Bidadari Hati

Friday, November 05, 2004

the one about badrul and the announcements...




jarang sangat i letak posting siang hari... maklumlah, usually siang-siang nih terlalu sibuk dengan kerja, but 5th of november adalah tarikh yang istimewa for some of my friends here dekat blog nih... tarikh inilah yang menemukan 'the paris team' seperti kak rose, kak n, alang, alyne, aneem, alia, tiesya, mimi, shai, comcom (from brunei)dan lain-lain... tarikh inilah yang mewujudkan kami menjadi seperti satu keluarga... tarikh inilah menjadi titik permulaan kepada bermacam-macam pertemuan kami... tarikh inilah menjadi satu lambang gelak ketawa kami, senyum simpul bibir kami, sedih pilu hati kami, remuk rendam perasaan kami... dan yang pasti, tarikh ini akan terus tersemat difikiran kami untuk tahun-tahun yang mendatang...

bagai satu keluarga yang besar, kami ingin mengucapkan kepada adik kami... selamat hari jadi, khai...

this message is specially dedicated for khai from tiesya (i copied it from khai fanclub)

tak kemana tumpahnya kuah
kalau permata ia tetap menyerlah

tak hina kalaupun merendah
asalkan di hati tersemat yang indah
penuh hikmah………

usah digusar umpat dan fitnah
jatikan diri penuh berhemah
laluan dihadapan jangan digundah
dengan izin Nya diharapkan cerah!


announcement 1...



ok, yang ditunggu-tunggu telah tiba... saat nak umumkan pemenang untuk evolusi 2... setelah dikira-kira kembali, 6 orang telah dipilih (instead of 5) sebagai pemenang... mereka akan memenangi cd eksklusif yang ditandatangani oleh adifashla, burn dan sahri, serta makan malam eksklusif bersama mereka. walau bagaimanapun, mereka yang tidak menang, tapi turut mengambil bahagian juga akan menerima hadiah saguhati... ok, pemenang-pemenangnya adalah (in random order)...

kretortd
nhk
orangkampung
izkiut
guruvocal
meesua


pada semua pemenang, sila emailkan kepada saya alamat surat-menyurat anda... juga kepada yang pengalah... hihihi... hantar jugak ok, sebab ada hadiah saguhati menanti anda... untuk kretortd, dinner anda bersama burn, adifashla dan sahri akan diuruskan bila anda kembali ke malaysia nanti di sebuah warung mamak depan rumah saya... hihihiihii...

announcement 2...



ok, presiden kelab kaeratiks, puan alangrosa, mintak tolong saya buat annoucement pasal gathering hari raya untuk kaeratiks dan sesiapa yang ingin bersama kaer... ia akan berlangsung pada 25 november(wuuuaarrgghh, harijadiku), 8 malam di subang golf club... temanya ialah baju raya warna cream, putih atau hitam (atau ikut macam cikanosweet, pakai semua warna)... bayarannya adalah rm30 dan kanak-kanak bawah 6 tahun macam harry potter scov tuh takyah bayar... sila emailkan nama penuh, nombor telefon dan email pada kak zu di bendaharikaer@yahoo.com... sila bankkan wang anda ke akaun kak zu (please hubungi dia sebab i don't want to put her account number kat sinih, nanti terjadi sesuatu yang tak elok pulak)... hubungi kak zu untuk pertanyaan lanjut, ok... tarikh tutup pada 10 november ini... selamat berhari raya bersama kaer kepada semua...

announcement 3...



memandangkan hari raya dah tak lama lagih dan saya akan bertugas pada petang raya pertama (wuuaarrrggghhhhhhh) dari pukul 2 petang hingga 5 petang, jika rakan-rakan dan sahabat handai semua ingin membuat ucapan selamat hari raya, silalah letakkan kat ruangan comment atau emailkan ucapan anda kepada saya... tapi kalau boleh, pastikan ucapan anda tu ringkas dan senang nak baca... and takyah guna nama-nama samaranlah, sebab leceh nak baca nama samaran on-air nih macam sumbang, meerebus dan sebagainya... hahahahaaa...

selamat berhujung minggu kepada semua...

~ pictures by shonny ~ (check out his logo on the side bar)