Bidadari Hati

Monday, August 24, 2009

the one about badrul and drama-drama radio (notice tak i tulis drama-drama?) yup, dua drama...



syukur Alhamdulillah, rezeki Allah s.w.t. kepada hamba-Nya di bulan ramadhan yang mulia nih... this year, i tulis scripts untuk dua buah drama radio... satu, radiopera hot fm yang memang i dah tulis bermula tahun lalu, dan tahun nih ada tambahan untuk sinar fm sempena drama ramadhan sinar... untuk hot fm radiopera, title drama yang i gunakan ialah macam-macam cinta bukan sequel, dan untuk sinar fm pulak menghala kepada audience yang lebih mature, title nya ialah rendang tok wan... kedua-dua drama nih akan bermula hari nih dan akan disiarkan selama empat minggu, satu episode setiap hari dari hari isnin hingga hari jumaat...








antara pelakon-pelakon yang berlakon untuk hot fm radiopera adalah ikhwan, aishah (af7), anne, nadia (af6), leya, ag, tini, farah diana, farah fauzana, azura, kieran, faizal ismail, tam dan gambit saifullah.. working with them memang superb! i sangat suka dengan commitment penyampai-penyampai hot fm yang memang tak pernah lambat dan sangat menghormati masa orang lain... begitu jugak dengan aishah, nadia, farah diana... untuk radiopera nih, macam-macam kisah cinta dan kisah keluarga yang dipaparkan... dengarlah ya...






untuk drama ramadhan sinar fm pula, pelakon-pelakonnya ialah tok wan, nila kurnia, abby fana, salleh yaacob, adik haziq (pemenang pelakon kanak-kanak terbaik baru-baru nih), adik alicia, khairil rashid, linda onn, najman mohamed, stacy dan juga pemenang anak wayang, hairi... jangan lupa untuk mendengar lakonan yang sungguh best dari adik haziq dan adik alicia, and of course, lakonan stacy yang pertama untuk drama radio... dan memang takleh nak sangkal lakonan salleh yaacob yang i think buat anda semua tak kering gusi...





i tak berkesempatan untuk ambil gambar-gambar ketika recording di sinar fm, but i will try to put it up once i have the chance to snap some... gambar-gambar kat sini semua dari hot fm radiopera... okaylah, itu jer i nak update setakat nih... ingatkan boleh rehat sikit bulan puasa, tapi banyak pulak jemputan yang diddy dan nur terima... takpa, itu namanya rezeki... hari selasa nih kita akan ke melaka untuk majlis berbuka puasa bersama anak yatim, holiday inn, melaka... kalau nak tengok jadual diddy, boleh tengok di united community malaysia... okaylah, selamat berpuasa pada semua pembaca blog badrulaftersix dan jugak chatters badrulaftersix... semoga kita semua beroleh kemenangan... alright, nak subuh dulu then sambung balik tidur... tak tidur langsung lagi nih...