Bidadari Hati

Monday, February 07, 2005

the one about badrul and era outside broadcast, le tour & khai...


era outside broadcast (i)...

sunday was very hectic for me... chewwahhh... muuahahahaa... bunyi macam c.e.o. jer... hahahhaa... no lah... not c.e.o. but memang letih... on air from 6.00am to 10am... lepas tuh singgah sekejap kat awan besar for brunch, then decided that instead of driving to dataran merdeka for siaran luar era sempena le tour de langkawi, i naik lrt to masjid jamek and walked from there... lamanya tak naik lrt... and it only takes 25 minutes from sri petaling to masjid jamek... waahhh!!! makin bagus public transportation kita nih... cuma satu jer nak comment, orang yang announce kan tempat-tempat berhenti tuh macam tak reti bercakap jer... kadang-kadang, langsung tak faham apa yang dia cakap... hhhmmm... alhamdulillah, dalam lrt tuh bersih and masih ramai lagih orang malaysia nih yang berhemah... nampak perempuan berdiri, bagi duduk... nampak orang tua, bagi duduk... good!


era outside broadcast (ii)...

sampai kat dataran merdeka almost 11.30am... matahari dah nak tegak kat kepala... panasnya... orang dah mula ramai dah... so, terus jalan pergi mini stage yang dia orang siapkan untuk siaran luar era... hari nih giliran farah fauzana bertugas... bagus budak nih... pandai betul bercakap dengan pendengar dan hadirin... tiba-tiba teringat pesan kak rose untuk nana, so terus sampaikan pesanan yang sama kat farah fauzana supaya jangan terlalu menjerit... hahhahahaaaa... warning awal-awal... keadaan kat dataran merdeka memang meriah... makin lama makin ramai orang, dan makin lama makin panas... mak datuk, bayangkan i nih yang memang dah hitam-hitam sitampuk manggis, sekarang nih dah jadi hitam-hitam arang batu... muuahahhaaaa... bila tengok gambar-gambar nih, tergelak besar... sebab kalau nak carik i, mudah jer, tengok yang gelap sekali... hah, yang tu lah... muuahahahaaaa...


era outside broadcast (iii)...

ramai jugak pelancong-pelancong asing yang datang... i'm glad that kita ada le tour de langkawi... walaupun i think we should at least ada world class 'pengayuh basikal' barulah layak kita nak anjurkan such event, tapi takpalah... insyaAllah, kalau orang-orang kita selalu berlumba dengan first class atletes nih, kita pun akan improve... harap-haraplah... masa nih, i dah rasa sesak-sesak nafas dah sebab dah terlalu ramai orang dan panas terik dicampur dengan bau yang betul-betul membuatkan nafas jadik semput... muahahahaaa... masuk pukul dua petang, mata pun dah mula berpinar-pinar dah...


era outside broadcast (iv)...

anyway, i nak sentuh sikit pasal khai sebab dia adalah artis jemputan for siaran luar era untuk le tour de langkawi... tapi i tak pergi yang kat kuala terengganu and kat raub tuh, but yang kat dataran merdeka nih, i saw something different... this boy has change... dia dah jadik entertainer... i was surprised but at the same time very happy... the way dia handle the crowd, the way dia bercakap dengan confident, the way dia menyanyi, the way dia entertain... i was so proud sebab i was around masa dia mula-mula bertapak nak jadi penyanyi, sampai lah sekarang nih dia dah ada album and jadi pelakon... walaupun ramai yang kata macam-macam tentang dia, i just know he is a good kid... to khai, semoga terus success...

my 'cuti-cuti malaysia duduk kat rumah' starts today... i know that i will be busy with the kids and family tapi i will do my best to put up some entries... tapi i know ramai jugak yang cuti panjang from wednesday... anyway, tonight pun ada training bowling... so to all yang bercuti from monday, selamat bercuti...