Bidadari Hati

Sunday, September 25, 2005

the one about badrul and nasi kerabu mom's recipe (iklan jap)...


ulam ~ kobis, kacang panjang, daun kunyit...

sajer nak break kejap... nanti i will continue letak gambar-gambar from anugerah era... so, i know bulan puasa belum start lagih, tapi macam my kitchen tour nak start balik jer... muhahahaha... sebenarnya, macam yang i cakap hari tuh, i buat farewell to my colleagues kat office... so, i janji kat diaorang to cook nasi kerabu... let me tell you, nak buat nasi kerabu nih penat sikit sebab banyak bahan-bahannya... well, itu pun kalau you nak rasa yang original sikitlah... kalau yang ada jual kat kl nih, sesetengahnya letak ulam macam taugeh, kacang panjang dan kobis jer... yang paling mudah dan paling murahlah tuh... tapi kalau ikutkan, banyak lagih ulam yang nak kena letak... so, if you decide to cook nasi kerabu, be prepared! pastikan ada orang yang membantu... kalau tidak, memang satu hari lenguh-lenguh badan nanti... muhhhahahaha... i pun mintak tolong my sisters to hiris-hiris ulam dan sebagainya...

oleh kerana i bangun pukul empat pagi *yach tuan-tuan dan puan-puan* memang takda masa nak ambik gambar ketika preparation seperti yang i selalu buat... gambar-gambar nih semua diambil bila dah dihidangkan kat office dan yang dah lapar start makan... muhahahahaa... gambar pun tak semua yang dapat diambil...


ulam ~ daun kesom, daun kadok, serai, bunga kantan...

i kalau nak bagi jumlah dan nilai sebenar barang-barang yang nak digunakan nih i tak berapa reti sangat... maklumlah, i masak ikut rasa, takda belajar-belajar kat sekolah... muhahahhaaa... so, kebanyakan jumlahnya main agak jer... okay, kita start dengan ulam-ulaman dulu... again, mengikut jumlah yang you sukalah... kalau suka raw vegetables, letak ler lagih banyak... kat bawah nih list ulam-ulaman yang my family selalu guna bila masak nasi kerabu...

kacang panjang ~ dihiris nipis-nipis
kobis ~ diracik halus
daun kunyit ~ diracik halus
serai ~ diracik halus
bunga kantan ~ diracik halus
daun kadok ~ diracik halus
daun kesom ~ dipotong kasar


sambal ikan...

sambal ikan atau sesetengah orang panggil serunding ikan nih pun leceh jugak nak buat, tapi bila dah siap... seeddaappnya!

1 biji kelapa parut
10 ekor ikan kembung
2 keping asam keping
10 ulas bawang merah
2 batang serai
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa

ikan kembung dibersihkan dan direbus dengan asam keping dan sedikit garam... kemudian perisikan ikan-ikan tuh dan semua isinya ditumbuk... hah, nih part leceh sikit... jangan tumbuk sampai lumat yach... cuma pecah-pecahkan sikit jer isi ikan tuh... bawang merah dan serai juga ditumbuk... juga jangan sampai terlalu lumat dan tidak terlalu kasar... kelapa parut digoreng sehingga naik bau... kemudian ditumbuk... gaulkan semua bahan-bahan tadik dan masukkan garam dan lada hitam secukup rasa... sambal ikan nih sedap sungguh kalau makan dengan nasi impit atau pulut... ohhh, laparlah pulak!


sambal tumis belacan...

kalau you buat sambal tumis belacan, bermakna nasi kerabu ialah nasi kerabu putih... nasi kerabu hitam *walaupun warna dia biru, tapi orang panggil nasi kerabu hitam* tak payah pakai tumis belacan nih... tapi to me, yang nih ler yang paling sedap!!

30 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
15 biji lada kering - direndam dan dikisar
belacan 2inci x 2 inci dikisar
5 batang serai - dikisar
gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat

panaskan minyak didalam kuali dan goreng semua bahan yang dikisar sehingga naik bau... sebab dah pakai belacan, tak payah lagih nak pakai garam... masukkan gula secukup rasa... bila bahan dikisar dah garing, masukkan santan cair... kacau sehingga pecah minyak dan masukkan santan pekat... biarkan mendidih dan tutup api... hah, dah masak dah...


daging goreng...

selalunya bila masak nasi kerabu, orang akan makan dengan daging bakar... tapi hari tuh cari dapur arang tak jumpa... so, i decided to goreng jer... selalu jugak kita makan nasi kerabu dengan daging goreng kunyit... but, masa masak hari sabtu tuh, i tukar sikit nak bagi rasa sedap lagi...

sekilo daging batang pinang
garam dan kunyit secukup rasa
2 inci halia muda ~ hiris nipis
4 ulas bawang putih ~ biarkan sebiji-sebiji
2 biji bawang besar ~ hiris nipis
3 biji lada kering - dihiris
1 periuk air
2 sudu kicap pekat
minyak untuk menggoreng

mula-mula bersihkan daging... masukkan dalam periuk berisi air... masukkan sedikit garam, kunyit, hirisan halia muda dan bawang putih sebiji-sebiji... nih adalah cara yang my mom selalu gunakan bill nak masak ayam atau daging or even ikan... kaedah nih dipanggil 'mati air'... i pun tak tahu apa maksud dia... muhahahhaaa... all i know is that kalau nak masak kari ker, nak goreng ker atau masak apa jua, daging lebih lembut dan lebih berperisa... okay, selepas daging tadi dah empuk, toskan airnya... kemudian hiris daging nipis-nipis...

panaskan sedikit minyak, masukkan daging yang dihiris, garam dan gaul rata-rata... kemudian masukkan bawang besar dan lada kering yang dihiris... goreng sehingga bawang garing... masukkan kicap pekat dan gaul rata-rata... angkat sebab dah masak.... muhahahhaaa...


ikan celup tepung...

selalunya kitaorang guna ikan yang kecik-kecik macam ikan selar kuning atau ikan mambong untuk buat ikan celup tepung nih...

500 gram ikan selar kuning
5 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit kunyit
garam secukup rasa
air
minyak untuk menggoreng

campurkan adunan tepung, baking powder, kunyit, garam dan air... adunan nih mesti tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair... just nice... kalau you tuang adunan tuh, kira macam susu pekat manis tuh... hah, lepas tuh, ikan yang dah dibersihkan tuh dicelup satu-satu right before masuk dalam kuali... maknanya, anda kena panaskan minyak terlebih dulu, dan bila minyak dah panas, celup ikan dalam tepung dan terus ke dalam kuali... macam tu lah caranya... toskan ikan yang dah digoreng tadi supaya takda minyak yang lebih-lebih...


telur masin...

selain daripada telur masin, banyak lagih lauk sampingan untuk dimakan bersama dengan nasi kerabu... bawang putih jeruk, salak lada dan keropok keping goreng... keropok nih wajib tau! lepas tuh mesti ada budu dan air lada...

selalunya budu yang dibeli dikedai, my mom akan masakkan dulu... senang jer... gorengkan sedikit cili boh dengan sedikit minyak... bila cili boh tuh dah garing, masukkan budu... pastikan budu ditapis dulu yach... kemudian, biarkan mendidih... bila nak dihidangkan, pastikan diperahkan sedikit limau nipis...

untuk air lada pulak, kena ada...

4 sudu cuka
3 biji limau purut
sedikit garam
100 gram cili padi merah...

kisarkan kesemuanya... dah, siap dah airlada untuk makan dengan nasi kerabu dan ikan celup tepung or daging bakar... yum yum! selamat mencuba kepada yang nak cuba, dan pastikan nanti pergi spa sama-sama yach... muhahahahaa...


Thursday, September 22, 2005

the one about badrul and anugerah era pictures (part 1)...


anugerah era - the stage...

i know... anugerah era dah over almost a week... tapi i baru jer dapat gambar-gambar, which i really want to put in my blog... banyak pulak tuh i dapat gambar... muhahhaha... so, i will select gambar yang i nak letak jer lah...

anyway, someone left a comment cakap i yang ajar apa yang felix cakap masa diinterview oleh farah fauzana... pada mulanya i malas jugaklah nak jawab because nanti melarat-laratlah pulak kan... tapi at the same time, kalau i tak cakap apa-apa, nanti orang ingat betullah pulak... so, here... i don't even know that they were going to interview felix... lepas habis anugerah era, i tanya rostam, that interview tuh memang dirancang ke?... dia cakap memang diaorang invite felix to be interviewed kat konti era dalam stadium tuh... so i tanyalah if the interview was scripted, and rostam cakap no... same thing, i tanya jugak farah fauzana and dia cakap semua tuh secara spontan... okaylah... malas nak explain panjang-panjang... to me, apa felix nak cakap atau cakap, itu dia punya suka... tak payah nak susah-susah fikir ikhlas ker tak ker, bergurau ker, serious ker... terpulanglah pada dia... full stop!


elliza, akma and emy... getting ready...

i terkejut jugak tengok ada gambar-gambar kat dressing room masa diaorang tengah bersiap-siap... cool! i think masa nih i dok tengah sibuk-sibuk kat depan tunggu some of my friends... i'm sure diaorang tengah bersiap-siap sejak awal petang lagih, since ramai af stars yang nak kena makeup and dress-up...


felix nak dipacakkan rambut...

kalau tengok gambar-gambar kat dressing room tuh, penuh dengan jurumekap, pendandan rambut and designers yang nak sediakan these stars... bersimpang siur wires, and baju-baju di merata tempat... ada satu gambar tuh mawi siap melelapkan mata *lepaskan penat kot* masa jurumekap tengah bedakkan muka dia... luckily, mawi takpayah susah-susah buat rambut...


yazer's turn to do his hair...

i guess rambut lah part yang paling makan masa kot... i think lah... tapi kalau tengok pada make up semua, mungkin makan masa lagih lama kot... susah jugak yach jadi artis nih... muhahahhaaa... kena yang muka besar macam i nih, lagih banyak ruang nak kena make up kan... muhahahaha...


marsha, emy and akma at the red carpet...

masa kat red carpet, i berdiri kat starting point dia, where limo sampai and orang bukakkan pintu untuk artis-artis turun sebelum berjalan di red carpet... so, ramai jugaklah artis-artis *dan bukan artis* yang i nampak with macam-macam gaya pakaian... ada yang kena dengan tema, ada yang tidak... tapi all in all, everyone was trying to fit into the theme...


reza and felix gaya funky...

i think the idea of red carpet nih memang bagus sebab bagi peluang untuk peminat-peminat melihat dari dekat artis-artis pujaan mereka... but tempat dan cara perlu diambil kira supaya peluang itu tak membazir... yang nih i think kita kena belajar cara-cara yang dibuat kat hollywood... i know it will take a lot of time, money and effort... tapi that is the only way supaya 'red carpet' tak hanya membuang masa...


zahid, yazer and mawi... also at the red carpet...

apa-apa pun, i suka red carpet kat anugerah era sebab selain daripada artis-artis berjalan dan diambil gambar oleh press, they were also being interviewed dengan beat tv, muzik@ria, and trek selebriti... nampak impressive...

i guess next week pun i masih akan letakkan gambar-gambar from anugerah era... i love the pictures... next week i akan letakkan gambar-gambar pemenang, artis-artis on stage and some pictures from the post party... enjoy!


Wednesday, September 21, 2005

the one about badrul and a little story...




i've been very busy for the past few days... in fact, i think i'm going to be quite busy for the next couple of days or so... tapi, insyaAllah, when i have more pictures masa anugerah era, i will put it up here... tengah dok merayu siapa-siapa yang ambik gambar malam tuh... muhahahaha... anyway, today i dapat email from a friend with this little story... maybe you guys pun dapat jugak before, but i thought it was such a nice story that i nak letak kat blog nih... mana tau, satu hari nanti, i need to read it again to bring back my perspective on things...

Perspectives

One day a father and his rich family took his young son on a trip to the country with the firm purpose to show him how poor people can be. They spent a day and a night in the farm of a very poor family. When they got back from their trip the father asked his son, "How was the trip?"

Very good, Dad!"

"Did you see how poor people can be?" the father asked.

"Yeah!"

"And what did you learn?"

The son answered, "I saw that we have a dog at home, and they have four. We have a pool that reaches to the middle of the garden, they have a creek that has no end. We have imported lamps in the garden, they have the stars. Our patio reaches to the front yard, they have a whole horizon.

When the little boy was finishing, his father was speechless.

His son added, "Thanks, Dad, for showing me how poor we are!"

Isn't it true that it all depends on the way you look at things? If you have love, friends, family, health, good humor and a positive attitude toward life, you've got everything!

You can't buy any of these things. You can have all the material possessions you can imagine, provisions for the future, etc., but if you are poor of spirit, you have nothing!

~Author Unknown~


kat dalam email tuh tertulis 'author unknown', but if you know siapa yang tulis nih and darimana, do let me know... this saturday, i'm saying farewell to one of my friend kat office... i promise her to cook nasi kerabu, or some of you panggil nasi ulam... haiiyooo, banyaknya kerja... nampak gaya kena bangun pukul 4 pagi ler hari sabtu nih... muhahhahaha...


Monday, September 19, 2005

the one where badrul... errr... was badrul there? (part 2)...


anugerah era 2005...

thanks to ijan sebab hantarkan gambar yang dia tolong ambilkan... well, you can see that i hanya ambil a few shots... memang takda masa dan kesempatan untuk bergambar, and memang i tak bawak camera pun... tapi bak kata izreen, 'semuanya disimpan dalam kotak fikiran'... muhahahhaa... okay, i nak cerita serba sedikit yang berlaku di belakang tabir... oh wait, takda kena mengena dengan orang lain yang bekerja di belakang tabir... just cerita i di belakang tabir jer...

dalam banyak-banyak speech, i suka syarifah amani's *betul ker nama dia nih?* acceptance speech... 'the voters has spoken'... tanpa perlu nak menemplak sesiapa, ayat tersebut pasti meninggalkan maksud yang mendalam... which to me is great! kadangkala kita hanya fikir tentang pilihan kita sahaja, tanpa mengambil kira pilihan orang lain...

ayat yang paling kelakar i dengar pulak was from felix... 'jangan kemana-mana kita akan kemana-mana'... that was hilarious... macam nak pecah urat perut... ditambah dengan muka dia yang selamba jer... muhahahahaaa... ayat yang paling romantik pulak was... hhhmmmm... tak payah tulis lah... nanti ramai pulak yang pengsan tak sempat bawak pergi hospital... muhahahahaa...


with zahid...

macam yang i cakap earlier, i banyak menghabiskan masa kat tepi stage *belah dalam* dengan klubbkidd, juan, ted dan beberapa orang lagih... masa tuh perut dah meragam sebab tak makan apa-apa dari lunch time dan tekak memang kering habis... kita oranglepak kat bilik untuk af stars and nasib baik reza ada beli mcdonalds.... so, alas perut dengan fries and bantai coke dia... muhahahhaa... *joe minum coke sampai habis*.... lepas tuh, towards the end of the show, felix and yazer lepak kat bilik yang sama... masa tuh lah i bagi nasihat serba sikit kat dua-dua orang nih... maklumlah, banyak jugak perkara yang tak berapa baik disebarkan oleh orang tertentu yang mungkin dengki dan sakit hati dengan mereka... anyway, nasihat tuh pun untuk kebaikan mereka jugak dan untuk mengelakkan ada orang mengambil kesempatan atas sifat mudah percaya mereka... they are good kids, so sudah-sudahlah dengan kata-kata yang tak berfaedah... both of them pun ada jugak menyatakan ketidakpuasan hati mereka tentang beberapa perkara, which i think mereka dah boleh menghadapinya...


with felix...

ketika di post-party, i ke hulu dan ke hilir membantu team publicity era membawa press... memang sukar kerana berlaku sedikit salah faham menyebabkan beberapa orang press 'naik angin'... i pun tak tahu nak cakap apa dah sebab i pun cuma membantu saja... again, i nak mintak maaf sekali lagih pada yang terlibat jika ada kekurangan... the place was too crowded with people... so, i just hang around dengan akma and introduced kan dia dengan beberapa orang rakan wartawan yang i kenal... she was interviewed by media hiburan and majalah hai... i jugak introduced akma pada roslen, editor berita minggu yang ingat akma seorang model... memang akma macam model kan... muhahahahaa... mula-mula tuh i ingatkan i sorang jer yang ke sana ke mari... rupa-rupanya elkapitan pun dah tawaf tempat tuh dua tiga kali sebab mencari marsha... siap muka frustrated lagih... muhahahhaaa.. kesiannya... i pun tak tahu apa kesudahannya... harap-harap jumpalah yach...

nak makan pun a bit susah actually sebab pinggan semua tak cukup... at last i dapat satu pinggan, tetapi tengah i dok letak nasi goreng, tiba-tiba my executive director tanya ada lagih tak pinggan and dia pun nak nasi goreng... haaiyoooo... next to me was anita from menara kl, who used to work with astro... so, i tanya dia, kalau tengah lapar giler nih and you ada satu pinggan jer, and at the same time your executive director mintak makanan dengan you, should you give it to him or should should just ignore it and terus jer makan... of course, i don't actually have to wait for her answer, i gave my plate to him... la la la la... at last, i just tengok ada lebih-lebih air mineral orang punya, i just minum jer untuk alas perut...


with felix and yazer...

sebelum orang lain keluar, i nak cabut awal, tapi akma nak ikut jugak... so, i pun bawaklah dia dengan emy sekali untuk pergi dressing room tempat diaorang tinggalkan barang-barang diaorang... wahhhh, macam orang kaya berjalan dengan dua orang gadis yang cantik bergaya... sorang pegang tangan kiri sorang pegangn tangan kanan... pastu ramai photographer *actually peminat-peminat diaorang lah* ambik gambar... terglemer kejap... muhahahhaaaa...

bila sampai kat dressing room tuh, sorang-sorang bintang af sampai... aidil, amylea, felix, yazer and mawi... so, melepak dengan diaorang sekejap... emy ambil gambar dengan felix kemudian diapun tunjuk-tunjukkan kat akma sambil cakap 'jangan jeles tau'... lepas tuh akma jawab balik 'takda maknanyer...' lepas tuh felix jawab 'ttoootttt'... muhahahhaa... kena sensor... pastu akma cakap dengan nada manja 'toooottt'... muhahahahaa... sensor lagih...

lepas tuh mereka ramai-ramai tengok majalah urs yang gambar depan dia akma dengan felix title 'cinta realiti atau fantasi' *or something like thatlah*... pastu giliran mawi pulak gelakkan felix dengan akma... so i pun ambik peluang kenakan mawi *sambil posing gaya mawi tengah sedih dalam majalah urs tuh* sambil kata 'mawi tak mau terluka lagih'... muhahahaha... pastu mawi cakap 'bukan macam tuh bang, macam nih'... pastu dia duduk sambil buat-buat sedih tapi ketawa terkekeh-kekeh... you can see how close these kids with each other *with some exceptionlah*... muhahahha...

it was time for me to leave... mata dah mengantuk, perut masih lagih berkeroncong... banyak kenangan manis tersimpan dalam kotak fikiran...


Sunday, September 18, 2005

the one where badrul was there but not really there (part i)...


anugerah era...

i don't really know where to begin... well, let me just mintak maaf dengan apa-apa kekurangan pada anugerah era 2005... kadangkala, ada perkara yang tak dapat dielakkan macam microphone tuh... hhmmmmm... tak reti jugaklah nak kata apa-apa... just mintak maaf banyak-banyak...

anyway, malam full dress rehearsal tuh, i was actually sedikit disappointed... tentu sekali dengan kehadiran artis *the lack of it*... i know that ramai yang terlibat dengan bulan penutup kemerdekaan di kedah... yang tuh memang i tak kisahlah kan sebab mereka terlibat dengan event untuk negara... tapi yang i frust tuh yang tak terlibat dengan apa-apa pun masih jugak tak datang... masa nih lah kita boleh nampak commitment artis-artis kita untuk sesuatu event... padahal, kalau dilihat secara halusnya, event ini juga sebenarnya untuk mengiktiraf perjuangan mereka dalam industri muzik tanahair...


anugerah era...

peluang berada di malam full dress rehearsal i gunakan sebaik mungkin untuk memberikan pendapat dan kritikan... i managed to talk to aznil and linda supaya jangan mengulang ayat-ayat yang sama, dan jangan menyuruh penonton kerap bertepuk tangan apabila mereka sudahpun memberikan tepukan sebelumnya... i think combination antara aznil dan linda tidak membosankan, tidak terlalu panjang dan meleret... they compliment each other... at this moment, i still think aznil is the best host in the country... kita perlukan pelapis-pelapis baru dalam bidang pengacaraan untuk menggantikan aznil suatu hari nanti...

malam anugerah era itself, i memang tak sempat lepaskan lelah... i'm so sorry to all my friends yang datang pada malam tersebut kerana i tak sempat nak entertain you all, and for not being a good host... i really hope you guys enjoy the show despite the 'sound system' yang kurang memuaskan... dan despite tempat duduk yang kurang selesa nun jauh di atas awangan... segala kekurangan tuh harap dimaafkan yach...

tugas i pada malam tuh adalah membantu publicity department menguruskan pihak-pihak wartawan, editors dan photographers.. ini pun menjadi satu masalah jugak kerana ramai pihak yang tak faham bahawa invitation diberikan khusus untuk mereka... ada yang membawa kawan kepada kawan kepada kawan, ada yang bukan wartawan pun duduk di tempat wartawan, dan ada yang sepatutnya duduk dibahagian v.i.p. yang disediakan di bahagian atas, tapi nak duduk di bawah bersama dengan wartawan yang bertugas... so, ramai jugaklah wartawan yang tak dapat seat... sekali lagih, i nak mintak maaf banyak-banyak...


anugerah era...

bila show bermula, i dah tak larat dah... kaki dah mula sakit-sakit sebab dari pukul 3 petang tak rest langsung... so, i ended up melepak dengan juan dan klubbkidd kat the side of the stage... banyak jugak perkara yang dibualkan... daripada laporan di dalam malay mail tentang bloggers, tentang mawi *mestilah kan, kalau ada juan... kan... muhahahaha*, tentang dunia artis, tentang kawan-kawan dan semangat setiakawan, tentang kehidupan dan lain-lain lagih...

sebenarnya sedih jugak sebab i tak bawak camera... well, dari awal i memang dah niat, i berada di anugerah era untuk bertugas, jadik rasanya macam tak profesional kalau dalam masa bekerja tuh masih jugak nak bergambar sana sinih kan... tapi still terkilan sebab masa melepak tuh, kitaorang berada dekat dengan green room, where they took all the pemenang untuk diinterview... nasib baik jugak ada kawan-kawan yang tolong ambik kan gambar... tuh pun dengan zahid, felix and yazer jer... lepas tuh dah segan nak sibuk-sibuk kat green room tuh...


anugerah era...

i'm sure most of you dah tahu tentang senarai pemenang anugerah era 2005... ada yang menjadi 'kejutan' dan ada yang seperti telah anda jangkakan... tapi yang penting, ianya semua adalah pilihan pengundi yang menghantarkan undi... i ulang, yang menghantarkan undi... kalau setakat pilih dengan air liur jer tapi tak hantar undi pun tak guna jugakkan... muhahahahaa... tahniah untuk semua para pemenang dan yang tercalon... terima kasih kepada semua yang sudi hadir di stadium dan yang menonton anugerah era di rumah... terima kasih kepada semua yang bertugas dan bekerja keras... semoga kita semua belajar dari kesilapan dan terus menerus mencuba untuk menghasilkan yang lebih baik...

nanti, bila i dah dapat gambar from my friend *hantarlah yach*, i akan uploadkan kat entry nih... sementara tuh, tenung-tenunglah logo anugerah era tuh yach... muhahahhaaa.. hhhmmmm... kenapa jiwang united tak perasan pasal lagu 'raikan cinta' tuh yach? hhhmmmmm.... okaylah, nanti i update kan this entry dengan the post party update... sekarang nih badan still letih lagih...

:: senarai pemenang anugerah era 2005 ::

:: artis harapan pilihan ~ zahid
:: vokal wanita pilihan ~ siti nurhaliza
:: vokal lelaki pilihan ~ anuar zain
:: vokal duo/berkumpulan pilihan ~ kru / adam
:: band pilihan ~ spider
:: irama global pilihan ~ erti hidup - dayang nurfaizah
:: lagu nasyid pilihan ~ aku tanpa cintamu - mirwana / jayjay
:: lagu rock pilihan ~ mungkin nanti - peterpan
:: lagu pop pilihan ~ elegi sepi - azharina
:: artis inggeris tempatan ~ ve
:: muzik video pilihan ~ terhangat di pasaran - kru / adam
:: pilihan kaki wayang era ~ sepet
:: artis pilihan sms digi ~ mawi
:: anugerah carta era ~ mungkin nanti - peterpan
:: anugerah seni era ~ m.nasir


Tuesday, September 13, 2005

the one about badrul wants to be someone else? and akma's gathering... yeahh!!!


picture (i)...

blog-hopping memang banyak kelebihannya… you will have the chance to read about other people’s life and the way they look at things… malam tadik dalam dok tengah update my new entry, i can’t help myself to think that how wonderful it would be if i could be like them… them nih other bloggers yang i memang respect cara penulisan diaoranglah… kalau lah i boleh tulis blog dalam bahasa inggeris dengan bunga-bunga bahasa dan perkataan-perkataan yang i sendiri kena tengok dictionary untuk faham… or, if i could write dalam bahasa malaysia yang memang indah sepenuhnya… betapa seronoknya bila dapat tengok sesuatu perkara dari sudut yang berbeza, and not just straight forward… to think outside the box and to gain respect from others with your knowledge and capacity…


picture (ii)...

kadangkala dalam masa tertentu dan suasana yang berbeza, memang rasa macam nak jadi somebody else… bila keluar window-shopping dan ternampak other people bershopping sakan, terasa macam waahhhh, bestnya hidup orang tuh… mesti kaya raya boleh shopping banyak-banyak… benda-benda yang mahal, branded dan macam-macam lagih… tengok cara dia berpakaian macam wang ringgit tak jadik masalah pada dia… dompet tebal, metrosexual yang pergi cuci muka *facial treatment* tiap-tiap minggu, grooming, buat manicure & pedicure… berjalan-jalan seolah tiada masalah dalam fikiran dia…


picture (iii)...

kemudian tengok tv atau baca magazine pulak, artis-artis barat yang hidup mewah, rumah besar macam lapangan terbang, kereta berpuluh-puluh buah, satu movie dapat bayaran sampai rm80juta, kolam renang macam tasik, bilik air sama besar dengan rumah i… waahhh, tentu bahagia hidup mereka tak payah nak fikir tentang masalah kewangan… tak payah nak risaukan tentang bayar duit kereta, duit rumah, makan minum, sekolah anak-anak, tanggung adik beradik dan sebagainya… erkkk, bahagia ker? Semua orang cakap money is not everything… hhmmmm, kalau nak pergi toilet kat shopping centre pun kena bayar, macam mana pulak ‘it’s not everything?’…


picture (iv)...

Tapi kan, would i be the same person if i have all that?

Kalau i hanya pandai makan minum kat hotel-hotel or posh cafĂ© dengan designer food berbagai, boleh ker i appreciate keenakan masakan yang i sendiri masak walaupun sekadar telur masak kicap?… kalau i tak merempat pinjam duit sedara tuh sedara nih masa my father nak buat operation dulu, tau ker i yang mana sedara semasa susah yang mana sedara semasa senang? kalau i tak pernah fikirkan tentang kesusahan diri sendiri, boleh ker i nak fikir tentang kesusahan orang lain? funny thing is, kadangkala lamunan kita tuh very selective jer… kita pilih masa dan saat yang kita lihat dan kita hendak sajer… i don’t think ada di antara kita yang nak jadi ‘asmawi ani’ lima tahun dulu, tapi i can bet beribu-ribu orang yang nak jadi ‘mawi’ pada hari ini… and that’s the real truth…

i’m glad I am me… dengan kekurangan dan kelemahan… walaupun berangan tetap berangan…


eh, tangan sapa tuh?!?

eh, tangan-tangan sapa pulak tuh? muahahahaa... mesti jiwang united *especially lullaby* tak senang duduk... muhahahaha... tuh baru sikit jer... takleh tunjuk semua... nanti ada yang pengsan pulak... alah, tak kisahlah kan... jangan timbul fitnah yang bukan-bukan cukup lah... gambar tuh pun sebenarnya kandid jer masa diorang menyanyi dan menari during media appreciation night lama dulu... anyway, i don't want to talk about diaorang pegang tangan ke apa, i just want to announce about akma gathering that is coming soon...


akma (i)...

akma's gathering will be held at mega view banquet deck, kl tower pada 30 september ini pukul 8.30 malam... temanya biru dan putih, dan bayarannya hanya rm65 seorang... bayaran boleh dibuat dengan memasukkan bayaran anda ke akaun noor aishah abdullah (ambank) 2110010115636 atau mohd haidir yussuf (bcb) 12230009632054... kemudian hubungi aishah di 017-3337211 ataupun sariyah di 012-2260401...


akma (ii)...

i'm so excited about this gathering.. tak sabar rasanya... oh ya, i will be busy sampai hujung minggu nih... that's the reason ada dua cerita dalam satu entry nih... muhahahaha... anyway, jom kita ramaikan majlis akma nih... you can actually email pada i jugak if you want to know more macam mana nak bayar or apa saja tentang akma's gathering... i'm excited! excited! excited!!! jom ramai-ramai...