Bidadari Hati

Friday, December 23, 2005

the one about badrul and grandma's lunch...

belum pun officially i move to the other department, i dah mula buat kerja-kerja yang tertangguh... so, towards the end of the year, i buat dua tugas dalam satu masa... every day memang mentally tired... even on the day yang i ambil cuti, banyak benda yang perlu disiapkan... pergi bank settle kan bayaran rumah, kereta, bawak my grandma pergi hospital dan sebagainya... uruskan hal-hal persekolahan budak-budak... dan dari hal yang sekecik-keciknya, sampailah yang besar-besar... semuanya serentak hujung tahun nih... that's why i don't have that much time untuk update blog... bila balik rumah, need to spend time with the kids yang merindukan grandparents dia orang... for the past two weeks, i think i tidur about 3 to 4 hours everyday... kadang-kadang less... but you know what? it's so satisfying...

okay, lets not talk so much about kerja, k... memang tak pernah habis... yang nak i ceritakan ialah pasal this special lunch... about a week ago, my grandma 'meluahkan perasaan' dia about having makanan kampung... dia teringin nak makan masakan kampung yang dah lama dia tak makan *sejak dia pindah kl duduk dengan kita orang*... hati i tersentuh jugak sebab my grandma tak pernah mintak apa-apa... dalam usia dia sekarang, dia dah tak berapa boleh nampak and dah tak berapa larat nak berjalan... masa awal-awal dia pindah ke sini dulu, dia masih mampu baca Al-Quran pakai cermin mata, tapi sekarang dah tak boleh dah... so, bila selalu berada dalam bilik dan sekali sekala cicit-cicit datang menjenguk tentulah sedikit membosankan untuk dia... tv dah tak boleh tengok, so hanya radio yang i beli yang menjadi teman... oh, sebelum i terlupa ada sesiapa tahu kat mana i boleh beli cassettes or better, cd, ayat-ayat Al-Quran? please let me know ya... kalau boleh, yang original lah sebab i taknak beli kat pasar malam...


berbalik pasal makan tadi, i tanyalah apa dia nak makan... she gives me a list of lauk-pauk yang dia teringin nak makan... so, bermulalah pencarian i mencari bahan-bahan yang diperlukan... mempelam muda *orang pantai timur panggil pauh ringan*, pucuk gajus *pucuk jambu golok*, ikan sepat kering, telur masin 3 hari *telur jeruk*... yang nih lah beberapa list yang i ingat... beberapa tempat jugaklah yang i pergi termasuk pasar borong selangor and pasar borong selayang... ikan sepat kering tuh adalah i dapat, tapi yang lain-lain tuh memang tak nampak bayang... fikir punya fikir, i called my friend kat terengganu... sekarang nih dah lah musim banjir kat sana, agak sukar nak cari benda-benda nih semua... tapi i nak cuba usahakan jugak... kalau duduk kat kampung, takdalah sukar sangat nak cari, tapi kat kl nih yang orang kata boleh dapat apa saja, tak pulak i jumpa... mungkin jugak i cari salah tempat kot, tapi sebab dah beberapa hari lepas dah my grandma cakap and i pun memang takda banyak masa siang hari, i cuba jugak suruh my friend carikan...


petang khamis, my friend pok mang telefon, katanya selepas dua tiga hari cari, dia dah dapat semua bahan-bahan yang i mintak and dia kirimkan melalui pakciknya yang jadi pemandu bas... suruh i ambik kat bus station on friday morning... setengah jam cakap telefon dengan pok mang, i think 20 minit tuh i habiskan dengan ucapkan terima kasih kat dia... memang i terhutang budi sungguh-sungguh... giving the time and the situation sekarang nih, memang susah jugak nak cari bahan-bahan tuh walaupun di kampung... berbunga-bunga rasa hati bila i dah ambil barang tuh dari pakcik pok mang... semua ada... mempelam muda tu adalah dekat dua kilo... setabung telur jeruk and lima ikat pucuk jambu golok... mana dia carikan pun i tak tahu... katanya telur jeruk tu dah tiga hari, jadi campur dengan satu hari kirim tuh dah masuk empat lah... i tak kisah kalau lebih sehari... tak akan masin... dia akan hawa-hawa jer...


on the way back, i singgah beli bahan-bahan lain macam lengkuas, santan, cili, limau purut, bawang dan lain-lain untuk memasak... sampai jer kat rumah i terus ke dapur... pucuk jambu rendam dalam air untuk dibersihkan dan dibuang getah-getah yang melekat... mempelam di basuh dan diracik-racik, ikan sepat kering direndam air seketika, kemudian dilumur sedikit kunyit dan cili kering kisar... empat biji telur jeruk dikeluarkan dari tabung untuk buat gulai lemak telur... selalunya orang masak gulai lemak telur pakai telur itik biasa jer, tapi my grandma selalu pakai telur yang baru dijeruk tiga empat hari, yang baru nak masin sikit... rasanya lebih sedap... anyway, tak banyak benda sangat yang hendak dimasak, but it took me sejam lebih untuk sediakan semuanya... kena pastikan bahan-bahan fresh dan dibuat sendiri macam cili kering kisar dan lain-lain... no point lah kan kalau susah-susah nak dapatkan bahan untuk memasak, lepas tuh pakai cili boh segera... macam tak ngam lah pulak... oh, lupa nak cakap, i purposely ambik cuti on friday to prepare lunch for my grandma...


lepas friday prayer, i sambung masak... well, yang i sengaja tunggu lepas sembahyang and before nak makan, which was to fry the ikan kering and nak tumbuk sambal belacan... so, makan tengahari kita orang hari jumaat ialah gulai lemak telur jeruk, sambal belacan mempelam muda, ikan sepat kering goreng bercili dan ulam pucuk gajus beserta ulam-ulam lain yang i beli kat sini macam ulam raja, buah kerdas *i tak makan*, petai jeruk dan timun... seronok dan gembira tengok my grandma makan berselera... selalunya nak habiskan sekeping roti pun susah... makan tengahari tu dia bertambah nasi... Alhamdulillah...

malam nanti masak nasi lain, tambah telur dalam gulai and gorengkan ikan masin lagi sekali...