the one where badrul was there but not really there (part i)...
anugerah era...
i don't really know where to begin... well, let me just mintak maaf dengan apa-apa kekurangan pada anugerah era 2005... kadangkala, ada perkara yang tak dapat dielakkan macam microphone tuh... hhmmmmm... tak reti jugaklah nak kata apa-apa... just mintak maaf banyak-banyak...
anyway, malam full dress rehearsal tuh, i was actually sedikit disappointed... tentu sekali dengan kehadiran artis *the lack of it*... i know that ramai yang terlibat dengan bulan penutup kemerdekaan di kedah... yang tuh memang i tak kisahlah kan sebab mereka terlibat dengan event untuk negara... tapi yang i frust tuh yang tak terlibat dengan apa-apa pun masih jugak tak datang... masa nih lah kita boleh nampak commitment artis-artis kita untuk sesuatu event... padahal, kalau dilihat secara halusnya, event ini juga sebenarnya untuk mengiktiraf perjuangan mereka dalam industri muzik tanahair...
anugerah era...
peluang berada di malam full dress rehearsal i gunakan sebaik mungkin untuk memberikan pendapat dan kritikan... i managed to talk to aznil and linda supaya jangan mengulang ayat-ayat yang sama, dan jangan menyuruh penonton kerap bertepuk tangan apabila mereka sudahpun memberikan tepukan sebelumnya... i think combination antara aznil dan linda tidak membosankan, tidak terlalu panjang dan meleret... they compliment each other... at this moment, i still think aznil is the best host in the country... kita perlukan pelapis-pelapis baru dalam bidang pengacaraan untuk menggantikan aznil suatu hari nanti...
malam anugerah era itself, i memang tak sempat lepaskan lelah... i'm so sorry to all my friends yang datang pada malam tersebut kerana i tak sempat nak entertain you all, and for not being a good host... i really hope you guys enjoy the show despite the 'sound system' yang kurang memuaskan... dan despite tempat duduk yang kurang selesa nun jauh di atas awangan... segala kekurangan tuh harap dimaafkan yach...
tugas i pada malam tuh adalah membantu publicity department menguruskan pihak-pihak wartawan, editors dan photographers.. ini pun menjadi satu masalah jugak kerana ramai pihak yang tak faham bahawa invitation diberikan khusus untuk mereka... ada yang membawa kawan kepada kawan kepada kawan, ada yang bukan wartawan pun duduk di tempat wartawan, dan ada yang sepatutnya duduk dibahagian v.i.p. yang disediakan di bahagian atas, tapi nak duduk di bawah bersama dengan wartawan yang bertugas... so, ramai jugaklah wartawan yang tak dapat seat... sekali lagih, i nak mintak maaf banyak-banyak...
anugerah era...
bila show bermula, i dah tak larat dah... kaki dah mula sakit-sakit sebab dari pukul 3 petang tak rest langsung... so, i ended up melepak dengan juan dan klubbkidd kat the side of the stage... banyak jugak perkara yang dibualkan... daripada laporan di dalam malay mail tentang bloggers, tentang mawi *mestilah kan, kalau ada juan... kan... muhahahaha*, tentang dunia artis, tentang kawan-kawan dan semangat setiakawan, tentang kehidupan dan lain-lain lagih...
sebenarnya sedih jugak sebab i tak bawak camera... well, dari awal i memang dah niat, i berada di anugerah era untuk bertugas, jadik rasanya macam tak profesional kalau dalam masa bekerja tuh masih jugak nak bergambar sana sinih kan... tapi still terkilan sebab masa melepak tuh, kitaorang berada dekat dengan green room, where they took all the pemenang untuk diinterview... nasib baik jugak ada kawan-kawan yang tolong ambik kan gambar... tuh pun dengan zahid, felix and yazer jer... lepas tuh dah segan nak sibuk-sibuk kat green room tuh...
anugerah era...
i'm sure most of you dah tahu tentang senarai pemenang anugerah era 2005... ada yang menjadi 'kejutan' dan ada yang seperti telah anda jangkakan... tapi yang penting, ianya semua adalah pilihan pengundi yang menghantarkan undi... i ulang, yang menghantarkan undi... kalau setakat pilih dengan air liur jer tapi tak hantar undi pun tak guna jugakkan... muhahahahaa... tahniah untuk semua para pemenang dan yang tercalon... terima kasih kepada semua yang sudi hadir di stadium dan yang menonton anugerah era di rumah... terima kasih kepada semua yang bertugas dan bekerja keras... semoga kita semua belajar dari kesilapan dan terus menerus mencuba untuk menghasilkan yang lebih baik...
nanti, bila i dah dapat gambar from my friend *hantarlah yach*, i akan uploadkan kat entry nih... sementara tuh, tenung-tenunglah logo anugerah era tuh yach... muhahahhaaa.. hhhmmmm... kenapa jiwang united tak perasan pasal lagu 'raikan cinta' tuh yach? hhhmmmmm.... okaylah, nanti i update kan this entry dengan the post party update... sekarang nih badan still letih lagih...
:: senarai pemenang anugerah era 2005 ::
:: artis harapan pilihan ~ zahid
:: vokal wanita pilihan ~ siti nurhaliza
:: vokal lelaki pilihan ~ anuar zain
:: vokal duo/berkumpulan pilihan ~ kru / adam
:: band pilihan ~ spider
:: irama global pilihan ~ erti hidup - dayang nurfaizah
:: lagu nasyid pilihan ~ aku tanpa cintamu - mirwana / jayjay
:: lagu rock pilihan ~ mungkin nanti - peterpan
:: lagu pop pilihan ~ elegi sepi - azharina
:: artis inggeris tempatan ~ ve
:: muzik video pilihan ~ terhangat di pasaran - kru / adam
:: pilihan kaki wayang era ~ sepet
:: artis pilihan sms digi ~ mawi
:: anugerah carta era ~ mungkin nanti - peterpan
:: anugerah seni era ~ m.nasir
|