the one about badrul and the jam-packed weekend...
the kind of weekend that i was hoping for...
memang banyak sungguh kerja this week… in fact, i was really looking forward to the weekend… tidur lebih sikit, rehat panjang sikit dan keluar jalan-jalan lama sikit… but, the email from programme manager era sedikit sebanyak ‘menggelapkan’ angan-angan tersebut… “kindly attend the sahur with era winners, sponsored by quaker at 3.00am, in berjaya hotel kl”…. ttiiidaaakkkkk!!! nak kena bangun pukul 3 pagi ker? for someone yang memang jarang giler bersahur, or yang selalunya untuk sahur, makan biskut kering and hot milo before going to bed, this is going to be harrrddddd!!! lepas tuh nak kena pakai baju melayu… oh no, baju melayu yang tempah untuk raya tak siap lagi, dan yang sedia ada (satu jer) nak kena pakai hari isnin for buka puasa with client… hhhmmm… sorry seelan, kena compromised, ok… i attend this sahur event but i will not be able to wear baju melayu…
friday…
hari jumaat, hujan lebat dan kilat sabung menyabung… about 5pm pulak tu baru start.. nak taknak, terpaksalah berbuka kat cafeteria office… sedihnya… sambung buat kerja and pukul 9.30malam barulah bertolak balik ke rumah… so, rancanglah taknak tidur malam tuh and tunggu sampai pukul dua pagi… thanks to chail, sm, dreamfinder and kak aidid (yang masih di office dia menyalin my beef stew recipe) yang tolong menemankan chatting kat ym…
gambar era event last year...
sampai kat berjaya hotel tu about 3.00am… dah ramai dah pemenang era yang sampai… while ‘lepaking’ outside sementara menunggu event bermula, ada this one guy approached me, and hulur tangan bersalam… i pun salam lah balik and he introduced himself as malique… being someone yang alhamdulillah setakat nih memang kuat daya ingatan, i felt ‘guilty’ because i couldn’t remember kat mana jumpa… bila dia cakap he is malique from the blog, (waaahhh, macam tajuk lagu ‘jenny from the block’ pulak) barulah i tau malique yang mana… hahahhaa… sorry malique, if my face macam confused giler… hahahahaa… but hey, nice meeting you and congratulations… congratulations bukan saja jadi pemenang era yang datang bersahur, but at the same time dapat bawa balik hadiah cabutan bertuah wang tunai rm1000.00…. banyak tu!!! Boleh lah belanja makan yek!! … seronok dapat kenal seseorang yang selama nih i just baca tulisannya saja… rugi pulak tak bawak camera… anyway, as you and everyone know, sahur time is not the best time to have conversation… hahahaha… so, maybe someday we can catch-up… well, we should...
saturday…
sampai rumah from sahur event dah pukul 6.30am… petang about 2.00pm sepatutnya attend another event of hitz radio icon di ikano power centre kat damansara, and rush back before 6pm to go buka puasa with adifashla and sahri di kelang (makan seafood)… tapi nak dijadikan cerita, pukul 2.30pm baru terjaga dari tidur…. Waaahhh… i never thought that my body ever had such a long rest… terpaksalah buat beberapa phone calls dan beberapa dalih… hahahahaa… so, before bersiap nak pergi berbuka, i kemas rumah serba sedikit, tengok tv serba sedikit and keluar pergi hantar laundry… by 6.00pm we were on our way to bebuka puasa in kelang…
dalam kereta nak ke kelang...
as usual, we ordered my favourite… hahahahha… tiap-tiap kali datang makan seafood kat kelang, mostly order yang sama jer hahahaaa… meehoon goreng Singapore, asparagus belacan, kung-po mantis prawn, marmite crab (with eggs), bun goreng and tauhu berinti goreng…
lauk yang sempat diambik gambar... lepas tuh semua sibuk berbuka...hahahaha...
seronok tengok dia orang nih makan… kalau selalunya berbuka puasa kat rumah masak sendiri, hari nih berbuka orang masakkan… taklah letih sangat, kan… seperti biasa, bila keluar dengan dia orang nih, banyaklah benda yang nak diceritakan… sempat jugaklah kita orang bergossip sikit.. hahhhaaaa.. mesti ada beberapa orang yang terbelahak masa berbuka hari sabtu tuh sebab kita ‘bercerita’ pasal you all… hahahhahaa… dalam kereta on the way back tuh, petah betul dua-dua bercakap… maklumlah, perut dah penuh…
sunday…
rancang bangun awal sebab nak pergi pasar… nak beli barangan segar sikitlah… near my mom’s place or to be exact, kat puchong perdana, ada satu kedai yang jual barangan segar… i memang selalu beli ikan, ayam , udang, sotong serta sayur-sayuran kat sini sekali seminggu… daging jer yang i beli kat pasaraya sebab i taknak beli daging import dari india tuh yang berketul-ketul tu, or kalau i nak sayuran dan buah-buahan import… tapi baru jer keluar rumah, tengok tayar pancit… kenalah tukar pakai tayar spare but the problem was, tayar spare tuh lagih kecik daripada tayar-tayar lain tuh… hahahhaaa… nak tak nak, kena lah drive pergi kedai tayar… i beli udang segar sekilo, beli petai, beli taugeh… and pergi check tayar, ada paku… cisss… lepas tuh tampal and pasang the old tayar balik kena charge rm5… ok lah tuh…
golden sunset at northport, kelang...
rushing back from work, terus pergi bazaar ramadhan shah alam… jalan punya jalan punya jalan, akhirnya decide nak makan apa untuk berbuka… hari nih i berbuka dengan nasi dagang terengganu, ayam percik merah kelantan dan paru goreng…
ketupat pulut daun palas... my favourite!
and hari nih i terjumpa something yang i nak makan dah lama dah, one of my favourite… ketupat daun palas, yang tiga segi tuh… ketupat pulut… my mom’s favourite jugak nih… especially yang my grandma buat… for my mom, my grandmom usually buat slightly manis… i suka yang tawar sebab boleh makan dengan serunding daging… hhhmmm… ssseeedaapppnyaaa…
sekarang nih tersandar kekenyangan… hahahaha… so, how was your weekend?
~ pictures courtesy of shonny but gambar ketupat, i ambik sendiri… sebab tuh blur… hahahaa ~
|