Bidadari Hati

Sunday, May 31, 2009

the one about badrul and diddy: photoshoot for diddy's single - biar diddy sambung...

candid...

simply put, it was a fun day... anyway, gambar-gambar nih semua masa kita orang tengah having fun and kira macam behind the scene punya keadaan lah, walaupun sebenarnya lebih banyak posing dari behind the scene nyer... muhahhaa... lepas habis photoshoot dekat taman, kita orang bergerak pergi mcdonalds, tempat lepak biasa tuh and tengok-tengok gambar yang dah ambik... of course tengahari tuh macam panas sangat dalam mcdonalds tuh... sampai berpeluh-peluh... tambahan pulak macam takda aircond... so terus decide pergi lunch...



posing sebelum start shooting...

kalau pergi lunch tuh mestilah i yang pilih tempat... muhahaha... this one stall kat melawati yang hidangkan nasi campur... lauk pauk dia memang sedap dan menyelerakan... so we decided *i decided, muhahhaa* pergi makan kat sana... sampai sana shaliza join kita orang tapi dia tak lunch lah.. just duduk sama-sama teman makan... eleza pulak kena balik kejap ambik adik dia kat sekolah, and then will join us later terus kat studio...

touch-up sebelum shooting...


tak tau apasal... sajer letak... muhahaha...

hairan betul lah, kebanyak studio nih mesti kat tingkat atas... kalau tak paling atas, yang kedua dari atas... muhahaha... berpeluh jugaklah angkat barang naik atas nih... dah sampai atas ambik nafas, baru teringat lupa nak beli belon... alamak, tadi dah nampak dah, tapi tak pulak pergi beli... i sebenarnya nak belon yang pakai helium tuh, sebab konon nak bagi nampak terbang sikit... tapi entah macam mana, semua orang tak tau nak beli kat mana... nasib baik called eleza yang on the way tuh suruh dia beli jer belon apa-apa yang ada... melilau jugaklah dia carik belon tuh... muhahhaa... tak dapat helium, tiup sendiri jer lah...

kuli tiup belon... muhahaha...

lama jugaklah shooting kat dalam studio... tukar baju semua and to get the right mood... tapi seperti biasa, semua orang gelak-gelak dan happy-happy jer... dah ler tak cukup nafas sebab tiap-tiap kali belon pecah, kena tiup balik lepas tuh asyik gelak jer memanjang... muhahaha... shaliza beli satu bungkus besar belon tapi dah last-last tuh macam kita dah malas dah nak tiup... tiap-tiap kali belon terlepas, semua bertempiaran lari dengan diddy sekali sebab takut meletup... muhahahaa...

diddy pilih gambar...

habis photoshoot lebih kurang tiga jam macam tuh kat studio, bertolak pulak pergi midvalley untuk tengok movie... i tak update pasal movie because diddy dah update kot... so you can visit his blog for the movie update... click here... sekarang nih memang tak sabar nak tunggu siapkan single-single diddy yang ada nih... lagu 'biar diddy sambung' dah siap mastering, tapi lagu 'lelaki di atas awan' akan buat mastering on monday kat nick lee studio... lepas tuh each song akan ada cover yang tersendiri... walaupun simple, at least ianya menggambarkan mood lagu yang berbeza... memang nampak macam perbelanjaan lebih sikit sebab i want to do it one by one... taknak gabungkan dalam satu cd sebab nanti bila semua lagu dah siap, baru lah dijadikan satu album... kalau boleh i nak buat single setiap lagu yang ada... itu pun kalau ada rezeki lah...



posing sebelum keluar tengok wayang...

okay lah.. tuh jer lah nak update setakat nih... anyway, jangan lupa this saturday, 6th june, 4pm ada gathering diddy kat rumah inc, at sri hartamas... thank you inc sebab selalu jadi host untuk event diddy... nanti to those yang dah confirm nak datang, i will send you the address and the rest of the details... nanti boleh buat pra-dengar lagu-lagu baru diddy and also kalau ada masa boleh tengok dvd telemovie terbaru... oh, sebelum orang tanya banyak kali, yes, tajuk single diddy tuh 'biar diddy sambung'...

nota kaki: sebenarnya terkejut jugak dengar cerita orang yang selama nih dianggap kawan tapi kat belakang cerita yang bukan-bukan... tapi bila fikir balik, macam dah jadik perkara biasa pun... bukan tak pernah berlaku pun sebelum nih... so terima je lah... tapi bila dah tau nih, kena lah pandai berhati-hati... itu jer lah...

kotobian tadau tagazo do kaamatan

Thursday, May 28, 2009

the one about badrul and diddy: photoshoot for diddy's single - lelaki di atas awan...

i have to rush this posting... nak kejar masa jugak... anyway, on wednesday kita orang buat photoshoot untuk diddy for his new singles... kita start dengan dua buah lagu dulu... so we decided buat outdoor photoshoot untuk lagu 'lelaki di atas awan' as early as 6am dah keluar rumah... for his second album, i'm giving him more say... diddy nak buat photoshoot outdoor sebab dia nak more colors... ya lah kan, the first album tuh macam a bit dark sikit... so, we agreed... this time around, i'm using kak aidid and lan's company to do the photoshoot - az at work design house...

touch up untuk photoshoot...


muka tak cukup tidur... muhahaha...

sampai kat tempat photoshoot lebih kurang pukul 8 pagi... and sambil breakfast, sambil i siapkan diddy... tempat nih dah memang biasa kita buat photoshoot before especially untuk calendar diddy two years ago... lepas discuss serba sedikit dengan lebih detail lagi the concept for the photoshoot, terus kitaorang cari lokasi yang paling bagus untuk setiap storyboard yang kita bayangkan... it was fun lah... eleza pun ada sama untuk tolong... rasa macam buat family photoshoot jer... muhahaha... it was really fun.. full of laughters... gelak jer sepanjang masa...

dah lepas breakfast baru ada tenaga...


berebut turun tangga...


jalan-jalan cari lokasi yang dah dipilih...


photographer posing sebelum photoshoot...


tugas bermula... ling the flash girl... muhahhaa...


checking the pictures...


diddy nak sampai dia puas hati...


different location...


another location..


and another location...


and another location...


lari pun kena jugak... muhahaha...

okay, nanti i update lah cerita selanjutnya... nak pergi dah nih... anyway, this is just the first part.... nanti ada lagi gambar-gambar untuk photoshoot for the second song... bila dah free nanti i will update... susah giler nak pilih gambar yang berlambak nih... tapi memang puas hati giler buat photoshoot with az at work design house... gambar-gambar semua sangat cantik dan menepati citarasa... kalau ada sesiapa yang nak pakai photographer dan untuk buat design, just hubungi kak aidid or lan...

one more thing before i go, someone told me about ada mamat nih yang asyik ambik part of my posting and stuff and buat fitnah kat forum gossip... memang takda maruah langsung... tak tahu cerita tapi pandai-pandai create stories... anyway, to those yang tak mudah percaya pada fitnah dan gossip manusia tidak bermaruah nih, Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t., good for you... and i nak explain sikit... the reason masa malam before pergi airport hantar hafiz tuh kak aidid and some of us tengah bersedih, sebab kita kehilangan seorang sahabat baik... we were talking about it lepas habis konsert di shah alam tuh masa pergi minum sama-sama, sambil kongsi sms-sms yang dihantar... tapi ada pulak orang bodoh dan cetek akal cakap because of akim lah itu lah ini lah... hati hitam giler... to those yang selalu kena fitnah tuh, berdoalah banyak-banyak pada Allah s.w.t. kerana doa orang yang dianiaya ni terus naik ke langit dan diterima Allah s.w.t., insyaAllah...


Tuesday, May 26, 2009

the one about badrul and nana: my little sister dah besar...


it was 7 years ago... masa tu first time i laid my eyes on her... i remember, being called to kudsia's room, and listening to her talking and talking about this new programme which will be aired on astro ria... macam mana bagusnya program tuh and that she will be one of the judges or juries... i dengar pun separuh telinga jer... muhahaha... masa first time dorang buat audition kat a few locations in malaysia, dorang tak cakap pun nama program... just buat promo to call people yang nak jadi penyanyi, pelakon, pengacara atau penyampai radio... bila program yang akhirnya diberi nama akademi fantasia musim pertama bermula, tak ramai orang pun pergi tengok the concert live.. kita orang nih lah yang dipaksa untuk memenuhkan dewan kat universiti putra tuh... dah lah duduk kerusi macam nak buat peperiksaan... but that was when i mula jatuh cinta dengan akademi fantasia...

walaupun masa awal-awal dulu i peminat rosma, but there was nana too... she caught my eyes sebagai seorang yang vocal kat dalam akademi, ada her own opinion, not that much of a good singer (muhahha) but ada tarikannya yang tersendiri... masa dia kena marah dengan cikgu siti hajar dalam kelas sampai dia menangis dalam toilet tuh, sampai sekarang i akan ingat... dan tentunya orang-orang yang menjadi peminat setia akademi fantasia too... then bila rosma terkeluar, orang mula pay attention to this program... suratkhabar mula tulis dengan banyak pasal akademi fantasia... and nana turut jadik the centre of attention... lepas tuh pulak bila dia perform lagu sambil nangis-nangis, and tiba-tiba burn pulak terkeluar that week, lagi havoc... orang started to blame her... orang yang sayang kat dia pun ada yang mula benci...


it was a starting point of a new era in the entertainment industry... first time dalam sejarah yang i tengok, bila nana was voted out, orang pergi tepuk tangan... kesian kat dia... i was upset too... being someone yang baru around 20 tahun, benda tuh terlalu berat untuk dia... tapi dia tetap terima.. tetap keraskan hati... i tak dapat bayangkan macam mana orang yang semuda itu mengawal emosi dan jiwanya supaya tidak patah, luluh dan hancur... despite all that, people boleh nampak siapa yang boleh pergi jauh... nana ada charisma dia yang tersendiri... she's intelligent dan tahu apa yang dia nak buat... bila kat final concert tuh dia nyanyi lagu 'i will survive', i think everyone kind of understand perjalanan hidup dia...

then we skip a few months... i dah jadik close dengan hampir semua bintang-bintang akademi fantasia musim pertama... so bila ada opening untuk penyampai era, i urged nana and adifashla to try... tanyalah nana, siapa yang asyik call dia on that audition day suruh datang... i think masa tuh dia belum bersedia buat benda lain kecuali menyanyi... but i dapat rasakan tuah dia ada di bidang penyiaran... and i was glad that she listened to my advise... so, she came for the audition, and she got the spot, and the rest was history... tapi i nak claimed jugak that i yang 'bawakan' dia masuk era... i yang pujuk dia datang audition... walaupun dia datang lambat hari tuh... muhahha...


memang seronok bekerja dengan nana... dia nih memang manja sikit tapi very independent... bila dia dapat peluang menjadi penyampai era, dia mula tahu bahawa that is her resposibility... dia memang tekun buat kerja, rajin and very innovative... memang lah tak semua orang akan suka dengan kita... ada jugak yang complaint dia macam shouting on air, ada yang cakap dia mengada-mengada... tapi that girl is really tough.. dia ambik semua kritikan and improve kan lagi diri dia... dia tahu kekuatan dia dan dia tahu kelemahan dia... in fact, i remember, once kudsia told me that nana kalau keep dia punya attitude towards her work macam apa yang dia sering buat, she will become somebody in era one day... of course, being the second girl in era at that time, next to linda onn, ada lah sikit-sikit competition...

walaupun bekerja di bawah satu bumbung, i cuma dapat perhatikan nana dari jauh... ada masa jugak bila i tak puas hati, i will tegur her... i told her a lot of stuff for her to improve herself... seingat i, lepas dua tiga tahun dia kat era, dia macam slacking sikit.. slacking sebab mungkin ada pengaruh sekeliling... i cakap dekat nana directly, that she is intelligent and do not play that dumb-blonde card... not worth it... i pun tak tahu siapa yang nasihatkan dia bukan-bukan... marah i marah seorang abang... teguran i teguran seorang yang mahu dia memperbetulkan keadaan... she has a lot more to offer than dari sesetengah pemikiran yang yang cetek dan kerjanya hanya nak menjatuhkan orang lain...


kemudian timbul beberapa kontoversial issues about her... ada manusia yang sangat dengki dan irihati telah menyebarkan gambar-gambar ketika our company trip... tak sangka ada orang yang sebodoh itu nak menjatuhkan orang lain... gambar-gambar melepak bersama kawan-kawan office digambarkan seolah nana sedang berpoya-poya... hey! our company ada bermacam-macam bangsa - melayu, cina, india, eurasian dan macam-macam lagi... kenapa pulak kalau kami bergambar and secara tak sengaja ada minuman yang bukan minuman kami di hadapan, ianya dianggap minuman kitaorang? seriously memang pelik dengan perangai segelintir manusia yang sangat cetek akal nih... then, bila dia tersasul ketika ke udara pun nak dijadikan issue yang sangat besar... manusia bila bercakap pun selalu buat silap... so, jangan lah nak perbesarkan issue-issue yang kecil... but for someone yang dah makan cukup garam di dalam industri, nana hadapi dengan tabah... and i was so relieved that dia bertahan dan memperkebalkan diri dia... walaupun i tahu dalam hatinya memang ada luka yang dalam... i'm so proud of her... really proud!

of course, ada issue percintaan... sebelum dia berjumpa dengan brian (her future husband) nana dah lalui dua percintaan yang, hhmmmm... how to explain this... percintaan yang agak berat... i was there... bila ada peluang, i bagi nasihat, bila dia bertanya i akan jawab... memang penat jadi selebriti nih, semua mata memandang dan bukan semua memandang untuk memberikan sokongan, ada yang memandang hanya untuk mencari kesalahan, untuk membuat fitnah dan membuat gossip yang bukan-bukan... again, nana laluinya dengan tabah... i had a feeling percintaan nana dengan brian bermula ketika our company trip... sebelum brian masuk era lagi... jadi bila brian berpindah ke era, mereka terpaksa merahsiakan hubungan mereka kerana ada orang yang dengki jugak akan mengatakan brian menggunakan kuasanya untuk berikan kelebihan pada nana... i wanted to laugh... walaupun brian masa tuh boss era, dia bukan boleh buat keputusan sesuka hati... keputusan semuanya datang dari boss atasan yang lebih tinggi...


i was kind of happy bila dapat tahu brian kembali ke hitz fm... sebab sekurang-kurangnya mereka sudah boleh terbuka tentang hubungan masing-masing... semua orang ada hak untuk bercinta dan dicintai... semua orang perlukan kasih sayang... sebab tu Allah s.w.t. ciptakan adam dan hawa... supaya hidup mereka berpasang-pasang... since i berhenti kerja from amp radio networks, i jarang berpeluang jumpa nana... or even brian... sekali sekali bila i pergi sana untuk buat voice over recording dan bila berpeluang, i akan terserempak dengan dia... and macam adik i sendiri, dia akan senyum, berbual dan bertanya khabar bila berjumpa...

last two weeks i dapat invitation for her wedding... merah jugak bijik mata... bukan sebab sedih, tapi sebab gembira... knowing that dia dah besar dan akan jadi wife to someone soon... terasa macam cepat saja masa berlalu... rasa macam baru kelmarin dia menyanyi dan menari atas pentas akademi fantasia... rasa macam baru sekejap jer dia join era and kerja sama-sama... pergi pesta bola era, pergi fiesta media idola, anugerah era, buat iklan radio sama-sama, gempak selebriti, keluar makan ramai-ramai and a lot of other stuff... going through ups and downs... dan macam-macam lagi... and now she is getting marry...


to nana, nothing that i want more for you than to be happy... jaga diri baik-baik... jaga suami dengan penuh kasih sayang, dan belajar menjadi isteri yang taat, serta ibu (satu hari nanti) yang mendidik anak-anak dengan sempurna... selamat pengantin baru nana dan brian pada 6 june nanti... abang badrul doakan semoga anda berdua berbahagia ke anak cucu dan ke akhir hayat... amin...

Monday, May 25, 2009

the one about badrul and ucapan hafiz... ucapan dari hati...

video


i wanted hafiz to say something to those peminat hafiz yang baca blog nih and yang tak sempat nak hantar hafiz kat airport last sunday morning... i cakap dekat hafiz pembaca blog nih came all over malaysia... ada dari johor, ada dari penang, ada dari sabah, negeri sembilan, terengganu and semua... so i told hafiz untuk buat ucapan for them... i told him he can speak in any language that he is comfortable with.. bahasa sarawak pun okay as long as ianya datang dari hati sendiri... and he told me 'no, abang badrul! hafiz nak cakap bahasa malaysia and english... i want them to know that satu malaysia yang menjuarakan hafiz... and i want to thank them personally'

so guys, nih adalah ucapan dari hati hafiz sendiri... khas untuk semua pembaca blog badrulaftersix...

thank you eleza for helping me to upload this video... and of course for recording it on your phone in the first place... you, lan, kak aidid and the rest are my angels...

Sunday, May 24, 2009

the one about badrul and the new record that i hold... tak tidur!


sekarang nih i rasa dah lebih dari 40 jam i tak tidur... i nih memang susah nak tidur siang, so walaupun badan dah letih giler, tapi still tak boleh nak tidur jugak... takpalah, hopefully i boleh tidur kejap lagi and i have arranged semua benda so i can bangun lewat sikit tomorrow... we had so much fun hantar hafiz pergi airport this morning... dengan greenishgurl, nano and rose seawal pukul 4.30 pagi dah sampai kat airport... muhahahaa... tukang cuci lantai kat airport tuh pun belum bangun lagi tau tak... muhahaha... masa green called i pun i baru on the way nak pergi airport sebab memang janji pun nak sampai airport around 5.00am...



hafiz melayan peminat yang sanggup datang awal pagi menghantar dia di airport...

sebenarnya malam tadi lepas habis konsert jelajah era tuh ada something happen yang buatkan a group of friends especially kak aidid rasa sedih sikit... takda kena mengena dengan hafiz... muhahaha... to i decided to do something special for them... kira macam kejutan jugaklah.. Alhamdulillah kejutan tuh menjadi and akim turut serta untuk hantar hafiz ke airport... lepas borak-borak kejap, orang lain mula sampai... then kaka called cakap dia dah sampai... muahahha... excited giler kaka dapat pergi kuching...


rakaman video untuk peminat, which i will upload soon...

around 5.30am hafiz sampai dengan akim, pendos and sue... semua excited nak borak dengan hafiz dan akim, nak bergambar dan macam-macam lagih... semua ada soalan nak tanya, itu nak tanya ini nak tanya... i boleh tengok wajah masing-masing ceria dan gembira walaupun seawal pukul 5 pagi... hafiz pun excited sangat-sangat... apa jer permintaan fans untuk bergambar, untuk bercerita, sign autograph dan apa jugak dibuat dengan penuh keikhlasan dan rasa hormat pada peminat... i sangat kagum and i was so happy... hopefully he will stay the same way...




bergambar sebelum berangkat...

lebih sejam masa dihabiskan dengan peminat yang datang nak hantar dia ke airport... ada a group of fans yang terlambat sampai and hafiz dah masuk dalam dah... i think around 6.40am jugak diaorang baru masuk... tapi i tak sampai hati, i called dorang and bagi dorang cakap dengan hafiz... sempat jugak hafiz layan cakap telefon sebelum bergegas masuk untuk check in...





bye... jumpa nanti...

lepas tuh kitaorang semua pergi breakfast ramai-ramai.. i think dalam pukul 8 lebih jugak baru kitaorang semua berangkat dari airport... thank you semua yang datang... you don't know how happy hafiz dapat jumpa korang and dia tahu ramai peminat dia yang sanggup buat apa saja untuk memastikan dia berjaya... so, keep on supporting hafiz...



the one about badrul and hafiz: jelajah era...

since semua orang nak cubit pipi hafiz, biar dia cubit sendiri... muhahaha...

i would like to take this opportunity to congratulate radio era sebagai radio nombor satu di malaysia... also i nak ucapkan terima kasih pada raja faraa and hani yang arrangedkan tag for me... you guys are the best! malam tadi i went to shah alam sempena siri concert jelajah era... managed to ajak kak aidid, lan, eleza, nurt, wahida dan adiknya, becham, anak-anak kak aidid (did i miss anyone?) untuk sama-sama pergi support hafiz... sesat jugak seketika sebab kat shah alam ada dua tesco... nasib baik jumpa... i don't know why but i always felt welcome bila ada dengan team era... tak kira siapa lah, they are friendly and nice... masa sampai kat sana, hafiz belum tiba lagi so i borak-borak dengan reza, nana, dina, burn and the rest... nana dah nak kahwin dah... macam baru semalam tengok dia jejak kaki kat era... nanti lah, i cerita lebih lanjut soon... anyway, lepak dengan dorang then temankan the rest makan... lepas tuh bawak kak aidid dengar lagu baru diddy...








around 8pm hafiz, yazid and isma sampai... terus lan ambikkan gambar-gambar... earlier, i went to print some pictures for hafiz to sign... nak bagi kat beberapa orang kawan yang selalu singgah kat my blog... mak datuk, gambar size 6r tuh mahal giler... mula-mula rancang nak print banyak jugak, tapi budget dah lari... nak print size kecik takut tak berbaloi jugak... so takpalah, print sikit dulu and bagi kat orang yang berkenaan dulu... nanti bila ada kesempatan dan peluang, i will print it again, and jika ada rezeki bertemu hafiz lagi, i will mintak dia autograph kan gambar-gambar tuh.. ada satu gambar tuh i memang nak jugak so i mintak hafiz autographkan for me... i think dia tulis something like 'i owe' but lepas tuh dia dah terlupa apa nak tulis... then, dia tukar fikiran and tulis 'i owes ingat u'... muhahhaaa... owes tuh kira always lah... itulah yang dia tergelak sakan sampai nak jatuh kerusi tuh... muhahhaa... that boy really has a sense of humour... muhahhaa...




then greenshygirl sms me cakap dia dan rose dah sampai dan duduk kat depan... i called them back and berjaya locate dorang... habis jer hafiz performed, i suruh green and rose datang tepi stage and kemudian i 'seludup' dorang masuk ke belakang stage untuk bergambar dengan hafiz... muhahha... dorang cakap rasa macam nak pengsan dapat bergambar dengan hafiz... i told them kalau setiap peminat hafiz pengsan everytime dapat bergambar dengan hafiz, mesti sunyi satu malaysia... muhahahaa... then, i called indai to talk to her and pass the phone to hafiz untuk bercakap dengan indai... indai pun nak pengsan jugak.... muhahahaa...



sorry girls, juara tahun nih lelaki... muhahaha...

okay, sekarang dah nak pukul 4 pagi. (masa i update this posting) and i need to get ready... nak mandi and bersiap untuk pergi airport... i dah janji dengan kak aidid and the rest to meet up kat lcct around 5am... lagi pun i nak kena pack some barang-barang nak kirim kat indai and mumicikgu through ronaldokaka... hopefully dapat siapkan secepat mungkin... i hope fans hafiz kat kuching will have the chance to take pictures with hafiz or shake his hands and congratulate him... i hope by meeting hafiz in person, they will know how truly amazing this boy is, how talented he is, and how humble and down-to-earth he is... and at the same time, jangan lupa that he is only 19... banyak lagi perkara yang dia akan belajar tentang hidup... so give him room to grow... okay, need to get ready now... will sambung the story morry soon...