Bertarung Sampai Akhir

Lelaki Atas Awan VC

Thursday, July 23, 2009

the one about badrul and diddy berjalan sebatu di melaka...

getting ready to perform...

muhahahaha... i pun tergelak baca title posting nih.. it was actually for 'walk-a-mile' event in melaka tapi takdalah kitaorang berjalan sebatu... diddy performed jer for that event... kitaorang bertolak ke melaka hari sabtu walaupun event tuh hari ahad... al maklumlah event tuh pagi-pagi around 9am on sunday, so takutlah jugak kalau pergi on that day itself, susah nak carik parking and mungkin jam dan sebagainya... so untuk elakkan sebarang kejadian yang tak diingini, lebih baik kita pergi petang sabtu... sebab tuh lah kitaorang tak dapat nak ikut event suria fm roadtour kat kuala selangor... insyaAllah next time nanti jika ada rezeki, we will follow...

hirdy sr. bersama hirdy jr...


kalau ada orang nak tempah maid, sila bagitau ya... muhahaha...

petang tuh pun nak ke melaka jalan agak jam... we were quite rushing sebab hotel room nak kena check in before 6pm... kalau check in lewat, they will release the room to other people... bayangkan punyalah susah nak dapat bilik kat melaka that weekend... most of the hotel were fully booked... nasib baik organiser dapat carikan two rooms for us... kalau tak terpaksalah duduk bilik hotel yang over-priced walaupun hanya untuk tidur sekejap... so sampai melaka kita orang rest kat bilik kejap until lepas magrib, then sham and maya with farish a.k.a. hirdy jr. jemput kitaorang untuk pergi makan malam... selalunya kalau pergi melaka, diddy mesti nak makan asam pedas, tapi malam tuh dia nak makan ikan bakar pulak... so sham and maya bawak kitaorang pergi umbai...

maya tension tengok diddy makan banyak... muhahahaha...

banyak jugak makanan yang kitaorang order... ikan kerapu tiga rasa, kerang bakar, ikan pari bakar, sotong goreng tepung, sotong goreng cili, kailan ikan masin and of course nasi lemak bungkus kecik-kecik... sorry gambar tak sempat ambik... yang sempat i ambik ialah gambar makanan yang dah habis, tapi macam tak lawalah pulak tengok pinggan kosong and tulang temulang serta kulit kerang berterabur atas meja... muhahahaha... so malas lah nak letak kat sini... lama jugak lepak makan sambil tengok anugerah planet muzik... tapi takdalah tengok sampai habis sebab tengok skrin belah belakang jer... it was fun and makanan pun boleh tahan sedapnya... thank you so much sham and maya sebab bawak kitaorang pergi makan... kesian jugak kat diaorang sebab the next morning seawal lima pagi diaorang nak bertolak ke kuala lumpur sebab maya ada kelas di shah alam...

ramai giler orang ambil bahagian dalam walk-a-mile...


diddy turun stage menghiburkan penonton...

balik bilik lepas solat isyak i dah terlelap... i think that was the first time this week yang i tidur awal... pukul 11.45pm macam tuh dah terbongkang dah... lagi pun memang nak kena bangun pagi... so on sunday tuh by 7.00am, diddy dah siap semuanya, so we decided to have breakfast at the hotel first... perjalanan dari hotel ke bandar hilir pagi tuh lebih kurang 10 minit jer... so memang tak jauh langsung dari hotel grand continental yang kitaorang stay tuh... actually hari tuh ada dua event yang berjalan serentak... pukul 7 pagi tuh dah mula event untuk larian derma darah... diaorang macam gabungkan dua event sekali gus... walk a mile event tuh hanya bermula pukul 8pagi macam tuh... memang ramai sungguh orang yang join the event... bangga jugak tengok diaorang semua bagi support to such event...




malah mereka yang hadir semuanya sangat sporting... i think diddy sendiri memang rasa puas hati dapat performed kat depan hadirin yang sangat sporting dan happy macam tuh... rasa i lah kalau kita exercise mungkin kita lebih happy kot... muhahahaha... diddy nyanyi dua buah lagu, lagu 'saat' dan lagu 'biar diddy sambung'... ramai yang menjerit-jerit mintak diddy nyanyi lagu 'hilang' but i think that song is too sad to sing during that beautiful morning... lepas habis buat persembahan, sempat jugak diddy bergambar and sign autograph dengan peminat-peminat dia yang hadir... i think diddy jumpa peminat lagi lama daripada dia buat persembahan... muhahaha... we spent almost and 30minutes for him to take pictures and sign the autograph... i tak kisah sebab i tengok dia happy jer layan peminat... memang seronok kalau dapat meminat yang sporting and of course, kalau sebelum buat persembahan diddy dapat rehat yang cukup... semua macam kena jer...



orang melaka memang sporting giler...

malam tadi diddy and i baru balik dari interview kat era... nanti i ceritakan next week lah... tomorow ada meeting yang nak kena attend dan nak kena siapkan beberapa perkara... on friday pulak we will be flying to kuala terengganu for the final of gegaran idola digi... tadi alan dah call i cakap this weekend taknak pergi kedai makan yang sama dah... sepanjang tiga minggu asyik pergi kedai sama jer, this time nak try kedai makan lain pulak kat terengganu... muhahahaha... kesian dia, mesti dah pening-pening lalat asyik minum air buah kedai saddam hussein... muhahahaha... good night, good morning... have a great weekend...