i just want to explain this only once! kalau anda baca dan cuba fahami, Alhamdulillah! kalau anda sekadar membaca atau tak baca langsung, terpulanglah! yes, kay memang adik diddy! but my writing in murai takda kena mengena langsung pun! kalau dia bagus dan layak dipuji, itulah yang i tulis, dan begitulah sebaliknya. the same thing goes with the other kids in the af... i don't think the same way like some people do! amalan kronisme dan neponisme bukan sesuatu yang diajar in my family, and i will never trade my values with anything! even when i'm dealing with my business terutamanya menulis skrip untuk iklan dan sebagainya. kalau aiman, ellisya ataupun diddy sesuai untuk iklan yang ditulis, then i will choose them! kalau tidak, saya akan pilih orang lain. as simple as that! dah, tak mahu explain lagi!
bukannya tak pernah terlintas di fikiran apabila portal murai menawarkan tugas sebagai pengkritik di blog mereka, akan wujud andaian that my writing will be bias towards kay! tapi ianya langsung tidak merungsingkan fikiran kerana i know what i am doing and i know that i am better than that! i'm not writing to please everyone... i write to share my point of views, bukan hanya terhadap pelajar-pelajar af tetapi juga secara keseluruhan - pengkritik, tenaga pelajar, produksi, wardrobe dan sebagainya.
it took me two days to compose this entry, especially on 'operasi gugur'... di portal murai, my job adalah untuk menjalankan amanah yang telah diberikan untuk menulis (memuji, mengkritik, memberikan pendapat dan pandangan) tentang af9... itu amanah saya! in my personal blog, amanah ini adalah kepada diri sendiri... not to anyone but myself...
jangan sesekali salahkan hazama dalam hal ini... dia tidak bersalah apa-apa! impian beliau hanyalah ingin menjadi salah seorang pelajar af, mencari ilmu sebanyak mungkin, dan dalam pada itu mungkin mengejar cita-cita menjadi juara af9! begitu juga fina, yang belum cukup usianya ketika sessi ujibakat! she just want to be in the af!
jadi siapa yang bersalah? well, saya letakkan kesemua kesalahan ini di bahu produksi af9! sepanjang menjadi peminat setia sejak dari af1 lagu, pemilihan pelajar sering dipertikaikan... ratings adalah perkara yang paling penting! berapa ramai kah pelajar (sekarang ini bergelar bintang) sejak af1 lagi yang memang tidak mampu menyanyi dengan baik! namun pernahkah pihak produksi ingin mengambil kira?!?
sejak dari dulu lagi, entah beribu kali saya dengar tenaga pengajar bersungut dan merungut, apabila bakal pelajar yang mereka cadangkan tidak ada dalam top 20 atau top 12 dan yang dipilih oleh pihak produksi jauh panggang dari api... tetapi tenaga pengajar sebelum ini tidak pernah merungut, dan mereka terus memberikan ilmu sebaik mungkin... tidak ada yang 'give up!' kerana mereka juga tahu ini adalah permainan realiti...
tetapi mengapa di af9 ini wujud kejutan yang 'menjatuhkan kredibiliti' tenaga pengajar? seolah-olah, hanya selepas tiga minggu, tenaga pengajar ini sudah give up untuk memberikan tunjuk ajar mereka! sedangkan, saya cuma ambil contoh seorang, cikgu fati, dia adalah orang yang paling penyabar pernah saya jumpa! dia adalah orang yang sangat caring, penyayang dan mengambil berat! saya jamin 1000% cikgu fati tidak akan sekali-kali give up untuk mana-mana pelajar sekalipun! datuk ramli ms pun, walaupun sampai baling pen pada mas, tetapi tetap berusaha memberikan ilmu yang dia ada!
produksi kali ini membuatkan seolah-olah af9 ini tidak 'bagus' kerana pelajar! please lah! sejak dulu lagi af bukan hanya diingati kerana pelajar-pelajarnya sahaja... ia adalah rangkuman semua perkara... tolak ketepi af1 kerana ianya hanya mula diingati bila rosma terkeluar... kita mulakan dengan af2... mas bukan boleh menyanyi pun! tetapi dia tetap ada dalam af hampir ke final... af2 'bagus' bukan kerana semua pelajarnya menyanyi dengan excellent, tapi kerana produksinya bagus! dicampur dengan hype selepas af1 menjadikannya lebih hebat! konsert di mbpj memberi ruang pada penonton untuk membeli tiket dan datang menyaksikannya! perlawanan signage dan bunting memenuhi setiap ruang! kejutan *bagus atau tidak* memberikan lebih jiwa pada af2... mencantikkan rancangan itu! terkeluar awal atau juara, perjalanan seni terletak di tangan mereka! even edlin yang terkeluar awal masih lagi mendapat tempat sehingga sekarang... menyanyi, berlakon teater dan sebagainya! yang tak ada rezeki, balik kampung dan buat kerja masing-masing!
ketika 'tsumawi' melanda af3 pun, hanya beberapa orang pelajar saja pun yang menerima perhatian! tetapi produksi dibuat ditempat yang lebih besar, di stadium melawati... pernah juga konsert di buat di putrajaya, bila semua keluarga berkumpul ramai-ramai dari anak kecil hinggalah datuk nenek! daripada orang kebanyakan hinggalah kerabat diraja! tapi ianya bukan kerana semua pelajarnya hebat-hebat belaka! bukan semuanya ada album pun! tapi ada ke yang dibuang atau digugurkan? malah di masukkan lagi dua orang pelajar menjadikannya top 14!
af4 kurang menyengat, bukan kerana tidak ada pelajar-pelajar yang bagus, tapi produksi yang membuatnya tidak bagus! tiket tidak lagi dijual, tapi hanya diberikan kepada sponsors... tidak ada lagi perlawanan hebat papantanda menyokong pelajar kecuali daripada ahli keluarga sendiri dan mungkin sedikit peminat yang menang tiket daripada sponsors! konsert juga berlangsung ketika siaran langsung bolasepak piala dunia... kerana apa? kerana produksi tidak berfikir panjang untuk memilih tarikh yang sesuai untuk bersiaran. to make it worst, ketika konsert akhir, calon-calon prelude yang membuat persembahan di konsert akhir, bukannya bekas top 12! ketika itu saya rasa otak mereka yang membuat keputusan diletakkan di lutut mereka! keputusan yang 'buruk' dari pihak produksi lah yang menjadikannya lemau dan tidak bermaya!
dalam af5, ada pelajar yang bagus tetapi tersingkir lebih awal. tapi perlu diketahui, penyingkiran tersebut bukan kerana dibuang oleh pihak produksi tetapi kerana undian penonton, which was okay because it was the name of the game! yang tidak bagus ada yang terselamat hingga ke konsert akhir, tapi sekarang hilang entah ke mana! yang terkeluar awal seperti aizat, kini menjadi salah seorang penyanyi remaja terkenal tanahair! kerja keras dan rezeki yang telah ditetapkan! pada peringkat awal pun, pihak produksi jugak dikritik kerana muzik yang digunakan seperti ringtone handphone dalam bentuk mono! tetapi elemen baru seperti bintang yang diberikan oleh pengkritik, yang membolehkan pelajar menikmati hadiah adalah bentuk kejutan yang bagus dan memberikan peluang kepada pelajar untuk buat yang terbaik!
ketika af6, ianya sedikit suram kerana aznil mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. kehilangan aznil adalah seperti kehilangan sebahagian daripada af. namun, ada sedikit inisiatif daripada pihak produksi *atau mungkin pengetuanya, datuk ramli ms* untuk membawa pelajar-pelajar ini membuat persembahan di pentas gah seperti istana budaya. dan tak ada pulak saya tengok tenaga pengajar 'dipaksa' untuk give up terhadap pelajar-pelajar yang kurang berbakat. mereka tetap memberikan ilmu seperti biasa...
af7 memberikan kepuasan peribadi kepada saya kerana pada saya, hafiz adalah juara af paling cemerlang! kelainan yang dibawakan oleh produksi dan saya pasti pengetuanya, datin tiara, memberikan nafas baru pada af7! elemen teater serta corak pembelajaran sedikit 'western' memberikan warna. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak, tetapi ianya menjentikkan kejutan yang bagus dan indah. bukan semua pun pelajar yang boleh menyanyi dengan baik... ada juga yang menghampiri 'tone-deaf', tapi adakah yang dibuang kerana dirasakan tidak perform dalam tempoh tiga minggu berkonsert?
af8 saya agak sibuk... menonton pun sekali sekala... walaupun ada sedikit yang tidak puas hati *termasuk saya* kerana lagu-lagu pelajar semuanya dibolot oleh kru, tetapi sekurang-kurangnya mereka memberikan perhatian dan memastikan bekas-bekas pelajar ini adalah lagu mereka sendiri termasuklah klip video. tentang pelajarnya, seperti sejarah af sejak daripada musim pertama lagi, ada yang bagus dan ada yang tidak.
jadi bagaimana dengan produksi musim yang ke9 ni? bermula dengan gah apabila konsert tirai dibuat di tempat yang terbuka. pemilihan tenaga pengajarnya juga hebat-hebat belaka! bukan calang-calang orang! apatah lagi kelas pembelajarannya juga dibuat di rumah kaca yang boleh ditonton oleh peminat dan sesiapa saja! menghebatkan lagi, pengacara nombor satu, aznil, kembali mengisi kekosongan yang selama ini ditinggalkan. full stop!
mari bercerita sedikit tentang konsert tirai af9! ianya adalah satu permulaan yang sangat baik! malah, rata-rata teman wartawan meletakkan amir dan miza sebagai antara pelajar yang bakal menggugat di af9 selepas menonton konsert tersebut! jadi di mana silapnya apabila miza tersingkir dan amir digugurkan?
okay, back to af9! apa lagi yang dilakukan oleh pihak produksi? selain daripada tak henti-henti mengwar-warkan bahawa ini adalah akademi fantasia yang terakhir, apa yang mereka lakukan untuk menjadikannya paling diingati?
pertama, untuk menjadikannya yang terhebat, produksi memilih pentas paling kecil daripada semua musim af sebelumnya, untuk menjadikan af terakhir paling diingati! lima orang ahli keluarga dan empat orang fanclub untuk setiap pelajar sahaja yang boleh datang menonton. itu pun, tiga daripada ahli keluarga perlu berdiri kerana tidak cukup tempat duduk. tempat duduk tenaga pengajar seperti bermain 'musical chair'... sekejap di sana, sekejap di sini! teringat saya ketika af4 apabila peminat tidak dapat membeli tiket. sedikit hambar dan kurang bermaya!
kedua, sistem af paling berjaya iaitu ketika di af2 untuk sessi pengenalan pelajar dan pemberitahuan kedudukan sebelum konsert digunapakai. walaupun saya sangat bersetuju, tetapi saya rasa idea ini lebih datang daripada aznil, dan bukannya pihak produksi. sekurang-kurangnya aznil faham kehendak peminat af...
ketiga... ketiga? apa ya yang seterusnya? operasi gugur?!? ianya adalah kejutan paling buruk selepas afmasuk! membuang mereka setelah pihak produksi sendiri yang memilih mereka, apakah gambaran yang dapat dibuat terhadap pihak produksi kali ini? mereka tidak bijak memilih? kalau alasan bahawa sessi ujibakat tidak dapat memberikan gambaran sebenar tentang kemampuan pelajar, bukankah ujibakat tersebut dibahagikan kepada beberapa saringan dan diadili pula oleh pihak yang berpengalaman? bukankah ada stage satu, dua, tiga dan empat? bagaimana mahu dikatakan mereka tak 'mencapai piawaian standard' setelah diuji sedemikian rupa? kemudian, mereka dipilih pula ke top 40 di mana peminat boleh mengundi melalui klip video mereka, dan markah tersebut akan dicampur pula dengan markah pihak yang arif. jadi, apa yang kurang? apa yang menyebabkan 'operasi gugur' perlu diadakan? kejutan? kenapa tidak saja dibuat 'operasi masuk'?
dua minggu lepas, sebaik sahaja habis konsert minggu kedua, saya ada duduk berbincang dengan beberapa orang teman rapat mengenai 'operasi gugur'. ketika itu saya ada menyebut kenapa saya kurang bersetuju apabila hazama menjadi salah seorang calon yang bakal dimasukkan. pada saya, ketika ini hazama sedang mengikuti pengajian di universiti utara malaysia, dalam jurusan komunikasi untuk ijazah sarjana muda dengan kepujian! peluang yang tidak datang menggolek! apatah lagi dia bukannya tidak dikenali... sebagai artis jemputan untuk meet uncle hussein, beliau juga pernah menyanyi di pentas juara lagu! malahan, saban tahun dia tidak pernah lepas daripada mengikuti persembahan-persembahan astro seperti gegak gemilang astro, gempak selebriti astro, gempak desa, mahupun marhaban! walaupun tidak dapat masuk ke af, hazama sendiri sudah diiktiraf oleh astro sebagai selebriti mereka.
tetapi, apabila ada yang salah faham dengan penjelasan saya, dan menuduh saya takut kerana kononnya kemasukan hazama bakal menggugat kedudukan kay, saya ambil keputusan untuk diamkan sahaja! saya sudah bosan bergaduh disebabkan oleh akademi fantasia. bergaduh tidak pernah menguntungkan saya dan sesiapa saja. sebelum ianya menjadi lebih panas, saya mengambil keputusan meninggalkan perbincangan tersebut. saya mahukan masa untuk meneliti 'operasi pengguguran'.
apa yang paling mengejutkan saya, apabila saya melihat kembali 40 orang calon pelajar af9, tidak ada pun kelibat hazama! jadi persoalannya, bagaimana dia terpilih ke af9 sedangkan dia tidak hadirpun ke sessi ujibakat? jangan bandingkan dengan nas adila! kerana walaupun dia seorang penyanyi, tetapi pemilihan beliau ke af7 adalah berdasarkan ujibakat yang dihadirinya. bukan terpilih ikut suka saja seperti yang berlaku pada hazama ketika ini!
kembali pula kepada fina. tidak dinafikan, fina mampu menyanyi dengan bagus, tetapi umur beliau tidak melayakkan beliau untuk bertanding! hanya selepas konsert af9 berlangsung, baru umurnya mencecah syarat kelayakan. jadi layakkah dia masuk? american idol musim kesepuluh ini menurunkan syarat umur kepada 15tahun kerana pada tahun-tahun sebelumnya mereka tahu ramai yang mampu memberikan yang terbaik ketika di usia tersebut! jadi kenapa kelonggaran diberikan kepada fina sahaja? cuba fikirkan ini... bagaimana dengan ribuan yang lain, yang mahu sangat-sangat masuk af tapi bila membaca syarat kelayakan, mereka tidak layak kerana tidak cukup umur ketika tarikh ujibakat diadakan. bukankah anda menipu mereka? dan satu lagi, bagaimana pihak produksi boleh melepaskan fina untuk ujibakat sedangkan mereka sendiri tahu ketika menghantar borang, fina tidak melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pertandingan?
sekali lagi saya nak tegaskan di sini, perkara ini bukannya salah hazama atau fina. ketidak-adilan sistem yang dibuat oleh pihak produksi yang sebenarnya meragut peluang amir dan aida. dan ketidak-telusan itu juga yang memasukkan hazama dan fina ke dalam akademi... bagus! tidak cukup lagi dengan politik negara dan politik-politik di dalam pelbagai sistem, mari kita politikkan pula rancangan hiburan ini!
saban tahun af dilangsungkan, pasti ada suara-suara daripada segelintir penonton *tak kiralah apa motif di sebaliknya!* akan mengatakan af tidak lagi hebat atau hilang auranya! segelintir penonton af2 akan kata af1 lebih baik, penonton af3 akan kata af2 lebih baik dan seterusnya! tetapi af tetap menjadi rancangan realiti nyanyian nombor satu di malaysia! jadi tak perlulah nak berikan alasan bahawa 'operasi gugur' diadakan kerana permintaan orang di luar atau peminat! pihak produksi sendiri yang mahukannya... dengan alasan? wallahualam... tetapi tak payah nak salahkan pelajar yang tidak bagus, tenaga pengajar yang give up, mahupun penonton sendiri... terima lah hakikat!
kalau anda ingin membaca komen saya untuk konsert minggu ketiga, click di sini:
murai(p/s - supaya tidak timbul kekeliruan, pihak produksi yang saya maksudkan adalah mereka yang membuat keputusan... bukan cameraman, tech crews dan sewaktu dengannya! nanti ada pulak yang putarbelitkan my statement! susah!)