the one about badrul wants to be someone else? and akma's gathering... yeahh!!!
picture (i)...
blog-hopping memang banyak kelebihannya… you will have the chance to read about other people’s life and the way they look at things… malam tadik dalam dok tengah update my new entry, i can’t help myself to think that how wonderful it would be if i could be like them… them nih other bloggers yang i memang respect cara penulisan diaoranglah… kalau lah i boleh tulis blog dalam bahasa inggeris dengan bunga-bunga bahasa dan perkataan-perkataan yang i sendiri kena tengok dictionary untuk faham… or, if i could write dalam bahasa malaysia yang memang indah sepenuhnya… betapa seronoknya bila dapat tengok sesuatu perkara dari sudut yang berbeza, and not just straight forward… to think outside the box and to gain respect from others with your knowledge and capacity…
picture (ii)...
kadangkala dalam masa tertentu dan suasana yang berbeza, memang rasa macam nak jadi somebody else… bila keluar window-shopping dan ternampak other people bershopping sakan, terasa macam waahhhh, bestnya hidup orang tuh… mesti kaya raya boleh shopping banyak-banyak… benda-benda yang mahal, branded dan macam-macam lagih… tengok cara dia berpakaian macam wang ringgit tak jadik masalah pada dia… dompet tebal, metrosexual yang pergi cuci muka *facial treatment* tiap-tiap minggu, grooming, buat manicure & pedicure… berjalan-jalan seolah tiada masalah dalam fikiran dia…
picture (iii)...
kemudian tengok tv atau baca magazine pulak, artis-artis barat yang hidup mewah, rumah besar macam lapangan terbang, kereta berpuluh-puluh buah, satu movie dapat bayaran sampai rm80juta, kolam renang macam tasik, bilik air sama besar dengan rumah i… waahhh, tentu bahagia hidup mereka tak payah nak fikir tentang masalah kewangan… tak payah nak risaukan tentang bayar duit kereta, duit rumah, makan minum, sekolah anak-anak, tanggung adik beradik dan sebagainya… erkkk, bahagia ker? Semua orang cakap money is not everything… hhmmmm, kalau nak pergi toilet kat shopping centre pun kena bayar, macam mana pulak ‘it’s not everything?’…
picture (iv)...
Tapi kan, would i be the same person if i have all that?
Kalau i hanya pandai makan minum kat hotel-hotel or posh café dengan designer food berbagai, boleh ker i appreciate keenakan masakan yang i sendiri masak walaupun sekadar telur masak kicap?… kalau i tak merempat pinjam duit sedara tuh sedara nih masa my father nak buat operation dulu, tau ker i yang mana sedara semasa susah yang mana sedara semasa senang? kalau i tak pernah fikirkan tentang kesusahan diri sendiri, boleh ker i nak fikir tentang kesusahan orang lain? funny thing is, kadangkala lamunan kita tuh very selective jer… kita pilih masa dan saat yang kita lihat dan kita hendak sajer… i don’t think ada di antara kita yang nak jadi ‘asmawi ani’ lima tahun dulu, tapi i can bet beribu-ribu orang yang nak jadi ‘mawi’ pada hari ini… and that’s the real truth…
i’m glad I am me… dengan kekurangan dan kelemahan… walaupun berangan tetap berangan…
eh, tangan sapa tuh?!?
eh, tangan-tangan sapa pulak tuh? muahahahaa... mesti jiwang united *especially lullaby* tak senang duduk... muhahahaha... tuh baru sikit jer... takleh tunjuk semua... nanti ada yang pengsan pulak... alah, tak kisahlah kan... jangan timbul fitnah yang bukan-bukan cukup lah... gambar tuh pun sebenarnya kandid jer masa diorang menyanyi dan menari during media appreciation night lama dulu... anyway, i don't want to talk about diaorang pegang tangan ke apa, i just want to announce about akma gathering that is coming soon...
akma (i)...
akma's gathering will be held at mega view banquet deck, kl tower pada 30 september ini pukul 8.30 malam... temanya biru dan putih, dan bayarannya hanya rm65 seorang... bayaran boleh dibuat dengan memasukkan bayaran anda ke akaun noor aishah abdullah (ambank) 2110010115636 atau mohd haidir yussuf (bcb) 12230009632054... kemudian hubungi aishah di 017-3337211 ataupun sariyah di 012-2260401...
akma (ii)...
i'm so excited about this gathering.. tak sabar rasanya... oh ya, i will be busy sampai hujung minggu nih... that's the reason ada dua cerita dalam satu entry nih... muhahahaha... anyway, jom kita ramaikan majlis akma nih... you can actually email pada i jugak if you want to know more macam mana nak bayar or apa saja tentang akma's gathering... i'm excited! excited! excited!!! jom ramai-ramai...
|