the one about badrul and chatters buka puasa...
chatters buka puasa (i)...
on friday, my best friend jolyn ajak pergi buka puasa with chatters from channel 15... since dah lama i tak jumpa all the kids, i agreed to go... bukan selalu dapat peluang jumpa mereka ramai-ramai sekaligus... so, pakat dengan sultanmuzaffar nak pergi sama-sama *jumpa kat sana*... on saturday tuh, about tengahari, jolyn sms cakap pakai either baju batik or baju melayu... oh man... dah tiga tahun i tak beli baju melayu... dah tiga kali sembahyang raya, pakai baju melayu yang sama... and dah berbelas kali event *yang kena pakai baju melayu* i pakai baju yang sama jugak... what to do... pakai lah jugak kan...
chatters buka puasa (ii)...
chatters buka puasa berlangsung kat saloma, jalan ampang... bila i sampai petang tuh, dah ramai orang and parking pun dah penuh... terpaksa park kat matics sebelah tuh... nasib baik semua yang pergi mostly pakai baju melayu jadik tak rasa sangat out of place... sampai jer terus jumpa dengan sultanmuzaffar kat depan and borak-borak kat luar kejap, terus masuk kat dalam... ramai sungguh orang... i think ada dekat 500 people *takleh challenge mawi punya gathering still*... tunggu joe lee dengan juan, tapi seperti biasalah kan, superstar! mesti datang lambat sikit... muhahahaha... lepas tuh bila sampai, sombong giler taknak duduk semeja... nak jugak pergi duduk dengan marsha... hhhmmmmm...
chatters buka puasa (iii)...
af stars sampai sorang demi sorang demi sorang... berebut-rebut semua nak bergambar... security takdalah ketat sangat so, most of them berpeluang ambil gambar, sign autographs, sign itu dan ini... havoc jugak ler keadaannya especially when felix and akma were seated at our table... pengacara pada malam tuh were reza and felix... i must say, reza has done a good job entertaining the audience... natural... felix seperti biasalah buat kelakar dan sebagainya... sebelum berbuka, mawi mengazankan azan maghrib... sedap sungguh suaranya! alunan azan buat hati rasa sayu... memang suatu kelainan untuk akademi fantasia musim ketiga nih...
chatters buka puasa (iv)...
walaupun this event memang dikhususkan untuk chatters beramah mesra dengan bintang-bintang akademi fantasia, i rasa sesuatu yang kurang manis apabila ada segelintir yang kurang menghormati keadaan... beramah mesra memanglah beramah mesra, tapi hormatilah majlis berbuka puasa... ketika azan masih lagi ada yang sibuk bergambar dan nak ambil autograph dan ketika berbuka puasa, ada di antara mereka tidak memberi peluang langsung kepada bintang-bintang af nih untuk berbuka... kesian kat budak-budak nih... dah lah nanti nak kena menyanyi menghiburkan hadirin, peluang untuk meneguk air pun tak diberikan sehingga terpaksa dibuat pengumuman supaya memberikan ruang untuk bintang-bintang af nih berbuka puasa barang 10 minit... itu pun masih lagih ada yang berdegil...
chatters buka puasa (v)...
anyway, setengah jam selepas masuk waktu berbuka, barulah akma, aidil and others berpeluang untuk menjamah sedikit makanan... habis berbuka, i pergi kat belakang melepak dengan bintang-bintang lelaki af... felix, yazer, mawi, kefli and aidil... kalau tak kerana 'bintang' mereka, you can see that they are just like any other kids... borak-borak, gelak-gelak dan macam-macam seperti biasa... sambil borak, sambil practice lagu yang nak dinyanyikan... mereka semua pakat sama-sama untuk menyanyi lagu seroja beramai-ramai, so orang nih pilih nak nyanyi first line, second like etc... kelakar bila wan maestro suruh yazer nyanyi seroja control suara, and kemudian nyanyi macam rockers... muhahahahaa... it was such a fun session... takda tension, takda pressure... just pure fun...
chatters buka puasa (vi)...
gambar di atas nih membuktikan bahawa sultanmuzaffar memang minat giler kat elliza... siap naik atas stage bagi bunga lagih... muhahahahaa... membuktikan bahawa statement masa diinterview di xfresh tuh memang betul... muhahahahaha... anyway, nak dijadikan cerita, camera habis battery, so tak banyak gambar yang ada except for masa mula-mula sampai... and staying true to my jiwang united motto, 'meraikan cinta', sebab tuh banyak gambar-gambar akma dan felix jer... muhahahahaa... masa reza dok tanya-tanya soalan cepumas kat felix, ada satu tuh dia tanya felix beraya di kl bersama akma ker atau bawak balik akma ke sabah... felix cakap dia balik sabah bawak akma, tapi akma berat... tak larat nak angkat... muhahahahaa... lepas tuh camera terus padam jer... battery dah kong... frust jugak sebab banyak gambar-gambar lain tak dapat ambik...
chatters buka puasa (vii)...
gambar kat atas nih istimewa untuk kak aidid... comel giler kefli letak bunga kat telinga... muhahahaaa... gambar terakhir dalam camera yang ada... all in all, it was a fun night... sedikit 'kecoh', but still fun... and i looovvvveee lagu 'balik kampung' versi aidil... best giler!
p/s ~ notice tak the new header for my blog? well, thanks to sultanmuzaffar kerana tolong buatkan... katanya nak kena lain sikit... takkan selama-lamanya nak guna free template nih... muhahahaaa... thanks again...
|