the one about badrul and berita sedih...
Bismillahirahmanirahim...
Alfatihah...
semalam, hari sabtu, seorang sahabat baik, teman wartawan, bekas editor media hiburan, Allahyarham aniff ghani pergi mengadap Illahi... Allahyarham yang i kenal memang agak pendiam... we've known each other more than ten years ago... kita pernah bekerja di bawah satu bumbung di karangkraf... ketika itu Allahyarham menjadi wartawan hiburan di media hiburan... kemudian bila i dapat kerja di corporate affairs astro, kami masih lagi berhubungan kerana kerja i melibatkan media... Allahyarham memang orang yang kurang bercakap, tetapi dia sangat workaholic... begitu lama Allahyarham di media hiburan sehinggalah diangkat menjadi editor untuk majalah tersebut...
tahun lalu kita banyak menghabiskan masa bersama ketika diddy mengikuti road tour di sabah... dari tawau ke sandakan, kemudian ke kudat dan seterusnya ke kota kinabalu, kami sama-sama naik bas, berbual di dalam bas, bergelak ketawa, berkongsi cerita dan macam-macam perkara lagi... di situ lah kami menjadi semakin rapat... Allahyarham sangat soft spoken tetapi tegas... setiap kali media hiburan ada acara tertentu, diddy tidak pernah dilupakan... kalau tidak melalui wartawan-wartawan di media hiburan, Allahyarham sendirilah yang akan hubungi i untuk menjemput hadir ke majlis yang dianjurkan oleh media hiburan...
semalam setibanya dengan penerbangan dari kuala terengganu, terlintas di hati untuk menghubungi abie, editor metro ahad... kata abie, dia dan beberapa rakan wartawan lain sedang hendak berkumpul untuk bertolak ke hospital di seremban melawat Allahyarham... sebelum nih Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital melaka... tetapi semalam dalam perjalanan untuk mendapat rawatan lanjut di kuala lumpur, Allahyarham mengadu sakit dan terus dibawa ke hospital seremban... i sempat beritahu abie insyaAllah i bersama diddy akan singgah dalam perjalanan nak ke melaka... tetapi ketika kami dalam perjalanan ke melaka, keadaaan lalu lintas agak sesak dan kerana kami perlu sampai ke melaka sebelum pukul enam, lalu i buat keputusan untuk singgah keesokan harinya (hari ini) bila pulang dari melaka...
tengahari tadi bila pulang dari melaka i singgah di seremban untuk melawat Allahyarham... i cuba hubungi abie tapi telefon tidak berangkat... terus i cuba hubungi kak intan, boss di karangkraf... Innalillah... terkejut i mendengarnya bila kak intan beritahu Allahyarham aniff sudah meninggal dunia... ketika rombongan datang melawat semalam, Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir beberapa minit sebelum mereka sampai...
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Esa, ampunkanlah segala dosa Allahyarham... tempatkanlah rohnya bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh, Ya Allah... perkenankanlah doa hamba-Mu ini, Ya Allah... sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Agung, Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Amin...
Al-fatihah...

|