Bidadari Hati

Saturday, August 29, 2009

the one about badrul and mee goreng basah (kitchen tour part 15)...

mee goreng basah...

lama rasanya tak buat kitchen tour... bukannya tak masak, tapi tak larat nak ambik gambar... bulan puasa kali nih pulak banyak jugak aktiviti-aktiviti diddy so macam hanya beberapa hari jer yang i betul-betul masak... tuh pun kalau i tak balik to my mom's place... macam yang most of my friends sedia maklum, i'm not a big fan of kuih-muih untuk berbuka puasa... and i takdalah suka makan lauk pauk banyak-banyak... the one thing yang i sangat suka about pasar ramadhan is that diaorang ada banyak jual makanan yang susah nak dapat hari biasa... i pun tak tau kenapa... nak kata makanan nih tak laku kalau jual hari lain macam tak logic jugak, tapi itulah kisahnya... kalau hari lain memang susah nak jumpa...

sebungkus mee kuning...


sotong dan udang...

anyway, i nak share another recipe yang i masak... not really hanya bulan puasa tapi hari-hari biasa pun i ada masak jugak... mee goreng basah... tapi seperti biasa, sebab i kena ambik gambar sendiri, ada jugak gambar bahan-bahan yang i tak ambik, sebab either tak sempat or malas... muhahahhaa... tapi sebenarnya simple nak buat mee goreng basah nih... i'm sure ramai orang tau masak mee goreng, and i'm sure ada yang lagi sedap, tapi i nak share my own recipe and twist to mee goreng basah yang i belajar dari my mom, and of course some of my friends and i gabungkan recipe nih jadi satu... recipe nih untuk empat orang makan... so, bahan-bahan yang diperlukan...

semangkuk taugeh...


bawang putih dan cili boh...

bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning (dicelur sekejap)
8 ekor udang sederhana besar - dibuang kulit
4 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong
1 sudu besar udang kering - dikisar halus
5 ulas bawang putih - dikisar / dicincang halus
1 sudu besar cili boh
1 mangkuk kecil taugeh (optional untuk orang yang tak makan taugeh)
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 cawan air
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

goreng bawang putih yang dikisar...


masukkan cili boh dan kacau rata-rata...

okay, lets start cooking... mula-mula, panaskan minyak untuk menggoreng... masukkan bawang putih yang dikisar... goreng sedikit sehingga kuning dan naik bau... lepas tuh masukkan cili boh dan goreng lagi sehingga wangi... the most important thing is to make sure that cili boh tuh goreng sampai masak...

masukkan udang dan sotong...


masukkan udang kering yang telah dikisar halus...


kicap pekat, kicap cair, sos tiram, 1/2 cawan air serta lada hitam...

lepas tuh masukkan sotong dan udang... kacau sebentar... kemudian masukkan udang kering yang dikisar... kacau lagi... kemudian masukkan bahan-bahan seperti kicap pekat, kicap cair, sos tiram, 1/2 cawan air dan lada hitam... biarkan ia mendidih seketika...

masukkan mee kuning yang telah dicelur...


kacau rata-rata sehingga sebati...

masukkan mee kuning yang telah dicelur... usually, setiap kali i beli mee kuning, i akan celur dalam air panas terlebih dulu... nak buang lebihan perasa dan perisa pada mee kuning tuh... senang jer sebenarnya, rendam dalam air panas, lepas tuh bilas dengan air sejuk, kemudian rendam sekali lagi dalam air panas dan bilas lagi sekali dalam air sejuk... nanti mee tuh akan rasa lebih sedap...

masukan taugeh atau apa jua sayuran yang disukai...

kacau mee sampai rata... pastikan guna api sederhana... one thing good bila letak sedikit air, bukan saja mee akan sedikit basah tapi jugak kuahnya akan meresap ke dalam mee dan rasanya akan jadi enak... lepas lima minit, masukkan taugeh... ada orang yang tak suka taugeh, so boleh tukar dengan sayur lain seperti sawi atau kobis... terpulang kepada apa yang anda suka... kalau pakai taugeh, tak boleh masak lama-lama sebab bila dah layu, tak sedap lah pulak... so bila dah masukkan taugeh dan kacau rata-rata, tutupkan api...

tutup api sebelum masukkan telur...

bila dah tutup api, baru pecahkan telur dan masukkan ke dalam mee... pastikan api dah ditutup... kemudian kacau rata-rata... the egg will be cooked dengan kepanasan mee so jangan bimbang telur tuh tak masak... of course it will not be garing macam telur gorenglah... kalau macam tuh,takdalah point nya buat mee goreng basah kan... muhahahaha... this is the trick that i learned yang boleh buat kuah menjadi pekat dan sungguh lazat..

mee goreng basah siap dihidang untuk berbuka...

okay, dah siap dah mee goreng basah... tadi berbuka makan mee goreng basahlah... tuh yang rajin sikit nak ambik gambar tuh... muhahahaa... recipe nih sangat sesuai untuk disediakan oleh orang yang single mingle atau yang sangat sibuk... boleh prepare everything awal pagi masa sahur and letak bahan-bahan mentah dalam fridge... petang balik kerja terus boleh masak... i think masa yang i ambik untuk prepare semua nih tak sampai setengah jam, so sangatlah sesuai to those yang tak cukup masa untuk memasak... selamat mencuba untuk berbuka atau bersahur...

Monday, August 24, 2009

the one about badrul and drama-drama radio (notice tak i tulis drama-drama?) yup, dua drama...



syukur Alhamdulillah, rezeki Allah s.w.t. kepada hamba-Nya di bulan ramadhan yang mulia nih... this year, i tulis scripts untuk dua buah drama radio... satu, radiopera hot fm yang memang i dah tulis bermula tahun lalu, dan tahun nih ada tambahan untuk sinar fm sempena drama ramadhan sinar... untuk hot fm radiopera, title drama yang i gunakan ialah macam-macam cinta bukan sequel, dan untuk sinar fm pulak menghala kepada audience yang lebih mature, title nya ialah rendang tok wan... kedua-dua drama nih akan bermula hari nih dan akan disiarkan selama empat minggu, satu episode setiap hari dari hari isnin hingga hari jumaat...








antara pelakon-pelakon yang berlakon untuk hot fm radiopera adalah ikhwan, aishah (af7), anne, nadia (af6), leya, ag, tini, farah diana, farah fauzana, azura, kieran, faizal ismail, tam dan gambit saifullah.. working with them memang superb! i sangat suka dengan commitment penyampai-penyampai hot fm yang memang tak pernah lambat dan sangat menghormati masa orang lain... begitu jugak dengan aishah, nadia, farah diana... untuk radiopera nih, macam-macam kisah cinta dan kisah keluarga yang dipaparkan... dengarlah ya...






untuk drama ramadhan sinar fm pula, pelakon-pelakonnya ialah tok wan, nila kurnia, abby fana, salleh yaacob, adik haziq (pemenang pelakon kanak-kanak terbaik baru-baru nih), adik alicia, khairil rashid, linda onn, najman mohamed, stacy dan juga pemenang anak wayang, hairi... jangan lupa untuk mendengar lakonan yang sungguh best dari adik haziq dan adik alicia, and of course, lakonan stacy yang pertama untuk drama radio... dan memang takleh nak sangkal lakonan salleh yaacob yang i think buat anda semua tak kering gusi...





i tak berkesempatan untuk ambil gambar-gambar ketika recording di sinar fm, but i will try to put it up once i have the chance to snap some... gambar-gambar kat sini semua dari hot fm radiopera... okaylah, itu jer i nak update setakat nih... ingatkan boleh rehat sikit bulan puasa, tapi banyak pulak jemputan yang diddy dan nur terima... takpa, itu namanya rezeki... hari selasa nih kita akan ke melaka untuk majlis berbuka puasa bersama anak yatim, holiday inn, melaka... kalau nak tengok jadual diddy, boleh tengok di united community malaysia... okaylah, selamat berpuasa pada semua pembaca blog badrulaftersix dan jugak chatters badrulaftersix... semoga kita semua beroleh kemenangan... alright, nak subuh dulu then sambung balik tidur... tak tidur langsung lagi nih...

Thursday, August 13, 2009

the one about badrul and kapalterbang atas jalanraya, show yang cepat dan makanan yang lazat...

backdrop with diddy, azizi and baki zainal...

cerita nih kira macam bersambunglah dari diddy's paintball tournament nih... haaiiyyoohh, sekarang nih tiap-tiap kali i sebut perkataan 'sambung' jer mesti ada kengkawan yang terus nyanyi 'biar diddy sambung'... muhahahaha... bagus lah... dorang pun dah hafal lirik, walaupun ada yang dalam keadaan dipaksa... muhahahaha... anyway, back to the story, lepas balik dari paintball tuh kami terus ke damansara perdana, tempat menunggu untuk dibawa ke gelang patah, johor bahru... i taknak sebutlah nama orang yang memandu kereta tuh tapi baki zainal nih pengacara kat 8tv... malas lah kalau orang tau nama dia baki zainal nanti datuk-datuk polis semua nak kenal dengan dia and nak tau nombor plate kereta dia... apasal? sebab dia bawak kereta macam pelesit.. muhahahaha... giler laju... sebab tuh i cakap macam kapalterbang atas jalanraya... dah ler i tak tidur satu malam, naik kereta kecut perut... kalau orang tengok i dalam kereta masa baki bawak tuh, mesti ingat i model sebab perut i kecut dan kecik jer... muhahahaha... bayangkan perjalanan dari damansara perdana hingga ke gelang patah hanya mengambil masa 2 jam setengah... so, i taknaklah sebut nama baki zainal kat sini takut dia kena saman pulak kan... muhahahaha...






sampai kat tempat show tuh, terkejut jugak i bila tengok backdrop dia ada gambar diddy yang besar kat situ... wahhh... bangga rasa... pastu pulak i dapat tahu that client sebenarnya siap beli add kat suratkhabar harian metro and berita harian tapi i tak sempat pulak nak beli... so tak tengoklah add dia macam mana, but kata diaorang, sejibik macam backdrop yang diaorang buat tuh... seperti biasa diddy nyanyi dua buah lagu... and of course atas permintaan diaorang nak diddy nyanyi lagu 'hilang'... so diddy nyanyi lagu 'hilang' and lagu 'biar diddy sambung'... habis show mingle-mingle kejap dengan orang yang datang, dengan pihak penganjur and dengan petugas-petugas, terus kitaorang berangkat ke kukup untuk makan malam.. muhahaha... awal giler nak pergi makan malam... tapi perut memang lapar... kat tempat paintball tournament tak sempat pun nak makan walaupun nasi goreng ayam tuh sssaannnggatttt sedap baunya... and on the way nak pergi johor pun sempat singgah kat petrol station jer nak beli air and i beli pau kacang and pau kaya nak alas perut...

kueyteow goreng...


ketam cili padi...


little squid goreng garing...

daripada tempat event ke kukup ambil masa dalam setengah jam sebab i suruh baki zainal, orang yang i taknak sebut nama dia kat sini to drive slow and steady... lapar memang lapar tapi i nak makan seafood, i taknak makan makanan hospital... so setengah jam kemudiannya kami sampai di kukup... first time i sampai kat tempat nih... wah, kereta boleh parking masuk sampai dalam kedai... memang tak pernah tengok sebelum nih... tapi sebab perut dah lapar dan fikiran melayang-layang, takdalah pulak i ambik gambar... in fact, masa order makanan pun awal-awal i dah cakap kat semua, jangan ceduk makanan dulu sampai i sudah ambik gambar... untuk the first few dishes sempatlah, tapi lepas tuh sebab dah asyik masyuk dengan makanan, tak teringat dah nak ambik gambar... muhahahaha... banyak giler kitaorang order and there were nine of us makan kat situ... okay, let me try and recap apa yang kitaorang order... hhmmmmm... selain nasi putih, kitaorang order kueyteow goreng... then dua jenis ketam... satu ketam cili padi and satu lagi salted egg crabs... we also ordered little squids goreng garing, and fried calamari, ada jugak udang goreng nestum, one sayur, and this big fish yang sedap giler... memang lazat sungguh makanan-makanan yang dihidangkan... i think kalau i berpeluang ke sana, i akan singgah kukup lagi... thank you alan sebab belanja makan... tersangatlah best nya...

chili lala...


udang goreng nestum...


ikan yang sungguh sedap...

on the way back tuh i memang antara sedar dan tak sedar... muhahaha... i think tak tersedar satu masa tuh sebab kapalterbang baki zainal break mengejut... muhahahaha... campur lagi jalan yang sangat jam bermula dari seremban walaupun dah lewat malam, so kita pusing jauh ke klia... all in all, it was such a fun and great day! thank you all... thank you alan, thank you baki, thank you orang-orang kat gelang patah and thank you tukang masak seafood kat kukup... nanti ada masa kita orang singgah lagi...

Monday, August 10, 2009

the one about badrul and diddy's paintball tournament...



i'm busy up to my nose... muhahaha... tapi memang betul... serious busy... nih pun actually tengah nak siapkan episodes seterusnya untuk operadio yang akan disiarkan kat hot fm, and at the same time tengah buat scripts for satu lagu drama yang akan disiarkan kat sinar fm... both adalah untuk drama sempena hari raya... tengah-tengah buat half way, i thought rest kejap untuk update blog... kalau tak, lama lah lagi nak tunggu i update apa-apa kat blog... okay, back to the story, semalam hari ahad, berlangsungnya diddy's paintball tournament yang diorganised kan oleh united community malaysia... i memang dah tak tidur langsung dari hari sabtu sampai pagi ahad tuh untuk siapkan kerja... so pukul 6.30pagi dah keluar rumah lepas subuh nak pergi jemput diddy... sekarang nih kalau ada event belah pagi jer, malam mesti takleh nak tidur...





i memang tak pernah sampai pun kat belah kuang or sg. buluh nih... kalau setakat lalu lalang or pergi cari pokok-pokok kat tepi jalan kat sg. buluh tuh taulah, tapi nak pergi tempat main paintball nih lagi lah i tak tau... so lepas jemput diddy terus called kakaidid so boleh buat rombongan cik kiah ramai-ramai... berkumpul kat rumah kakaidid lebih kurang pukul 8 pagi tapi sebab tunggu ramai orang, lewat sikit bertolak... i dalam kereta memang pejam celik pejam celik jer lah sebab mengantuk sangat... lepas tuh bila pergi ke sana tuh pulak convoy lagi dengan banyak kereta... nak dijadikan cerita, sebab kita orang memang rush hari tuh, tersesat jalan ke sana ke sini... lama jugak lah pusing sana dan pusing sini sampai i pun naik pening kepala sebab jalan dia kalah jalan nak pergi cameron highlands... muhahahaha... Alhamdulillah akhirnya sampai jugak, tapi kesian jugak sebab dah ramai yang sampai... i nih pantang sikit kalau artis i buat event, kita yang datang lambat... tapi nak buat macam mana sebab semua tak tau jalan... so mintak maaf banyak-banyak kat semua yang menunggu kehadiran kitaorang...



sampai-sampai terus semua pakai t-shirt untuk event... hati rasa macam sebak sebab memang nampak best giler bila semua pakai sama jer including diddy... rasa macam dekat dengan semua orang dan takda beza antara artis dengan peminat... lepas briefing kejap tentang cara-cara nak guna peralatan dan soal-soal keselamatan, semua terus start main... i yang tengok jer pun rasa macam teruja giler... nih pulak first time diddy main paintball... dah ler tinggi macam galah, mesti asyik dia jadik target jer... bila keluar jer memang ada kesan kena tembak kat badan dia... muhahahaha... tapi dia happy giler... memang dah lama dah dia nak main paintball tapi tak pernah berkesempatan...




dah dijadikan cerita, team diddy menang pertandingan paintball yang dijalankan... kitaorang masa tuh kena rush untuk pergi ke satu show di gelang patah, johor bahru... memang kelam kabut sangat... dah lah jalan keluar dari tuh pakai gagau jer... muhahahaha... nasib baik jumpa dan sampai kat tempat organiser nak jemput tuh on time... dari sana terus diaorang drive kan kita ke gelang patah... memang rasa macam terbang jer sebab kita bertolak dari kuala lumpur lebih kurang pukul 1 tengahari dan sampai ke gelang patah pukul 3.3o petang... dua jam setengah jer!!! tapi i takleh tulis nombor kereta kat sini, nanti kena saman dengan polis... muhahahaha... ampun datuk, kami janji tak buat lagi...





all in all, pertandingan paintball yang dibuat tuh memang havoc... terima kasih pada semua yang join pertandingan tersebut... terima kasih pada pihak united community malaysia iaitu kelab peminat diddy yang banyak menyokong diddy dan yang mengadakan pertandingan ini... maaf jugak dipinta dari pihak diddy sekiranya ada kekurangan dan kerana kelewatan kami tiba... insyaAllah next time kalau ada event, kita survey dulu tempat... muhahahaa... event nih memang tak sempat langsung nak pergi survey tempat kerana masalah masa yang takda... nanti kalau nak tengok gambar yang lebih banyak, jangan lupa ke blog united community malaysia... yang nih cuma gambar-gambar dari camera kecik i jer...