the one about badrul and kudsia's comment...
notice tak i letak 'comment' dan bukan 'comments'... muahahahaa... macam belajar bahasa inggeris pulak... dari cikgu yang tak pandai cakap or tulis bahasa inggeris pun... muhahahahaa... anyway, this entry pasal komen kudsia masa konsert akademi fantasia yang lalu kepada mawi... why i choose to write about this? sebab sepanjang hari i tak tahu sama ada nak ketawa atau nak menangis bila baca komen-komen kat blog lain tentang topic nih... and furthermore, to have some of my 'friends' talking about the same thing kat orang lain punya blog... actually sebelum i tulis nih i dah meroyan dengan leen anaksedara... muhahahaa... do the check & balance dan jugak to make sure i tak salah dengar... lagi satu sebab utama, kerana i kenal siapa kudsia kahar and i kenal hati budinya... daripada i dok hingar bingar pergi backing orang tu dan support orang nih yang di depan nampak baik tapi di belakang menikam kawan, baik i berdiri di sisi kudsia yang i dah tahu seorang jujur and who stand by you when you need a real friend! i had enough with orang yang bermuka-muka and i don't need it anymore... orang-orang seperti ini i cuma hi hi bye bye jer... kalau ikutkan kata nomo teega suku, 'kalau talam kecik orang bagik, talam lagi besar aku boleh buat!'
want me to be brutally honest?!? orang yang cakap kudsia komen mengutuk penyokong-penyokong mawi adalah orang yang bodoh! kenapa? sebab telinga mereka tidak pekak tapi mereka tidak mendengar... apa saja komen tak kira dari pengkritik mana, kalau tidak kena dengan kehendak hati mereka, semua salah! yang paling memalukan, lain yang dicakap, lain yang ditafsirkan... bukankah itu kebodohan namanya? kalau setakat salah tafsir dan kemudiannya bertanya dan membetulkan keadaan, itu dipanggil belajar... tapi sudahlah tersalah tafsir, tidak bertanya, diapi-apikan lagi orang lain yang kemudiannya ikut menyalah tafsirkan keadaan... ada pulak yang memang dah tau makna sebenar, but just to feel like a part of the group, terus saja menyokong atau berdiam diri... inilah cermin sebenar diri...
apa yang diperkatakan oleh kudsia? to those yang main hentam kromo nih, have you ever ask youself this question? di hadapan lautan penyokong mawi, kudsia bersuara menasihatkan mawi supaya memberikan merit kepada persembahan beliau agar setanding dengan merit sokongan dan populariti yang diterima... diulangi, nasihat kepada mawi!!! dalam keadaan yang dia ketahui dia akan dihentam oleh peminat fanatik, diulangi peminat fanatik, dia tetap bersuara untuk menasihati mawi to do his best for his fans! perlu ke? yes!!! amat perlu!!! kerana apa jua yang mawi buat walau salah lirik, salah melody, salah key, salah masuk or whatever ketika persembahan tidak beliau ketahui kerana semua orang tetap bersorak (well, i was guilty of that too) kerana excited dengan persembahan mawi... kalau tak ditegur, dia takkan dapat improve diri dia...
mawi tidak memberikan persembahan yang terbaik in the last concert? nope! persembahan beliau ketika full dress rehearsal lebih baik daripada persembahan beliau pada malam konsert... tanyalah sesiapa yang pergi tengok full dress rehearsal hari jumaat malam tu... tak payah pergi jauh, some of my blog friends pun pergi tengok... tanyalah mereka kalau tak percaya... jadi kalau mawi buat persembahan yang lebih baik di malam full dress rehearsal, bolehkah dikatakan pada malam konsert dia memberikan yang terbaik? tentulah tidak!
hanya mawi yang kena kritik? juga tidak... persembahan amy dikritik lebih pedas oleh kudsia... bukan sedikit, malah dengan panjang lebar... kenapa kritikan tersebut boleh diterima? kerana apabila pelajar itu kurang diminati, telinga mereka yang sebelum ini dipekakkan, ternganga luas untuk mendengar... hati mereka yang sebelum ini dibutakan, terbuka luas untuk mengakui... mudah saja mereka ini menerima kritikan kerana yang ditegur bukan pelajar yang mereka minati...
yang peliknya, kenapa mereka sukar menerima apabila pelajar kegemaran mereka dikritik atau ditegur? setahu i, sejak dari af1 lagih belum pernah pengkritik mempengaruhi corak undian... pengkritik dipilih hanya untuk melaksanakan tugas memberikan kritikan pada pelajar... memberikan nasihat... memberikan sedikit semangat dan kata-kata pujian... bukan untuk mempengaruhi pengundi! cakaplah berdegar-degar sekalipun, pengundi akan tetap mengundi favourite mereka... that's why mereka bukan berada dikerusi pengkritik untuk meraih undi atau menolak undi... mereka di sana sebagai check & balance di antara tugasan cikgu-cikgu, kemahuan pelajar untuk menuntut ilmu dan mengadaptasikannya ke dalam persembahan dan penerimaaan peminat-peminat seni tanahair...
ada jugak yang mengatakan the reason i tak letak tentang pengkritik adalah kerana kudsia is my best friend... well, that is true! tapi bukan setakat berhenti di situ saja... the reason i don't want to write anything tentang pengkritik kerana to me mereka menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka... bagus atau tidak, terpulang kepada mereka kerana pengkritik-pengkritik ini tidak langsung mempengaruhi i untuk mengundi mana-mana pelajar... i choose who i want to vote... dan seperti yang selalu dijeritkan oleh orang lain, i too cakap benda yang sama... it's my money! so, go vote! biar pengkritik buat kerja mereka! tak puas hati tentang kritikan yang diberikan kepada pelajar favourite anda? vote some more! make sure they are in the final! make sure dia jadi juara! apa kisah? banyak jugak kritikan-kritikan daripada pengkritik jemputan and sometimes from kudsia yang i tak bersetuju but it doesn't stop me from voting my favourites!
no, i don't say that semua komen kudsia betul, tepat dan jitu... for god's sake she's only human... like you and me... we make mistake too... tapi kalau pun you don't agree dengan apa yang dia cakap, janganlah sampai menghina, mencaci dan mencerca... do you want to know how it feels like? hah, kalau sesiapa yang terasa dengan entry nih, tentu bengang kan bila i menggunakan perkataan 'bodoh' beberapa kali... even that word is still mild in comparison... let it sink in!
oh, satu lagi i nak cakap pasal sesetengah orang yang selalu tulis 'oh, aku tengok lagi sekali konsert ulangan... sedap apa dia nyanyi... apalah pengkritik nih tak reti bagi kritikan!' for this one, i nak gunakan perkataan 'meloyakan' dan 'memualkan' yang selalu digunakan oleh seorang 'kawan'... orang-orang seperti ini jugak bodoh! agaknya, kalau ada orang-orang sebegini dipilih sebagai pengkritik, selepas habis persembahan seseorang pelajar, dia akan berkata, 'oh, saya tak boleh bagi kritikan sekarang... tunggu lepas saya tengok ulangan esok ya!!'
to those yang baru kenal i, i'm a very loyal person... i stick to my friends like glue... i stand up for my friends... i believe in friendship... kak n, kak rose, alang, wink, linb, leen, cikanos, izreen, , sm, dreamfinder, chail, meesua and sumbing (just to name a few from the blog world) tahu how far i will go for friendship... but... but, once someone stab my back, that's the end of it... enough said!
|