Bidadari Hati

Sunday, May 03, 2009

the one about badrul and the 8th concert of af7: kalaulah...


first of all, before you baca my blog and if you are a muslim sedekahkanlah Al-Fatihah pada Allahyarham tan sri p.ramlee...

Al-Fatihah...

kalaulah Allahyarham tan sri p.ramlee masih hidup, i rasa mesti dia sangat bangga dengan persembahan hafiz malam tadi... dengan suara yang sungguh mendayu-dayu dan persembahan yang meruntun kalbu, i have to say, persembahan hafiz malam tadi was the best yang pernah i saksikan dalam konsert akademi fantasia sepanjang musim oleh semua pelajar dari season pertama hinggalah sekarang nih... hafiz has captured every details yang diperlukan untuk dia menggambarkan dirinya sebagai watak p.ramlee... bermula dengan lakonan bersama isma yang membawa watak azizah, sehinggalah dia menamatkan persembahan, i sangat terpegun...


bila pengkritik memberikan pujian, mulutnya tak pernah lekang daripada mengucapkan terima kasih pada tenaga pengajar yang memberikan ilmu untuk menjadikan persembahannya cukup hebat... that was hafiz... so full of respect pada orang lain dan so humble... i went to talk to principal tiara, kak fati dan ida nerina tentang perkara nih dan semua mereka bersetuju bahawa hafiz dididik dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat... terima kasih mama hafiz dan papa hafiz... i berbual-bual dengan penggiat teater yang turut hadir pada malam konsert dan semuanya memuji kehebatan hafiz membawakan watak p.ramlee...


yup, itulah yang sebenarnya hafiz lakukan... membawa watak p.ramlee... cabaran yang amat berat kerana selain daripada perlu ada hafiz sebagai dirinya sendiri di dalam persembahan tersebut, dia juga perlu menjadikan watak p.ramlee yang dibawanya ke hadapan.. cara jalan, cara tuturkata, cara berpakaian, cara berkomunikasi dan kesemuanya untuk menjadikan watak tersebut sesuatu yang hidup... i can sleep really well tonight knowing that hafiz berada di landasan yang sangat tepat dan betul untuk menjadi penghibur yang disegani pada satu hari nanti.. afundi10 hafiz ke 32999

jangan lupa untuk membaca review lain di blog:

sultanmuzaffar
joe lee
chedd yusoff
ajami hashim
murai