Bidadari Hati

Sunday, July 02, 2006

the one about badrul and 'apa awak rasa sekarang?!?'...


diddy... (concert 5)...

kalau orang kata konsert kelima nih hambar, i have to agree... tapi bukan kerana song selection... bukan jugak sebab salah cikgu yang mengajar... i put the blame ke atas dua orang juri yang tidak berjaya memberikan kritikan yang bagus... jugak kepada pelajar yang tidak bersungguh-sungguh... ac mizal dalam keadaan lawak dan sinis, masih ada point-point yang boleh diterima pakai, tapi juliza dan adlin... what are you talking about?!? both of you are so full of yourselves sampai tahap kebosanan yang giler! adlin nak komen pasal pemilihan lagu dan production? heelloooo!!! your own production pun nak kena saman, ada hati nak bercerita pasal production orang lain... kalau nak komen pasal production, komen pasal pemilihan pengkritik tetap dan pengkritik jemputan yang banyak hampeh! and juliza, yang tahun lepas nih dok berdegar-degar dalam suratkhabar cakap orang lain tak layak nak bagi komen sebab kononnya takda credential, tapi bila dia diberi peluang, she has nothing relevant to say... well, it's not about credential, girl... ianya bergantung kepada keupayaan untuk memberikan kritikan yang membina... untuk memberikan petunjuk kepada pelajar tentang kelemahan dan kelebihan masing-masing... for them to learn from... eeehhh, malaslah nak cakap pasal nih... all i know is, astro has made the biggest mistake to choose adlin as pengkritik tetap...

lets talk about persembahan lah pulak... in my humble opinion, i think diddy has shown that he really has what it takes... lagu 60an, lagu pop, lagu inggeris, lagu nusantara dan lagu rock... tak satu pun mengecewakan... selalunya dia akan nampak terlalu tense, tapi malam konsert kelima, tak sangat... mungkin mimik muka masuk sikit kot dengan lagu rock nih... muhahahahaa... pakaian dia kena dengan persembahan... he look sooooo good on stage! he has his own style and voice... memang persembahan terbaik this week berbanding pelajar-pelajar lain...


faizal... (concert 5)...

persembahan faizal tetap menyeronokkan... walaupun i tak berapa faham kenapa bila part chorus tuh dia kena nyanyikan pada penari-penari lelaki instead of penari perempuan... nampak weird sangat... i accepted that dia memang tak pandai menari, but atleast for the first time after several week, i nampak dia benar-benar mencuba, especially ketika menari menuju puncak... sekurang-kurangnya dia dah buat sedikit perubahan untuk memajukan diri... there were several part nampak dia strainkan suara dia, tapi takdalah bunyi sumbang... cuma bunyi macam perit sikit jer...


farhan... (concert 5)...

for some reason, persembahan farhan tak sampai pada i... her voice terlalu banyak bergetar dan tak smooth seperti kebiasaannya... cara berjalan dia tak membayangkan seorang gadis yang menjadi perhatian sehingga ingin merahsiakan perjalanan hidupnya... airmuka farhan terlalu keras untuk lagu selembut ini... no, i'm not talking about her tone, sebab suara farhan memang sedap... tapi persembahan nih langsung tak terasa pada i...


velvet... (concert 5)...

velvet kena buat sesuatu tentang her semput-ness... i tak tahu kenapa dia cepat sangat nampak letih dan tercungap-cungap... i masih tertunggu-tunggu kehebatan velvet seperti ketika beliau menyanyikan lagu langit ketujuh... i think velvet di antara pelajar yang mempunyai suara yang sungguh hebat, tetapi sejak kebelakangan ini yang i dengar hanyalah terlalu nyaring... mana hilangnya suara power velvet? i bukan nak dengar dia menjerit nyaring, tetapi i nak dengar kekuatan nada tinggi dia... i think she has to know how to differentiate between menjerit dan mengeluarkan suara dengan nada tinggi... i pun susah jugak nak bagi contoh, but the best one is macam dia nyanyi lagu langit ketujuh tu lah... kalau nak kira, velvet adalah pelajar paling bertuah kerana sepanjang lima minggu di akademi, dia mendapat lagu-lagu yang popular untuk dinyanyikan...


amirul... (concert 5)...

i'm not saying that amirul nyanyi lagi baik daripada pelajar-pelajar yang kat bawah nih, but atleast tak terlalu merosakkan lagu... nothing special sebenarnya dendangan amirul kerana pada i dia tidak menunjukkan kesungguhan langsung... there is nothing new there... seriously i rasa macam orang menyanyi karaoke jer... orang yang bersuara sedap menyanyi karaoke... but that's the standard... bukan standard pelajar akademi fantasia yang dipilih daripada ribuan orang yang datang audition...


lotter... (concert 5)...

the first part nyanyian lotter tuh boleh tahan tapi bila dia masuk chorus dan tambah-tambah certain part, i tak boleh terima... i don't think lagu bila april adalah lagu yang sukar... bermakna lotter can do a lot more with the song... he can even made it his own... but there was nothing there either...


haziq... (concert 5)...

lagu m.nasir tak berdaya dibawa oleh haziq... tak sampai separuh pun keupayaan haziq untuk lagu tersebut... paling sedih, persembahan haziq tidak membayangkan dia berhak berdiri di akademi fantasia... tarian yang teruk, persembahan yang buruk... yes, he does has a nice tone, tapi dia tak mampu untuk menyanyikan kepelbagaian rentak lagu... and kalau dia hanya nak dapat lagu-lagu berentak asli dan nusantara contohnya, this is not pencarian bakat-bakat lagu asli... yes, i do appreciate that 18 year old boy boleh menyanyikan lagu-lagu lama dan bakal menjadi penyambung tradisi lagu-lagu melayu, but this competition is not for him...


salima... (concert 5)...

the one reason i letak salima bawah sekali sebab dia merosakkan lagu kesukaan i... walaupun i hafal lagu nih macam makan kuaci, tapi banyak tempat i tak dengar langsung sebutan salima, atau faham apa yang salima cuba sampaikan... climax lagu pun tak sampai pada i and again, this song is too big for salima... ianya mungkin *i repeat, mungkin* akan menjadi lebih baik kalau music arrangementnya lain sikit dan tidak terlalu sama... then, maybe salima boleh sampaikan dengan gayanya yang tersendiri...

so everyone, jangan lupa untuk afundi diddy... he has proven over and over again that he deserve to be in the final... you can help him to achieve that by sending your afundi diddy to 32999

oh by the way, apa specialnya salima sampai dia ada clip video diakhir konsert? kepada nora, karen, rich dan zila tak ada? pilih kasih?!? hhhmmmmmm...