Bidadari Hati

Tuesday, June 09, 2009

the one about badrul and diddy's potluck gathering...


hari nih baru boleh nak update... banyak sangat benda nak kena buat sampai ada yang terlupa... so, i kena letak lambatkan sikit nak cerita pasal potluck gathering last saturday... anyway, it was a great day... cuaca pun panas macam biasa... tak hujan... we decided to use the new highway... my God! memang cepat giler dari ampang nak sampai ke hartamas... tak sampai 15minit... itu pun i mintak diddy drive slowly... takut tersampai awal... muhahahaa.. memang kita sampai pun 45minutes before pukul 4 petang... inc pun baru tengah masak nasi... muhahaha.. sorry inc, dah biasa on time... muhahahaa..

group of casa... arin, maya, inc, rahimah dan sham dari sisi belakang... muahahaa...


"betul lara!!! 'a' tuh boleh kawen empat..." kata dyla... muhahhaa...


arin pening kepala nak explain resepi ayam ponte... hezz, inc dan rahimah buat-buat tak dengar... muhahaha...

sampai jer i kat sri hartamas, sedang elok angah telefon tanya arah... angah, i'm so grateful... in fact, both of us are very grateful.. i tahu memang susah you nak drive arah kl nih, tapi angah sanggup keluar dari pukul dua lagi to ensure that dia sampai on time... so, instead of i yang bagi direction, *nanti angah sampai tempat lain pulak* i bagi phone kat inc... senang sikit tuan rumah yang bagikan direction... 10 minutes later, angah pun sampai with her niece... angah bawak hadiah lagi for diddy and myself... susah-susah jer... lepas tuh ramai mula tiba... sham and maya with hirdy jr. datang all the way dari melaka, karl and his friend rynn, arin pun sampai... then hezz with her two boys... kak aidid sampai dengan abang is and their kids anis, azizi, yani dan yana and cousin dorang, amir... then ramai lagi sampai... eleza, addya and haf, shidee, rahimah, wahida dan adik dia kerol, dyla, rere, lara, lan, issey, nurt, dnaz sampai dengan nano, rose datang dari seremban, nurfatima pun datang jugak, abie pun hadir bawak his son, abang zahari, kayun datang dengan aunty dia, then auntysms drop by walaupun dia tengah menjaga uncle dia yang sakit... of course tak lupa jugak bayieng yang datang all the way from johor bahru...

lara, dyla, issey, nurt and wahida (bukan wahsini!) peaccceeeeeeee!!!


haf, addya, rere and anis dah masuk zone posing time...


dnaz, rose, nano and nurfatima plan nak buat album bersama...

okay, i nak cuba ingat sikit-sikit nih... kalau ada yang tertinggal please remind me ya... maklumlah dah 'remaja' nih selalu lupa... muhahahaa... there were so many food... i cooked loh see fun as promised... inc masak nasi and buat cream caramel... of course she provided drinks and lain-lain lagi... karl bawak mini apam with fillings, arin bawak ayam masak ponte *melaka style*, hezz bawak her so yummy three layered cheese macaroni, kak aidid masak kerang hijau as per diddy's request, addya masak nasi lemak dengan ayam goreng berempah dan rendang ayam, dyla buat bihun goreng, rere dan lara bawak kuih muih *currypuff and stuff*, kayun bawak cupcakes yang sungguh comel, dnaz masak her special spaggetti, nano bawak jelly, rose bawak bubur kacang, ada orang bawak pizza *i tak tau siapa... muhahhaa*, rahimah bawak kacang-kacang, bayieng bawak donuts... seriously i tak ingat dah... memang banyak giler makanan... beli ke masak sendiri ke, semua memang sedap-sedap...

tiga gadis pingitan... eleza, yani and kayun...


angah, karl and rynn makan sambil posing...


abang is dan abang zahari berbincang pasal harga minyak...


si comel bermata bulat, hirdy jr...

memang riuh rendah bila semua ada... seronok berkumpul sekali sekala macam nih and get to know each other lebih rapat lagi... macam-macam topic yang dibualkan and kalau nak diikutkan, masing-masing nih adalah peminat-peminat bintang af7 yang berlainan tapi boleh ada di bawah satu bumbung untuk diddy... i memang rasa seronok and diddy pun lagi lah seronok... apatah lagi bila the united community malaysia yang menaungi peminat-peminat diddy turut buat banner dan postcard untuk promosikan single terbaru diddy tuh, 'biar diddy sambung'...

anak-anak gadis dan mak gadis... muhahaha...


semua tengah dengar nano buat kritikan... muhahaha...


kat tangga pun sempat posing...


bayieng sampai lambat dari jb... dia tengah makan, orang lain tengah posing...

bila duduk ramai-ramai macam nih buatkan i terkenang kali pertama i jumpa inc dan hezz kat midvalley... they wanted to get diddy's posters, but i buat surprised kat dorang... i bawak diddy sama to meet them... i think itulah permulaannya gathering diddy di adakan selepas tuh, so of course i owed inc and hezz *and of course the rest jugak* big time... memang tak dapat nak balas jasa semua... bermula dengan casa jugak semuanya menjadi semakin besar sampaikan kita boleh buat bowling tournament yang paling best sekali dengan bantuan semua... of course, bowling tuh tre yang menjadi head nyer... itu lah antara yang paling best about casa and now the united community malaysia yang ada semua my close friends... kalau ada project apa-apa, sama-sama kita laksanakan... korang semua memang besttttttt!!!

kat entertainment area...


main gitar betul ke tu?...


penuh perasaan...


habis main gitar, main drum pulak...

habis makan-makan dan borak-borak semua, kita ke tingkat dua rumah, which is bahagian entertainment... muhahha... nasib baik rumah inc tiga tingkat, so tak kacau bilik-bilik tidur semua... muahaha... so masa nih kita mainkan dua single terbaru diddy... satu single dah pun dimainkan kat all major radio stations e.g. era, hot, suria, xfm... by this week i akan hantar single tersebut ke rtm... patutnya hantar last week, tapi masa tak mengizinkan untuk buat cd label... kalau radio stations lain kita boleh bagi mastercopy, but to rtm kena proper sikit... so tuh lah yang kena tunggu siapkan cd label dulu... the song yang sekarang nih tengah main kat radio is kind of mid-tempo and fun... titled 'biar diddy sambung', i rasa macam quirky sikit title dia tuh... i like it very much... after that kita mainkan single kedua yang akan keluar nanti lah... muhahaa... titled 'lelaki di atas awan'... most probably nanti i akan shorten kan title tuh jadik 'lelaki atas awan'... glad that everyone love the songs...

semua tengah dengar single baru diddy...


habis dengar lagu semua tepuk tangan... dengar ke tak? muhahahaa...


diddy mendengar kritikan nano lagi sekali... muhahahaa...


komen dari yang lain-lain...


bergambar beramai-ramai... cantik banner!

habis pra-dengar tuh, we went down for another round of makan-makan... banyak lagi food yang belum habis... i makan nasi lemak, bihun goreng, spaggetti, ayam ponte and maccaroni... lepas tuh yang lain macam rasa lah sikit-sikit... ya lah sikit-sikit... muhahahaa... mini apam tuh entah berapa banyak i makan... muhahaha... great food, great company, you cannot ask for more, kan... dah masuk dua tiga jam, time for everyone to make a move... so another round of ambik gambar and diddy sign autograph kat postcard yang dibuat khas untuk majlis nih... all the time, diddy was beaming from ear to ear...

time sign autograph...


rose cakap bila lah turn aku nak dapat nih... muhahahaa...


nurt pegang postcard yang sangat menarik... thank you!

on the same night kita orang ada nak buat mastering untuk lagu diddy, but the appointment was at 11pm... so we decided untuk pergi minum kopi dulu since rose nak drive balik ke seremban sorang-sorang... we went to hartamas square tapi lepak kat pelita instead... dnaz, rose, nano, diddy and myself... orang lain semua dah balik kot... sempat lah borak-borak dan bercerita... nano interview diddy mengalahkan reporter... muhahahaa... almost one hour kat pelita hartamas tuh, time untuk dorang balik dah... we drove to taman tun and lepak at another mamak nak tunggu masa untuk buat mastering... lebih kurang pukul 12 malam jugak baru siap semuanya... hantar diddy balik and by the time i sampai rumah, it was almost 3am...

all in all, i was such a great day... full of fun and laughters and occasionally, a tear or two... on behalf of diddy, and of couse myself, i nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang tak jemu-jemu menyokong diddy... you guys have been so great to us... budi baik semua tak dapat nak dibayar dengan wang ringgit... insyaAllah bila ada rezeki kita akan jumpa lagi...