the one about badrul and gafimmers gathering - akim at the zoo...
it was such a beautiful morning... mula-mula tuh rancang nak bawak jugak aiman and ellisya tapi my sister dah rancang nak bawak my parents and semua budak-budak pergi bukit merah laketown resorts... apparently dia dapat ticket free dari harian metro... so dia orang semua pergi lah sana to meet up with my sister and her family from penang... anyway, bila i dah sampai kat zoo negara tuh, i disambut oleh committee members from gafimmers yang sejak dari awal pagi dah ada kat sana untuk register semua yang datang... bila dapat goodie bag, terkejutlah jugak i sebab dalam tuh ada t-shirt, paper file from zoo negara, and breakfast... wahhh, bayar hanya rm40 tapi dapat macam-macam... and of course semua tuh termasuk jugak dengan bayaran untuk masuk zoo and lunch... memang berbaloi... dan paling penting, peminat dapat jumpa dengan akim...
originally dia orang rancang untuk 100 orang pertama jer, kemudian tambah jadik 150 orang sebab memang ramai nak datang... and last kali bertambah lagi jadik 170 orang kesemuanya tak termasuk dengan committee members... i think yang paling best sekali sebab semua yang datang begitu sporting dan pakai t-shirt gathering tuh... i cakap serious, i memang tak malu langsung nak pakai t-shirt gathering gafimmers at the zoo with akim sebab t-shirt tuh memang lawa giler... kudos to the person yang buat design tuh... memang nampak cantik bila semua yang datang pakai t-shirt tuh and berkumpul ramai-ramai... setiap mata orang yang datang pasti akan memandang...
ramainya!!! gambar dari blog kayun tapi letak watermark sendiri... muhahahaha...
bagusnya aturcara majlis nih sebab dia orang fikirkan tentang semua... not just peminat-peminat akim yang terdiri dari remaja dan orang dewasa, tapi jugak anak-anak mereka yang datang bersama... jadi semua ada aktiviti-aktiviti yang dapat diikuti oleh semua... awal-awal lagi dia orang jalankan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bawah 12 tahun... walaupun i dah 19 tahun and eleza dah masuk 15 tahun tapi kita orang curi-curi jugak masuk pertandingan tuh... muhahahaha... tapi at least i takdalah hantar lukisan i tuh untuk diadili... tak macam orang tuh siap tulis nama dia and letak umur 4 tahun kat belakang lukisan tuh *sambil jeling eleza*... muhahahhahaa...
aturcara hari tuh di hostkan oleh rosman and lara... lara patutnya tak payah pakai microphone pun sebab suara dia memang dah kuat... muhahahaha... kalau lara jadik penyanyi memang sah-sah akan dapat pujian lontaran suara yang sungguh bagus... muhahahaa... jangan marah lara... so, aturcara bermula dengan semua yang datang menari pocho pocho... tujuan utama adalah untuk merenggangkan otot-otot supaya senang kena torture bila masuk sukaneka nanti... of course lah ketua penari tak lain dan tak bukan, penari pocho pocho terkenal di malaysia, belgium, bantam and some says sampai ke singapura, juan danza... i menari? muhahahaha... jangan harap... awal-awal tuh i tengok jer... lepas tuh lepak kat belakang sekali dengan wawa and nurt, kita orang buat shuffle bertiga... muhahahaha...
habis jer menari pocho pocho, dia orang mulakan dengan sukaneka... bahagi pada tiga kumpulan and ada banyak permainan yang dijalankan... i terus surrender, duduk tepi and lepas tuh takut kena panggil, terus pergi duduk kat restoran yang ada kat situh... sempat jugaklah breakfast... then sultanmuzaffar datang, so apa lagih, sambung cerita lah... lepas tuh akim sampai... agak lewat sikit sebab malam sabtu tuh dia ada di johor bahru untuk jelajah era... satu yang i respect tentang akim, takda nak protokol apa-apa, terus jer dia join telematch yang dia orang buat dengan penuh selambanya... peminat apa lagi, bertempiaranlah dari tempat masing-masing untuk bergambar dengan akim... akim layan semuanya...
then, dorang break untuk lunch... makan nasi lauk ayam masak merah dan sayur... plus air sirap.... sedap... semua tengah lapar selepas penat ber exercise... muhahahaha... then to those yang nak bagi hadiah kat akim, dia orang diberi peluang sampaikan hadiah sendiri terus pada akim... boleh nampak wajah-wajah gembira terpancar pada muka masing-masing... then ada lucky draw lagih... yeahhhhhh!!! i menang hamper!!! lucky tau... nombor 122... muhahahaha.. ibu akim yang sampaikan hadiah... lepas tuh ada persembahan dari akim... nyanyi tiga buah lagu... semua macam terpegun dan terhibur... satu yang i sangat suka, akim siap turun dari stage tuh and pergi kat peminat-peminat yang duduk kat depan tuh, salam-salam dengan mereka... memang sporting giler...
sorry lah kalau susun aturcara yang i tulis kat sini berterabur sikit... muhahahaha... maklum lah, main pakai ingat apa yang ada kat kepala jer... ada jugak sessi potong kek yang menandakan perasmian gafimmers... lepas tuh akim suap kek kat peminat-peminat and of course committee members yang selama nih support dia... to me, it may look like a simple gesture from akim, tapi ianya tanda satu appreciation yang sangat besar pada committee dan peminat-peminat... betapa akim menghargai segala penat lelah committee members yang mengadakan gathering nih and of course tanda terima kasih pada peminat yang tak jemu-jemu menyokong beliau...
lepas tuh aturcara bersambung lagi, tapi i terpaksa mintak diri dulu kerana ada beberapa jemputan lain dari teman-teman rapat yang tak mampu i tolak... auntysms earlier that week dah jemput i datang untuk gathering menyambut ulangtahun pertama riz angels bersama riz yang berlangsung kat ioi mall... so, i pergi singgah untuk menghormati jemputan beliau... nanti i ceritakan pulak pasal sambutan 1st anniversary of riz angels... petang pulak ada jemputan untuk perasmian studio cafe zahid dan nita and malam pulak nak pergi tengok konsert datuk siti nurhaliza... anyway, to all committee members of gafimmers, congratulations! terima kasih atas jemputan... nak sebut nama sorang-sorang, taklah i boleh ingat, tapi thank you to kak aidid and juan and semua yang menjemput... kat atas chatbox tuh i ada letak clip pesanan akim untuk fans for the gathering...