the one about badrul and marsha's birthday bash...
sebelum i teruskan cerita, i better explain sikit kot pasal gambar masa marsha's birthday bash nih... i know kalau you jenguk blog satu dan blog dua, you can see all these pictures yang ada kat sinih... since sering saja berlaku sikap pilih kasih, terpaksalah i ambik jer gambar-gambar nih... sebenarnya soal kasta-kasta nih berlaku jugak dalam bab gambar-gambar nih... bukan kali pertama pun berlaku... macam dah lali dah... tapi kalau i yang sibuk dok pesan suruh bawak camera, suruh ambik gambar banyak-banyak dan lain-lain lagi, tapi tiba-tiba orang lain pulak yang dapat gambar tuh siap dengan 'tanda air' lagih, sikit sebanyak mesti sentaps jugak kan... dah lah tu, nak mintak ambik gambar masa i bertugas tuh pun macam kena paksa jer... paling best, siap sms lagi cakap dah update blog macam sajer jer nak cari pasal lah kan... dan ayat paling best 'nak kena letak jugak ke?!?' memang statement of the year! takpalah, terimalah hakikat kasta yang mana i berada... anyway... anyway... anyway... i dapat sms from marsha at 2.00am on sunday morning "can you do me a favor? can you be my mc for my birthday bash?" oh, by the way, wai em, mc nih yang emcee tuh yach... bukan cuti sakit yach... muhahahahhaaa... terkejut gak tengok muka concerned wai em bila dia tanya "ijin cakap you mc... you tak sihat ke?" muhahahhaaaa... errr, berbalik pada cerita tadi, i yang memang separuh sedar masa tuh terus jer sms balik jawab 'can'... bila bangun pagi, memang dah tak boleh nak tarik balik dah... rupa-rupanya nih kerja anne *cousin kelly* dengan abang ipar marsha, shawn... muhahhahaa... takpalah... i pun jenis yang giler glemer dan tengah nak membeli lebih banyak kawan nih...
i sampai quite awal kat restoran 39 tuh sebab i sepatutnya jumpa shawn to go through aturcara majlis... maklumler, jadik emcee bidan terjun... lepas dah went through sikit-sikit, pergi makan dulu kat lotus opposite hotel nikko tuh dengan muzaffar, izreen dan najmi... muhahahhaaaa, adik ijin i sorang tuh boleh masuk miss world - vorrrtte forrr meee kot sebab blur nyer!!! orang cakap building lain, dia pergi tunggu building lain... dah lah building yang dia tunggu tuh cuma dua tingkat, macam mana nak naik sampai tingkat 39... tapi takpa, boleh dimaafkan sebab dia pun baru jer dapat surat istimewa dari boss dia seperti yang diidam-idamkan... errr, nak kena ucap tahniah ke? anyway, lepas makan dan mintak kebenaran untuk bayar, semua pun berangkat balik ke tempat berlangsungnya majlis... oleh kerana ada raptai the asean summit tuh, jalan kat depan dan di sekitar klcc ditutup... banyak berlaku kelewatan dan ada jugak yang dah bayar tapi tak muncul... rugi jugaklah pada yang tak datang tu sebab bukan setakat dapat beramah mesra dengan marsha, tapi dapat jugak bertemu dengan bintang-bintang af 3 lainnya, sifu m.nasir dan marlia musa...
walau apa pun, kedatangan ramai press memang mengagumkan... dari berita harian, malay mail, the star, bernama dan lain-lain termasuk daripada melodi tv3 memang harus diberi pujian... pujian kepada yang tukang invite... bukan setakat press, bintang-bintang akademi fantasia 3 seangkatan dengan marsha turut hadir memeriahkan majlis... akma, amylea *walaupun demam*, kefli, elliza, ekin, yazer dan felix... kalau ada yang hadir mengatakan majlis sedikit hambar, i think bukan sebab aturcaranya, tapi disebabkan susunan tempat duduk... ruang utama tidak begitu besar dan restoran 39 dibahagikan kepada beberapa bilik seperti mana-mana restoran eksklusif lainnya... jadi, takda rasa kemesraan sangat... maybe this is something yang perlu diambil berat oleh pihak penganjur... iaitu memilih tempat yang sesuai... tapi apa pun, shawn cuba sedaya upaya untuk menjadikan majlis lebih mesra dengan menjemput semua peminat bersama di ruang utama apabila mereka selesai menjamu selera... which i think was great...
secara peribadi, i suka majlis ni sebab ianya santai dan tidak formal... tak perlu nak terlalu protokol dan tidak perlu nak buat persediaan yang terlalu rapi sampai seolah-olah ianya nampak fake... majlis nih relaks... and easy... semua yang sepatut dibuat, dilaksanakan dengan baik... persembahan daripada marsha, pelancaran laman web, serta sessi bertemu dan bergambar dengan peminat... mungkin menunggu countdown tuh yang memakan masa sebab kebanyak yang hadir perlu ke tempat kerja keesokan harinya... dan ada jugak hadirin yang sudah balik kerana bimbang terlewat keesokan harinya... hhhmmm... satu persamaan yang i nampak antara akma dan marsha ialah, mereka mempunyai ahli keluarga yang menyokong teguh karier mereka... yang sanggup turun padang berpenat lelah bagi memastikan adik-adik mereka dapat memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat... ya lah kan... kasihsayang keluarga mana boleh disamakan dengan kasihsayang orang lain... kasihsayang orang lain ada kasta-kastanya...
walaupun dipenghujungnya hanya tinggal lebih kurang 30 orang saja menyambut detik kelahiran marsha, tapi suasananya amat meriah dengan bunyi-bunyian dan nyanyian 'happy birthday' buat marsha... apatah lagi sebelumnya turut disertai dengan ucapan-ucapan selamat hari jadi daripada beberapa wakil yang hadir... i'm sure marsha turut merasa gembira kerana sambutan birthday yang ke 20 ini disertai oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat-peminat tersayang... to shawn, mitchell, anne, tina and of course marsha, thank you for letting me be part of your birthday celebration... semoga terus success!
to marsha, may all your wishes come true...
|