the one about badrul and 'rojak' stuff...
akma's gathering (i)...
sob... sob... sob... i may not have the luxury to update my blog as often as i want... sejak my hard disk crash nih i tak boleh nak connect to the internet walaupun dah tukar hard disk baru... maklum ler, i nih buta i.t. sikit and kat rumah i guna wireless connection... entah apalah nak kena buat... kalau dulu ada jasmin yang tolong buatkan semuanya but now my sister nih dah kat zurich, switzerland... sambung belajar... so, nak tak nak, terpaksalah pinjam shonny's laptop untuk updatekan my blog... but it's not easy... sebab i kena download pictures from my laptop, transfer to his laptop... then, kena transfer to words etc... in fact, untuk i prepare photos for one entry jer will take about half an hour... kalau dulu sekejap jer... then, i have to delete everything from his laptop sebab nanti penuh pulak laptop dia dengan pictures yang dia tak mahu...
akma's gathering (ii)...
so, i sekarang nih tak tahu lah bila i can start with my kitchen tour even though i dah start masak untuk buka puasa... there were few new recipes yang i belajar from my mom and my friends yang i dah cuba and sedap sangat... insyaAllah, soon i will try to upload... anyway, first few days of puasa, i balik berbuka at my mom's house... seronok giler dapat berbuka ramai-ramai... and to break fast with my mom's cooking memang yang i tunggu-tunggu... biasanya masa awal-awal nih semua rajin sikit nak memasak, tapi bila dah ujung-ujung nanti, beli kat kedai jer lah kan... muhahahhaa...
akma's gathering (iii)...
first day puasa, my mom buat ikan percik, daging goreng halia, sambal belacan mempelam muda and sayur lemak pucuk manis... kat rumah my mom memang jarang-jarang buat manisan bulan puasa kecuali berbuka dengan kurma jer... and i think it's a good idea... satu lagih, bila tak makan nasi, my mom akan buat kuih muih yang mengenyangkan macam jemput-jemput udang, pulut sotong, roti jala, kuih dadar daging dan lain-lain... tapi memang seingat i jarang sikit buah kuih muih manis... ya lah kan, my dad ada kencing manis, but once in a while, kalau teringin sangat, beli jer lah kat bazaar ramadhan...
akma's gathering (iv)...
terawih pun meriah sungguh sekarang nih... lepas solat jemaah magrib kat rumah with my dad and my mom, kita orang akan duduk kat ruang tamu dengan secawan teh or kopi sementara tunggu isyak... then, kita orang ke surau near by my mom's house... sekarang nih ada imam baru *well, since 4 months ago* yang baru pindah kat kawasan perumahan tuh... bacaan-bacaan surah dia memang sedap didengar... syahdu dan menusuk kalbu... lepas terawih ada sikit makan-makan... i think kita panggil 'more' kot... orang-orang kat kawasan perumahan tuh ambil giliran sponsor more untuk surau... insyaAllah, bahagian i akan tiba and i ingat nak buat roti jala... insyaAllah...
ning, niki & marsha...
sekarang nih both kids tak berapa sihat... aiman dan aisya demam... memang bimbang jugaklah... dah dua kali bawak diaorang pergi klinik ambil ubat and at the same time, ambik contoh darah jugak... setakat nih alhamdulillah, doktor cakap bukan denggi... cuma demam biasa jer... aiman okay sikit sebab dia dengar kata bila suruh makan ubat, tapi aisya memang liat... and since she's on the small side, memang nampak fragile habis... to others, kalau ada anak-anak yang demam, jangan lambat-lambat pergi jumpa doktor... sekarang nih zaman denggi yang kuat, so langkah jaga-jaga perlu diambil... today, both nampak okay sikit and makan pun dah ada selera...
siti nurhaliza...
dekat office pulak, keadaan sikit kelam kabut... one of my colleague tak sihat jugak and dah tiga empat hari on mc... so, banyak jugak kerja yang pending and i have to take over... since semua kerja base on deadlines and on-air commercials, semuanya memang rushing lah... on thursday tuh, i kena prepare eight scripts and i have to produce 12 commercials... dari pagi sampai ke petang non-stop... almost nak terduduk bila dah habis semuanya... muhahhahaaa... tapi kadangkala, bagus jugak... rasa macam pantas betul masa berjalan...
mawi...
again, sorry sebab gambar-gambar nih macam tak kena jer dengan entry yang i tulis... muhahhahaaa... nak buat macam mana kan... takpalah... i think i still owe some people on the pictures yang i sepatutnya uploadkan kat entry nih... i think sepanjang minggu depan, my buka puasa akan penuh dengan aktiviti-aktiviti serta jemputan... insyaAllah, i akan cuba tunaikan jemputan-jemputan semuanya... okaylah semua, selamat menyambut ramadhan...
|