Bidadari Hati

Friday, March 13, 2009

the one about badrul and murai pot pet pot pet pot pet...

AF7: PERANG KUDSIA VS BAD DI MURAI!


Teks oleh Ellyana Ali

KUALA LUMPUR, 13 MAC 2009: Bagi menghangatkan lagi demam Akademi Fantasia 7 (AF7), portal hiburan murai.com.my akan membawakan 2 bloggers yang akan mengkritik dan 'berperang' mengenai apa saja tentang AF7.

Orang itu adalah bekas pengkritik AF, Kudsia Kahar bersama 'musuhnya', Badrul Hashim (Bad) yang juga seorang pengurus artis (Diddy) yang juga rakan setugas Kudsia di Era FM dulu. Blog kedua-dua mereka boleh diikuti di segmen Blog Pengkritik Khas di Zon AF7@Murai bermula Isnin ini, 16 Mac 2009.

Pernah berkerja di bawah satu bumbung yang sama iaitu sewaktu berkhidmat dengan Era FM satu ketika dulu, Kudsia dan Bad ternyata mempunyai keserasian yang cukup baik walaupun sering 'bertelagah pendapat' ke arah sesuatu yang positif berkaitan isu dunia hiburan.

Apakah hal yang sama juga akan turut berlaku dalam blog mereka di Zon AF7@Murai? Nampak gayanya begitulah!

Sebaik saja mengetahui bahawa Bad adalah pengkritik khas yang bakal berperang dengan Kudsia, awal-awal lagi Kudsia telah mengingatkan Badrul supaya berhati-hati sewaktu berada di jalan raya!

"Hati-hati sebab saya tahu kereta yang dipandunya. Hehehe..." kata Kudsia dengan 'amaran' awalnya.

Reaksi Bad terhadap Kudsia pula: "Saya tahu di mana Kudsia tinggal dan saya juga tahu siapa jirannya. Kalau saya beritahu jiran Kudsia yang mana satu rumahnya, tentu mereka akan pergi ke rumahnya dan melaser. Jadi, bersedialah untuk berasa takut. Hahaha.." kata Bad pula.

Walaupun perang di antara kedua-dua pengkritik berkaliber ini sudah pun hampir hendak meletus, namun kedua-dua mereka mengakui sangat teruja apabila diundang untuk menjadi pengkritik khas AF7 di portal murai.com.my.

Kata Kudsia: "Kalau hendak melibatkan diri dengan AF7 secara sepenuhnya macam dulu-dulu, memanglah tidak boleh lagi sebab komitmen kerja pun sudah semakin berat dan banyak. Tapi, untuk menulis blog lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Bad yang mulut becok tu, rasanya memang inilah waktu yang sangat sempurna.

"Saya dan Badrul sudah lama kenal tapi kami sentiasa mempunyai pandangan yang berbeza. Memang Badrul agak sedikit emosi tapi saya tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

"Saya juga sangat teruja untuk melihat tranformasi yang berlaku dalam AF7 ini. Lebih-lebih lagi pemilihan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai pengetua. Tiara, you rawks!" kata Kudsia.

Bad pula berkata, sebelum ini, dia sudah lama menjadi pengkritik yang 'tidak bertauliah' dalam blognya sendiri.

"Apabila dipilih oleh murai.com.my sebagai pengkritik khas AF7 dalam segmen Blog Pengkritik Khas di Zon AF7@murai, ianya adalah satu penghargaan buat saya. Lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Kudsia yang sudah sekian lama saya kenali. Tapi, saya lega kerana saya tidak perlu lagi melihat Kudsia menangis ketika menulis blognya nanti.

"Dengan Kudsia saya tidak perlu membuat apa-apa persediaan. Cuma saya perlu matikan telefon bimbit saya supaya tidak perlu mendengar dia membebel," kata Bad.

Tentang AF7 dan tranformasi yang bakal berlaku dalam musim kali ini, Bad berkata, setakat ini, dia masih belum melihat apa-apa tranformasi yang berlaku dalam program realiti popular terbitan Astro itu.

"Pemilihan pengetua wanita kali ini dengan pertukaran beberapa tenaga pengajar bagi saya hanyalah satu perkara yang biasa. Saya kena tunggu dan lihat dulu apa yang akan berlaku dalam AF7 ini. Tapi tranformasi pemilihan pelajar yang dilakukan melalui kem motivasi tidak begitu saya gemari. Rasanya saya lebih suka cara yang dulu. Kita memilih mereka menerusi konsert prelude.

"Dalam segmen itu, pemilihan pelajar AF dilakukan oleh tenaga pengajar sambil disaksikan penonton yang mengikuti program AF. Cara itu bagi saya lebih menampakkan kredibiliti AF," katanya.

Jadi bagi anda, jangan lupa ikuti perang blog mereka Blog Pengkritik Khas di Zon AF7@murai yang akan bermula Isnin ini!

yang kat atas nih diambik bulat-bulat dari portal murai

okay, firstly... thank you to murai yang sudi jemput i to blog on the number one entertainment portal in malaysia... once i heard nama kudsia was mentioned, i terus cakap yes... muhahaha... dulu selalu gaduh-gaduh kat her room or my room *in the office* or kat jurrasic park bila tiba musim akademi fantasia *or american idol*, now we are doing it in the blog for people to read...

secondly, do not expect too much from me... i tak layak nak disama tarafkan dengan bloggers lain yang selalu tulis about akademi fantasia year after year like sultanmuzaffar, klubbkidd or ajami... dorang semua takda kerja asyik tengok diari dan konsert af jer... *lllaarriikk* muhahaha... but seriously, they are much better writers than me... so no high expectation okay...

thirdly, you will not see me write in proper malay or proper english language at all... it will be rojak style all the way macam i selalu tulis kat my blog *including grammar error and all*... another thing, i will not be able to watch the daily diary... my main focus will be on the weekly concert jer... senang sikit... tuh pun tengah pening jugak nih sebab ada weekends yang diddy ada shows and events... hhmmmmm... kenalah tengok ulangan kalau perlu...

fourthly, i will not blog about akademi fantasia kat my blog dah... it will just be for murai... but not to worry... kalau ada masa pergi jenguk portal murai... but at the same time i can assure you that ada berpuluh-puluh *kalau tak beratus* blog yang akan tulis pasal akademi fantasia...

and last but not least, jom ramai-ramai tengok apakah transformasi akademi fantasia musim ketujuh...