Bidadari Hati

Wednesday, May 04, 2005

the one about badrul interviewing zahid...


zahid (i)...

well, the title tuh not actually right on the dot... i sebenarnya (for the first time) bagi peluang kat nomo ampat setengah (nes) menjalankan tugas-tugas reporter sebab dia nak sangat interview zahid (z)! lagih pun i rasa lebih berkesan kot sebab bila dia interview, dia guna body language sekali... muahahhaaa... tetapi untuk mengelakkan kekeliruan pada mereka yang tak faham bahasa-bahasa yang digunakan oleh nomo ampat setengah tuh, i tolong translate kan untuk you all... my translations yang dalam bracket tuh... actually, i pun tak berapa faham jugak... muahahahaa...


zahid (ii)...

nes: macam mana cikcuran nko skrang nyah? laku ke? mak dengar nko innew memang menjadi kesukaan adiks2! (macam mana dengan penjualan album zahid sekarang?)

z: lebih kurang dua juta (ketawa)… tak lah! album dah terjual yang diketahui jumlahnya lebih kurang empat ribu sejak berada di pasaran awal april lalu… syarikat rakaman edarkan 10,000 dan khabarnya sekarang ni dah habis dan tengah buat cetakan untuk kali kedua…

nes: nko tak dapat lesen rasmi untuk cikcuran nyah? (bila pelancaran rasmi album?)

z: esok (5 mei, 2005) di sugar club, hotel mutiara…

nes: occay la nyah! mak taknak lah pulak tanya saiz ciknek nko tuh segems ke tak! nanti orang ingat mak taste kat nko nyah! tapi ramai le fonens nak tau malam aim ittew nko perform occay ke? (ok, takyah nak cakap lain-lain… straight to the point… macam mana zahid rasa persembahan zahid pada malam aim?)

z: tak tau nak cakap macam mana… apa yang zahid buat malam tu sebagus yang zahid boleh buat… zahid tak boleh nak perform macam zahid perform sorang-sorang sebab ada tiga orang lagi yang perform dengan zahid… nak menyanyikan lagu anuar zain memang susah… dengan okestra lagi susah… bukan zahid nak buat alasan… sebenarnya pun susunan penyanyi pada malam tersebut lain daripada susunan asal… sepatutnya farah menyanyikan lagu nora, kemudian dina masuk dengan lagu ning dan zahid sambung, tapi bila cikgu ramli ms rasa key dina tak sesuai dengan lagu ning, dia tukarkan dengan farah… lagipun zahid nyanyi tu bukan part yang climax untuk lagu anuar jadi tak boleh lah buat lebih-lebih… tapi zahid tetap puas hati dengan persembahan zahid…


zahid (iii)...

nes: masa perform ittew nko macam tak stim jer nyah, wat is de happen wan? (masa perform tuh pressure ke?)

z: pressure! sebab semua penyanyi yang berpengalaman duduk kat bawah tu… siti, anuar zain, ning dan ramai lagi… tu tak termasuk dengan orang yang berpengalaman dalam bidang muzik dan sebagainya… cikgu-cikgu zahid dulu dan semua penonton… bila nyanyi zahid nak kena jaga pitching, body posture dan macam-macam lagi… banyak nak fikir… nak kena keluarkan balik apa yang zahid belajar masa kat akademi… apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat… taakutt… (ketawa)

nes: ada fonens propah cakap nko takut akaks2 wartawan di bawah ittew kak namm kan nko nyah, betul ke? (ada yang kata zahid takut sebab ramai wartawan hiburan di bawah yang sedang menonton sama?)

z: memang dah tugas diaorang untuk mengkritik dan sebagainya… tapi zahid tak kisah dengan kerja diaorang… itu perkara biasa dan boleh membantu zahid untuk memperbaiki diri jugak… zahid lebih fikirkan tentang penonton di rumah… zahid careful dan berhati-hati… takut buat terkurang atau buat terlampau lebih…

nes: over sexcited? (terlampau lebih?)

z: ya lah.. zahid punya part bukannya yang bahagian akhir… so tak boleh nak goreng lebih-lebih… bukan climax lagu… so, zahid boleh tukar sikit-sikit jer… nanti kalau terlebih goreng lepas tuh jac goreng lagi… tak sesuailah…


zahid (iv)...

nes: sapa nko rasa layak pakai tiara ratu dragoonz ittew? (sebelum keputusan diumumkan, siapa zahid rasa boleh menang artis harapan?)

z: zahid rasa farah atau bob! kerana vocal dia orang…

nes: nko tak layak ke nyah? (kenapa zahid rasa bukan zahid?)

z: zahid bukan risau pasal award… tapi lebih kepada performance… dua belas tahun zahid menonton aim dan mengimpikan persembahan pada malam aim… dan impian itu yang zahid nak capai… zahid nak concentrate pada performance… zahid tak fikir sangat pasal award.. dah nominated tu dah ok… mungkin next year… zahid nak concentrate award for next year!

nes: ada fonens cuba cikrabs nko nyah? (dah ada girlfriend?)

z: ada… banyak… (ketawa)… tunggu masa untuk short listed 12 orang dan undi melalui sms (ketawa)… ini bergurau tau!

nes: sampai bila nko nak jadik fonens kasta pertengahan ni nyah? (sampai bila zahid nak sempoi?)

z: mana ada sempoi? tengok masa aim… handsome apa… (ketawa)… apa yang kita pakai kita kena rasa comfortable… mesti pakai yang bersesuaian dengan suasana… kadangkala zahid pakai jugak sesuatu yang zahid rasa tak selesa atas kehendak semasa… tapi kalau boleh zahid nak selesa dan pakai ikut mood…


zahid (v)...

nes: apa kelas oren! oren ittew canteks ke? (nak teruskan dengan warna oren?)

z: ya! oren membentuk sebahagian daripada diri zahid sekarang ini…

nes: fonens lain slalu salah ingat nko ni lessie nyah! apa lagi yang fonens ittew selalu salah? (apa yang orang selalu salah anggap tentang zahid?)

z: sombong! zahid tak sombong… get to know the real me… kadangkala masa dan keadaan tak mengizinkan… nak sombong buat apa sedangkan zahid cari makan dalam bidang ni yang memerlukan sokongan ramai…

nes: apa yang nko nak cakap kat fonens2 yang taste dengan nko nyah? (apa yang zahid nak cakapkan kepada peminat zahid?)

z: teruslah menyokong zahid… berilah kritikan yang membina agar zahid boleh terus memperbaiki diri…


zahid (vi)...

okay, itu jer interview dengan zahid... kepada peminat-peminat zahid tuh, hah, jangan lupa terus support dia... jangan cepat melatah dan jangan cepat menaruh prasangka...