Bidadari Hati

Wednesday, July 19, 2006

the one about badrul and joe's birthday...


happy 30th birthday, joe!



before i nak cakap pasal joe's birthday celebration, i nak cerita sikit pasal sorang mamat yang kecoh-kecoh masuk my blog kononnya trying to defend haziq dan family haziq... kononnya vt tersebut 'memalukan' haziq dan family... masa production team propose nak buat vt tersebut dengan aiman, i dah tanya dulu untuk siapa... bila diaorang informed i untuk haziq, i berat hati... no, i don't have anything against haziq, but at the same time, i taknak jugak involve sebab i memang bukan haziq's fan pun... bukan tak suka, tapi just plain tak minat... in fact, bila i dapat script dari production team, banyak lines yang i ubah-ubah... kalau nak ikutkan tak puas hati, i sebenarnya lagi tak puas hati kerana vt tersebut nampak sangat buat macam aiman endorse haziq... vt tersebut tidak langsung menghina haziq atau orang yang kononnya mengidap penyakit 'anxiety disorder', which is 'penyakit' yang langsung tak sama dengan barah or whatever... hanya orang berfikiran cetek saja fikir macam tuh... anxiety disorder nih macam phobia jugak... yang menyerang perasaan, bukan penyakit seperti demam, barah, parkinson, h.i.v. atau sepertinya... macam rem cakap, semua orang ada anxiety, cuma tahapnya berbeza-beza... anyway, kepada teman-teman kat sini yang mungkin tak berapa dengar apa yang aiman cakap, kat bawah nih i tuliskan script vt tersebut setepat yang mungkin kerana beberapa kali ketika rakaman, i ubah-ubah script yang ditulis oleh production team astro...

aiman ada kawan...
tapi dia lagi tua daripada aiman...
bila dia nyanyi dia selalu gigil...
aiman tak kisah...

doktor kata dia sakit...
dia anxiety disorder...
aiman tak kisah...

bila dia menari atas stage...
orang selalu komen pasal dia...
tapi dia nyanyi best jugak...
aiman tak kisah...

ayah aiman jadi macam ni bila dia tengok akademi fantasia...
dia minat haziq...
aiman tak kisah...

mother: aiman, balik mandi... akademi fantasia dah nak start...

anncr: jika anak sekecil aiman tidak mendeskriminasi, mengapa perlu anda? afundi haziq!

aiman tak kisah...


i pun bukannya fikir sangat pun pasal mamat cetek akal nih yang tulis komen buruk-buruk pasal vt tuh kat sini... sebab utama, dia bukannya one of my friend yang selalu melepak dengan i dekat blog nih, or even someone yang i would care to know... dia masuk kononnya nak memporak porandakan keadaan dan kononnya nak menegakkan family haziq... kononnya... kalau ikutkan ip address tuh, and info yang i dapat daripada kawan i kat tmnet, i tau ler siapa, tapi it's a small matter... sedangkan parents haziq langsung tak kisah dan kalau ikutkan apa yang diceritakan oleh production team, mereka berterima kasih kerana vt tersebut... apatah lagi penyokong haziq macam abang mosha dan lain-lain yang dok sms cakap terima kasih... tak termasuk lagi sms orang lain yang cakap vt tuh menyebabkan undian haziq naik... muhahahhaaa... all in all, ular menyusur akar, bisanya tak hilang... dah, malas nak cakap pasal nih dah... oohhh, errr by the way, aiman dapat offer berlakon...




delicious food...



sebenarnya rasa gelisah jugak sebab lama tak update blog... kerja banyak nak dihabiskan dan ada perkara-perkara baru yang dalam perancangan... so, bila vernon called and cakap nak buat a small birthday party untuk joe, i terus setuju... need to get away and pada masa yang sama, nak discuss something important dengan vernon jugak... so, majlis kecil-kecilan tapi meriah diadakan di rumah nikki dan yanie... ramai jugak yang hadir and mostly kawan-kawan rapat joe macam vernon, rudy, juan, hatta, fiebie... and of course my girl jolyn and hafiz... ada jugak kawan-kawan joe yang i belum kenal macam reza dan kaklong... tentunya ada nikki dan yanie yang bersusah payah masak makanan-makanan yang sunggup sedap... and i pun turut bawak diddy untuk diperkenalkan kepada beberapa orang kawan di dalam industri... an important first step untuk melangkah lebih jauh dalam industri seni... to get to know the people...




diddy and yanie...



makanan memang best, conversation pun banyak benda yang i dapat... walaupun empunya diri yang sambut birthday nampak senyum gembira, but i know kat dalam tuh, jiwanya bergolak... "honestly joe, there's nothing much that i can do, but to be there for you... kadangkala, bila kita terlalu mengharapkan sesuatu tetapi ianya tak menjadi kenyataan, tidak bermakna kita gagal... mungkin ianya bukan rezeki kita... we have to learn to accept our fate... mungkin yang berada di hadapan kita lebih bermakna..."

malam tuh jugak membuka mata i tentang masa depan yang rancangkan untuk diri sendiri dan keluarga... walaupun masih lagi dalam fikiran dan perancangan, i akan cuba mencari jalan yang terbaik untuk memastikan masa depan keluarga, yang terbaik untuk i dan orang-orang yang i sayangi... i memerlukan sedikit masa untuk berfikir kerana ianya satu pelaburan yang amat besar... thank you vernon and rudy for showing me some light and guidance... insyaAllah, i akan memikirkan semasak-masaknya...




www.groups.yahoo.com/group/dazzling_diddy



so, itulah... yang mampu yang kongsi buat masa nih... if you want to read about the birthday thingy, you can read at fiebie and joe... oh, beberapa keping gambar yang hatta ambik tuh, i ambik kat blog fiebie jugak... to those yang nak join fanclub diddy, you can go to dazzling diddy fc... and bercakap pasal need a break, next week i akan bercuti... i akan ke luar negara... so kalau berkesempatan dan berpeluang, i akan update... but if not, you guys take care and enjoy, k...


hhmmmmmm... tengah kusut...