Bidadari Hati

Tuesday, May 26, 2009

the one about badrul and nana: my little sister dah besar...


it was 7 years ago... masa tu first time i laid my eyes on her... i remember, being called to kudsia's room, and listening to her talking and talking about this new programme which will be aired on astro ria... macam mana bagusnya program tuh and that she will be one of the judges or juries... i dengar pun separuh telinga jer... muhahaha... masa first time dorang buat audition kat a few locations in malaysia, dorang tak cakap pun nama program... just buat promo to call people yang nak jadi penyanyi, pelakon, pengacara atau penyampai radio... bila program yang akhirnya diberi nama akademi fantasia musim pertama bermula, tak ramai orang pun pergi tengok the concert live.. kita orang nih lah yang dipaksa untuk memenuhkan dewan kat universiti putra tuh... dah lah duduk kerusi macam nak buat peperiksaan... but that was when i mula jatuh cinta dengan akademi fantasia...

walaupun masa awal-awal dulu i peminat rosma, but there was nana too... she caught my eyes sebagai seorang yang vocal kat dalam akademi, ada her own opinion, not that much of a good singer (muhahha) but ada tarikannya yang tersendiri... masa dia kena marah dengan cikgu siti hajar dalam kelas sampai dia menangis dalam toilet tuh, sampai sekarang i akan ingat... dan tentunya orang-orang yang menjadi peminat setia akademi fantasia too... then bila rosma terkeluar, orang mula pay attention to this program... suratkhabar mula tulis dengan banyak pasal akademi fantasia... and nana turut jadik the centre of attention... lepas tuh pulak bila dia perform lagu sambil nangis-nangis, and tiba-tiba burn pulak terkeluar that week, lagi havoc... orang started to blame her... orang yang sayang kat dia pun ada yang mula benci...


it was a starting point of a new era in the entertainment industry... first time dalam sejarah yang i tengok, bila nana was voted out, orang pergi tepuk tangan... kesian kat dia... i was upset too... being someone yang baru around 20 tahun, benda tuh terlalu berat untuk dia... tapi dia tetap terima.. tetap keraskan hati... i tak dapat bayangkan macam mana orang yang semuda itu mengawal emosi dan jiwanya supaya tidak patah, luluh dan hancur... despite all that, people boleh nampak siapa yang boleh pergi jauh... nana ada charisma dia yang tersendiri... she's intelligent dan tahu apa yang dia nak buat... bila kat final concert tuh dia nyanyi lagu 'i will survive', i think everyone kind of understand perjalanan hidup dia...

then we skip a few months... i dah jadik close dengan hampir semua bintang-bintang akademi fantasia musim pertama... so bila ada opening untuk penyampai era, i urged nana and adifashla to try... tanyalah nana, siapa yang asyik call dia on that audition day suruh datang... i think masa tuh dia belum bersedia buat benda lain kecuali menyanyi... but i dapat rasakan tuah dia ada di bidang penyiaran... and i was glad that she listened to my advise... so, she came for the audition, and she got the spot, and the rest was history... tapi i nak claimed jugak that i yang 'bawakan' dia masuk era... i yang pujuk dia datang audition... walaupun dia datang lambat hari tuh... muhahha...


memang seronok bekerja dengan nana... dia nih memang manja sikit tapi very independent... bila dia dapat peluang menjadi penyampai era, dia mula tahu bahawa that is her resposibility... dia memang tekun buat kerja, rajin and very innovative... memang lah tak semua orang akan suka dengan kita... ada jugak yang complaint dia macam shouting on air, ada yang cakap dia mengada-mengada... tapi that girl is really tough.. dia ambik semua kritikan and improve kan lagi diri dia... dia tahu kekuatan dia dan dia tahu kelemahan dia... in fact, i remember, once kudsia told me that nana kalau keep dia punya attitude towards her work macam apa yang dia sering buat, she will become somebody in era one day... of course, being the second girl in era at that time, next to linda onn, ada lah sikit-sikit competition...

walaupun bekerja di bawah satu bumbung, i cuma dapat perhatikan nana dari jauh... ada masa jugak bila i tak puas hati, i will tegur her... i told her a lot of stuff for her to improve herself... seingat i, lepas dua tiga tahun dia kat era, dia macam slacking sikit.. slacking sebab mungkin ada pengaruh sekeliling... i cakap dekat nana directly, that she is intelligent and do not play that dumb-blonde card... not worth it... i pun tak tahu siapa yang nasihatkan dia bukan-bukan... marah i marah seorang abang... teguran i teguran seorang yang mahu dia memperbetulkan keadaan... she has a lot more to offer than dari sesetengah pemikiran yang yang cetek dan kerjanya hanya nak menjatuhkan orang lain...


kemudian timbul beberapa kontoversial issues about her... ada manusia yang sangat dengki dan irihati telah menyebarkan gambar-gambar ketika our company trip... tak sangka ada orang yang sebodoh itu nak menjatuhkan orang lain... gambar-gambar melepak bersama kawan-kawan office digambarkan seolah nana sedang berpoya-poya... hey! our company ada bermacam-macam bangsa - melayu, cina, india, eurasian dan macam-macam lagi... kenapa pulak kalau kami bergambar and secara tak sengaja ada minuman yang bukan minuman kami di hadapan, ianya dianggap minuman kitaorang? seriously memang pelik dengan perangai segelintir manusia yang sangat cetek akal nih... then, bila dia tersasul ketika ke udara pun nak dijadikan issue yang sangat besar... manusia bila bercakap pun selalu buat silap... so, jangan lah nak perbesarkan issue-issue yang kecil... but for someone yang dah makan cukup garam di dalam industri, nana hadapi dengan tabah... and i was so relieved that dia bertahan dan memperkebalkan diri dia... walaupun i tahu dalam hatinya memang ada luka yang dalam... i'm so proud of her... really proud!

of course, ada issue percintaan... sebelum dia berjumpa dengan brian (her future husband) nana dah lalui dua percintaan yang, hhmmmm... how to explain this... percintaan yang agak berat... i was there... bila ada peluang, i bagi nasihat, bila dia bertanya i akan jawab... memang penat jadi selebriti nih, semua mata memandang dan bukan semua memandang untuk memberikan sokongan, ada yang memandang hanya untuk mencari kesalahan, untuk membuat fitnah dan membuat gossip yang bukan-bukan... again, nana laluinya dengan tabah... i had a feeling percintaan nana dengan brian bermula ketika our company trip... sebelum brian masuk era lagi... jadi bila brian berpindah ke era, mereka terpaksa merahsiakan hubungan mereka kerana ada orang yang dengki jugak akan mengatakan brian menggunakan kuasanya untuk berikan kelebihan pada nana... i wanted to laugh... walaupun brian masa tuh boss era, dia bukan boleh buat keputusan sesuka hati... keputusan semuanya datang dari boss atasan yang lebih tinggi...


i was kind of happy bila dapat tahu brian kembali ke hitz fm... sebab sekurang-kurangnya mereka sudah boleh terbuka tentang hubungan masing-masing... semua orang ada hak untuk bercinta dan dicintai... semua orang perlukan kasih sayang... sebab tu Allah s.w.t. ciptakan adam dan hawa... supaya hidup mereka berpasang-pasang... since i berhenti kerja from amp radio networks, i jarang berpeluang jumpa nana... or even brian... sekali sekali bila i pergi sana untuk buat voice over recording dan bila berpeluang, i akan terserempak dengan dia... and macam adik i sendiri, dia akan senyum, berbual dan bertanya khabar bila berjumpa...

last two weeks i dapat invitation for her wedding... merah jugak bijik mata... bukan sebab sedih, tapi sebab gembira... knowing that dia dah besar dan akan jadi wife to someone soon... terasa macam cepat saja masa berlalu... rasa macam baru kelmarin dia menyanyi dan menari atas pentas akademi fantasia... rasa macam baru sekejap jer dia join era and kerja sama-sama... pergi pesta bola era, pergi fiesta media idola, anugerah era, buat iklan radio sama-sama, gempak selebriti, keluar makan ramai-ramai and a lot of other stuff... going through ups and downs... dan macam-macam lagi... and now she is getting marry...


to nana, nothing that i want more for you than to be happy... jaga diri baik-baik... jaga suami dengan penuh kasih sayang, dan belajar menjadi isteri yang taat, serta ibu (satu hari nanti) yang mendidik anak-anak dengan sempurna... selamat pengantin baru nana dan brian pada 6 june nanti... abang badrul doakan semoga anda berdua berbahagia ke anak cucu dan ke akhir hayat... amin...