Bidadari Hati

Monday, September 17, 2007

the one about badrul and alahai aiman and ellisya...

budak nakal puchong...


satu hari aiman throw tantrum... since sahur... sepanjang hujung minggu i dah nampak dah dia macam tak keruan sikit... maklumlah, tak biasa berpisah dengan my parents... sekejap-sekejap masuk bilik my parents, belek sana belek sini... so during the weekend, i tried to ceriakan dia sikit... bawak jalan-jalan pasar ramadhan... buy some toys... apa jer yang boleh bribe... muhahahaa... he looks quite okay until sahur this morning...

he was crying for his grandfather... bayangkan pukul lima pagi dok meraung-raung... puas memujuk macam-macam... akhirnya senyap seketika when i promise to make whatever he wants to eat for sahur... so we ended up makan sahur macam orang putih... scrambled eggs, sausages, beef-bacon and bread... i know i tak patut ajar pelik-pelik but that's the only way nak bagi dia diam... honestly, i was so tired... i thought sahur just nak hangatkan apa jer left-over from buka puasa... lepas sahur dia tak tidur tapi tengok kartun... i pulak tak berapa sihat... kaki sakit-sakit, but tak tahan tengok aiman makan hati teringat kat atuk dan nenek dia...

alih-alih, bila i suruh dia siap mandi untuk pergi sekolah, taknak pulak... start balik banjir airmata... yang kelakarnya, ellisya pulak yang jadi macam kakak pujuk aiman suruh pergi sekolah... siap 'sound' aiman kalau tak pergi sekolah nanti jadi orang buta huruf... muhahahaa... i had to laugh! setelah bermacam-macam janji, akhirnya aiman pergi jugak sekolah... i sms my dad saying that i will be calling him tonight... i pun rindu kat my mom and my dad...

today Alhamdulillah, tak banyak aktiviti... lepas bawak diddy recording kat xfresh, i melepak dengan kudsia and rostam... banyak jugak yang kita bualkan... then i balik rumah pergi potong rambut kejap... selalunya i potong sendiri jer tapi sebab takut tak sempat nak jemput aiman balik dari sekolah, i decided pergi kedai rambut rm10 near my house and suruh dia pakai machine nombor satu... senang jer... lepas tuh pergi kedai runcit near my house to buy barang-barang untuk memasak... masyaAllah, ayam seekor sampai 15 ringgit!!! mahalnya...


princess of puchong kingdom...


jemput aiman dari sekolah, dia dah jadi chatter-box, cakap tak henti-henti... sampai rumah, kejutkan ellisya from her afternoon nap, bagi diaorang main basikal kat depan rumah, terus i pergi dapur untuk siapkan juadah berbuka puasa... both my sisters selalunya balik dah dekat nak berbuka sebab tempat kerja diaorang jauh... tuh pun nasib baik one of them yang kerja kilang dapat kerja shift pagi sepanjang bulan puasa... so ada peluanglah bukak puasa kat rumah ramai-ramai including her kids... kalau tidak, mesti makan kat kantin kilang dia jer lah... my auntie from kota bahru ada kat rumah teman my grandmother sampai my parents balik nanti, but she too tak berapa nak larat jugak...

malam nak pergi terawih, my sister sorang uzur orang perempuan and the other one pulak too tired to go, so i ingat taknak lah bawak ellisya... but dia nak mengikut jugak... terpaksalah bawak... habis dua rakaat, i dah dengar suara dia panggil-panggil i... lepas explain sikit-sikit kat pakcik yang sembahyang sebelah i, dia kata takpa, bagi ellisya duduk belakang i, but i have to move ke saf belakang sekali... so i did... sembahyang terawihlah kita tiga beranak kat belakang, tapi tahu sangat tak kusyuk bila asyik terdengar aiman dan ellisya terkekeh-kekeh ketawa... hhhmmmmmm... memang takleh bawak majlis bebudak nih...

anyway, hari nih buka puasa i tried something new... well, actually i tak pernah pun masak masakan nih sebelum ni... but i've eaten it banyak kali dah... kat thai restaurant near my house... i pun dah banyak kali bawak my close friends makan kat situ... sedap sungguh... so, tomorrow insyaAllah i will put up the recipe yang dah jadi hit with my family... muhahahaa... hit tau!!! now baru dah belunjur kaki lepas penat satu hari... just now lepas terawih i went to mamak restaurant near my house and have teh ais with aiman and ellisya... errr, not just teh ais, roti canai jugak... now both of them tengah terbungkam tengok tv... tunggu masa lelap lah tuh... i pun dah nak lelapkan mata dah nih... esok nak bangun pukul 4 pagi and the routine starts all over again... all i can say is, i'm loving it!!!