memang dah tak larat dah kot kalau tak tidur lebih dari 24 jam... on monday tuh dari pagi sampailah ke malam... i think around 5am i dah bangun dah nak keluar rumah by 5.30am... pergi ambik diddy around 6.30am and to reach tv3 around 7am... interview kat malaysia hari ini (mhi) to promote 'jelma 2'... lepas tuh drive ke bukit jelutong, shah alam, untuk shooting pulak untuk mtv balada tuh... ffuhh, memang penat giler...

diddy menyanyi tiga lagu... saat, biar diddy sambung and lagu wajib - hilang...


finale... standing in the eyes of the world...

anyway, i letakkan clip diddy yang sajer i ambik masa shooting mtv tuh kat atas chatbox tuh... i think from now on i nak start buat video blogging or v-blog... letak apa jer promotions sapa-sapa artis yang nak promote anything... and of course, the most important thing is to do v-blog for diddy...

Wednesday, July 01, 2009

the one about badrul and the riz angels' first anniversary...


petang tadi i baru balik dari press conference untuk 'jelma 2' yang diadakan di plaza mont kiara... it was short, sweet and fun... terkejut jugak bila i dapat tahu that the first 'jelma' was viewed by 1.2 million viewers... wow!!! anyway, i will talk about it in another entry... okay, balik semula hari ahad lepas... on the way dari zoo negara tuh, i called auntysms... alamak, dia sakit sebenarnya... patutlah tak datang gathering akim... so i tanya lah pergi tak riz angels punya 1st anniversary celebration, dia cakap tak dapat pergi... i pun dah rasa macam teragak-agak nak pergi ke tidak... ya lah kan, orang yang menjemputnya pulak tak ada rasa macam segan lah sikit... tapi auntysms cakap pergi jer, so i gagahkan diri yang memang dah gagah nih pergi jugak... muhahahaha...

riz angels...

bergambar dengan banner riz...


riz melayan peminat... terima kasih angah kasik ambik gambar...

bila sampai kan ioi mall tuh first sekali i carik was toilet... ya lah, takkan nak pergi gathering orang lain pakai t-shirt akim... muhahahaa... memang tak senonoh lah kalau macam tuh kan... korek t-shirts yang ada dalam kereta cuma ada t-shirt diddy, t-shirt hafiz and t-shirt era... teruslah i sarung t-shirt era... sampai kat bowling alley tuh, pintu tutup and sendal dengan meja pulak... try pulak pintu lagi satu, sama jugak... alamak, takleh masuk... i called nisa and nisa informed muz, baru pintu bukak... waahhhhh, rupa-rupanya diaorang tutup satu bowling alley tuh khas untuk gathering nih sambil main bowling... best giler!!!




masuk kat dalam tuh terus disambut oleh muz, angah, azlan, auntynonny (errk, i panggil aunty jugak ker... muhahahaha), beckham, luv anis dan lain-lain.. diaorang ajak main bowling sama-sama tapi i tolak dengan baik... i nih kalau tak pakai bola bowling sendiri memang takleh main... muhahahahaa... berangannya statement... muhahahaha... so i lepak lah kat tepi... memang semua lanes tuh telah dibooking oleh angels khas untuk mereka semua... sue pun datang jugak all the way from ipoh and i jumpa for the first time kakjahku, peminat aril yang cantik jelita dari penang...

beckham jadik kris dayanti... macam mana tuh? muahahhaa...

cake and cupcakes...

selain dari main bowling, ada jugak majlis tari menari yang diketuai oleh beckham... ada jugak pocho pocho... erkk, pocho pocho nih tengah in ke sekarang nih? epas tuh ramai jugak yang berkaraoke duet bersama riz and makan minum semuanya... then i lepak dengan riz and borak-borak dengan dia tentang kerjaya dia lah... riz nih pun masa af6 dulu one of my favourites lah sebab suara dia memang bagus... lepas habis af tuh i tak banyak sangat ikut perkembangan dia tapi tau lah jugak sikit-sikit melalui fans dia yang memang kawan-kawan i jugak... lama i kat sana so dapatlah jugak catch up dengan kawan-kawan lainnya... jumpa kak h yang memang peramah sampai kita orang borak berdiri tak sedar kaki dah lenguh-lenguh... muhahahaha...


riz menghiburkan riz angels dengan berbelas lagu...

lepas tuh jumpa suffian... lah mamat nih masih lagi jadik boss kat tempat bowling nih... i dah kenal dia lama dah dulu... masa i kerja dengan amp radio, tiap-tiap kali ada pertandingan bowling yang astro buat, mesti i organised kat bowling nih... training untuk fiesta media idola pun buat kat kat ioi mall jugak... so kira memang dah kenal rapat lah jugak... i think dia berhenti jugak sekejap sebelum sambung balik kerja kat situ... yeehhhh, lepas nih senang lah nak buat pertandingan bowling... muhahahaha... anyway, i lepak lama giler kat sana... borak sampai pertandingan dah habis and hampir semua orang dah balik pun... temankan angah and yang lain... i know i dah terlambat dah masa tuh nak pergi konsert tapi lepas tuh memang i larik macam orang giler lah...

angah, muz and azlan... antara orang kuat riz angels...

all in all memang hari yang meletihkan tapi memang menyeronokkan... to riz angels, tahniah atas ulangtahun yang pertama... semoga akan terus bertahan untuk tahun-tahun yang mendatang... i tak ambik banyak gambar sebab lebih banyak berborak... ya lah kan, bukan selalu dapat jumpa kawan-kawan... sue and julia pun i tak sempat bertanya khabar sebab tiba-tiba dah takda... mungkin nak rush ke sana sini kot... to all, terima kasih kerana layanan yang sungguh istimewa... nantilah kita borak and go for teh tarik ker apa... kat atas chatbox tuh i letak clip riz untuk semua peminat...