the one about badrul and aidil fitri...
yeehhh, i dah bercuti... muhahaha... cuti apply sendirik... not that bad lah... cuti sampai 5 october... memang sibuk jugak sebelum nih, tapi bukanlah dengan show tapi dengan majlis berbuka puasa and family stuff... hari ahad lepas ada majlis buka puasa mila fc, and on monday komuniti diddy jemput berbuka puasa di shah alam... makanan kat dua-dua tempat memang best giler... superb... yang tempat komuniti diddy jemput tuh chef nya pak engku yang selalu masak untuk kerabat dan artis-artis terkenal... i suka giler dengan lauk kampung yang ada... masa tuh memang tak fikir pasal kolestrol ker apa ker...
terima kasih pada semua yang hantar kad raya... nothing yang boleh beat the original kad raya... thrill giler every time dapat bukak kad raya yang orang hantar... ramai jugak yang hantar this year to me... terima kasih sangat-sangat... everyday postman lalu jer mesti hati rasa berbunga... you guys are the greatest...
hari nih i suruh my mom relax jer... i did my laundry in the morning... basuh semua baju-baju melayu yang dah dipakai during majlis bukak puasa... this year i tak beli baju baru... pakai yang tahun lepas especially dua helai baju melayu yang i beli lepas raya *sebab ada discount* tahun lepas... lepas tuh i vacuum ruang tamu and mop lantai... habis buat semua tuh i pergi institut jantung negara to collect my dad punya ubat-ubat yang dia tertinggal the day before... on the way back i pergi shopping some stuff untuk masak... then i do all the cooking and cleaning... i made chicken curry, sambal belacan, ayam goreng halia, ikan kering goreng berlada and broccoli udang and my dad wants to eat steam fish so i steamed ikan siakap for berbuka puasa... one hour before berbuka, i took aiman to clinic sebab dia sakit perut... tapi alhamdulillah, dia still continue puasa dia... until today, tak tinggal sehari pun...
i know everyone dah sibuk merancang untuk balik kampung... ada yang dah start cuti mula hari jumaat nanti... ada yang balik hari sabtu, or ahad or isnin... apa-apa pun, nasihat dari seorang kawan, biarlah lambat sampai, janji selamat... kalau memandu sendiri tuh, pandu dengan berhati-hati... kalau mengantuk, berhenti dulu and berehat seketika... make sure you check your car... pastikan semua berada dalam keadaan baik... and paling penting, tayar spare tuh mesti cukup anginnya... jangan biarkan macam tuh saja... and please, please, please wear your safety belt... tak kiralah duduk belakang ker atau depan... i lost a friend this year sebab tak pakai seat-belt... perjalanan yang dia nak tuju tuh dekat jer... memang dah ajal, but kita kena berusaha... make sure anak-anak kita, wife/hubby, sedara mara ikut peraturan jalanraya... macam biasa, kita akan terperangkap dalam jam yang teruk since semua orang nak balik kampung... so banyak-banyakkan bersabar... kalau kita hon kuat-kuat pun, maki hamun pun, hatta marah-marah sekalipun, we will still be in the jam, so might as well kita enjoy perjalanan kita... berzikir ker, dengar lagu raya ker... kalau perjalanan malam, pastikan you have enough rest during the day and kalau perjalanan siang, pastikan you have enough sleep the night before... kalau jalan kat lebuhraya and you are driving slow, jangan hog the fast lane... give signal every time you want to change your lane or nak masuk simpang ker apa... tak payah terkejar-kejar lampu isyarat jugak... and drive within the speed limits... i dengar starting 25hb september, semua speed limit diturunkan sebanyak 10km/jam... so kalau jalan tuh 110km/j dan jadi 100km/j... so patuhi the speed limit... nanti dah lah duit habis beraya, berhabisan pulak nak bayar saman...
this year macam yang i cakap sebelum nih, the whole family akan beraya di kuala lumpur... i sendiri pun takda plan apa-apa untuk hari raya nih... mungkin pergi beraya rumah sedara mara yang tak balik kampung jugak... mungkin pergi beraya rumah kawan-kawan yang beraya di kuala lumpur jugak... i think blog nih pun mungkin cuti raya jugak nanti sampai lepas raya... unless i have something to write, i will take a rest and tumpukan pada keluarga... syukur jugak semuanya dah sedia *kecuali duit raya*... banyak lagih my cheque yang masih belum dapat... harap-harap semuanya dapat clear sebelum hari raya... kalau tak, terpaksa lah tahun nih duit raya bagi hari raya kelima ker atau keenam ker... tahun nih memang raya dalam penuh kesederhanaan jer... kalau selalunya kita orang akan tempah sate, tapi this year i told my parents kita masak sendiri jer... lebih jimat and lebih meriah... i'm making kari ayam untuk makan dengan nasi impit and daging goreng halia untuk makan dengan ketupat daun palas... my mom will cook her usual nasi bukhari and lauk pauk... my sister plan nak buat nasi kerabu on raya ketiga or keempat... maybe i buat jugak nasi tomato on the second day of raya... mostly untuk makan bersama keluarga and untuk sedara mara or friends yang beraya di kuala lumpur nih...
i nak ambik kesempatan nih nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kenalan yang baca blog sama ada pernah jumpa atau pun tidak... kalau ada perbuatan atau kata-kata atau tulisan yang i tulis kat blog nih mengguris perasaan, keampunan dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki... maaf zahir batin dan semoga hari raya anda penuh dengan keindahan dan kegembiraan menyambut bersama keluarga...
|