Bidadari Hati

Wednesday, October 27, 2004

the one about badrul and the kids...


anies, elisya, aiman n farah...

earlier today... wednesday, i was very busy... meeting, recording and meeting again and recording again... letih sungguh but i was having fun... ketawa bila bergurau senda dengan teman-teman di office... ketawa bila berchatting with other friends from the blog... ketawa sampai sakit perut... but, betullah kata orang-orang tua, jangan ketawa banyak sangat, nanti menangis pulak... that was what happened to me later in the evening...

farah called sebelum berbuka and tanya sama ada i sibuk ke, and because i was in the studio with some clients, i brushed her off, cepat-cepat cakap sibuk and will call back later... and by the time i habis recording and i was getting ready to go back, it was already 8.30pm, and i know by this time, dia dah pergi ke surau with my sisters for sembahyang terawih...


farah... independent...degil but penyayang...

sejak my parents pergi umrah lebih dari seminggu nih, i belum balik rumah my mom lagi... the last time i jumpa the kids masa pergi airport... i was so busy, kerja 7 hari seminggu, event kat sana sini... and that phone call from farah bukanlah the first call this week... in fact, dah banyak kali farah call but tak pernah dapat cakap lama because i terlalu sibuk... baru cakap dua tiga patah, i dah cakap ok, nanti call balik yek, tengah sibuk nih...

about 9.50pm, i call my sister nak cakap dengan farah... dia merajuk tak mahu cakap dengan i... cepat-cepat my sister pass the phone to anies... tapi i cakap pada anies, i nak cakap dengan kakak dulu... selepas dua tiga minit senyap, farah cakap hello... i lower my voice, tanya apa yang kakak nak cakap? dia diam... lepas tu dia cakap takda apa yang penting... i cakap, tak apalah, kakak cakap jer apa yang kakak nak cakap tadi... dia cakap dia cuma nak bagitau pasal keputusan periksa dia... dia dapat nombor empat dalam kelas... hati i dah sebak... terus i teringat janji i pada dia... farah tanya bila nak balik sebab dia nak tunjuk result dia... i dah tersedu... i cakap soon... (i tak tau nak cakap apa lagi, i am really busy this week)... dan dalam sedu sedan tuh i cakap kat dia nanti kita keluar beli baju raya ye... dia cakap ok... lepas tuh tanya kenapa suara i tak keluar, sakit ker... airmata terus mengalir laju, i cakap tak... lekat something kat tekak... dia cakap ok... anies nak cakap pulak...


anies... sweet n adorable... slightly manja...

anies bunyi lebih ceria... anies dapat nombor 13 jer dalam kelas, katanya... bila nak pergi beli baju raya? anies nak baju warna oren macam zahid boleh? kemudian dia membebel-bebel pasal aiman selalu ambik pensel dia... i cakap nanti i beli sekotak pensel yang baru... dia membebel lagi pasal kasut sekolah dia yang dah koyak... i cakap nanti kita beli... dia tanya bila nak pergi beli baju raya nih? kawan-kawan anies semua dah beli dah... i cakap minggu depan... dia ulang lagi nak baju kurung warna oren... i cakap nanti kita cari... kat belakang dah dengar bunyi bising-bising aiman nak rebut telefon... kejaplah aiman, biarlah kak anies habis cakap dulu... dengar kat belakang aiman jerit, nanti kak anies cakap balik lah... kemudian telefon diserahkan pada aiman...


aiman...intelligent but bad temper...

aiman komplen, kenapa lama dah tak balik? letih jer aiman tunggu... birthday aiman pun (monday 25th october) tak balik jugak... my tears dah macam hujan kat kl nih... i cakap nanti i balik ya, kita pergi beli baju raya ramai-ramai... aiman kata selalu jer cakap nak balik, tapi tak balik pun... i cakap nanti mesti balik sebab kita semua tak ada baju raya lagi, kalau i tak balik, kita semua tak raya lah.. aiman cakap ok, tapi cepat sikit ye, nanti dah habis baju raya pulak... aiman nak kasut yang ada roda tuh... semua orang ada, kak farah ada, kak anies ada... aiman jer takda lagi... i cakap ok... dia tanya i nak cakap dengan elisya tak, i cakap nak.. dia pass phone pada elisya...


elisya...comel and nakal...

elisya nak tidur kat rumah sana, boleh? that was her first question to me... i cakap boleh, tapi nanti dulu sebab nak kemas rumah... alasan yang i selalu bagi pada dia... dia cakap ok... elisya puasa jugak ari ni tau... elisya makan satu biskut jer... i cakap wah, bagusnya... esok jangan makan langsung sampai waktu berbuka yek... dia tanya kalau lapar macam mana? i cakap kalau lapar tahan lah dulu... tunggu makan ramai-ramai... dia cakap ok... i tanya elisya nak baju baru tak? dia cakap taknak lah... elisya nak duit raya boleh? i cakap duit raya kena tunggu hari raya baru boleh dapat... dia cakap ok, elisya nak dua ringgit, tapi taknak duit syiling ye, elisya nak duit kertas... i cakap boleh... lepas tu elisya cakap bye bye... belum sempat i cakap bye bye kat dia dan yang lain, dia dah letak telefon... i nak dail balik, but my chest was burning... i want to drive back to them, but i know it was already late at night... i sat down on the floor, and continue crying...


outing pergi zoo...muka masam sebab tak mau balik...

i promise myself that next week, i will apply my annual leave and bawak dia orang semua shopping... i promise myself that i will go and buy a set of earrings that farah always wanted, as her gift for being top five in her class... i promise myself to get aiman his shoes-with-wheels as his birthday present... i promise myself to go and buy mechanical pencil with refill for anies, an extra box of pencils if she's ever out of it, and of course, her new school shoes... i promise myself to change money at the bank for duit raya and put into two envelopes for elisya, one with two ringgit in it as what she has requested and the other, with the amount of money that i want to give her...

promises... promises... promises...

* please don't ask me who they are to me... they are just my kids...