the one about badrul and a moment like this with akma (part 1)...
a moment like this...
what if i told you it was all meant to be?
would you believe me, would you agree?
it's almost that feeling that we've met before
so tell me that you don't think i'm crazy
when i tell you love is here and now
a moment like this...
some people wait a lifetime
for a moment like this...
some people search forever
for that one special kiss...
i can't believe it's happening to me
some people wait a lifetime for a moment like this...
thank you sariah for your brilliant idea... bila i tengok akma mula mengalirkan airmata, i can feel something in my eyes too and a lump in my throat... trying not to look mushy mushy on that special night... trying very hard...
despite the long wait sebab hari jumaat dan hujan dan traffic jam, gathering bermula dengan penuh keistimewaan... lampu di dim kan, lagu kelly clarkson - a moment like this dimainkan tanda akma mula masuk ke dewan... it was a beautiful moment... really beautiful! then akma starts to cry... hati i terus sebak, tapi masih lagih cuba kawal... have you ever been to the most beautiful wedding ceremony that you can't help yourself to feel something deep inside you that you want to burst into tears? that's how i feel... paling ketara, i felt so much love in the air... dapat rasakan keihklasan para tetamu yang hadir... dapat rasakan perasaan kasih dan sayang terhadap akma... sungguh luar biasa...
a little speech...
i tak pernah tulis speech untuk mana-mana gathering fc before... mahupun untuk mana-mana artis... inilah kali pertama... so i guess, it's wise for me to put it in the blog sebagai kenang-kenangan di masa akan datang... i wrote this speech right before i left for menara kl... kelam kabut, tetapi i wrote it from my heart... how i feel and what i want to say...
assalamualaikum...
yang diraikan, akma...
yang berbahagia, encik abdullah hj. abdul rahim dan puan khairoon tan, ayahdan ibu akma...
jemputan-jemputan vip, cikgu m.nasir, cikgu marlia musa, dr. azahari, encik asrul...
puan aishah, penasihat majlis makan malam bersama akma dan pelancaran akma fc...
puan sariah, pengurus projek...
puan lina, puan hani, puan liza, puan fazlena, puan suzana, encik wan nong khairul, puan sarina dan mereka yang tak dinyatakan di sini...
penaja, cik anita dari menara kl...
puan diana yang banyak menaja untuk fc akma dan barangan elektrik serta lain-lain...
cik nisa dari kukubar...
puan linda dari lotto...
cik sarina dari maxis...
cofee bean, radience, cosry dan lain-lain
rakan-rakan media massa yang saya hormati...
rakan-rakan bloggers...
pengacara majlis, yang merupakan rakan karib saya, dan tentunya pengurus rancangan era, encik rostam, yang sudi meluangkan masa menjadi pengacara pada malam ini...
dan tentunya yang paling istimewa, anda semua... adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang akma yang datang dari seluruh pelusuk negara termasuk brunei, yang bersama-sama pada malam ini untuk meraikan akma...
malam ini merupakan malam yang cukup istimewa kerana selepas berminggu-minggu pihak committee berusah untuk mengadakan pertemuan bersama akma, akhirnya malam ini menjadi satu kenyataan...
saya membahasakan kita sebagai adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang akma kerana itulah yang kita rasa dalam diri kita sendiri... kita rasa amat rapat dengan akma... kita menyokong akma sebelum beliau bergelar bintang... kita ikuti perkembangan dia.. kita marah dan terasa bila orang mengata dia, kita ketawa gembira bila dia bergurau senda dengan seseorang, kita menjerit bersorak bila dia membuat persembahan, kita bersedih dan menangis bila dia berduka... kita buat semuanya demi adik kita...
majlis bersama akma ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan ini... malam ini, anda yang sudi hadir bersamm dapat bersua muka dengan akma... mungkin ada satu dua nasihat yang hendak diberikan, mungkin ada kata-kata perangsang yang hendak dinyatakan, mungkin ada luahan azimat yang hendak disampaikan... peluang anda tersedia malam ini...
sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang bintang bernama akma... beliau bukan saja mengejar impian untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang penghibur, tetapi juga menggalas beban dan harapan kita sebagai adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang akma yang ingin melihat beliau berjaya. satu tugas yang amat berat! pesanan saya untuk semua, janganlah meletakkan harapan tinggi menggunung yang tidak tercapai oleh akma... tetapi bantulah menyokong dia, menasihati dia, memberikan kata-kata peransang dan kritikan... tetapi jagan sampai menghina, melukakan hati dan mencederakan semangat beliau... kerana biarpun bergelar bintang, akam tetap manusia biasa dan dia tetap adik kita... sokonglah dia sampai berjaya...
sebelum saya mengundur diri, ada satu permintaan dari saya...
saya minta akma berdiri seketika...
abang badrul nak akma pandang sekeliling, kepada adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang akma yang dapat menghadirkan diri pada malam ini... lihatlah wajah mereka, lihatlah senyuman mereka...
mereka ini menjadi segala bukti untuk akma, bahawa kata-kata seorang dua yang pernah dikeluarkan yang mengatakan akma tiada x-faxtor, adalah tidak benar sama sekali!!! bukan setakat x-factor, fear factor pun akma ada! jadi, teruskanlah dengan cita-cita akma kerana kami semua akan terus menyokong akma...
sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum...
adik mannnissss...
habis jer bagi speech, i terasa macam diawang-awangan... muka terasa panas dan hati berdegup pantas... terasa macam i telah menceritakan my deepest secret kepada orang lain...
to be continued...
pictures from jiwang united and elkapitan
|