Bidadari Hati

Monday, May 11, 2009

the one about badrul and akademi fantasia 7: my personal take...


dalam banyak-banyak akademi fantasia, yang paling i involved in term of supporting the students adalah akademi fantasia musim keempat and now, akademi fantasia tujuh... memang sebelum nih ada jugak hantar afundi to my favourite students from other seasons, tapi dua musim nih lah yang paling banyak... and musim akademi fantasia ketujuh nih lah yang paling banyak students yang i afundi, with two students receiving the most votes... kalau nak dikirakan, tahun nih lah tahun paling 'miskin' for me since dah kerja sendiri... muhahaha.. hhmmm, biasalah kan, duit bayaran daripada murai nanti guna buat bayar bill telefon... muhahhaa...




having said that, akademi fantasia musim ketujuh nih paling tidak menyeronokkan for me in term of penyokong-penyokong especially kat internet nih... sifat kekeluargaan langsung tidak kukuh dan kalau ada pun, hanyalah facade sajer... bukan sebenar-benarnya... mungkin 'muka-muka' baru yang menyokong nih baru nak rasa dan dan nak faham apa itu akademi fantasia... tapi i tak hadapi masalah langsung ketika hadirkan diri ke dewan... tak kira siapa pelajar yang membuat persembahan, everyone memberikan tepukan... mungkin lebih gemuruh untuk pelajar kegemaran masing-masing, tapi mereka masih lagi memberikan sokongan pada yang lainnya... that is the spirit yang hilang di sini...




paling kelakar, setiap perkara dikaitkan dengan konspirasi, pilih kasih, teori dan sebagainya... tengok akademi fantasia macam tengok movie davinci code atau national treasure pulak... itulah masalahnya bila kita melihat sesuatu perkara dalam penuh kecurigaan... yes, memang betul ada yang menggunakan perkara-perkara yang terjadi untuk kepentingan peribadi, tapi benda tuh tak mampu untuk mengubah apa-apa pun... tidak mampu untuk meninggalkan kesan walaupun sekadar calaran... tapi biasalah, cakap apa pun bukan boleh masuk di kepala kerana ada segelintir yang in denial... paling ketara, golongan nih hanya ingat pelajar-pelajar akademi fantasia kesukaan mereka hanya perlu jadi juara akademi fantasia, atau hanya pelu bertahan di akademi fantasia sehingga ke konsert akhir... tak terfikirkah di fikiran masing-masing that these kids want more than that? mereka nak lebih berjaya di luar sana?!? what are you going to do when these kids dah keluar nanti? you think you can still hantar sms untuk pastikan mereka berjaya membuat album? do you think you can blame astro lagi kalau pelajar-pelajar nih sekadar balik kampung tanam sayur?




nih lah yang i maksudkan bila peminat-peminat akademi fantasia sendiri yang menjatuhkan pelajar-pelajar kesukaan mereka... okay, i know it is painful dan mungkin sedikit tidak adil untuk menulis something like this, tapi i have to write about it untuk memberikan gambaran kepada orang-orang baru yang tengah meroyan menyokong pelajar-pelajar kesukaan mereka sehingga melupakan apa yang sebenarnya akan dan bakal berlaku... akademi fantasia akan berhabis siaran untuk season nih pada hari sabtu nanti, but masa depan pelajar-pelajar nih yang sudah bergelar bintang ketika tuh akan berterusan... i pernah tengok betapa penyokong-penyokong fanatik sanggup kutuk mengutuk dan maki hamun serta mencarut sekadar untuk defend pelajar kesukaan mereka dan menjatuhkan peminat serta pelajar lain... but apa yang terjadi dengan pelajar kesukaan mereka tuh sekarang? mana perginya mereka? and i'm not talking about their publicity kat suratkhabar atau majalah, tapi i'm talking about their album... mana album mereka?!? mana pergi sokongan peminat-peminat fanatik nih? muhahaha, some dah beralih arah pada pelajar baru, dan masih buat benda-benda yang sama jugak... mengutuk dan mencari kesalahan orang lain...




okaylah, sebenarnya nak tulis panjang lagi tapi letihlah nak cakap benda yang sama berulang-ulang... mood pun suddenly dah takda... i think i nak pesan buat pengundi-pengundi hafiz dan akim, untuk terus mengundi... jangan leka... anyway, khas untuk pengundi-pengundi hafiz, all i can say is that please, please vote... hafiz berada dikedudukan yang sangat tidak selesa ketika nih... jangan lupa... we need to help hafiz mencapai cita-cita untuk menjadi juara akademi fantasia musim ketujuh... we know (and ramai yang bukan peminat hafiz juga tau) that he deserve to win... hafiz memang layak... so afundi, afundi dan afundi... jangan lupa dan jangan leka...

kedudukan pelajar di konsert akhir dalam kepala i...

juara: hafiz
naib juara: akim
ketiga: yazid
keempat: isma
kelima: aril

atau...

juara: hafiz
naib juara: akim
ketiga: aril
keempat: yazid
kelima: isma

atau...

juara: hafiz
naib juara: akim
ketiga: isma
keempat: aril
kelima: yazid

tak kisahlah yang mana satu... muhahaha...