Bidadari Hati

Monday, October 10, 2005

the one about badrul and other stuff...


picture (i)...

i selalu berpegang pada kata-kata 'jangan derhaka pada kedua orang tua'... kalau derhaka, balasannya cepat jer sampai... and i have the taste of that medicine the other day... kita hanya manusia biasa yang memang banyak kelemahan dan perlu selalu kukuhkan keimanan... kalau tidak, senang sajer terlalai dan lupa pada pegangan kita... last saturday, balik kerja i memang letih sangat... maklumlah, hari pun panas... bila sampai rumah, badan dah penat, so i decided to take a nap... masa i tengah tidur tuh, my mom called... she was asking me about the house renovation and what type of light i want in the room etc.etc. she also need some money to get the light... since i was so sleepy, i brushed her off, and i know i tinggikan suara and told her that i will see her later... honestly, i don't really know why i did that... selalunya bila bercakap dengan my parents, i will watch my tone and language... walau macam mana keadaan sekali pun... but i guess i terlepas cakap that day...


picture (ii)...

petangnya, i felt so guilty... walaupun i ada majlis berbuka puasa to attend to, i decided to stop by my parents house to see my mom... tapi disebabkan beberapa perkara, i keluar rumah agak lewat and bila i sampai kat rumah my mom tuh dah masuk waktu berbuka... i terus ke meja makan, keluarkan my wallet and gave my mom some money... she doesn't want to take it, but i insist... i know dia terluka dengan percakapan i earlier so i taknak panjangkan cerita... i mintak diri nak pergi berbuka puasa sebab dah janji dengan my friends... my mom tak angkat muka pun from her food, and later that night, i found out from my dad that my mom ingat i merajuk and taknak berbuka puasa dengan dia... i wanted to talk to my mom but my dad cakap biarlah dia 'sejuk' dulu... so, i ingat keesokannya bila balik dari kerja, i nak singgahlah rumah my mom...


picture (iii)...

on sunday tuh, balik dari kerja, i lepak kat rumah sekejap... kemudian shonny ajak pergi tengok rumah contoh near by the house... bila keluar rumah jer, i teringatkan wallet i, so suruh shonny pusing balik... cari-cari kat rumah tak jumpa, then dalam my kereta and every where... last sekali, i decided to go back to the office, just in case terjatuh kat dalam studio... so, rush lah all the way to office... sampai kat office, check dengan engineer kat studio and other people yang tengah on-air, no one ternampak my wallet... check dalam studio every where tapi takda jugak... nak tak nak terpaksa terima hakikat that my wallet dah hilang and on the way back, i called all my credit card companies to cancel my cards... dalam wallet tuh ada about rm1,250.00 cash yang i keluarkan untuk bayar my car... semuanya macam dah terbayang kat depan mata... terbayang kena beratur buat i/c baru, driving license, atm cards and other stuff... kalau sesiapa pernah hilang wallet or purse mesti tahu betapa susahnya...


picture (iv)...

tiba-tiba i teringatkan something... i terus called my mom... 'mummy, yoe mintak ampun pasal semalam... tak niat nak tinggi suara kat mummy... yoe letih... tengah tidur... but there is no excuse for my behaviour... maafkan yoe, mummy...' i should have called my mom ealier... i should have told her that i've broken my promise that i've made six years ago when i turn 30 to never hurt my parents... kerana nak tidur sejam, i buat something that i can't erased... 'takpa... mummy tau yoe letih kerja... mummy dah maafkan yoe...' i'm blessed with the most wonderful mother in the world!

two minutes lepas i put down the phone with my mom, zizi from xfresh called me... 'abang badrul, one of the engineer, azhar, dia jumpa wallet abang badrul kat bawah kerusi dalam studio...'

ya Allah ya Tuhan ku, ampunkanlah dosa hamba-Mu ini... berkatilah kehidupan kedua ibubapaku dunia dan akhirat...


Sunday, October 09, 2005

the one about badrul and 'rojak' stuff...


akma's gathering (i)...

sob... sob... sob... i may not have the luxury to update my blog as often as i want... sejak my hard disk crash nih i tak boleh nak connect to the internet walaupun dah tukar hard disk baru... maklum ler, i nih buta i.t. sikit and kat rumah i guna wireless connection... entah apalah nak kena buat... kalau dulu ada jasmin yang tolong buatkan semuanya but now my sister nih dah kat zurich, switzerland... sambung belajar... so, nak tak nak, terpaksalah pinjam shonny's laptop untuk updatekan my blog... but it's not easy... sebab i kena download pictures from my laptop, transfer to his laptop... then, kena transfer to words etc... in fact, untuk i prepare photos for one entry jer will take about half an hour... kalau dulu sekejap jer... then, i have to delete everything from his laptop sebab nanti penuh pulak laptop dia dengan pictures yang dia tak mahu...


akma's gathering (ii)...

so, i sekarang nih tak tahu lah bila i can start with my kitchen tour even though i dah start masak untuk buka puasa... there were few new recipes yang i belajar from my mom and my friends yang i dah cuba and sedap sangat... insyaAllah, soon i will try to upload... anyway, first few days of puasa, i balik berbuka at my mom's house... seronok giler dapat berbuka ramai-ramai... and to break fast with my mom's cooking memang yang i tunggu-tunggu... biasanya masa awal-awal nih semua rajin sikit nak memasak, tapi bila dah ujung-ujung nanti, beli kat kedai jer lah kan... muhahahhaa...


akma's gathering (iii)...

first day puasa, my mom buat ikan percik, daging goreng halia, sambal belacan mempelam muda and sayur lemak pucuk manis... kat rumah my mom memang jarang-jarang buat manisan bulan puasa kecuali berbuka dengan kurma jer... and i think it's a good idea... satu lagih, bila tak makan nasi, my mom akan buat kuih muih yang mengenyangkan macam jemput-jemput udang, pulut sotong, roti jala, kuih dadar daging dan lain-lain... tapi memang seingat i jarang sikit buah kuih muih manis... ya lah kan, my dad ada kencing manis, but once in a while, kalau teringin sangat, beli jer lah kat bazaar ramadhan...


akma's gathering (iv)...

terawih pun meriah sungguh sekarang nih... lepas solat jemaah magrib kat rumah with my dad and my mom, kita orang akan duduk kat ruang tamu dengan secawan teh or kopi sementara tunggu isyak... then, kita orang ke surau near by my mom's house... sekarang nih ada imam baru *well, since 4 months ago* yang baru pindah kat kawasan perumahan tuh... bacaan-bacaan surah dia memang sedap didengar... syahdu dan menusuk kalbu... lepas terawih ada sikit makan-makan... i think kita panggil 'more' kot... orang-orang kat kawasan perumahan tuh ambil giliran sponsor more untuk surau... insyaAllah, bahagian i akan tiba and i ingat nak buat roti jala... insyaAllah...


ning, niki & marsha...

sekarang nih both kids tak berapa sihat... aiman dan aisya demam... memang bimbang jugaklah... dah dua kali bawak diaorang pergi klinik ambil ubat and at the same time, ambik contoh darah jugak... setakat nih alhamdulillah, doktor cakap bukan denggi... cuma demam biasa jer... aiman okay sikit sebab dia dengar kata bila suruh makan ubat, tapi aisya memang liat... and since she's on the small side, memang nampak fragile habis... to others, kalau ada anak-anak yang demam, jangan lambat-lambat pergi jumpa doktor... sekarang nih zaman denggi yang kuat, so langkah jaga-jaga perlu diambil... today, both nampak okay sikit and makan pun dah ada selera...


siti nurhaliza...

dekat office pulak, keadaan sikit kelam kabut... one of my colleague tak sihat jugak and dah tiga empat hari on mc... so, banyak jugak kerja yang pending and i have to take over... since semua kerja base on deadlines and on-air commercials, semuanya memang rushing lah... on thursday tuh, i kena prepare eight scripts and i have to produce 12 commercials... dari pagi sampai ke petang non-stop... almost nak terduduk bila dah habis semuanya... muhahhahaaa... tapi kadangkala, bagus jugak... rasa macam pantas betul masa berjalan...


mawi...

again, sorry sebab gambar-gambar nih macam tak kena jer dengan entry yang i tulis... muhahhahaaa... nak buat macam mana kan... takpalah... i think i still owe some people on the pictures yang i sepatutnya uploadkan kat entry nih... i think sepanjang minggu depan, my buka puasa akan penuh dengan aktiviti-aktiviti serta jemputan... insyaAllah, i akan cuba tunaikan jemputan-jemputan semuanya... okaylah semua, selamat menyambut ramadhan...


Wednesday, October 05, 2005

the one about badrul and ramadhan...



kali kedua i sambut ramadhan bersama bloggers in the blog world... tak sangka pantas sungguh masa berlalu... pejam celik dah nak masuk tahun baru jugak... anyway, today hari pertama berpuasa, perut memang tak dapat tahan langsung... biasalah kan, kalau dah hari-hari makan big breakfast, tiba-tiba hari nih, jangankan breakfast, sahur pun tak terjaga... muhahahahaa... so, supaya tak hadapi situasi yang sama, jam loceng dah dikunci... in fact, phone pun i letak alarm jugak... 4.30am... balik terawih, terus prepare something untuk sahur nanti in case terbangun lambat... and now, melepaskan lelah hari pertama sambil update blog...

walaupun my laptop dah ditukar hard disk nya, tapi i still tak boleh guna lagih... ya lah kan, kalau dah semuanya hilang, kenalah upload balik all the softwares and stuff... so, ianya makan masa jugaklah... sekarang nih i pinjam shonny punya laptop to update my blog and the picture pun kena recycle guna gambar yang lama... takpalah, at least ada something yang i dapat tuliskan selepas dua tiga hari tak update apa-apa langsung... sebenarnya banyak jugak perkara yang berlaku dua tiga hari lepas tapi tak dapat nak diupdatekan...



some of you dah tahu yang pada malam gathering akma last friday, i sepatutnya menghadirkan diri untuk satu anugerah periklanan bertaraf international yang berlangsung di kuala lumpur convention centre... mc2 awards 2005... memang pada mulanya i nak pergi sebab nihlah antara tiga anugerah yang paling besar diadakan kat malaysia untuk periklanan selain air awards dan kancil awards... dan perancangan awal adalah, i pergi anugerah tersebut dan kemudian lari ke gathering akma... tetapi nak dipendekkan cerita, i pulak kena bagi speech kat gathering akma, so i decided to scrap the awards and terus jer ke gathering... anyway, just to share with you, kat malam tersebut, i menang satu anugerah special merit for one of my community service ad... satu pencapaian yang i rasa sangat membanggakan kerana daripada ratusan entries, hanya ada tujuh pemenang termasuk mine... alhamdulillah... sekurang-kurangnya kerja i turut diiktiraf... sepanjang dua tiga hari lepas, macam di awang-awangan... muhahahaha... ditambah lagih my big boss hantar email tentang kejayaan tersebut pada seluruh company... muhahhahaaa... it was double joyful after the success of akma's gathering...

satu lagih peristiwa penting yang berlaku pada hari jumaat lepas, yang i tak sempat nak share dengan siapa-siapa ialah, i went for an interview... well, more like a 'promotion-kind-of' interview... though it will be in the different department and definitely lain job-scope, it's a higher level position and i think it's about time that i move on... itupun kalau ada rezeki lah... masa interview tuh pun i berpeluh-peluh jugaklah... maklumlah, i cannot even remember when was the last time i went for a job interview... lagih 'menakutkan' bila interview dengan general manager, matsaleh consultant etc... but i do think it went quite smoothly... i think lah... muhahahahaa... i will know the result by early next week... doa-doakan lah yach...



a few days ago pun i managed to talk to auntie n from penang... bercakap pasal project pledge your donation... and of course a few other things termasuk recipes and some personal stuff... i don't know why i panggil auntie n, 'auntie'... she sounded so young on the phone *habislah kalau uncle baca nih... muhahahhaaa*... anyway, i'm actually touched! joe yang berada nun jauh beribu-ribu batu *macam lagu felix nyanyilah kan* di amerika ingin menyumbangkan isi tabung ayam nya yang pertama untuk projek pledge your donation nih... memang terharu yang amat sangat... bukan saja terharu, tapi rasa amat berbesar hati... you can actually help him to donate more kerana joe akan menyumbang ke tabung ayam bergantung kepada unique hits... check out his blog to find out more... to joe, semoga Tuhan membalas jasa baik anda... and of course, projek nih takkan berjalan tanpa anda semua... semoga Allah s.w.t. memberkati hidup all of you... amin...

hari nih pun i managed to call sariyah and aishah *akma's sister*... both orang kuat malam gathering hari tuh... sajer jer nak tanya khabar and at the same time memberikan cadangan tentang sesuatuh... muhahahhaaa... both of them beri jawapan yang sama... 'bagilah hilang penat dulu'... muhahahahahaaa... anyway, i sebenarnya nak cadang buat majlis berbuka puasa bersama akma... tapi kena tengok jugaklah berapa ramai yang sanggup mencurahkan tenaga untuk sama-sama menjayakannya... so anyone?

okaylah, selamat berpuasa, selamat beramal ibadat, selamat berbuka puasa, selamat berterawih, selamat bersahur kepada semua... insyaAllah, bila my laptop dah okay nanti, dan kalau ada masa, i akan continue with my kitchen tour... soon...


Monday, October 03, 2005

the one about badrul and a moment like this with akma (part 2)...

mula-mula nak letak gambar tapi semua gambar sultanmuzaffar dah letak kat blog dia, jadik kalau letak jugak jadi siaran ulanganlah... bleh tak statement macam nih?!? muhahahahaa... no lah, that was not the case... my laptop kapput today... i think the hard disk... memang rasa macam hilang something... tapi nak buat macam mana... dah takda rezeki... esok kena tukar barulah nampaknya... so, first time sejak i mula blogging, that my entry takda apa-apa gambar... tak kisahlah... insyaAllah, bila dah okay nanti, i upload kan gambar kat entry nih... hopefully ada lagi lah all the pictures hasil ehsan orang...

sebenarnya there is nothing much to write since sm pun dah tulis panjang lebar... so, i guess i nak cerita tentang macam mana i boleh 'terpikat' dengan akma... diawal-awal akademi fantasia 3, i ada pilih beberapa orang yang i minat... in fact, i was leaning more towards idayu at that time... tapi, bila saban minggu i ke konsert akademi fantasia, i mula tertarik dengan this girl yang bernama akma... i noticed that dia selalu dipilih untuk menjadi penyanyi latar pada pelajar-pelajar lain... dan yang buat i paling tertarik ialah sikapnya yang lemah lembut dan sincere... i masih ingat that one particular time bila dia jadi penyanyi latar with other two girls... bila habis, dia terus bagi tunduk hormat kepada hadirin and balik duduk kat tempat dia, while the other two girls just terus jer jalan...

i suka dengan redupan pandangan akma... bila masa konsert i akan selalu jerit nama dia... muhahahhaa... tambahan lagih dr.love dengan marlia selalu dok suruh jerit *i duduk belakang dr.love, ee and linda jasmin* selalunya jerit sambil cover mulut dengan flyers hotlink yang diaorang letak atas kerusi tuh... muhahahaaa... ijin lah yang selalu jadik saksi... takut sangat kalau ada orang kata 'orang tua' gatal... muhahahahaa...

masa konsert ketujuh, i managed to 'communicate' with akma... masa tuh kalau tak silap i ekin terkeluar kot... bila dah habis semuanya, i pergi depan kat tempat kudsia kahar and all the kids tengah berbaris kat depan atas stage tuh just to lambai-lambai to their families and friends... masa tuhlah i jerit kat akma suruh dia buat all out... dia anggukkan kepala tanda dia dengar... tak sangka pulak next week tuh dia betul-betul all out dengan gelek gerudinya sampai dia 'out'... muhahahaaa... masa dia terkeluar tuh rasa sedih tak terhingga... sampaikan i bercuti daripada blogging for a shortwhile...

i masih ingat masa akma datang ke era untuk diinterview... i bagi dia tiga nasihat and aman siap suruh dia tulis lagih... muhahahaa... nasihat i pada dia ialah satu, sentiasa hormat kepada orang lain terutamanya yang lebih tua... kedua, sentiasa merendah diri dan ketiga, walau macam mana letih sekalipun, jangan sesekali bermasam muka dengan peminat... alhamdulillah, setakat nih dia masih lagih berpegang pada pesanan tuh dan semoga akma akan terus berpijak di bumi nyata...

tentang malam gathering tuh, 'satu kebetulan' yang i rasa sangat gembira dan bertuah ialah bila rostam sudi jadik mc for the night... walaupun dia datang sebagai mc, tapi dia masih lagi dalam capacity sebagai pengurus rancangan era... and the best part is, rostam dengar akma menyanyikan lagu baru beliau dan rostam suka *kan tam kan* lagu tersebut... insyaAllah, kalau ada rezeki, lagu tuh akan berkumandang di radio era, dan semestinya menjadi tugas anda sebagai peminat akma untuk membuat pilihan dan permintaan lagu akma tuh... bila tam boleh main lagu akma, tam? *hint*

sebelum terlupa, terima kasih jugak pada nisa yang on top of sponsoring spa treatment for 5 lucky draw winners, turut sponsor untuk akma dan felix... nanti bila i nak bawak diaorang pergi kukubar, i will call you, k... ehem, yang tukang drive nanti dapat free treatment jugak tak? muhahahhaaaa...

apa-apa pun, insyaAllah i akan terus menyokong akma dan bintang af lainnya yang menjadi pujaan hati! kalau ada rezeki, kita akan berbuka puasa bersama-sama... kita tuh all of us lah yach... muhahahaaahaha... selamat menyambut ramadhan...


Sunday, October 02, 2005

the one about badrul and a moment like this with akma (part 1)...


a moment like this...

what if i told you it was all meant to be?
would you believe me, would you agree?
it's almost that feeling that we've met before
so tell me that you don't think i'm crazy
when i tell you love is here and now

a moment like this...
some people wait a lifetime
for a moment like this...
some people search forever
for that one special kiss...
i can't believe it's happening to me
some people wait a lifetime for a moment like this...


thank you sariah for your brilliant idea... bila i tengok akma mula mengalirkan airmata, i can feel something in my eyes too and a lump in my throat... trying not to look mushy mushy on that special night... trying very hard...

despite the long wait sebab hari jumaat dan hujan dan traffic jam, gathering bermula dengan penuh keistimewaan... lampu di dim kan, lagu kelly clarkson - a moment like this dimainkan tanda akma mula masuk ke dewan... it was a beautiful moment... really beautiful! then akma starts to cry... hati i terus sebak, tapi masih lagih cuba kawal... have you ever been to the most beautiful wedding ceremony that you can't help yourself to feel something deep inside you that you want to burst into tears? that's how i feel... paling ketara, i felt so much love in the air... dapat rasakan keihklasan para tetamu yang hadir... dapat rasakan perasaan kasih dan sayang terhadap akma... sungguh luar biasa...


a little speech...

i tak pernah tulis speech untuk mana-mana gathering fc before... mahupun untuk mana-mana artis... inilah kali pertama... so i guess, it's wise for me to put it in the blog sebagai kenang-kenangan di masa akan datang... i wrote this speech right before i left for menara kl... kelam kabut, tetapi i wrote it from my heart... how i feel and what i want to say...

assalamualaikum...
yang diraikan, akma...
yang berbahagia, encik abdullah hj. abdul rahim dan puan khairoon tan, ayahdan ibu akma...
jemputan-jemputan vip, cikgu m.nasir, cikgu marlia musa, dr. azahari, encik asrul...
puan aishah, penasihat majlis makan malam bersama akma dan pelancaran akma fc...
puan sariah, pengurus projek...
puan lina, puan hani, puan liza, puan fazlena, puan suzana, encik wan nong khairul, puan sarina dan mereka yang tak dinyatakan di sini...

penaja, cik anita dari menara kl...
puan diana yang banyak menaja untuk fc akma dan barangan elektrik serta lain-lain...
cik nisa dari kukubar...
puan linda dari lotto...
cik sarina dari maxis...
cofee bean, radience, cosry dan lain-lain

rakan-rakan media massa yang saya hormati...
rakan-rakan bloggers...

pengacara majlis, yang merupakan rakan karib saya, dan tentunya pengurus rancangan era, encik rostam, yang sudi meluangkan masa menjadi pengacara pada malam ini...

dan tentunya yang paling istimewa, anda semua... adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang akma yang datang dari seluruh pelusuk negara termasuk brunei, yang bersama-sama pada malam ini untuk meraikan akma...

malam ini merupakan malam yang cukup istimewa kerana selepas berminggu-minggu pihak committee berusah untuk mengadakan pertemuan bersama akma, akhirnya malam ini menjadi satu kenyataan...

saya membahasakan kita sebagai adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang akma kerana itulah yang kita rasa dalam diri kita sendiri... kita rasa amat rapat dengan akma... kita menyokong akma sebelum beliau bergelar bintang... kita ikuti perkembangan dia.. kita marah dan terasa bila orang mengata dia, kita ketawa gembira bila dia bergurau senda dengan seseorang, kita menjerit bersorak bila dia membuat persembahan, kita bersedih dan menangis bila dia berduka... kita buat semuanya demi adik kita...

majlis bersama akma ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan ini... malam ini, anda yang sudi hadir bersamm dapat bersua muka dengan akma... mungkin ada satu dua nasihat yang hendak diberikan, mungkin ada kata-kata perangsang yang hendak dinyatakan, mungkin ada luahan azimat yang hendak disampaikan... peluang anda tersedia malam ini...

sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang bintang bernama akma... beliau bukan saja mengejar impian untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang penghibur, tetapi juga menggalas beban dan harapan kita sebagai adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang akma yang ingin melihat beliau berjaya. satu tugas yang amat berat! pesanan saya untuk semua, janganlah meletakkan harapan tinggi menggunung yang tidak tercapai oleh akma... tetapi bantulah menyokong dia, menasihati dia, memberikan kata-kata peransang dan kritikan... tetapi jagan sampai menghina, melukakan hati dan mencederakan semangat beliau... kerana biarpun bergelar bintang, akam tetap manusia biasa dan dia tetap adik kita... sokonglah dia sampai berjaya...

sebelum saya mengundur diri, ada satu permintaan dari saya...

saya minta akma berdiri seketika...

abang badrul nak akma pandang sekeliling, kepada adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang akma yang dapat menghadirkan diri pada malam ini... lihatlah wajah mereka, lihatlah senyuman mereka...

mereka ini menjadi segala bukti untuk akma, bahawa kata-kata seorang dua yang pernah dikeluarkan yang mengatakan akma tiada x-faxtor, adalah tidak benar sama sekali!!! bukan setakat x-factor, fear factor pun akma ada! jadi, teruskanlah dengan cita-cita akma kerana kami semua akan terus menyokong akma...

sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum...




adik mannnissss...

habis jer bagi speech, i terasa macam diawang-awangan... muka terasa panas dan hati berdegup pantas... terasa macam i telah menceritakan my deepest secret kepada orang lain...

to be continued...

pictures from jiwang united and elkapitan


Saturday, October 01, 2005

the one about badrul and malam apresiasi bersama yazer...


malam apresiasi bersama yazer...

thank you to the committee members yang invite i untuk bersama-sama malam apresiasi bersama yazer on the 28th of september lalu... lambat sikit i boleh update entry sebab last week memang minggu yang teramat sibuk... setiap malam i ada dinner invitation from monday sehinggalah malam nih, saturday... birthday meesua on monday, shonny on tuesday, with yazer on wednesday, air awards committee dinner on thursday, akma's on friday and malam nih ada dinner kat rumah one of my friend, hawa... setiap malam sampai rumah dah pukul 12 lebih and too tired to write anything... hari nih pun bangun awal sebab hantar kereta service... and now i managed to have some time to update my blog...


gadis ayu menyambut tetamu yang hadir...

i pergi malam apresiasi bersama yazer with sultanmuzaffar and klubbkidd... sampai jer kita orang disambut oleh gadis-gadis manis yang memakai warna tema iaitu biru dan hitam... rasa lapang hati selepas mengharung hujan lebat di starbucks... suasana di dalam hall di tropicana resort tenang dan dihias menarik... juga dengan warna-warna tema... kalau tak silap perkiraan i, lebih seratus tetamu hadir pada malam tuh... m.nasir, marlia, rozina from astro, alam pun ada sama...


comelnya budak nih...

suasana memang ceria... i like it... since i'm writing this based on memory, kalau silap susun atur tuh, harap maafkan lah yach... muhahahaa... i think acara malam tuh dimulakan dengan ucapan daripada pengacara majlis yang juga pengerusi yazer fc iaitu puan jumilah, kemudian ucapan daripada penasihat fc, encik darsani, dan seterusnya ucapan dari yazer sendiri... masa nih, sebelum dia buat ucapan yazer pandang kat i, and i gave him a signal to watch out for his speech... and he did it very well... this is one thing that i love about yazer... dia dengar nasihat dan always want to improve himself... he's going to be a great entertainer someday... kemudian, acara diteruskan dengan penayangan slide gambar-gambar yazer dari kecik lagih... the picture kat atas tuh really cute that i decided to put it here...


yazer melancarkan logo yazer fc...

i sebenarnya tak berapa ingat sama ada yazer lancar logo dulu atau dia potong kek harijadi from his fan club... tak kisahlah kan... muhahahhaa... i like his fc logo... very creative dengan huruf 'y' di atas dan disokong oleh huruf 'f' dan 'c' menandakan sokongan tidak berbelah bagi daripada fan club kepada yazer... whoever yang create the logo memberikan sepenuh perhatian terhadap makna-makna logo yang dicipta... tahniah!


selamat hari jadi...

then, acara memotong kek... kek pun warna biru jugak tau... oh, and air minuman pun warna biru... memang colour cordination habis... kemudian, makan malam ala buffet dimulakan dan tetamu yang hadir turut dihiburkan oleh jemputan seperti haider, penasihat fc, kawan ayah yazer, alam dan tentunya dari yazer sendiri... di samping tuh ada jugak acara cabutan bertuah untuk hadirin yang hadir...


one for the photo album...

yazer turut menyanyikan lagu terbaru beliau dengan petikan gitar... tengok yazer menyanyi dipentas yang disediakan, i know this boy can go very far... dia passion giler bila membuat persembahan... and bila i berbual dengan m.nasir kat luar, he seems to agree with me... i'm proud of yazer...


family album...

hampir setengah jam i berbual-bual dengan m.nasir dan klubbkidd di luar... banyak perkara yang dibincangkan, dari keadaan bintang-bintang akademi fantasia nih, hala tuju mereka, kedudukan mereka dalam industri muzik tanahair, management mereka dan sebagainya... banyak jugak yang i pelajari daripada m.nasir... and i think you have to get to know him before you can judge him... he's friendly and genius...


poster sexy yang dilelong...

malam apresiasi bersama yazer berakhir dengan upacara lelongan poster yazer yang teramatlah sexy nyer dan dengar khabar, poster tersebut dibeli pada harga rm400 oleh seorang gadis yang pastinya tidur lena... muhahahaaa... nasib baik jugak gadis yang beli kan... muhahhahaa... so to yazer, best of luck dan to fan club yazer, terima kasih lagi sekali...