the one about badrul and tranquillity...
ketenangan ~ part I...
whenever i feel sad, angry, dissapointed or just under the weather, i will try my best to go back to my 'soul-searching' mode... other than sharing my emotions with my wonderful friends, i will read, cook or go through some pictures that have a calming effect on me... i don't know how you handle your frustrations, but i do want to share these beautiful pictures with you... call them tranquillity, serenity, calmness, peacefulness or whatever you want, but i hope they will help you too...
something about my emotional roller-coaster last week triggered my creativity as well (if you can call it creativity...) i wrote three scripts for my hari raya road safety campaign that touched my heart so much... i now want to share these three scripts with you...
ketenangan ~ part II...
selamat pulang (ad 1) adalah tentang seorang isteri yang bercerita tentang makanan kegemaran suami dan anaknya ketika hari raya... dan kemudian meratapi kehilangan suami dan anaknya dalam kemalangan kerana suaminya yang memandu laju...
Isteri: Kalau bulan yang mulia ni, suami saya mesti nak ketupat dengan rendang... itulah yang paling dia minat... anak saya Hadi, mesti dengan pegedil daging... dua tiga kali bertambah nasi... seronok tengok dia orang makan masakan saya... berselera... (pause)
(started to cry) sekarang dua-dua dah takda...
(sobbing harder) masa tu, tinggal beberapa hari je lagi nak raya... balik dari pasar... arwah suami bawak laju sangat... selekoh, tak sempat nak brek...
(crying) sedar-sedar, saya dah kat hospital... terkilan sangat tak sempat nak kucup pipi mereka... Sampai sekarang saya teringatkan suami... terngiang suara hadi...
anncr: Tragedi paling perit dalam hidup ini, adalah kehilangan orang yang anda kasihi...
Ingatlah orang yang tersayang, semoga anda selamat pulang...
ketenangan ~ part III...
selamat pulang (ad2) adalah tentang suami yang bercerita mengenai jadual balik kampung keluarga mereka setiap tibanya syawal, namun akibat sifat suka berlumba di jalanraya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, semua kegembiraan beraidilfitri hilang sekelip mata...
suami: Memang kalau tiap-tiap kali balik beraya, kami bergilir... kalau tahun sebelumnya balik rumah belah keluarga isteri saya... tahun berikutnya balik ke rumah belah keluarga saya lah... anak-anak... (a little laugh) macam biasalah... rumah mana-mana pun dia orang seronok... maklumlah, dapat jumpa atuk dan nenek... (pause)
(voice become softer) Tapi semua tu dulu...
(started to cry) sekarang dah takda lagi dah...
(sobbing harder) masa tu, isteri saya pergi ambil anak-anak di sekolah... ada budak-budak ni berlumba kereta... laju... terbabas... isteri dan anak-anak saya di tepi jalan nak melintas balik ke rumah...
(crying) baju-baju raya mereka semua tak pakai lagi... masih saya simpan... rindunya saya pada mereka....
anncr: Tragedi paling perit dalam hidup ini, adalah kehilangan orang yang anda kasihi...
Ingatlah orang yang tersayang, semoga anda selamat pulang..
ketenangan ~ part IV...
selamat pulang (ad3) adalah mengenai seorang kanak-kanak yang bercerita tentang kegembiraan menyambut malam tujuh likur bersama ibu bapanya, tetapi oleh kerana kecuaian bapa yang tidak mahu berhenti rehat walaupun letih dan mengantuk menyebabkan beliau kini yatim piatu...
anak: Bila malam, Aiman suka main buka api dengan mama dan papa... lepas tu, malam tujuh likur, aiman suka pasang pelita dengan papa... aiman tolong mama buat pudding buih jugak untuk raya... pudding buih sedap tau... hari raya, aiman dapat duit raya...
Tapi sekarang takda dah... nenek kata, mama dengan papa dah takda... jumpa tuhan... masa tu nak balik rumah nenek lah... mama suruh papa berenti sebab papa banyak kali menguap... papa nak cepat sampai... aiman diam je kat belakang...
Sekarang aiman tinggal dengan nenek dan atuk... aiman rindu sangat-sangat dengan papa dan mama.. rindu sangat-sangat...
anncr: Tragedi paling perit dalam hidup ini, adalah kehilangan orang yang anda kasihi...
Ingatlah orang yang tersayang, semoga anda selamat pulang...
ketenangan ~ part V...
these commercials will be on era, sinar and xfresh starting this thursday, but if you feel like being 'the first person' to listen to them, well, i boleh emailkan the mp3s to you... but i do want to know what you think of these commercials... share it with me, k...
~ pictures courtesy of shonny ~
|