Bidadari Hati

Sunday, October 24, 2004

the one about badrul and the jam-packed weekend...


the kind of weekend that i was hoping for...

memang banyak sungguh kerja this week… in fact, i was really looking forward to the weekend… tidur lebih sikit, rehat panjang sikit dan keluar jalan-jalan lama sikit… but, the email from programme manager era sedikit sebanyak ‘menggelapkan’ angan-angan tersebut… “kindly attend the sahur with era winners, sponsored by quaker at 3.00am, in berjaya hotel kl”…. ttiiidaaakkkkk!!! nak kena bangun pukul 3 pagi ker? for someone yang memang jarang giler bersahur, or yang selalunya untuk sahur, makan biskut kering and hot milo before going to bed, this is going to be harrrddddd!!! lepas tuh nak kena pakai baju melayu… oh no, baju melayu yang tempah untuk raya tak siap lagi, dan yang sedia ada (satu jer) nak kena pakai hari isnin for buka puasa with client… hhhmmm… sorry seelan, kena compromised, ok… i attend this sahur event but i will not be able to wear baju melayu…

friday…

hari jumaat, hujan lebat dan kilat sabung menyabung… about 5pm pulak tu baru start.. nak taknak, terpaksalah berbuka kat cafeteria office… sedihnya… sambung buat kerja and pukul 9.30malam barulah bertolak balik ke rumah… so, rancanglah taknak tidur malam tuh and tunggu sampai pukul dua pagi… thanks to chail, sm, dreamfinder and kak aidid (yang masih di office dia menyalin my beef stew recipe) yang tolong menemankan chatting kat ym…


gambar era event last year...

sampai kat berjaya hotel tu about 3.00am… dah ramai dah pemenang era yang sampai… while ‘lepaking’ outside sementara menunggu event bermula, ada this one guy approached me, and hulur tangan bersalam… i pun salam lah balik and he introduced himself as malique… being someone yang alhamdulillah setakat nih memang kuat daya ingatan, i felt ‘guilty’ because i couldn’t remember kat mana jumpa… bila dia cakap he is malique from the blog, (waaahhh, macam tajuk lagu ‘jenny from the block’ pulak) barulah i tau malique yang mana… hahahhaa… sorry malique, if my face macam confused giler… hahahahaa… but hey, nice meeting you and congratulations… congratulations bukan saja jadi pemenang era yang datang bersahur, but at the same time dapat bawa balik hadiah cabutan bertuah wang tunai rm1000.00…. banyak tu!!! Boleh lah belanja makan yek!! … seronok dapat kenal seseorang yang selama nih i just baca tulisannya saja… rugi pulak tak bawak camera… anyway, as you and everyone know, sahur time is not the best time to have conversation… hahahaha… so, maybe someday we can catch-up… well, we should...

saturday…

sampai rumah from sahur event dah pukul 6.30am… petang about 2.00pm sepatutnya attend another event of hitz radio icon di ikano power centre kat damansara, and rush back before 6pm to go buka puasa with adifashla and sahri di kelang (makan seafood)… tapi nak dijadikan cerita, pukul 2.30pm baru terjaga dari tidur…. Waaahhh… i never thought that my body ever had such a long rest… terpaksalah buat beberapa phone calls dan beberapa dalih… hahahahaa… so, before bersiap nak pergi berbuka, i kemas rumah serba sedikit, tengok tv serba sedikit and keluar pergi hantar laundry… by 6.00pm we were on our way to bebuka puasa in kelang…


dalam kereta nak ke kelang...

as usual, we ordered my favourite… hahahahha… tiap-tiap kali datang makan seafood kat kelang, mostly order yang sama jer hahahaaa… meehoon goreng Singapore, asparagus belacan, kung-po mantis prawn, marmite crab (with eggs), bun goreng and tauhu berinti goreng…


lauk yang sempat diambik gambar... lepas tuh semua sibuk berbuka...hahahaha...

seronok tengok dia orang nih makan… kalau selalunya berbuka puasa kat rumah masak sendiri, hari nih berbuka orang masakkan… taklah letih sangat, kan… seperti biasa, bila keluar dengan dia orang nih, banyaklah benda yang nak diceritakan… sempat jugaklah kita orang bergossip sikit.. hahhhaaaa.. mesti ada beberapa orang yang terbelahak masa berbuka hari sabtu tuh sebab kita ‘bercerita’ pasal you all… hahahhahaa… dalam kereta on the way back tuh, petah betul dua-dua bercakap… maklumlah, perut dah penuh…

sunday…

rancang bangun awal sebab nak pergi pasar… nak beli barangan segar sikitlah… near my mom’s place or to be exact, kat puchong perdana, ada satu kedai yang jual barangan segar… i memang selalu beli ikan, ayam , udang, sotong serta sayur-sayuran kat sini sekali seminggu… daging jer yang i beli kat pasaraya sebab i taknak beli daging import dari india tuh yang berketul-ketul tu, or kalau i nak sayuran dan buah-buahan import… tapi baru jer keluar rumah, tengok tayar pancit… kenalah tukar pakai tayar spare but the problem was, tayar spare tuh lagih kecik daripada tayar-tayar lain tuh… hahahhaaa… nak tak nak, kena lah drive pergi kedai tayar… i beli udang segar sekilo, beli petai, beli taugeh… and pergi check tayar, ada paku… cisss… lepas tuh tampal and pasang the old tayar balik kena charge rm5… ok lah tuh…


golden sunset at northport, kelang...

rushing back from work, terus pergi bazaar ramadhan shah alam… jalan punya jalan punya jalan, akhirnya decide nak makan apa untuk berbuka… hari nih i berbuka dengan nasi dagang terengganu, ayam percik merah kelantan dan paru goreng…


ketupat pulut daun palas... my favourite!

and hari nih i terjumpa something yang i nak makan dah lama dah, one of my favourite… ketupat daun palas, yang tiga segi tuh… ketupat pulut… my mom’s favourite jugak nih… especially yang my grandma buat… for my mom, my grandmom usually buat slightly manis… i suka yang tawar sebab boleh makan dengan serunding daging… hhhmmm… ssseeedaapppnyaaa…

sekarang nih tersandar kekenyangan… hahahaha… so, how was your weekend?

~ pictures courtesy of shonny but gambar ketupat, i ambik sendiri… sebab tuh blur… hahahaa ~

Thursday, October 21, 2004

the one about badrul and his yummy kabbak daging... (kitchen tour - episode 2)

*harap maklum, title dan nama masakan ini ditukar daripada pegedil daging kepada kabbak daging untuk mengelakkan kekeliruan para pelancong... juga, oleh kerana proof-reader saya, cik dreamfinder yang berada di london kuar berjalan-jalan, maka, tidak ada orang yang proof-read saya punya eengrrandd... jadik, kalau ada grammar or gramparr mistake tuh, harap maafkan yek... ~ badrul (22okt, 11.45am)*

kat office hari nih ntah macam mana, teringin sangat-sangat nak makan kabbak daging… nih mesti kes guruvocal yang dok tanya apa lagih masakan yang i tau buat lah nih… hahahaha.. then, i teringat masa pergi tesco earlier this week, i also bought some mince meat… and since my fridge is always filled with all my cooking needs, i don’t have to worry about potatoes, onions, or even spices… set lah… balik nanti buat kabbak daging…

i’m not so sure myself, whether by doing all these recipes, nampak macam menunjuk-nunjuk jer… i thought, takyahlah letak benda nih kat blog… but then again, lepas pikir panjang-panjang, i said to myself, why not?... atleast i’m sharing something with my friends… sharing something that i enjoy doing, and sharing some recipes that i love to eat… so, to all yang suka masak, here’s the recipe for kabbak daging… it’s very simple to do and delicious to eat… the kids will definitely lllooooovveee this…. and to kretortd n dreamfinder yang ada kat overseas tuh yang mungkin harga daging mahal, or to whoever yang tak suka daging, you can actually change it to mince chicken or mutton…


mince meat, bawang besar, kentang, telur, pepper n jintan manis...

bahan-bahan…

500g daging cincang (or chicken)
2 biji onion (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 biji telur
½ sudu kecil pepper
½ sudu kecil jintan manis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng (deep fry)

cara-cara…

senang sangat nak buat once you dah prepare the ingredients… just take one big bowl and mix everything in it…


masukkan kentang and bawang dalam bowl daging...


pepper n jintan manis...


then telur...


masukkan garam secukup rasa...


gaulkan rata-rata...

kemudian bulat-bulatkan dan leperkan sedikit mengikut size that you want… but i prefer it slightly small… senang nak makan… hahahhaa…


bentukkan bulat-bulat dan leperkan sedikit...


buatkan semuanya...

panaskan minyak and deep fry… nah, dah siap pun…


deep fry...

final result…


kabbak daging, close up...

you can just eat it like that with chilli sauce, or you can eat it with rice… selalunya kat rumah my mom, kabbak daging nih dibuat bila we cook nasi bukhari… you can also eat it with bread, macam burger… it’s so easy and simple… yet, it's delicious… seedddaappnnnyyyaaa….


kabbak daging... yummy...

cuba, jangan tak cuba yek… and you guys masih ada masa nak menang album kat bawah tuh until 6.00pm hari jumaat, 22 oct...

~ pictures by shonny ~

Wednesday, October 20, 2004

the one where badrul reviews evolusi 2 and offers a special gift to everyone...


evolusi 2...

I’ve waited for so long, for this album, evolusi 2, to be released… these guys adalah pelapis untuk penyanyi-penyanyi lelaki di malaysia… each and everyone of them ada suara yang tersendiri... sahri, adifashla and burn punya suara yang mengagumkan…

one of my friend yang belum pun dengar album nih, dah buat judgement, saying nih album ‘rojak’.. well, for one reason only, i have to agree with her… but just one reason… ‘rojak’ because it has 3 singers in one album… but to me, it is the best ‘rojak’ i’ve ever heard… the best!! adifashla dengan lagu-lagu kontemporari indonesia, burn dengan urban dan sahri dengan classy light r&b…


voices of new generation...

i love every single song in this album… semuanya… it has variety, it has energy, it has attitude... kalau sesetengah album ada satu dua yang dipanggil killer song, i think all of the songs in this album can be killer songs... well, some will take time to get use to, and some you just fell in love right away...


with adifashla...

though i was hoping takda lagi lagu saduran, tapi masih ada satu lagu from adifashla, lagu aku cinta kau dan dia… well, lagu ini yang menaikkan nama adifashla, so i guess that's why dia orang letakkan balik... but the music arrangement is new and slightly different to suit adifashla's voice, so i don't really have a problem with it... but, kurniaan cinta is so refreshing… and i llloooovvveeee sang pencinta, both from adifashla… bila dengar dalam kereta, you can’t help yourself but to hum to the tune… memang sekali dengar, kita takkan sangka, this is a malaysian singer… mesti ingat penyanyi Indonesia… tapi yang paling best, lagu kurniaan cinta dan sang pencinta ditulis lagu dan liriknya oleh adifashla sendiri… wow!! adifashla, i'm so proud of you!


with burn...

burn has four songs in this album… lagu kasih ibu memang dah sentiasa didengar di corong-corong radio…this is the best lagu for ‘ibu’ yang pernah i dengar setakat ini… he has juliaku, teruja dan tiada yang lain… very urban dan i’m sure akan menjadi kesukaan ramai teens… the music arrangement is so lively… i suka sangat-sangat juliaku... tune nya damn catchy... sedap siot... very urban, very up-tempo... the type of song yang you dengar, you akan rasa happy... but i wonder how burn is going dance to this song… hahahaha… but anyway, image burn memang kena dengan lagu-lagu yang dibawakan… yuppies…


with sahri...

lagu-lagu sahri memang menusuk kalbu… i sukakan semuanya… but my favourite song in the whole album is memori bahagia… (cuma i tak suka part bridge lagu yang terlalu panjang... trademark adnan abu hassan)… i pun suka hanya untuk mu dan apa rahsia mu… both ada aura r&b… suara sahri memang memikat hati, gaya penyampaiannya, lenggok suaranya, dan cara sebutannya yang tersendiri… to me, with his voice, sahri layak untuk berdiri setanding dengan penyanyi seperti anuar zain...


burn, sahri, adifashla...

album nih i dapat from sahri, the promotional copy… but, last sunday, i went out to buy four more for my friends yang ada kat overseas… whether you minat akademi fantasia or not, it doesn't matter... this album memang worth it… what’s more, you only have to pay one price for three great voices!! mana nak dapat such a bargain kan?

and now, i have a special thing for all of you... i have 5 copies of the album to give away (courtesy of zezz and maestro records, thank you mr mukhlis) yang ditanda tangani oleh adifashla, burn dan sahri... but to be fair, lets make it a contest, k...

answer all these three questions and as a tie-breaker, sila berikan satu cadangan untuk ketiga-tiga mereka atau salah satu daripada mereka, on how to improve themselves in this industry...

1. apakah lagu terbaru sahri yang dimainkan di era?
2. namakan stesen radio di mana burn bertugas dan pukul berapakah dia bertugas?
3. apakah tajuk lagu yang dinyanyikan oleh adifashla diminggu beliau terkeluar dari AF?

cara untuk anda (nama e.g. adifashla / burn / sahri atau kesemuanya)memperbaiki diri dalam industri seni ini ialah... (satu-page-comment patah perkataan sahaja)


tie-breaker suggestion akan dipilih oleh adifashla, burn dan sahri sendiri... and to make it more interesting, lima pemenang ini juga akan makan malam eksklusif bersama adifashla, burn dan sahri... tarikh dan tempat akan ditentukan kemudian, tapi bayar sendiri-sendiri lah.... hahahahaa... saya tolong sediakan dia orang, tarikh dan tempat jer.. hhahahhaaa... oklah tuh...

syarat-syarat peraduan adalah, orang-orang yang terdekat dengan mereka seperti adik-beradik, mak ayah, kakak dreamfinder kat london, cinta agong, rakan kongsi lainnya tidak layak menyertai peraduan ini. semua jawapan hendaklah diletakkan di bahagian comment. sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. tarikh tutup peraduan adalah hari jumaat, pukul 6.00petang waktu malaysia... kalau tempat pemenang tuh jauh, kos penghantaran akan dibincangkan...hahahhaa... apa lagih syarat hah? hhhmmm... ok, syarat-syarat akan ditambah dari masa ke semasa jika perlu... hahahaa...

ok, start cracking everybody...

~ pictures courtesy of shonny (who's also received one promotional copy from sahri) ~

Monday, October 18, 2004

the one about badrul and his delicious beef stew... (kitchen tour - episode 1)

entah macam mana, hari nih tergerak pulak nak makan beef stew for buka puasa… so, sibuklah pergi tesco nak beli bahan-bahan… anyway, i thought, it would be a good idea to share cara-cara nak buat beef stew (my style) with whoever yang interested… so here you go…

bahan-bahan… (for four people)


cauliflower, carrots, onion, potatoes, tomatoes and garlics...

300g cauliflower
1 biji bawang besar (yang warna kuning tuh) potong empat
4 ulas bawang putih
2 biji carrots, potong kasar
2 biji kentang, potong empat
1 biji tomato, potong empat


chunk of beef..

500g daging, potong chunky (alah, seketul-seketul lah macam dalam gambar tuh)… kalau lagi besar family, tambahlah lagi banyak daging… hahahaha…


oysters sauce, pepper, thick soy sauce and light soy sauce...

5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap cair
5 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar lada hitam

penyediaannya…


stir fry the meat for 3 minutes...

mula-mula, gaulkan daging yang dah dibersihkan tadi dengan sedikit tepung gandum… kemudian stir fry lebih kurang 3 minit… tujuannya untuk seal the daging, supaya it will stay tender dan tak pecah berderai… masukkan sekali bawang putih (sebijik-sebijik)


masukkan ke dalam big pot...


masukkan onion...


then carrots...


potatoes...


masukkan 3 mangkuk air...


thick soy sauce...


oyster sauce...


light soy sauce...


pepper...


let it simmer...

tutup periuk and let it simmer...bila kuah dah tinggal separuh, tambahkan lagi dua mangkuk air untuk memastikan daging betul-betul empuk… kemudian masukkan cauliflower dan tomato… simmer lagi sekali sampai kuah tinggal separuh dari asal…

final result…


beef stew... close up...


badrul's beef stew... selamat berbuka...

cubalah and let me know the result, kalau you want me to cook for you, well… hhmmmm… errr… cubalah and let me know the result… hahahahaaa...

~ pictures by shonny ~

Friday, October 15, 2004

the one about badrul and his parents...




duduk di meja makan with my mom, my dad, my sisters and the kids untuk berbuka puasa buat kali pertama di bulan ramadhan nih, hati benar-benar terusik... i tried my best not to shed any tears... well, not on the day we break fast bersama-sama... not this time when we were sitting down, the whole family, together... i looked at my mom... her face full of wrinkles, tersenyum memandang semua sambil melayan kerenah cucu-cucu... i looked at my dad... uban penuh di kepala... eating quietly, and once in awhile, looking at his watch, takut terlambat ke surau... i excused myself and on the way to the kitchen, i could feel the tears burning my eyes...

the news earlier today benar-benar buat i hilang selera berbuka... my parents are going to extend their stay... they will be in mekah for four weeks and will only be back after hari raya... well, i’m happy for them, but the selfish part of me yang tengah melayan kesayuan... and as human beings, our selfishness always wins... honestly, i’m so happy for them... for the next four weeks, it will be them and god... no grandchildren to pester them, no chores to take care of, no worries about anything else... just praying... antara diri dan Tuhan yang maha esa...

my mind was playing tricks on me again... otak berputar-putar memainkan pelbagai kesalahan silam yang sering i buat terhadap mereka... i can see my mom crying because i melawan cakap dia, or when I say something hurtful to her just to make sure she stays out of my way... i can see my dad giving me the silent treatment because i was kurang ajar with him, or when i purposely ignored whatever advice he gave me... i can just picture them looking so worried because i ran away from home, or when i couldn’t care less about my life...

then, another part of my mind reminded me of all pengorbanan yang mereka lakukan... i can smell my mom’s sweet perfume when she had to stay up late at night to wipe my face when i was having a fever, or when my dad terpaksa memalukan diri meminjam kereta pakcik untuk hantarkan i ke boarding school... or when my dad had to take night classes to ensure our family had a better future, or when my mom had to ride a motorbike to go to work late at night bila dia kena kerja shift malam di hospital... I can just go on and on and on...

after terawih tadi, i kissed my mom on her cheek, i kissed both my dad’s hands... the last time i did that was hari raya last year... and now i feel so peaceful...

“ ya Allah ya tuhan ku, berikanlah ketenangan kepada kedua ibubapaku... berikanlah kekuatan untuk mereka beribadah kepada Mu...
ya Allah ya tuhan ku, ampunkanlah dosa kedua-dua mereka... dan jadikanlah kami semua hamba Mu yang beriman...
ya Allah ya Tuhan ku, berilah kemudahan kepada kedua ibubapaku... selamatkanlah perjalanan mereka pergi dan kembali... aku hanya berserah kepada Mu, ya Allah ya Tuhan ku...”

Thursday, October 14, 2004

the one about badrul and ramadhan al-mubarak...


twin tower...

bulan ramadahan al-mubarak kembali lagi... esok kita semua start puasa... for someone who works in creative department kat radio stations yang banyak nih (era, sinar, hitz, mix, light & easy, xfresh and my), kedatangan ramadhan dah dirasai berminggu-minggu yang lalu... kenapa? kerana i dah mula buat commercials for clients yang nak advertise about buffet buka puasa lah, about buah kurma lah, about jualan pra-ramadhan etc.... bbbbaannyyaaakkk!! and now, belum pun mula puasa lagi, we are busy preparing for hari raya commercials... october is such a busy month for malay creative department anyway...


fountain in putrajaya...

last year, a group of my sekolah alam shah friends buat majlis bersama anak-anak yatim... kita ambil anak angkat dari rumah anak-anak yatim, dan bawa berbuka puasa... sebelum majlis berbuka puasa, we took them shopping for hari raya stuff, baju raya, songkok, dan lain-lain. then, selepas majlis buka puasa, sebelum berpisah, we gave them some duit raya... and this year, i hope we can do it again... in fact, sekarang nih pun perbincangan sedang dibuat...


masjid putrajaya...

on saturday, second day of puasa, my parents akan ke mekah untuk mengerjakan umrah... perasaan pun bercampur baur, gembira dan sedih... gembira sebab my parents selalu teringin berbuka puasa di masjidil haram sambil terawih di hadapan ka'abah... dan insyaallah, hajat my parents akan tercapai... sedih jugak sebab selama dua minggu, i will berbuka puasa di kedai atau bungkus balik rumah... wuuuaaggghhhhhh... no lah, sedih sebab kat rumah sunyi sepi lah... tanggungjawab pun bertambah berat, sebab sebagai satu-satunya anak lelaki, everything will be on me... persiapan hari raya adik beradik, keperluan rumah dan lain-lain yang selama ini my parents uruskan tanpa bersungut pun, i awal-awal lagih dan takut nak buat... hhmmmm... besarnya pengorbanan ibu-bapa kita... semoga my parents selamat berangkat dan kembali... amin...


masjid sultan zainal abidin, kuala terengganu...

last year jugak, ada kenangan manis berbuka puasa bersama kakak-kakak dan adik-adik yang baru dikenali... berbuka puasa sambil menyambut hari lahir... so, dikesempatan ini, i want to say, selamat menjalankan ibadah berpuasa to all... insyaallah, some of us akan berbuka bersama-sama...

~ pictures courtesy of shonny ~