the one about badrul and a little bit of misi suara hati, interview with marlia plus something on akademi fantasia...
alps...
wow!!! rasa lama sungguh tak update blog and put up an entry... sebenarnya sunday night tuh memang nak letak dah tapi something wrong pulak dengan my laptop... mesti kes nomo ampat setengah guna my laptop lah tuh... terpaksa defrag and by the time habis, dah pukul berapa dah... tak larat... tapi bagus jugaklah sebab memang letih sangat that day... nanti tulis tah hapa-hapa pulak...
on sunday tuh sahri fan club adakan bowling tournament disamping buat sumbangan untuk misi suara hati... ramai jugak yang turn up... baguslah... orang kata sambil berhibur atau bersukan tuh, sambil menderma... seronok sungguh dapat jumpa gang-gang yang dah lama tak jumpa macam kak aidid dengan abang is, sempoii dengan hubby, izrin, leen, waiem yang sibuk sungguh hari tuh, wink (yeah, team kita juara!!), chail and family dan ramai lagih lah... memang seronok sesangat! sorry la kak aidid kalau tersalah tegur... mati-mati ingat aidid nak dapat adik baru... muahahahhaa... jangan marah kak aidid, nanti kena jual...
marlia (i)...
actually interview dengan marlia nih dah lama dah... before nomo ampat setengah interview zahid lagih... i think almost two weeks ago... tapi disebabkan ada banyak perkara yang i rasa sedikit sensitive termasuk maklumat tentang akademi fantasia ketiga, i tak letak dulu lah... taknak lah jadik 'party-pooper' pulak kan... sebab the reason dia orang tuh rahsiakan certain things supaya af3 nih lebih interesting dan orang tak sabar nak tengok... kalau semuanya dah orang tau, macam surprise element tuh hilang lah... but since tomorrow (tuesday, may 17) akan ada press conference, i think dah boleh lah i letakkan kat sini some part of the intervew...
marlia (ii)...
me: tak rasa janggal bekerja bersama-sama suami dalam akademi fantasia 3?
marlia: tak terfikir tentang janggal pun kerana kegiatan seharian we always support each other... kalau mengajar (di akademi seni kebangsaan) dia datang tengok dan kadang-kadang dia faham masalah yang dihadapi dengan pelajar... jadi sebagai cikgu dia tahu tanggungjawab saya... janggal tu takdalah...
me: support tu satu hal, tapi sekarang ni bekerja di bawah suami?
marlia: i think i have to respect him sebagai pengetua af3... dia kena lihat pada keseluruhan dan saya hanya pada satu bahagian pendidikan... i accept this as work! rasanya insyaAllah takda problem kot (ketawa)...
me: ada negative issues from working together?
marlia: kami dah mula bekerja bila shortlisted 30 pelajar baru af3...20 pelajar dan 10 tambahan sebagai back-up... jadi kami dah boleh agak proses bekerja bersama... saya very academically oriented dan tak terlalu commercialise, jadi saya rasa negative issue hanya pada pandangan segelintir orang sahaja... assignment tuh (memilih pelajar) takda bergaduh-gaduh baling pen (ketawa)... cuma berdebat dengan beberapa tenaga pengajar termasuk pengetua untuk memilih 20 pelajar yang layak...
me: harapan af3?
marlia: quite excited! pemilihan pelajarnya very interesting! talents yang kami jumpa dalam af3 nih amazing! mereka datang dari genre yang berbeza dan semoga mereka akan mendapa manfaat dari af3 ini dan menggilap bakat mereka menjadi bintang... semoga ianya menerapkan nilai keseronokan belajar untuk menjadi penyanyi... saya pasti peminat setia af akan turut sama excited dengan pemilihan pelajar kali ini...
me: anything marlia nak cakap pada peminat marlia?
marlia: saya ni mana ada peminat (ketawa)... orang di belakang tabir sahaja... af adalah platform yang baik untuk kita mencungkil bakat baru... anda diberi peluang untuk memilih bakat-bakat baru dalam industri seni kita... buat pilihan yang tepat... enjoy the show!
with kudsia on top of mount pilatus, switzerland...
oh remember masa i cakap dulu that kudsia tak mahu dah jadi pengkritik tetap walaupun i pujuk-pujuk dia banyak kali? muahahahahaa!!! i managed to change her mind di saat-saat akhir... yeaahhhh!!! kudsia akan terus menjadi pengkritik tetap... at least for af3... i'm so happy! sorry lah kepada yang tak suka kudsia tuh... jangan ikutkan perasaan... setiap orang ada kelebihan dan kelemahan... remember one simple thing, bukan kudsia atau mana-mana pengkritik yang pilih pemenang, tapi whoever yang mengundi menentu kannya... remember last year? kritik pedas macam mana pun orang tuh tak terkeluar-keluar jugak... so kalau tak setuju dengan pendapat dia, tak payah nak hina-hina... apa yang pengkritik cakap tuh tak kiralah pengkritik tetap atau jemputan adalah untuk memperbetulkan pelajar-pelajar tuh, bukan nak meraih undi untuk mereka... anyway, mujur dia orang setuju bagi cuti pada kudsia untuk dua minggu sebab dia kena attend her best friend's wedding... kalau tidak, memang dia tak boleh jugak ambik tugas tuh...
xe'an & xe'qi...
last sunday i jumpa bakal-bakal af3 students... dia orang ada photoshoot, most probably untuk press release nanti... i ada jugak ambil gambar dia orang but i don't think it's ethical for me to put it here... takpalah, i simpan untuk peribadi sahaja... nanti kita semua akan dapat tengok jugak bila keluar kat papers... dua tiga hari won't change their faces kan... muahahahhaaa...
anyway, i think most of you dah tahu yang weekly concert for akademi fantasia 3 akan diadakan di stadium melawati shah alam... i guess tempat dia lebih besar dan boleh ramai orang yang datang tengok... this coming saturday may 21 pulak, jangan lupa tengok konsert prelude akademi fantasia live 8.30 malam di astro ria... dari 20 pelajar, hanya dua belas akan dipilih (6 lelaki dan 6 perempuan) dan pemilihan dilakukan oleh juri profesional tanpa undian sms... oklah, i think you will read about the rest in the newspapers soon...
|