Bidadari Hati

Monday, May 16, 2005

the one about badrul and a little bit of misi suara hati, interview with marlia plus something on akademi fantasia...


alps...

wow!!! rasa lama sungguh tak update blog and put up an entry... sebenarnya sunday night tuh memang nak letak dah tapi something wrong pulak dengan my laptop... mesti kes nomo ampat setengah guna my laptop lah tuh... terpaksa defrag and by the time habis, dah pukul berapa dah... tak larat... tapi bagus jugaklah sebab memang letih sangat that day... nanti tulis tah hapa-hapa pulak...

on sunday tuh sahri fan club adakan bowling tournament disamping buat sumbangan untuk misi suara hati... ramai jugak yang turn up... baguslah... orang kata sambil berhibur atau bersukan tuh, sambil menderma... seronok sungguh dapat jumpa gang-gang yang dah lama tak jumpa macam kak aidid dengan abang is, sempoii dengan hubby, izrin, leen, waiem yang sibuk sungguh hari tuh, wink (yeah, team kita juara!!), chail and family dan ramai lagih lah... memang seronok sesangat! sorry la kak aidid kalau tersalah tegur... mati-mati ingat aidid nak dapat adik baru... muahahahhaa... jangan marah kak aidid, nanti kena jual...


marlia (i)...

actually interview dengan marlia nih dah lama dah... before nomo ampat setengah interview zahid lagih... i think almost two weeks ago... tapi disebabkan ada banyak perkara yang i rasa sedikit sensitive termasuk maklumat tentang akademi fantasia ketiga, i tak letak dulu lah... taknak lah jadik 'party-pooper' pulak kan... sebab the reason dia orang tuh rahsiakan certain things supaya af3 nih lebih interesting dan orang tak sabar nak tengok... kalau semuanya dah orang tau, macam surprise element tuh hilang lah... but since tomorrow (tuesday, may 17) akan ada press conference, i think dah boleh lah i letakkan kat sini some part of the intervew...


marlia (ii)...

me: tak rasa janggal bekerja bersama-sama suami dalam akademi fantasia 3?

marlia: tak terfikir tentang janggal pun kerana kegiatan seharian we always support each other... kalau mengajar (di akademi seni kebangsaan) dia datang tengok dan kadang-kadang dia faham masalah yang dihadapi dengan pelajar... jadi sebagai cikgu dia tahu tanggungjawab saya... janggal tu takdalah...

me: support tu satu hal, tapi sekarang ni bekerja di bawah suami?

marlia: i think i have to respect him sebagai pengetua af3... dia kena lihat pada keseluruhan dan saya hanya pada satu bahagian pendidikan... i accept this as work! rasanya insyaAllah takda problem kot (ketawa)...

me: ada negative issues from working together?

marlia: kami dah mula bekerja bila shortlisted 30 pelajar baru af3...20 pelajar dan 10 tambahan sebagai back-up... jadi kami dah boleh agak proses bekerja bersama... saya very academically oriented dan tak terlalu commercialise, jadi saya rasa negative issue hanya pada pandangan segelintir orang sahaja... assignment tuh (memilih pelajar) takda bergaduh-gaduh baling pen (ketawa)... cuma berdebat dengan beberapa tenaga pengajar termasuk pengetua untuk memilih 20 pelajar yang layak...

me: harapan af3?

marlia: quite excited! pemilihan pelajarnya very interesting! talents yang kami jumpa dalam af3 nih amazing! mereka datang dari genre yang berbeza dan semoga mereka akan mendapa manfaat dari af3 ini dan menggilap bakat mereka menjadi bintang... semoga ianya menerapkan nilai keseronokan belajar untuk menjadi penyanyi... saya pasti peminat setia af akan turut sama excited dengan pemilihan pelajar kali ini...

me: anything marlia nak cakap pada peminat marlia?

marlia: saya ni mana ada peminat (ketawa)... orang di belakang tabir sahaja... af adalah platform yang baik untuk kita mencungkil bakat baru... anda diberi peluang untuk memilih bakat-bakat baru dalam industri seni kita... buat pilihan yang tepat... enjoy the show!


with kudsia on top of mount pilatus, switzerland...

oh remember masa i cakap dulu that kudsia tak mahu dah jadi pengkritik tetap walaupun i pujuk-pujuk dia banyak kali? muahahahahaa!!! i managed to change her mind di saat-saat akhir... yeaahhhh!!! kudsia akan terus menjadi pengkritik tetap... at least for af3... i'm so happy! sorry lah kepada yang tak suka kudsia tuh... jangan ikutkan perasaan... setiap orang ada kelebihan dan kelemahan... remember one simple thing, bukan kudsia atau mana-mana pengkritik yang pilih pemenang, tapi whoever yang mengundi menentu kannya... remember last year? kritik pedas macam mana pun orang tuh tak terkeluar-keluar jugak... so kalau tak setuju dengan pendapat dia, tak payah nak hina-hina... apa yang pengkritik cakap tuh tak kiralah pengkritik tetap atau jemputan adalah untuk memperbetulkan pelajar-pelajar tuh, bukan nak meraih undi untuk mereka... anyway, mujur dia orang setuju bagi cuti pada kudsia untuk dua minggu sebab dia kena attend her best friend's wedding... kalau tidak, memang dia tak boleh jugak ambik tugas tuh...


xe'an & xe'qi...

last sunday i jumpa bakal-bakal af3 students... dia orang ada photoshoot, most probably untuk press release nanti... i ada jugak ambil gambar dia orang but i don't think it's ethical for me to put it here... takpalah, i simpan untuk peribadi sahaja... nanti kita semua akan dapat tengok jugak bila keluar kat papers... dua tiga hari won't change their faces kan... muahahahhaaa...

anyway, i think most of you dah tahu yang weekly concert for akademi fantasia 3 akan diadakan di stadium melawati shah alam... i guess tempat dia lebih besar dan boleh ramai orang yang datang tengok... this coming saturday may 21 pulak, jangan lupa tengok konsert prelude akademi fantasia live 8.30 malam di astro ria... dari 20 pelajar, hanya dua belas akan dipilih (6 lelaki dan 6 perempuan) dan pemilihan dilakukan oleh juri profesional tanpa undian sms... oklah, i think you will read about the rest in the newspapers soon...


Wednesday, May 11, 2005

Mak Tak Tau Nak Letak Apa Nyah!



First taim nyah, mak gatal2 tangan asah bakat terendam mak innew! Lama nyah mak ambik masa nak letak gambar satu ittew! Nasib baik mak ala2 fonen I.T. gittew! Berjaya jugak akhirnya! Walaupun setakat gambar siaran ulangan, mak rela u ols! Kepada yang belum kenal dengan mak innew, salam pelok ceom cemolot dari mak, Nomo ampat Setengah! Kalau ikut Mamiyamz punya anugerah rasmi, nama glamer mak innew NESrinna u ols!

Abang B dah tidur awal u ols! Hangin satu badan. Satu hari dia sentaps u ols! Biasa lah nyah, siapa suruh kerja bagai nak rak. Macam ler company dia ittew appreciate sangat! Orang masuk kerja pukul sembilan, pukul lapan setengah dia dah terpacak kat opis u ols! Lima setengah orang dah ca alif but, pukul tujuh malam dia dok tercongak buat kerja lagi! Tak cukup dengan cikcuran sendiri, buatkan pulak kerja orang lain yang tertonggak ittew! Hujung minggu orang lain sibuk bercengkerama dan ber 3M dengan kengkawan, dia kat opis jugak! kesihatan ke mana, keluarga ke mana! Sekarang innew, siapa yang susah? maaaakkkk jugak yang susah u ols!

Abang B ittew nampak jer happy alompat agogo nyah, tapi dia jenis makan dalam! Kira2 ari selasa ittew bagai gunung berapi meletups lah u ols! Mak takdalah skodeng u ols, tapi semalam ittew adalah orang citer kat mak Abang B berperang sakan dengan boss dia ittew! Mak dengar citer dari tok bomoh Pekan Teluk Belanga, sejak Abang B menolak tawaran boss ittew, dia selalu la kena propah dan kena kak namm u ols! Tapi dia konon2 nak kontrol ayeww la, terima jer la. Makin ari makin banyak u ols, dengan boss nya ittew sengaja ikut sedap hatok dia jer tambahkan kerja ittew dan kerja innew kat Abang B. Agaknya yang senapang meletups ittew sebab boss dia dengan penuh sengaja dan penuh bersahaja main tuduh yang ada beberapa ekor monyet takda hotaks di opis ittew fitnah cakap Abang B ittew susah nak bagi kerjasama!

Ittew yang dia sentaps dan hangin satu badan ittew! Kalau badan Abang B ittew slim macam mak ni nyah occay lah jugak! Tapi bila saiz badan ittew sudah nak hangin, alamatnya u ols, bergegarlah satu zoo negara! Mengikut kajian2 dan sumber dari pusat sumber Sekolah Tok Beng, sudah enam tahun Abang B ittew tonggak tonggek tonggang tonggek buat kerja, tiba2 ada dua tiga hekor monyet henam jahanamm baru join company dua tiga minggu dah buat hal!

Tapi kalau akak Mak yang nomo teega ittew ada, dia mesti tabik spring ciktek lantun dia sama Abang B! Mak dengar citer, di awal2 intisari rancangan ittew, suara Abang B macam guruh membelah alam maya u ols! Sampai Big Boss yang sedang beradu di bilik besar berkerusi empuk dengan pengurut kaki ogawa ittew terjaga dari tidurnya u ols! Bila Big Boss ittew masuk campur tolak kali dan bahagi, Abang B dengan nada kejelitaan milik setiap insan ittew menerangkan dengan panjang lebar situasi yang dialaminya, sampaikan boss nya sendiri terkedu! Orang penang cakap 'teloq masuk dalam' u ols! Memang sesuatuh sungguh boss ittew! Paling mak suspek, Abang B siap cakap dekat boss ittew kalau orang lain boleh jual kuih talam, dia pun boleh jugak tapi kuih talam Abang B lebih lemak perisa! Mak dengar citer ittew mak ketawa sampai terkentut2 u ols! Teruja dan sexcited sekali mak mendengarnya u ols!

Mak rasa kalau luahan perasaan Abang B ittew takda mengubah suasana, mak tak tau apa lagi yang boleh u ols! Mak dengar, ari rabu ittew Abang B dapat layanan first curlass dari sumer orang kat opis u ols! Ala2 Miss Tiffany Universe Baby Elephant gittew! Sesuatuh sungguh! Tapi biasa lah kan nyah, dia orang ittew satu tangan lambai2 kat depan, satu lagi pegang pisau belati taji ayam kat tangan yang letak di belakang ittew u ols! Boleh ?!? Mak harap Abang B ittew tabah menghadapi dugaan u ols! Tapi bagus jugak kalau dia sentaps sekali sekala nyah! Dapatlah mak mengasah bakat mak yang memang mantaps dan sensasi innew!

Oh nyah, mak nak citer sikit pasal Amazing Race occay. Mak siap buat sujud sawi kiri kanan depan belakang u ols! Mak suka tak terkira u ols bila black couple ittew menang Amazing Race. Walaupun mak ala2 taste kat Rob ittew tetapi perangai hanjs dia cukup mak meluat u ols! Kalau mak jumpa si Rob ittew, mak akan lumur2 cili kering kat ciknek dia ittew! Semoga dengan duit sejoota hasil cikcuran black couple ittew akan bertambahlah sepuluh budak itam! Dah lama dah diaorang ittew mahu dapat zuriat. Ittew lah, mak suruh main depan, nak jugak main ciktot ittew! Mana lah nak ada hasilnya u ols! Sesuatuh sungguh dia orang innew!

Akhir kata dari mak, Abang B akan bercuti dari memblogging selama beberapa hari. Tempatnya akan diambil alih oleh siapa lagi, mak lah u ols! Mak akan menjawab segala komen2 korang nyah! Marilah bersama2 ber 3M bersama mak occay! Apa2 pun, ingat fonen2 sekalian, sebut sama2 dengan mak occay, kejelitaan ittew adalah hak milik setiap insan! Jangan lupa nyah! Cau cincau!



the one about badrul and the community service ads...


europe (i)...

you can actually call this 'malas' entry... memang i sebenarnya takda mood... i'm very upset... well, i feel more humiliated than upset... i feel hurt... i can't write it down though... i pun tak tahu macam mana nak explain... hhhmmmm... i guess i'm going to keep this one to myself... will try to stay positive and hopefully time will heal...

anyway, these are the community services yang i baru produce... it's about how we look at things... benda-benda yang kecil dan mungkin kita rasa terlalu penting dan perlu dilindungi daripada kita dan keluarga kita... tetapi sesuatu yang sebenarnya lebih merbahaya kita tidak begitu ambil peduli...


europe (ii)...

Sfx: The sound of waves on the background... (beach ambiance)

Husband: (As if walking on the hot sand) Ouuchhh!! Oucchh ouucchhh!!!
Wife: Bang!!!! Pakai lah selipar tuh, kan pasir tuh panas...
Husband: Ya lah Yang...
Wife: Bang, mari lah duduk kat bawah payung nih... matahari tuh terpacak kat atas kepala tuh!! Nanti kan migrain lah pulak!
Husband: (slightly annoyed) Ya lah Yang...
Wife: Bang, duduk kat sini... mari Ayang letakkan losyen pelindung matahari... nanti kulit tuh hangus!
Husband: (annoyed) Ya lah Yang!!!

ANNCR: Anda melakukan apa saja untuk melindungi keluarga anda dari cuaca panas! Apa yang anda lakukan untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada AIDS?



europe (iii)...

Sfx: House ambiance (night) with very light tv news on the background...

Wife: (As if shouting from upstairs) Bang!!!! Dah kunci ke pintu pagar kat luar tu??
Husband: (not interested) Suudaahhh...
Wife: Pintu rumah depan dah kunci dah? Mangga gril tuh dah pasang?
Husband: (slightly annoyed) Sssuudaahhh...
Wife: Pintu dapur dah selak?? Tingkap-tingkap semua dah tutup?
Husband: (very annoyed) Sssudaaahhhh lah Yang!!!

ANNCR: Anda melakukan apa saja untuk melindungi keselamatan keluarga dan harta benda anda! Apa yang anda lakukan untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada AIDS?



europe (iv)...

Sfx: The sound of mosquitoes in the back ground (night ambiance)

Wife: Bang!!!! Banyak nyamuk la Bang...
Husband: Ya lah Yang... (Sfx: hands slap to kill mosquitoes)
Wife: Bang, ada lagih lah! Tu hah! Tengok tuh! Semburlah Bang!
Husband: (slightly annoyed) Ya lah Yang... (Sfx: mosquito spray)
Wife: Tak mati-mati lagi nyamuk tuh Bang! Kalau kena gigit nanti, hah, penyakitlah pulak! Pasang kelambu lah Bang!!
Husband: (annoyed) Ya lah Yang!!!

ANNCR: Anda melakukan apa saja untuk melindungi keluarga anda dari gigitan nyamuk! Apa yang anda lakukan untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada AIDS?


if you want to listen to these community services, let me know and i will email the mp3s to you... tell me what you think, k... have a wonderful day ahead...

*pictures from my trip to europe...


Sunday, May 08, 2005

the one about badrul and 'a little bit of this and that'...


bukit merah (i)...

last week, thursday, i pergi bukit merah laketown resort with two colleagues from office.. ada meeting dengan client... these pictures were taken kat sana lah... anyway, since weekend banyak benda yang i buat, so banyak jugaklah nak diceritakan... errrr... well, takda lah banyak sangat.. muahahahaa... but i nak start dengan hari ahad dulu, lepas tu baru hari sabtu and cerita masa i kat bukit merah...


bukit merah (ii)...

today, sunday, hari ibu... happy mother's day to all ibu-ibu... ramai!! kak n, kak rose, auntie n, linbatista, batrisya, orgkampung, sempoii, kak aidid, makencik elf, kak watie, k.eisya, sumie, sinchan, meesua, skylar, scov, nisha, zazz, kak iffa, ainon, lina, cindy, julie rostam, shereen, intan, baya, tuty, dan ramai lagi... kalau ada yang terlepas sebut tuh, harap maafkan lah yek... istimewa jugak buat my mom, hajjah nik maimunah bte. haji nik ishak... so, today sebelum pergi kerja, i bawak my mom, my dad and the kids pergi lunch... mula-mula tuh memang niat nak pergi cari sepasang kasut for my mom tapi habis satu mid valley tuh kita round tak jumpa yang my mom berkenan... last-last, my dad pulak dapat sepasang running shoes beli kat puma... muahahahaaa... terbalik lah pulak... but it was such an enjoyable outing...


bukit merah (iii)...

on saturday night, i pergi one of my friend's birthday party... sebenarnya i tak sihat sangat, tapi disebabkan kawan rapatkan, kenalah jugak pergi... tapi satu yang i tak berkenan sangat, birthday celebration tuh dah lah buat lewat (start pukul 11 malam), lepas tuh pulak kat tempat yang 'ada kelas'... seriously, i tak minat sangat dengan 'hoitty toitty' (baca sambil dongak ke atas and stress kan sikit on the 't') people... ya lah, dulu sibuk-sibuk nak jadik part of them, but now bila dah tahu keadaan sebenar, well, i rather not... tak larat dah bila jumpa nak 'mmuuahh mmuuaahh'... hahahhaaaa... i rather go makan-makan dengan kawan-kawan kat seafood restaurant ker, pergi minum teh tarik ker or occasionally pergi karaoke ker... macam nih best sikit... more personal... boleh borak-borak dan sebagainya... takdalah nak kena menjerit-jerit over the loud music...


bukit merah (iv)...

tengahari sabtu pulak i dapat satu sms from a friend... bunyinya macam nih... 'i'm migrating to usa soon... just got approval... sorry for not telling u earlier... hope i can see u before i leave... sorry for the short notice... i have no choice... they want to have me as.... (long pause) the next american idol!!!!' muahahahaha... since it was so funny, i pun hantarlah kat beberapa orang kawan... nih some of the reply yang i dapat balik...

leen, 'kosser kau ni noks'...
waiem, 'hahahaa congratulations. kem salam kat scott nanti... he's my bedol... muahahaha'
alang, 'bencinyaaa... org ingatkan mmg betul le abg badrul kena pindah sana. main2 ek? apa2 pun miss u like crazy ;-)'
chail, 'huh?? wat are u talking about? plz tell me diz iz jez a stoopid jokez! (and later she sms again) bengongs!!! cis! cis! cis! dah lar org sakit nih, troz nak kena heart attackz! bengongs lagikz... lagikz... dan lagikz!!!'
kak n, 'for 1 sec u make me feel deeply sad. another sec i feel like hammering u!! miss u so much!
ijinkiut, 'ces. baca memula rasa sebak je. tetibe smpi penghujung, nah kene kau! gud try. bikin terkejut je'
kak aidid, 'hihihii. so funny. kosser lah nyah ni tau. mak cubit2 pipi dia br tau'
shay, 'ceh dah agak dah mesti yg pelik2 ingatkan jadik president us tadik'
farah, 'mengade. bt lawak plak!'
wink, 'all the best but jangan cikcuran dgn iteww pola anak abdul...'
atiesya, 'ha ha ha.. tipa tertipu rupanya... ingatkan betul... :-)'
jezamin, 'wah, i want 2 follow so that i can vote 4 u'
kak rose, 'badrul!!!! how soon is soon?? how short is this notice?? gosh, then d kids? psl keje la ni?'

bila dapat sms dari kak rose macam tuh, i think my sms joke went too far lah... dalam hati, habis ler kalau kakak aku sorang nih kena heart attack! terus i call kak rose and explain kat dia... muahahahahaa... nasib baik dia tak marah!!! dreamfinder pun call jugak! kenalah pulak explain... muahahaha... tapi memang kelakar... to all, especially chail, jangan ambik hati yach!! bergurau dihujung minggu!!


bukit merah (v)...

now, back to bukit merah laketown resort (the boring stuff)... i went on thursday... drive... mengantuk giler, tapi syok jugak sebab bila sampai sana tuh, diaorang treat macam vip... dapat bilik satu sorang... makan semua just order jer... yang paling best, meeting tuh sekejap jer... more like one hour... the rest tuh diaorang bawak melawat-lawat tempat di bukit merah... memang enjoylah especially pergi hari kerja kan... muahhahaahaaa...


bukit merah (vi)...

that's about it... actually, my weekend was quite boring... muahahahaa...

Wednesday, May 04, 2005

the one about badrul interviewing zahid...


zahid (i)...

well, the title tuh not actually right on the dot... i sebenarnya (for the first time) bagi peluang kat nomo ampat setengah (nes) menjalankan tugas-tugas reporter sebab dia nak sangat interview zahid (z)! lagih pun i rasa lebih berkesan kot sebab bila dia interview, dia guna body language sekali... muahahhaaa... tetapi untuk mengelakkan kekeliruan pada mereka yang tak faham bahasa-bahasa yang digunakan oleh nomo ampat setengah tuh, i tolong translate kan untuk you all... my translations yang dalam bracket tuh... actually, i pun tak berapa faham jugak... muahahahaa...


zahid (ii)...

nes: macam mana cikcuran nko skrang nyah? laku ke? mak dengar nko innew memang menjadi kesukaan adiks2! (macam mana dengan penjualan album zahid sekarang?)

z: lebih kurang dua juta (ketawa)… tak lah! album dah terjual yang diketahui jumlahnya lebih kurang empat ribu sejak berada di pasaran awal april lalu… syarikat rakaman edarkan 10,000 dan khabarnya sekarang ni dah habis dan tengah buat cetakan untuk kali kedua…

nes: nko tak dapat lesen rasmi untuk cikcuran nyah? (bila pelancaran rasmi album?)

z: esok (5 mei, 2005) di sugar club, hotel mutiara…

nes: occay la nyah! mak taknak lah pulak tanya saiz ciknek nko tuh segems ke tak! nanti orang ingat mak taste kat nko nyah! tapi ramai le fonens nak tau malam aim ittew nko perform occay ke? (ok, takyah nak cakap lain-lain… straight to the point… macam mana zahid rasa persembahan zahid pada malam aim?)

z: tak tau nak cakap macam mana… apa yang zahid buat malam tu sebagus yang zahid boleh buat… zahid tak boleh nak perform macam zahid perform sorang-sorang sebab ada tiga orang lagi yang perform dengan zahid… nak menyanyikan lagu anuar zain memang susah… dengan okestra lagi susah… bukan zahid nak buat alasan… sebenarnya pun susunan penyanyi pada malam tersebut lain daripada susunan asal… sepatutnya farah menyanyikan lagu nora, kemudian dina masuk dengan lagu ning dan zahid sambung, tapi bila cikgu ramli ms rasa key dina tak sesuai dengan lagu ning, dia tukarkan dengan farah… lagipun zahid nyanyi tu bukan part yang climax untuk lagu anuar jadi tak boleh lah buat lebih-lebih… tapi zahid tetap puas hati dengan persembahan zahid…


zahid (iii)...

nes: masa perform ittew nko macam tak stim jer nyah, wat is de happen wan? (masa perform tuh pressure ke?)

z: pressure! sebab semua penyanyi yang berpengalaman duduk kat bawah tu… siti, anuar zain, ning dan ramai lagi… tu tak termasuk dengan orang yang berpengalaman dalam bidang muzik dan sebagainya… cikgu-cikgu zahid dulu dan semua penonton… bila nyanyi zahid nak kena jaga pitching, body posture dan macam-macam lagi… banyak nak fikir… nak kena keluarkan balik apa yang zahid belajar masa kat akademi… apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat… taakutt… (ketawa)

nes: ada fonens propah cakap nko takut akaks2 wartawan di bawah ittew kak namm kan nko nyah, betul ke? (ada yang kata zahid takut sebab ramai wartawan hiburan di bawah yang sedang menonton sama?)

z: memang dah tugas diaorang untuk mengkritik dan sebagainya… tapi zahid tak kisah dengan kerja diaorang… itu perkara biasa dan boleh membantu zahid untuk memperbaiki diri jugak… zahid lebih fikirkan tentang penonton di rumah… zahid careful dan berhati-hati… takut buat terkurang atau buat terlampau lebih…

nes: over sexcited? (terlampau lebih?)

z: ya lah.. zahid punya part bukannya yang bahagian akhir… so tak boleh nak goreng lebih-lebih… bukan climax lagu… so, zahid boleh tukar sikit-sikit jer… nanti kalau terlebih goreng lepas tuh jac goreng lagi… tak sesuailah…


zahid (iv)...

nes: sapa nko rasa layak pakai tiara ratu dragoonz ittew? (sebelum keputusan diumumkan, siapa zahid rasa boleh menang artis harapan?)

z: zahid rasa farah atau bob! kerana vocal dia orang…

nes: nko tak layak ke nyah? (kenapa zahid rasa bukan zahid?)

z: zahid bukan risau pasal award… tapi lebih kepada performance… dua belas tahun zahid menonton aim dan mengimpikan persembahan pada malam aim… dan impian itu yang zahid nak capai… zahid nak concentrate pada performance… zahid tak fikir sangat pasal award.. dah nominated tu dah ok… mungkin next year… zahid nak concentrate award for next year!

nes: ada fonens cuba cikrabs nko nyah? (dah ada girlfriend?)

z: ada… banyak… (ketawa)… tunggu masa untuk short listed 12 orang dan undi melalui sms (ketawa)… ini bergurau tau!

nes: sampai bila nko nak jadik fonens kasta pertengahan ni nyah? (sampai bila zahid nak sempoi?)

z: mana ada sempoi? tengok masa aim… handsome apa… (ketawa)… apa yang kita pakai kita kena rasa comfortable… mesti pakai yang bersesuaian dengan suasana… kadangkala zahid pakai jugak sesuatu yang zahid rasa tak selesa atas kehendak semasa… tapi kalau boleh zahid nak selesa dan pakai ikut mood…


zahid (v)...

nes: apa kelas oren! oren ittew canteks ke? (nak teruskan dengan warna oren?)

z: ya! oren membentuk sebahagian daripada diri zahid sekarang ini…

nes: fonens lain slalu salah ingat nko ni lessie nyah! apa lagi yang fonens ittew selalu salah? (apa yang orang selalu salah anggap tentang zahid?)

z: sombong! zahid tak sombong… get to know the real me… kadangkala masa dan keadaan tak mengizinkan… nak sombong buat apa sedangkan zahid cari makan dalam bidang ni yang memerlukan sokongan ramai…

nes: apa yang nko nak cakap kat fonens2 yang taste dengan nko nyah? (apa yang zahid nak cakapkan kepada peminat zahid?)

z: teruslah menyokong zahid… berilah kritikan yang membina agar zahid boleh terus memperbaiki diri…


zahid (vi)...

okay, itu jer interview dengan zahid... kepada peminat-peminat zahid tuh, hah, jangan lupa terus support dia... jangan cepat melatah dan jangan cepat menaruh prasangka...

Monday, May 02, 2005

the one about badrul and entertainment (reality shows?!?) overdose...


flower (i)...

before i go on rambling and cakap mengarut-ngarut nih, let me tell you that these photos of beautiful flowers were taken in zurich, switzerland during spring last year... sekarang nih pun dah masuk spring balik kat sana and i miss it so badly... i miss my sister, jasmin in switzerland too... insyaAllah, kalau takda aral melintang, i will be going to zurich soon... that was one of the reasons i letak gambar-gambar nih... lagi satu sebab i takda gambar lain dah nak letak... no photos on the cerita mak nenek yang i nak tulis nih...


flower (ii)...

the first one is about anugerah industri muzik ke-12 kat pwtc on saturday night... i actually enjoy the show... i went with my date jolyn (you look stunning, girl!) and was joined by marisa and chail... ok, about aim, i guess i look at things differently from others... i don't know why... susah jugak nak explain sebenarnya... maybe sebab i jarang meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesuatu and i suka judge things for myself... memang lah majlis tuh tidak boleh dikategorikan dalam yang terbaik kerana ada beberapa kekurangannya, but i don't think it was bad either... during the post party, i berdebat dengan one of my friends from press about the show... dia macam marah-marah that the show was more like a rip-off sebab repeats the old performances yang pernah dibuat sebelum nih... entahlah... i don't want to talk about other people's perspective... daripada pandangan orang biasa macam i nih, i tak kisah sangat... cuma yang sedikit terkilan tiara tak menyanyi... showmanship hebat tapi cuma miming jer... a bit memalukan untuk anugerah sebesar ini...


flower (iii)...

still about aim... i suka speech siti nurhaliza... i cannot remember exactly, tapi part yang 'kadangkala dipersendakan... dijadikan bahan ketawa...' it was touching... i jugak suka persembahan ning baizura and siti... peterpan pun best jugak! and i paling suka bila adik i (sejak bila jadi adik i nih... muahahahahaa) farah menang kategori artis harapan terbaik!!! i dengan jolyn dok menjerit sakan... and bila tengok dahi dia berkerut-kerut nak bagi ucapan... sama macam bila dia tak dapat strike or spare... muahahahaaa... anyway, tahniah sekali lagi farah... breep! breep! antara aflin dengan bob pun not too bad jugak! walaupun ada sesetengah 'joke' tuh a bit harsh! part yang 60s tuh pun enjoy habis! ada sedikit kekurangan dengan sesetengah penyampai anugerah yang mungkin takda chemistry antara satu sama lain... minor details lah...


flower (iv)...

oh, satu lagi yang betul-betul lllleeettiihhhhh bila ada segelintir pihak dok panggil artis-artis reality shows nih sebagai artis segera!! ada sorang mamat nih lah datang cakap kat i masa post party konon-konon nak start conversation about 'artis harapan terbaik' lah! tak habis-habis lagi ker? tak faham langsung!!! yes, i agree that some of them memang tak layak digelar artis, tapi untuk mereka yang betul-betul berhak, janganlah dikumpulkan dalam kelompok yang sama hanya kerana mereka lahir dari reality shows yang sama! kalau nak dipanggil jugak, let me ask you this question, adakah siti nurhaliza artis segera hanya kerana dia masuk bintang hmi? yang tuh lagi sekejap! what about sarah raisuddin yang menang bintang urtv or something? dayang nurfaizah yang menang teen search? ning baizura masa mula-mula buat album pun belajar menyanyi dengan siti hajar yang jugak mengajar budak-budak af sekarang nih... adnan abu hassan yang mendidik dan memperkenalkan ramai penyanyi popular tanahair macam siti, dayang, misha dan lain-lain adalah orang yang sama mendidik mereka di reality show ini... yes, no one can deny, it is a popularity contest but some of them like farah, kaer, vince, zahid, bob, sahri (just to name a few) really have a good voice! kalau dulu pemenangnya ditentukan oleh so-called professional juries (which were the same people in the industry - yang tak berubah sampai sekarang), pemenang reality shows ditentukan oleh orang ramai which are the buying power in the industry... so tak payahlah nak label-labelkan hanya kerana zaman dulu-dulu takda reality shows... next time, talk to the hand, ok!!! oh, by the way, almost macam nih lah i lecture mamat tuh for 15 minutes sampailah dia mintak diri konon nak pergi toilet... muahahaha... yeah, go talk to your own stupid d**k!!!


flower (v)...

now, about the 'overdose' thingy... i watched another reality show on tv3... mentor... i tak tengok last week... baru first time tengok... i thought it was quite good! tapi ada sedikit kemusykilan... maybe i tak faham lagi konsep dia, but if anyone of you understood, do explain it to me... sebab kalau nak diikutkan pada pengacara punya explanation, setiap peserta (protégé) di bawah jagaan mentor masing-masing, dan mentorlah yang menentu gaya, persembahan, makeup dan sebagainya... so, to me, ianya lebih kepada pertandingan mentor, not protégé! i don't know... i have a feeling that yang akan menentukan juara nanti antara protégé di bawah jagaan siti nurhaliza and protégé di bawah jagaan ning baizura (provided that dia orang tak bertemu diperingkat awal lah) walaupun ada lagi nama-nama besar yang turut menjadi mentor... still on sms voting, bermakna peminat ning akan bertanding menghantar sms dengan peminat siti... this will be good... hhmmmm...


flower (vi)...

lepas tuh i flip channel tengok last part of konsert misi suara hati... sempatlah tengok masa dia announce jumlah yang terkumpul (siapa kata rakyat malaysia tak prihatin?) dan tengok persembahan sahri menyanyikan lagu tema... hah, nih lagi sorang yang i nak marah sikit nih... you have a good voice, come on lah sahri!!! get out of your shell, damn it!!! buangkan rasa rendah diri (i repeat, rasa rendah diri, bukan sifat rendah diri, yek) and start to take charge of yourself! be proud of what you have! tak payah nak tunggu rezeki datang bergolek! jangan nak harapkan pada maestro tu jer! you have such a beautiful voice! kalaulah i jadi sahri, with that kind of voice i akan tebalkan muka pergi ke recording company to ask them to do my album... i don't care how long it's going to take, but i will do it! i won't sit around waiting! i will move my ass and do something about it! tengok jer lah penutup misi suara hati tuh... you are the one yang menyanyi menutup konsert while other singers macam dayang, ruffedge and others berdiri di belakang... what more can you ask for? show us what you can do!!!


flower (vii)...

flip channel again and tengok audition!!! last part jugak!!! aarrrgghhhhhhh!!!! annoying nyer host dia!!! very very annoying!!! yang perempuannya langsung takda emotion and kaku macam kayu!!! dan yang lelakinya langsung tak pandai bermain dengan emotion dan merapu-rapu tapi nak tunjuk pandai!!! what the hell!! lepas tuh jerit-jerit kat penonton bila cara dia buat pengumuman tuh menimbulkan salah faham pada penonton!! dia orang nih tak belajar ker yang host menjerit-jerit nih is soooo old fashion!! tahun 30an 40an dulu boleh lah masa takda microphone lagih!!! (notice tak, semua ada exclamation mark!! well, i'm shouting!!! muahahahahahha!!!) please lah ntv7 or should i say ramona rahman from articulate... ramai lagi pengacara yang berwibawa yang boleh diketengahkan untuk reality shows macam abby fana from thr tuh... atau pun setidak-tidaknya, pembaca berita yang selalu sebut 'apa kejadah' tuh... these people can bring more emotions, suspense etc to the show... atau kalau betul-betul nak didik yang baru, gabungkan dengan seorang yang lebih berpengalaman... anyway, some of the audition contestants are really good, and some are just blah blah blah blah blah...


flower (viii)...

luckily masa tengah menulis entry nih tengah tengok repeat parkinson and dia tengah interview sandra bullock... one of my favourite actress!! i mula gila-gilakan sandra bila tengok 'while you were sleeping' years ago... aaaaaaaaaahhhhhhh... anyway, i ada banyak lagi nak cakap pasal aim tapi takpalah... nanti kita simpan untuk bincang-bincang kat komen ker, over lunch ker, over dinner ker... ada benda jugaklah nak bergossip ber-3m, 4m dan sebagainya... muahahahaa...

well, there you go... my overdose on reality shows... tuh tak termasuk lagi dengan amazing race, american idol, the contender etc... couch potato? nooooooo!!! more like couch rice malaysian style!!! muahahahaaaa.... oklah... mengantuk dah nih... enjoy the flowers...