Bidadari Hati

Sunday, May 17, 2009

the one about badrul and akademi fantasia 7: this is our champion!

juara akademi fantasia musim ketujuh, hafiz...

wahh... only today baru i managed nak update blog... memang keletihan yang amat sangat... dengan ada beberapa perkara nak di settle kan on sunday, memang tak cukup tidur langsung... where do i begin? ohh, malam jumaat tuh i dah busy hantar undian, tapi prepaid habis lewat malam, so macam malas nak keluar pergi beli... so on saturday morning, awal-awal pagi dah keluar rumah pergi carik prepaid... pergi kat kedai runcit near my house, prepaid digi boleh buat seratus ringgit jer sekali upload... so lama jugak nak tunggu satu persatu... rush pergi seven eleven belah belakang pulak, sama jugak... loading seratus, pastu kena tunggu machine kecik tuh upload balik... so berlari lah antara dua kedai tuh.... muhahaaa.. pergi kedai lagih satu, dia ada jenis yang kena scratch tuh jer... tuh pun yang sepuluh ringgit satu... meeennaaannaah lah nak scratch satu persatu... by 11am, semua dah dapat, terus bergerak ke stadium sebab dah janji nak tolong kak aidid and the gang... Alhamdulillah sampai awal senang nak parking dekat-dekat... tak payah berjalan jauh2... sampai pun dorang baru nak siapkan booth, susun barang-barang and all...


i believe i can fly... and now i am flying...

masa mula sampai kat booth akim tuh, i was wearing t-shirt hafiz fc... best sebab dorang tak kisah pun... so, i lepak dan tolong dorang jual barang-barang akim fc (gafim) and at the same time, register peminat-peminat akim... bagus sebab dorang dapat details peminat-peminat, senang nak hantar mass sms untuk beritahu and update all of the fans tentang akim... ada kat mana, lagu keluar kat mana, to vote apa etc... anyway, half way through, i rasa macam bersalah pulak... sebab apa? sebab jual cenderamata akim, tapi selalu tersasul sebut hafiz... muhahaha... so, i went to change to my own baju... sambil jual, sambil sms, sambil jual sambil sms... muahhaa... memang kelam kabut jugak... semua orang pun tak makan lunch, tapi happy jer semua... dah nak hala ke petang sikit, hujan lebat turun... tapi tak mengurangkan pengunjung pun... petang ayah dan ibu akim datang bawak makanan pada semua... ada roti jala dengan kari daging, bihun goreng udang, lepas tuh i think wawa bawak mee rebus, ada karipap dan air... memang sedap giler!!! sampai ke petang duduk kat booth until masa nak masuk dalam stadium...

with principal bersara, datin seri tiara

i nak ucapkan jutaan terima kasih pada aishah dan chee from publicity astro kerana bawak kitaorang masuk... i masuk dengan sultanmuzaffar then terus ke tempat duduk yang disediakan... tapi masa masuk tuh kira awal lagih so, keluar kat tepi jap smokok sambil terus hantar afundi... waaahhhhhh! grand giler tengok the stage... macam nak tengok award show and not the final concert akademi fantasia... then, stadium mula penuh sikit demi sikit... suasana kat dalam tuh memang havoc lah... tiap-tiap tahun memang macam nih... grand giler... dengar the sound system dalam stadium pun macam bergegar-gegar kerusi yang i duduk... i love the stage... minimum jer tapi size dan permainan lighting dia memang nampak superb giler... honestly, sampai hari nih i belum sempat tengok ulangan final concert kat tv... memang takda peluang langsung... so, apa yang i cakap based on apa yang i nampak kat dalam stadium... penuh giler stadium sampai ke atas semua...

percayalah, memang gold!

semuanya macam berlaku dengan pantas... well at least for me... i tak ingat pun persembahan mereka untuk lagu bonus... sibuk giler menghantar afundi... lepas tuh pakai dua phone pulak tuh... sorry ya to those yang hantar sms masa konsert tuh sebab banyak giler yang masuk and i tak reply balik... sibuk nak hantar undian so i takut tak sempat kalau i asyik dok menjawab sms... pada orang lain jugak, mungkin lagu anuar zain yang hafiz nyanyi tuh tak familiar, but to me, i memang tau lagu tuh so i think persembahan hafiz was superb... i kind of don't understand dengan pengkritik-pengkritik... what do they expect? that some magical will happen within a week? i think persembahan pelajar-pelajar nih semua best... mungkin ada yang tak suka sebab ada sekurang-kurangnya lima lagu yang tak familiar dipendengaran masing-masing... ya lah kan, lagu baru semua tuh... tapi bila letak expectation too high, itu lah jadinya... lagi satu, nih lah first time semuanya perform di pentas yang jauh lima enam kali ganda lebih besar dari pentas yang mereka biasa perform saban minggu, tentu lah ada perubahan... plus lagi dengan debaran final concert dan tekanan untuk tahu pencapaian mereka... banyak benda yang mempengaruhi mereka bila nak perform di final tuh...

with kak fati... love you kak fati...

sebenarnya dalam banyak-banyak kat final tuh, i betul-betul kasihan dekat yazid... i think lagu yang dia bawak tuh langsung tak membayangkan jiwa dia... lagu yazid sendiri tuh sekurang-kurangnya buat lah apa yang dia suka dan dia nak... at least again, use lah lagu dari kumpulan u2 as reference and guidelines... hhmmmm... ramai giler orang buat perbandingan dengan konsert kesembilan... of course konsert kesembilan jauh lebih baik kerana semua pelajar dapat lagu yang mereka suka dan mereka dapat performed lagu tuh penuh jiwa... anyway, benda dah lepas... hopefully peminat-peminat yazid akan terus request lagu yazid kat radio-radio... biar lagu tuh jadi famous and familiar dengan pendengaran telinga semua orang... okay, konsert pun berakhir and pengumuman pun dah di buat... syukur Alhamdulillah that hafiz menjadi juara, dan syukur Alhamdulillah that akim dapat tempat ketiga... lepas nih semua mereka kena bekerja lebih keras kerana persaingan 14 pelajar dah habis dan sekarang semuanya kena bersaing dengan ramai lagi penyanyi-penyanyi yang ada kat luar nih... insyaAllah dengan kerja keras, mereka akan terus berjaya...

peserta tertua menang af... muhahahaa...

habis semua, terus kelima-lima mereka di bawa ke press conference... i pergi kat luar and lepak dengan zizi and the rest of the kids... lama jugak tunggu press conference habis... lebih kurang dua jam kot... jumpa dengan leen and kiki from mcmc (muhahaa, kiki baca ya!) and ramai lah... borak-borak dan lepak-lepak sampai mata pun dah naik berpinar... bayangkanlah dari pukul 11 pagi lagi and that time dah hampir pukul 2 pagi... sempat jugak berbual-bual dengan khairul mizan and sooraj, and congratulate them on the job well done... masuk kat dalam kejap and i jumpa dengan chedd... borak-borak dengan chedd and sempat jugak congratulate datin seri tiara (retired principal)... so i tunggu jap depan bilik press conference tuh... of course masa nih dah nampak i macam groupie... muhahaha... takpalah, all i wanted was to take a few pictures with hafiz, then boleh balik... hafiz keluar jer dari bilik press conference tuh, dia nampak i terus dia jerit and salam and hugged me... muhahahaa.. i asked him kenal tak? he said of course kenal... nampak i every week bagi signal thumbs up lah, itu lah, ini lah... muhahahaa... then he asked my name... he said 'abang, what is your name? hafiz nak ingat nama abang...' i memang rasa terharu giler...

yeaaahhhhh!!! hafiz menang!!!

lepas ambik a few pictures termasuk dengan orang-orang lain, i went to talk to kak fati... menitik jugaklah airmata bila borak dengan kak fati... muhahaha... emotional.... muhahahaa... chedd helped me to take the pictures... thank you so much, chedd... gambar-gambar nih semua chedd yang ambikkan... i'm in debt with you, chedd... then, i dah nak balik... kak aidid and the gang dah tunggu kat mcdonalds petronas station tuh, tempat kitaorang lepak all these time bila habis konsert kat af... i went to hafiz and cakap best of luck... he asked for my number tapi i tak bagi masa tuh... i didn't bring my card, and furthermore, i taknak lah tulis somewhere and orang lain tengok macam i beria-ria nak bagi phone number kat hafiz... so i told him that nanti i mintak someone berikan my phone number to him... habis jer kat atas tuh, i went to mcdonalds...

i balik rumah, terus bukak blog and chatted kat my chatbox... hampir pukul lima pagi, i letak dua gambar kat my blog... and now i letak posting and the rest of the pictures... congratulations to all af winners.... congratulations hafiz... congratulations akim... work hard for the future!