the one about badrul and ramadhan...
kali kedua i sambut ramadhan bersama bloggers in the blog world... tak sangka pantas sungguh masa berlalu... pejam celik dah nak masuk tahun baru jugak... anyway, today hari pertama berpuasa, perut memang tak dapat tahan langsung... biasalah kan, kalau dah hari-hari makan big breakfast, tiba-tiba hari nih, jangankan breakfast, sahur pun tak terjaga... muhahahahaa... so, supaya tak hadapi situasi yang sama, jam loceng dah dikunci... in fact, phone pun i letak alarm jugak... 4.30am... balik terawih, terus prepare something untuk sahur nanti in case terbangun lambat... and now, melepaskan lelah hari pertama sambil update blog...
walaupun my laptop dah ditukar hard disk nya, tapi i still tak boleh guna lagih... ya lah kan, kalau dah semuanya hilang, kenalah upload balik all the softwares and stuff... so, ianya makan masa jugaklah... sekarang nih i pinjam shonny punya laptop to update my blog and the picture pun kena recycle guna gambar yang lama... takpalah, at least ada something yang i dapat tuliskan selepas dua tiga hari tak update apa-apa langsung... sebenarnya banyak jugak perkara yang berlaku dua tiga hari lepas tapi tak dapat nak diupdatekan...
some of you dah tahu yang pada malam gathering akma last friday, i sepatutnya menghadirkan diri untuk satu anugerah periklanan bertaraf international yang berlangsung di kuala lumpur convention centre... mc2 awards 2005... memang pada mulanya i nak pergi sebab nihlah antara tiga anugerah yang paling besar diadakan kat malaysia untuk periklanan selain air awards dan kancil awards... dan perancangan awal adalah, i pergi anugerah tersebut dan kemudian lari ke gathering akma... tetapi nak dipendekkan cerita, i pulak kena bagi speech kat gathering akma, so i decided to scrap the awards and terus jer ke gathering... anyway, just to share with you, kat malam tersebut, i menang satu anugerah special merit for one of my community service ad... satu pencapaian yang i rasa sangat membanggakan kerana daripada ratusan entries, hanya ada tujuh pemenang termasuk mine... alhamdulillah... sekurang-kurangnya kerja i turut diiktiraf... sepanjang dua tiga hari lepas, macam di awang-awangan... muhahahaha... ditambah lagih my big boss hantar email tentang kejayaan tersebut pada seluruh company... muhahhahaaa... it was double joyful after the success of akma's gathering...
satu lagih peristiwa penting yang berlaku pada hari jumaat lepas, yang i tak sempat nak share dengan siapa-siapa ialah, i went for an interview... well, more like a 'promotion-kind-of' interview... though it will be in the different department and definitely lain job-scope, it's a higher level position and i think it's about time that i move on... itupun kalau ada rezeki lah... masa interview tuh pun i berpeluh-peluh jugaklah... maklumlah, i cannot even remember when was the last time i went for a job interview... lagih 'menakutkan' bila interview dengan general manager, matsaleh consultant etc... but i do think it went quite smoothly... i think lah... muhahahahaa... i will know the result by early next week... doa-doakan lah yach...
a few days ago pun i managed to talk to auntie n from penang... bercakap pasal project pledge your donation... and of course a few other things termasuk recipes and some personal stuff... i don't know why i panggil auntie n, 'auntie'... she sounded so young on the phone *habislah kalau uncle baca nih... muhahahhaaa*... anyway, i'm actually touched! joe yang berada nun jauh beribu-ribu batu *macam lagu felix nyanyilah kan* di amerika ingin menyumbangkan isi tabung ayam nya yang pertama untuk projek pledge your donation nih... memang terharu yang amat sangat... bukan saja terharu, tapi rasa amat berbesar hati... you can actually help him to donate more kerana joe akan menyumbang ke tabung ayam bergantung kepada unique hits... check out his blog to find out more... to joe, semoga Tuhan membalas jasa baik anda... and of course, projek nih takkan berjalan tanpa anda semua... semoga Allah s.w.t. memberkati hidup all of you... amin...
hari nih pun i managed to call sariyah and aishah *akma's sister*... both orang kuat malam gathering hari tuh... sajer jer nak tanya khabar and at the same time memberikan cadangan tentang sesuatuh... muhahahhaaa... both of them beri jawapan yang sama... 'bagilah hilang penat dulu'... muhahahahahaaa... anyway, i sebenarnya nak cadang buat majlis berbuka puasa bersama akma... tapi kena tengok jugaklah berapa ramai yang sanggup mencurahkan tenaga untuk sama-sama menjayakannya... so anyone?
okaylah, selamat berpuasa, selamat beramal ibadat, selamat berbuka puasa, selamat berterawih, selamat bersahur kepada semua... insyaAllah, bila my laptop dah okay nanti, dan kalau ada masa, i akan continue with my kitchen tour... soon...
|